Tuesday, April 30, 2013

ya Allah Wariskan aku


Mutiara Kata Datuk Maznah

Orang yang paling berani bukanlah orang yang berani mati tetapi orang yang berani hidup..!

Kalau saya ditanya bilakah kita dikatakan sudah berjaya dalam hidup? Saya akan menjawab "Saya berjaya dalam hidup apabila semua cabaran dan dugaan dalam hidup ini telah berjaya saya harungi."

Jika engkau ingin mengubah darjat duniamu, engkau perlu mengubahnya dengan usaha. Tetapi jika engkau ingin mengubah darjat akhiratmu, engkau perlu mengubahnya dengan IMAN.

Kadang-kadang hatimu tersalah menduga ujianNYA sehingga menganggap DIA tidak mempedulikanmu. Ketahuilah, DIA mendengar jelas setiap bait-bait doamu dan percayalah bahawa DIA tidak menganiayaimu tetapi DIA sedang mengujimu.

Tiada satu kejahatan pun yang dapat dinilai sebagai baik, meskipun melakukan kejahatan itu dikatakan bertujuan baik. Ingatlah, sejahat-jahat manusia ialah mereka yang suka mencari kesalahan dan kecelaan orang sebagaimana lalat mencari bangkai dari tempat-tempat yang busuk.

Saturday, April 27, 2013

Merah Menyala di Tanjung Leman






family day hari sambutan
kami raikan di tanjung leman
felda residence menjadi pilihan
warna merah tema permainan






Friday, April 26, 2013

amalam hari jumaat


HADIS PILIHAN

Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu perkuburan sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah.

Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Dua ayat dari akhir surah al-Baqarah, sesiapa yang membacanya maka cukuplah baginya daripada mengadakan qiamullail (atau kedua-duanya akan menjaganya dari segala kejahatan dan perkara-perkara yang tidak disukai.) ”

Daripada Abu Hurairah r.a : Bahawa Nabi SAW telah bersabda : " Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila matahari terbit. Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah. Dan engkau menolong sesaorang menaiki tunggangannya atau pun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang ke atas tunggangnya adalah sedekah, dan perkataan yang baik itu sedekah. Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah. "

saLam jumaat buat teman teman.....jom rehatkan minda di sini, https://www.facebook.com/KedaiAiman

Thursday, April 25, 2013

Idea from Food art

APAKAH FAKTA KESIHATAN YANG PERLU KITA TAHU!!

Mari kita lihat apakah fakta kesihatan yang perlu kita tahu…

1. GULA BOLEH MENJEJASKAN KESIHATAN SEPERTI ROKOK.
Walaupun gula nampak macam tak membahayakan diri macam merokok, hakikatnya… makanan manis boleh membahayakan diri kita, sama macam menghisap rokok. Menurut sekumpulan pengkaji dari Universiti Carlifornia, gula merosakkan sama seperti alkohol dan rokok, menurut mereka lagi, pengambilan gula perlulah dihadkan.

2. SENAMAN TIDAK AKAN MEMBUAT KITA JADI KURUS.
Walaupun ramai membuat senaman sebagai salah satu cara untuk menjaga berat badan, banyak kajian menunjukkan, jika tidak disertakan dengan kawalan pemakanan atau diet yang sihat, ianya hanya memberikan kesan yang sangat sedikit dalam proses menurukan berat badan. Dalam kajian yang diterbitkan dalam The British Journal of Sports Medicine mendapati, sekumpulan 12 orang yang melakukan senaman yang diselia tetapi tidak melakukan diet, tidak mengalami penurunan berat badan yang nyata. Walaubagaimanapun, walaupun tak menurunkan berat badan, senaman tetap memberikan faedah kesihatan yang lain.

