Wednesday, May 29, 2013

Setelah berfikir


Liked · May 25 


MUTIARA KATA UNTUK MU

Kalau kamu melihat seseorang berbudi luhur, berusahalah menyamai kebaikannya dan kalau kamu bertemu dengan seorang berbudi rendah, periksalah dirimu sendiri.

Kebahagiaan adalah haruman yang tidak boleh kamu semburkan kepada orang lain tanpa kamu sendiri mendapat beberapa titisan daripadanya.

Kita sering nampak derita hari ini, tapi kita jarang ingat kebahagiaan untuk esok hari, jadi belajar lah untuk menghargai apa yang kita miliki hari ini, kerana kita takkan dapat mencapai penghargaan untuk esoknya jika semuanya telah tiada.

Komunikasi adalah sesuatu yang mudah, susahnya ialah apabila kita tidak menyebutnya dengan perkataan yang mudah.

Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.

Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan. Kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.

Sibuk Berfikir

Tuesday, May 28, 2013

Teknik Membuat Coklat Cinta

Salam...tajuk sensasi...khee...apa erti...coklat cinta adalah kegembiraan maka itu untuk nikmati coklat cinta haruslah gembira sepanjang masa dengan cara,

Petua Untuk Gembira Sepanjang Masa

1. Bersyukur - Bersyukur kerana anda masih diberi nafas semasa bangun dari tidur dan dapat melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan Allah s.w.t.. Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan untuk melakukan dan menjadi yang terbaik dan pastinya lebih baik daripada yang semalam.

2. Tekad Bermotivasi.- Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan-bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca surat khabar, baca gosip-gosip bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Tingkatkan motivasi diri dengan mencari motivasi terbaik. Motivasi harus dijaga. Motivasi sekiranya tidak dipelihara akan menjadikan kita tidak bersemangat.

4. Dalam apa jua yang anda buat. Mulakan dengan Bismillah. Mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan Bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was.

5. Mulakan hari dengan ubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai.

6. Maafkan semua orang sebelum dan selepas bangun daripada tidur. Maafkan insan di sekeliling anda. Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila anda memaafkan insan lain.

7. Berani dan bersedia untuk berubah dan berhijrah bagi kecemerlangan hidup. Sentiasa yakin Allah sebagai pelindung kita. Hakikatnya kita sendiri yang dapat mengubah kehidupan kita.

petua dari FB la...mana lagi...khee

Thursday, May 23, 2013

Apa Menu Hari Ni


Kata Bijak dr Tokoh Islam

Sama-sama kita renungi kata-kata bijak tokoh-tokoh Islam buat pedoman kita bersama :

SAYIDINA UMAR BIN KATTAB
Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezeki, tapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada sabar.

SAYIDINA ALI BIN ABI THALIB
Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu akan menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) sedangkan harta terhukum. Kalau harta itu akan berkurang apabila dibelanjakan, tetapi ilmu akan bertambah apabila dibelanjakan.

SAYIDINA ALI BIN ABI THALIB
Ketahuilah bahwa sabar, jika dipandang dalam permasalahan seseorang adalah ibarat kepala dari suatu tubuh. Jika kepalanya hilang maka keseluruhan tubuh itu akan membusuk. Sama halnya, jika kesabaran hilang, maka seluruh permasalahan akan rusak.

ALI BIN HUSEIN
Orang yang terkaya adalah orang yang menerima pembagian (taqdir) dari Allah dengan senang hati.

ALI BIN ABI THALIB
Cintailah kekasihmu sekedarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu sekedarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi kekasihmu.

MALIK BIN DINAR/HILYATUL AULIYAA’
Sesungguhnya apabila badan sakit maka makan dan minum sulit untuk tertelan, istirahat dan tidur juga tidak nyaman. Demikian pula hati apabila telah terbelenggu dengan cinta dunia maka nasehat susah untuk memasukinya.

Semoga bermanfaat…dr Datuk Dr Maznah

Wednesday, May 22, 2013

Jaminan Rasullah

Sabda Rasulullah saw :

"Aku menjamin dengan sebuah istana yang terdapat di tepi syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan/berbantah-bantah walaupun dia benar, aku menjamin dengan sebuah istana yang terdapat di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta walaupun bergurau, dan aku menjamin dengan sebuah istana yang tertinggi bagi orang yang membaguskan akhlaknya"
(HR Abu Dawud)

Suami Isteri Bahagia

Tuesday, May 21, 2013

Apa Menu Malam Ini


Mei Milik Guru

Mingguan Wanita - SUZANA GHAZALI

Guru buka ibu bapa tapi ibu bapa adalah guru.

Bulan mei di mulakan dengan hari ibu, tengah bulan pulak hari guru dan pada 20 haribulan hari lahir MA.
Mei penuh hari yang patut dirai...sejak berjauhan dengan MA, ucapan sms sekadar merai..bukan tak ingin memeriahkan hari lahir MA, tapi sejak MA makin berusia, sejak fasa monopuse, MA makin keliru antara kasih sayang dan keperluan, antara tamak dan kewajiban..hari lahir MA jadi dingin....kek kecil jadi tomohan, hadiah kecil jadi perlian dan sms pendek tiada jawapan....MA..kami tetap di ingatan walau kami berjauhan.

semalan hari lahir MA, guru pertama i , guru masak, guru mengaji, guru lipat kain...guru segala guru

happy besday ma...hakikat nya ma harus faham, anak anak hanya pinjaman bila semua dah besar panjang kami jua ada haluan masing masing....t/jawab kami bukan pada MA sajer, kami ada keluarga jua...namun t/jawab kami pd MA tetap sejati dan takkan kami engkari cuma tak semua kehendak kami dapat turuti...dan MA TIDAK bole lagi memaksa kami seperti kemahuan MA....moga rahmat dan keberkatan milik MA

maka ini di isytiharkan MEI MILIK MA, MEI MILIK GURU....

Monday, May 20, 2013

i Wanna do Dis





         

nota mingzhu : semua ni save method utk tidak loss memori dari FB , https://www.facebook.com/forfoodart dan https://www.facebook.com/ILDIY

Silaturrahim dan Rezeki

celik hati prof muhaya pagi ni di tv9 - kita ni hidup bukan nak tunjuk kita baik je bukan nak cari jahat orang bukan nak tafsir fahaman dan pegangan orang....kalau dah kita rasa kita je betul memang banyak la tak betul kat kita...apa yang penting kita jaga silaturrahim.

terpaut pada satu hubungan adalah rezeki, tidak terputus silaturrahim adalah rezeki, tambah silaturrahim adalah rezeki...bersederhana dalam mencari rezeki...kerna harapan yang tinggi buat hati mati....

dan rezeki pagi ini..,alhamdullillah...

Saturday, May 18, 2013

Thursday, May 16, 2013

Selamat hari Guru



buat semua para guru, jasamu tak ternilai...moga bakti di tabur tersemai kukuh menjadi jasa yang kekal di ingatan dan ganjaran besar milikmu....

ku doakan buat guru guruku di SRTM, SMMT, SMTM dan ITM @ UITM dalam rahmat dan berbahagia selalu...terima kasih cikgu....

petikan dari fb Datuk Dr Maznah, 
Daripada Abu Umamah al -Bahili, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus ( meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut ) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia". (Riwayat al-Tirmizi)

Wednesday, May 15, 2013

Aktiviti Hari Ini


Nota mingzhu : hari ni letisan..pagi pagi basuh kereta, kemas sampah kat luar rumah, petang bakor muffin coklat 50 butir...ciksu siti minta tolong buat untuk jamuan anak anaknya....baru pertama kalu buat banyak, ada penuh ada sikit....nak layan zzz dah....selamat mlm semua...

dunia hari ini

Tuesday, May 14, 2013

Pagi Selasa Yang Mendung

pagi pagi mentari bersinar
namun mendung kini menjelma
ku harap hari ini mata tak berpinar
kerna ku ingin terus berjaya

pagi ni layan meehon sendiri bikin dengan kopi yang di campur serbuk tunjuk langit, sette satu igauan cuma watermelon je tak jumpa lagi..ini la diri, bila yang di idamkan masih belum tak tercapai sasau jadinya....