3. GULA-GULA GETAH MERANSANG KUASA OTAK.
Tak ada masa untuk sarapan? Cuba gula-gula getah untuk lebih cerdas. Pengakaji dari Coventry University mendapati, gula-gula getah berperisa pudina menurunkan perasaan penat secara dramatik. Sementara itu, kajian lain mendapati, mengunyah gula-gula getah boleh menaikkan markah ujian dan meningkatkan daya ingatan sebanyak 35%.

4. KOPI BOLEH MENANGKIS KEMURUNGAN.
Kita selalu dengar yang kafein tak bagus untuk kesihatan, bagaimanapun, satu kajian dari Harvard School of Public Health menunjukkan, jika seorang perempuan meminum kopi empat atau lebih cawan sehari, ia akan menurunkan risiko kemurungan sebanyak 20%. Kajian awal yang dijalankan kepada lebih lapan puluh ribu wanita juga mendedahkan, seorang wanita yang meminum lebih dari 2 cawan kopi sehari kurang rasa untuk membunuh diri.

5. BERSIKAP OPTIMISTIK BOLEH MENYELAMATKAN NYAWA.
Optimistik(berfikiran positif), kita tahu, jika kita bersikap optimis, ia boleh membawa kegembiraan dalam hidup dan hubungan, bagaimanapun, kajian mendapati bersikap optimistik boleh membuatkan anda hidup lebih lama. Hasil kajian yang diterbitkan dalam European Heart Journal mendedahkan mereka yang bersikap optimis jarang mengalami penyakit jantung, sementara kajian dari Duke University Medical Center pesakit jantung yang bersikap optimis hidup lebih lama berbanding mereka yang tak berapa nak optimis.

6. MESIN WANG SAMA KOTOR DENGAN TANDAS.
Jarang la kot orang nak basuh tangan atau guna hand sanitizer lepas ambil duit kat ATM kan? Ujian kebersihan yang dilakukan di Britain mendapati mesin wang sama kotor dengan tandas awam. Pakar mengelap pada papan kekunci dari mesin wang dan tandas dan mendapati kedua-duanya mempunyai bakteria yang sama yang boleh menyebabkan penyakit. (Hampir hujung bulan ni..awas pengguna mesin ATM!)



Wednesday, April 24, 2013

Isteri Rosyam Nor

akhirnya dapat jua ku tatap
isteri kepada hero malaya, mr Rosyam Nor, pn Runika tak silap namanya
tersebar berita di fb, bapak rosyam dan ibu Runika bakal menimang menantu pd bulan depan
tahniah bapak dan ibu, moga bahagia ke akhir hayat

comel ngat, seiras je pasangan ini sama cantik dan sepadan

Kek sarang Burung


nota mingzhu ; jap lagi nak g megamall nak cari bahan pemotong kek untuk lubang sarang burung...kita wat kek ovaltine nanti yang wajib beli juga burung dan telurnya...resepi kita guna resepi kek coklat CM je.....aising kita cari kat kak ita...kalau satu negeri ngan kak ita boleh ajak dia tunjuk kedai cari brg brg terlibat....mana nak cari kat kuantan ni ntah...takpe ari ni kita merayap kat megamall....terapi jiwa ngan window shopping....money comes when soul in peace, money goes when u buy, so dont let buying control u..cari je barang tp jgn buy dulu...hahaha....

FAKTA SAINS UNTUK DIKONGSIKAN

1. Manusia akan hilang sebanyak 50 Peratus deria rasa pada usia 60 tahun.

2. Orang lelaki mudah mendapat buta warna, 10 kali ganda berbanding wanita.

3. Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit, iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

4. Manusia hanya menggunakkan 10 peratus daripada otaknya untuk berfikir.

5. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.

6. Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

7. Ketika mulut kering, anda tidak akan dapat menikmati sebarang makanan, ini kerana air liurlah yang membantu kita merasa sesuatu yang masin, manis, masam dan sebagainya.