pagi ni cuaca damansara takde la panas macam semalam, mendung je....wat kerja rumah dengan riang dan bersama prof kiter, 


Semoga kita hidup hari ini berusaha kuat dan bertawakal kepada Allah. Jom jaga solat dan basahkan lidah dengan istighfar dan selawat. hentikan mengumpat


Monday, May 13, 2013

PETUA UNTUK SENTIASA DARA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra


Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Dipersilakan SHARE..semoga ada manafaatnya

Lemau Tahap Gaban

Bila minat menjadi jemu, bila rajin menjadi malas,,,,,tulisan kecewa je jangan di war warkan....sejak dua menjak ni rasa lemau dan malas merajai diri..ilang sudah rasa syanng pada mingzhu hilang sudah rasa teruja...ooo ya allah bantulah hambaMu dari rasa malas dan putus asa...

 ke hidup tak berkat?...

ya allah berkatila dan rahmatila perjalanan hidup ku

Saturday, May 11, 2013

Doa bulan Rejab


1 Rejab bersamaan Sabtu 11 Mei 2013

Imam Syafiie Rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, ALLAH SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab. Bulan Rejab dikenali juga sebagai bulan Istighfar.

Jadi,perbanyakkan doa mudah-mudahan ALLAH ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab. Perbanyakkan Istighfar, minta ampun daripada ALLAH SWT. InsyaAllah..

Friday, May 10, 2013

Salam Jumaat


Bagus diamalkan untuk :

1) Hati yang tertutup untuk melakukan amal soleh & amal jariah...
2) Hati yang tertutup untuk menerima nasihat...
3) Pintu rezeki yang dirasakan seperti tertutup...
4) Minda @ akal yang dirasakan seperti tertutup...
5) Hati yang tertutup utk berkahwin...


-Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya telah diturunkan kepadaku pada waktu malam sebuah Surah yang aku cintai lebih dari dunia ini dan isinya.” Pada riwayat yang lain, “yang lebih aku cintai daripada apa yang disinari oleh cahaya matahari.” Dan kemudian baginda membaca: “Innaa fatahnaa laka fatham mubiinaa (ayat pertama Surah al-Fath).” (Riwayat Bukhari)


p/s:Untuk Diri Ini Amal..InsyaAllah
                               
Photo: Bagus diamalkan untuk :

1) Hati yang tertutup untuk melakukan amal soleh & amal jariah...
2) Hati yang tertutup untuk menerima nasihat...
3) Pintu rezeki yang dirasakan seperti tertutup...
4) Minda @ akal yang dirasakan seperti tertutup...
5) Hati yang tertutup utk berkahwin...


-Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya telah diturunkan kepadaku pada waktu malam sebuah Surah yang aku cintai lebih dari dunia ini dan isinya.” Pada riwayat yang lain, “yang lebih aku cintai daripada apa yang disinari oleh cahaya matahari.” Dan kemudian baginda membaca: “Innaa fatahnaa laka fatham mubiinaa (ayat pertama Surah al-Fath).” (Riwayat Bukhari)


p/s:Untuk Diri Ini Amal..InsyaAllah

Thursday, May 9, 2013

Khasiat Jambu Batu oleh Datuk Dr Maznah

Namun khasiatnya tidak akan diperolehi jika tidak mendapatkannya dalam kuantiti yang mencukupi, makan sekali tak akan terus dapat khasiat, lebih baik diamalkan selalu.

Jom kita tengok apa khasiat buah jambu batu untuk kesihatan.
Jambu batu mengandungi vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, vitamin C, zat besi, fosforus,kalsium, kalium, natrium, protein, serat, asid nikotinik, asid pantotenik dan pottasium.

1. Menghilangkan rasa mual semasa mengandung.

2. Menurunkan paras kolesterol dalam darah.

3. Menurunkan paras gula dalam darah.

4. Mengurangkan berat badan.

5. Mengawal tekanan darah.

6. Membantu pertumbuhan kulit yang licin dan sihat.

7. Mampu menaikkan sel darah putih dan merah.

8. Meningkatkan kadar sistem metabolisme

9. Membantu penghadaman dan mengelak sembelit, mengubat cirit-birit.

10. Ejen antioksida (melambatkan proses penuaan - awet muda, melawan kanser, immuniti)

Ingat, jambu perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi.

Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya.

Jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.

Dengan khasiat yang ketara dalam jambu batu ini, ayuh dijadikannya sebagai amalan tetap dalam gaya pemakanan seharian kita.




Tuesday, May 7, 2013

Apa Menu Hari Ini


nota mingzhu : tirai hari ini di labuhkan bersama mee kari siang tadi , kari ikan di olah manjadi kuah mee kari yang di tambah udang dan sayur sawi ....sedapkan lagi dengan lobak merah merah...wallah..menjilat jari..

selamat malam wahai teman dan yang tersayang
kenang daku dalam doamu buat pengubat rindu
moga esok milik kita hari yang lebih gemilang
dan kasih serta sayang selalu bertamu

Penawar Darah Tinggi

Darah naik tinggi pagi ni sebab akaun fb tiba tiba terblock..naper weh ....ikhs dah tak boleh save words datuk maznah..merayap dan blogwalking cari info dan tercuba la ini, save sebb i kena darah tinggi ni...

Bayam 
Bayam merupakan sumber magnesium yang sangat baik. la melindungi anda daripada penyakit jantung tetapi juga dapat mengurangi tekanan darah. Selain itu kandungan folat Ii dalam bayam dapat melindungi tubuh dari homosistein yang menghasilkan bahan kimia berbahaya. Penyelidikan menunjukkan bahawa kadar tinggi asid amino dapat menyebabkan serangan jantung dan stroke.

Biji bunga Matahari 
 
Kandungan magnesiumnya amat tinggi dan kuaci mengandungi pitosterol yang dapat mengurangi kadar kolestrol dalam tubuh. Kolestrol tinggi merupakan penyebab tekanan darah tinggi kerana dapat menyebabkan penyumbatan pembuluh darah. Pastikan anda makan kuaci segar yang tidak ditambah garam atau diproses terlebih dahulu.
 
 
Kacang-kacangan 
Kekacang seperti kacang tanah badam dan kacang merah mengandungi magnesium dan potassium. Khasiat ini diketahui cukup efektif menurunkan tekanan darah tinggi.

Pisang 
Selain membuat tekanan darah lebih sihat pisang mengandungi kalium dan serat yang tinggi yang bermanfaat mencegah penyakit jantung.  Penyelidikan juga menunjukkan bahawa sebiji pisang sehari cukup untuk membantu mencegah tekanan darah tinggi
 

Kacang Soya 
Memang banyak manfaatnya mengambil kacang soya untuk kesihatan tubuh.  Salah satunya adalah membantu menurunkan kolestrol jahat dan tekanan darah tinggi.

Kentang 
Nutrisi dari kentang sering hilang kerana cara memasaknya yang tidak sihat. Walhal kandungan mineral serat dan potassium di dalam kentang amat tinggi dan baik untuk menstabilkan darah.

Coklat hitam 
Kandungan flavonoid di dalam coklat dapat membantu menurunkan tekanan darah dengan merangsang penghasilan nitrat oksida. Bahan ini membuat signal otot di sekitar pembuluh darah lebih relak dan menyebabkan aliran  lancar (mingguan Wanita)

petikan dari sini, http://www.orangmuo.com

Saturday, May 4, 2013

Balik KT

Kul sebelas baru dapat gerak balik ni...kuantan - KT 3 jam je lalu jabor ...terus hgway buskit besi....harap perjalanan lancar sebab i balik sendiri, oppa kerja dan dia ngundi kat Berserah.

Teruja nya nak cap jari....teruja nak ke kota putera...teruja nak jumpa kawan kawan ex perkaya ...teluk tapang kita petang ni...miss u all....balik borak borak rancang kegembiraan ....

sesuai dengan kata kata Datuk kesayangan i ni,

MUTIARA KATA UNTUK MU

Bercakap-cakap adalah Bertukar Fikiran, Bertukar Pendapat Dan Bertukar Pengalaman. Rahsia Bercakap pula ialah Pandai Bicara, Pandai Bertanya Dan Pandai Mendengar.