8. Apabila anda mengecam muka seseorang anda sedang menggunakan otak sebelah kanan.

9. Pada retina mata, terdapat lebih 100 juta sel yang cukup sensitif terhadap cahaya.

10. Jika 80 peratus hati manusia dipindahkan, bahagian yang tinggal masih boleh berfungsi, malahan ia akan membesar ke saiz asal dalam tempoh tertentu.

11. Secara purata kita menuturkan 30,000 perkataan sehari, mengambil masa selama 3 jam 30 minit. Ini bererti dalam tempoh 1 jam kita menyebut 9,000 perkataan yang ada.

12. Jika anda terkurung didalam bilik yang kedap udara, anda akan mati kerana keracunan karbon dioksida bukan kerana kekurangan oksigen seperti yang disangkakan.

13. secara purata setiap orang makan 51 kilogram bahan perasa temasuk gula dan garam setahun.



Monday, April 22, 2013

Selasih Mewangi

khasiat daun selasih
air rendaman daun selasih baik untuk sakit sendi dan pengeluaran susu ibu
daunnya yang wangi yang di makan mentah baik untuk usus, merawat gastrik juga baik untuk deman
juga air ramasan daun selasih mampu merawat batuk ...sila tanam dan minum serta makan sebagai ulam ulaman, nasi ulam terbaik dapat dihasilkan dari daun selasih.

MUTIARA KATA BUAT MU


"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan."

"Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya."

"Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya."

"Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri."

"Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya, kerana kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dalam keserasian berkumpulan."

Sunday, April 21, 2013

Menu Lunch

Ahad Nan Mendung

Ahad pagi jika berada dirumah bermakna pekara wajib adalah ke pasar tani. Pagi pagi bandar damansara cerah, mentari dhuha bersinar riang, sempat mengeluarkan peluh menitik nitik tatkala i mengemaskan tempat tidur keluarga vanila....buang semua sisa sisa buangan dia, sebaldi cat tu penuh la..untuk seminggu punya hasil bagi 9 penghuni....cair la lemak di pipi sikit....khee

Tepat jam sebelas baru dapat bergerak ke pasar tani, hujan pun turun..agak lebat dan nasib baik sesampai di pasar tiada hujan...khee...pertama kali kepasar tani di tapak baru, depan UTC, xde la jem sangat. Belum fasih dengan kedudukan gerai gerai feberet maka kiter pusing satu pasar....beli tulang, beli udang, beli kobis, beli kailan beli ayam uncle bob beli kuih bakar dan kemestian untuk ma, kopi tunjuk langit kak syikin...yang utama tu yang penyebab ke pasar tani...barang banyak dah takde, ikan patin yang dh siap garam kunyit dah abis, sayur banyak dah kecut dan terkezut i bila timbang secekak pegaga, regenya rm5, tak jadi beli, tension muka penjual, siap cakap, orang dah rmai beli takpe, padahal banyak giler lagi pegaga dia...kadang kadang tak munasabah harga barang di pasar tani ni...ayam ari ni rm8.20...beli benda perlu je....

Dan kini mendung dari jam sebelas ke petang rupanya......kita layan resepi Datuk Dr Maznah,

RESEPI ‘KEK KEJAYAANKU’
Bahan-bahan penting yang wajib ada :
250 gm Daya usaha
200 gm Kebijaksanaan
100 gm Kesabaran + Kekebalan diri
100 gm Keimanan
100 gm Komitmen & Kesungguhan
190 gm Keinsafan
150 gm Pengorbanan
150 gm Campuran akhlak mulia 
( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna) 
8 sudu teh rasa tanggungjawab
200 gm senyum secukup rasa
50 gm ‘nasib baik’

Cara-cara membuatnya:
Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha, kesabaran, kebijaksaan dan gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit . Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia serta pengorbanan. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. 

Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga dan semangat yang membara.

Nota: Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar unutk dibuat, syabas kepada Chef Bijak yang berjaya melaksanakan adunan tadi dengan baik dan jayanya – Tahniah!