Nikmat keamanan itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa. Ingatlah dalam masa yang aman, kita harus juga memikirkan bahaya di masa yang mendatang.

Sesuatu yang diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan. Tetapi apa yang tidak diduga selalu berlaku dengan tiba-tiba. Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam, tetapi usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti bagi kita untuk selama-lamanya!

Semalam adalah suatu kenangan, hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hendaklah kita simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan suatu penyeksaan.

Aku bukanlah orang yang hebat, tapi aku mahu belajar dari orang yang hebat. Aku adalah orang biasa tapi aku ingin menjadi orang yang luar biasa hebat. Dan aku bukanlah orang yang istimewa, tapi aku ingin membuat seseorang menjadi istimewa.
Tidak ada kecerdasan yang lebih baik daripada kecerdasan yang lain. Kecerdasan terbaik bagi anda ialah kecerdasan yang anda miliki bukan yang dimiliki oleh orang lain..

selamat mengudi kawan kawan.....

Friday, May 3, 2013

Thursday, May 2, 2013

APAKAH FAKTA DAN KEBAIKAN TANGISAN MU?

Ada beberapa alasan manusia menangis. Antaranya kerana kelembutan hati, ketakutan, penderitaan, terlalu gembira dan tidak lupa juga akibat dari memotong bawang! Tahukah anda yang menangis ini mempunyai banyak kebaikannya. Antaranya…

1) Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2) Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titik mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.

3) Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan paras stress kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan hasil dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi-kan sistem metabolisme tubuh jika nak dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan daripada iritasi mata.

4) Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis karena emosi ternyata mengandungi racun. Tapi jangan salah anggap, kerana keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.

5) Mengurangkan stress
Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh dikenali sebagai endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6) Membangun komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang membangunkan sesebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan sahabat atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi seseorang.

7) Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun kita rasa bagai didera pelbagai macam masalah dan dugaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem badan seperti otak dan jantung akan menjadi lancar. Oleh itu, menangis akan membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran kita dengan menangis. Pasti lepas tu kita akan merasa sangat lega.

Eh banyak jugalah kebaikan menangis ni rupanya.. pada saya memang ‘sukar’ untuk menangis, tapi kalau setitik air mata saya jatuh…banyak benda boleh berlaku! (jangan fikir benda negatif..kekalkan sikap positifmu)






Wednesday, May 1, 2013

wadah sebelum mengundi

budak budak sekarang sibuk nak jadi pembangkang, konon perjuangkan kebenaran....

hai dunia akhir zaman, klu dah pembangkang, semua orang buat salah, dia je betul...sebab tu dia pembangkang...cuma dengan kecanggihan teknologi ruang untuk membangkang bertambah luas....penyebaran yang tiada kepastian.....

budak budak yang baru nak mengundi, sibuk pertikaikan kerajaan korup....duit PTPTN x bayar nak pertikai  tangging jawab kerajaan....wahai adik adik..jangan ingat bila pembangkang dah menang duit ptpn tu bole hapus..lingkup la ptptn dan adik adik kome tak merasa lagi la ptptn,...tolong kesian pada generasi akan datang yang belum pasti nikmat yag adik adik kecapi sekarang akan depa nikmati juga....

bila kerajaan baru memerintah belum tentu takde rasuah tiada kronisme....manusia akhir zaman sama je, gelap mata dengan duit dengan harta dengan gaya....ustaz tersohor menunjuk nunjuk kereta mewah laju di jalan raya..so apa bezanya...itulah kata, duit pangkat dan nama kejaran semua manusia akhir zaman

pong pang aibkan orang, pong pang senang senang jatuhkan hukum dosa pahala...Allah penentu semua.

cukup ka solat lima waktu sendiri, cukupka amal sendiri...

hormat ulamak tuntutan agama, berkawan dan berbuat baik dengan ulamak tempias syurga bukan konpem masuk syurga ya,,orang sekarang bukan hormat tapi taksub...

usah bermimpi semua free...le ni toilet pun masuk ada yang kena bayar rm5 dah.....

urusan duniawi,,,budaya ikutan menjelekkan, hingga sanggup sebarkan doa kemusnahan orang lain



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...