Saturday, April 20, 2013

Cerita dr Japan


Dulu Yakuza, Kini Imam. -TAKI TAKAZAWA

Dilihat dari namanya saja, sudah dapat diketahui bahwa ia adalah seorang yang berbangsa Jepun
Dengan ciri khas rambut panjang dan tubuh penuh tatu, membuatnya tampak mirip dengan anggota geng mafia Jepun, Yakuza.Dia memang mantan tukang tatu para anggota geng paling ditakuti di negara Matahari Terbit itu.
Dan bukan main, pekerjaan ‘tukang tatu’ itu telah ia jalani selama 20 tahun.

Tapi pandangan negatif pada penampilan fisiknya itu berubah saat dia mengumandangkan Azan.
Takazawa kini menjadi Imam sebuah masjid di Ibukota Tokyo. Setelah mengucapkan dua kalimah Syahadah, Takazawa mencantumkan nama Muslim Abdullah, yang bererti hamba Allah SWT.

Perkenalannya dengan Islam secara tidak sengaja terjadi di wilayah Shibuya. Takazawa melihat seseorang dengan kulit dan janggut putih. Orang itu juga mengenakan baju dan serban berwarna suci.
“Orang itu memberikan sebuah kertas dan menyuruh saya membaca kalimat tertera bersama dia,”
Kalimat itu ternyata Syahadat, pengakuan pada ke-esaan Allah SWT dan Muhammad SAW sebagai utusanNya.
Meski tak faham secara keseluruhan, Takazawa pernah mendengar sepintas Allah dan Muhammad.
Seperti kebanyakan penduduk Jepun, sebelumnya Takazawa menganut aliran kepercayaan Shinto.
Pertemuan dengan orang serba putih itu membekas di ingatan Takazawa.

Dua tahun setelah memeluk Islam, dia bertemu lagi dengan sosok inspirasinya itu.
“Ternyata dia pernah menjadi Imam di Masjid Nabawi, Kota Madinah, Arab Saudi. Saya bersyukur dapat bertemu dengannya,” katanya.Imam Masjid Nabawi itu meminta Takazawa untuk menjadi Imam di masjid di wilayah Shinjuku. Sebelumnya, dia melaksanakan ibadah haji dan menimba ilmu beberapa bulan di Kota Makkah.

Nama Takazawa menjadi terkenal lantaran dia menjadi satu di antara lima imam Masjid besar di Jepun.

Baarakallahufikum ....

Semoga bermanfaat dan Dapat Diambil Hikmah-Nya ...

* foto Abdullah/Takazawa yang memakai Tongkat.

Friday, April 19, 2013

Layan raja Lawak 7


nota mingzHu ;- sedap sungguh paha ayam goreng...khee, tu lauk tengahhari, bila xde idea, sup sayur dengan ayam goreng jadi la....sekarang i tengah layan raja lawak 7 sorang sorang...oppa keje malam....macam tak lawak je....juri pun apek je best...setakat ni dewan tak gamat dengan hilai tawa lagi.....tema borak kedai kopi tp ada yang duk dalam teksi dan ada duk mancing, borak kedai kopi cuma tpt je bukan kedai kopi...sekarang main badminton lak....adus..bila nak berpeluang gelak ni....terjerit jerit je.....bowink....ac komen ntah pe pe....

nasi dah jadi bubur.....siang tadi i rugi....jgn berjudi tp studi...

Istana seri Menanti

Istana Seri Menanti,
Negeri Sembilan D. Khusus

istana cantik dan unik menjadi muzium
sejarah raja raja buat tatapan umum

pelbagai koleksi dari dapur ke almari
kenangan dulu dulu tersimpan rapi

pandangan luar cuma boleh di capai
buat kenangan daku pernah sampai







sejarah pembinaan terpahat di sini
di baca untuk kita kenali dan hayati
moga tersemi sejarah abadi
buat tatapan dan kenangan dihati

bangga kami pada seni
tersegam kukuh indah sekali

jika berpeluang kami datang lagi
mengunjungi dan menghayati
keindahan dan kehalusan seni
yang cantik tidak terperi

terima kasih pada peluang yang dibagi
indah sungguh pada yang berbudi

HADIS PILIHAN - SALAM JUMAAT

Daripada Ibnu Umar R.huma bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Orang Islam itu adalah saudara kepada seorang Islam yang lain, tidak boleh dia menzaliminya atau membiarkannya dizalimi. Sesiapa yang memenuhi hajat saudaranya nescaya Allah akan memenuhi hajatnya dan sesiapa menolong seorang Islam lain untuk melepaskan daripada satu kesusahan nescaya Allah akan melepaskannya daripada kesusahan dan penderitaannya dihari kiamat. Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam nescaya Allah akan menutup keaibannya di hari kiamat”. Bukhari dan Muslim

mari kita berwangian di jumaat ini.

Thursday, April 18, 2013

Menu Lunch


nota mingzhu : - at radix fc(pertama kali, baru bukak kat IM8)..bole la, ayam kecik dan x berapa lembut...kami maklum la sebab ayam organik...set tak termasuk air ya....rm25 tuk semua ni....

Ayat Bercelaru tp 2 juta tu


Email dari Mrs Suraya ;

Assalamualaikum,

Hidup saya adalah diibaratkan sedang diseru oleh Allah dengan keadaan kesihatan saya yang mendadak kerana telah diberitahu oleh doktor saya yang saya ada beberapa hari lagi untuk hidup.Dengan ini,saya ingin menderma hartanah saya untuk menolong pesakit barah seperti saya untuk rawatan dan program-program kesihatan kerana ini adalah cadangan arwah suami saya dan saya tidak mempunyai zuriat

Dengan ini saya hendak membuat sesuatu dengan niat baik untuk menderma 2 juta sterling paun kepada persatuan barah yang terlibat.Sila beritahu saya sekiranya anda sudah menerima surat akuan tersebut dan sila beritahu informasi tentang warganegara anda dan di mana tempat tinggal,nombor telefon informasi lain yang diperlukan oleh peguam saya.Dengan ini saya memindahkan warisan saya kepada anda.

Semoga anda dirahmati oleh Allah dan menggunakan wang dermaan saya dengan adil untuk kerja kebajikan.

Yang Benar
Pn. Suraya Ibrahim

apakah respon anda?

SARAPAN PAGI bersama PROF DR MUHAYA

Photo: Doa Memohon Cinta Allah... :)

~ Suami Isteri Bahagia

Sesiapa ada 3 perkara ini telah mempunyai segala galanya. 1. Cinta Allah dan rasul 2. cinta pada seseorang kerana Allah dan 3. benci pada kekufuran seperti benci dicampak ke dalam beraka. Jaga Allah ( hidup ikut hukum Allah ibsyaAllah Allah akan jaga kita

Allah tidak membenarkan manusia mencari kemasyhuran. Bila mencari kemasyhuran terpaksa menjaga manusia hingga kurang masa menjaga hak Allah. Jom audit. Cari Allah dgn mencari ilmu bukan berita apa lagi keaiban manusia melalui media massa. Kita doakan orang yang berpenyakit hati dan iman dengan menyebar fitnah diberi hidayah dan keampunan

Wednesday, April 17, 2013

Khasiat Cendawan Tiram



cendawan tiram ni memang sedap di masak air, sayur pedas ke, sup sayur ke, tomyam ke....goreng pun sedap. rupanya ia baik untuk pengaliran darah, mampu menurunkan tekanan darah dan juga mengawal gula dalam darah.

cendawan tiram juga berkesan merawat barah.pelbagai khasiat cendawan lagi di sini

http://animhosnan.blogspot.com/2011/10/khasiat-cendawan.html

BERUNTUNGNYA ORANG YANG RAJIN MENGAJI..


Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku"..

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah SWT permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya..

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah SWT turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya.. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat..

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah SWT akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan..

Tuesday, April 16, 2013

5 PERKARA TERPENTING PERLU ANDA TAHU MENGENAI SOLAT

Solat Subuh ~► Wajah yang cantik
sabda rasulullah saw ~ Barangsiapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya

Solat Zohor ~► Duit yang banyak
sabda rasulullah saw ~Barangsiapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat

Solat Asar ~► Kesihatan yang baik
sabda rasulullah saw ~Barangsiapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan

Solat Maghrib ~► Anak2 yg cerdik dan berjaya
sabda rasulullah saw ~Barangsiapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat

Solat Isyak ~► Tidur yang nyenyak tanpa gangguan
sabda rasulullah saw ~Barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak .




Hentikan sebut ' saya kecewa, kecil hati, terkilan atas segala yang dah berlaku. Yakin pada takdir Allah. Boleh kecewa dengan diri jika berdosa dan mengubah diri. Buang sifat mengeluh merungut mengumpat

Monday, April 15, 2013

april bersama dua kelahiran glamer

tahniah buat bintang tanah air kiter
fasha sanda dan dato lee chong wei
dua dua baby boy
bestnya
(images dr fb..tqs tuan pic..khee, jgn marah)

tapi ni selingan sajer, out topic ni, ternampak pic baby comel tomok tadi kat fb
bulat mata, putih melepak simpan as my collection
terkezut ke amende ntah si comel tu
comel lote, brp bulan ni tomok?

Warna warni Dapur

megi kari goreng telur
sarapan pagi ni dan bekal tengahhari
tiba tiba teringin makan megi goreng
megi kari goreng ngan telur dan kicap
tumis cili dan rempah karinya je
taburkan sayur yang ada dalam peti ais
timun batang, tomato, terung celur

pemanggang ajaib
koleksi terkini mingzhu
pemanggang ajaib leno
last month leno offer, rm85
jadi alternatif untuk 'ikan'
murah la dari 'menang'....padan la ngan taraf i.....

ikan bakar garam kunyit
ni hasil pertama...minggu lepas lepas
dapur tak kecah, ikan lembut
good la, easy cooking...

Apa Fakta Menarik about Senyuman


1) Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2) Pengkaji dan pengamal Barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3) Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4) Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5) Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6) Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jadi, tidak hairanlah jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7) Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8) Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

9) Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

10) Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

11) Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

12) Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang boleh memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.


jadi senyum la untuk sihat


Thursday, April 11, 2013

Koleksu Terkini Mingzhu


nota aima; cantik tak bekas ni? cantik kan...ini tin biskut dan boleh didapati di giant. Terpikat dengan kolor dan coraknya walau isi dalamnya tak nenyelerakan...ia adalah biskut butter mini yang keras kedekong...tapi i beli sebab bekasnya...camner nak clearkan tag atas penutup tu ya....

Senyum Lah

Jika anda tidak tersenyum di pagi hari, bila anda akan tersenyum lagi? Awali hari-harimu dengan senyuman, UNGKAPKAN RASA SYUKURMU, agar hari-harimu senantiasa dalam naungan semangat mensyukuri nikmat hidup ini.

Bagaikan pemain bola, jalani hidup ini mengikuti irama bola yang pergi... Kemanapun dia pergi, ikuti lah ia, tapi jangan lupa dengan sasaran hidupmu. SASARANMU ADALAH MENJARINGKAN GOAL SEBANYAK MUNGKIN!

HIDUPKAN ALARM DALAM JIWAMU, alarm yang mengingatkanmu tatkala tersalah, alarm yang mengingatkanmu tatkala terjatuh, dan alarm yang mengingatkanmu tatkala hanyut dalam kesenangan.

TEMPUHLAH PERJALANAN YANG JAUH DARI KAMPUNG HALAMANMU, belajarlah untuk menjauh dari negeri kelahiranmu, orang-orang besar selalu ‘hijrah’ dari kampung halamannya, menuju negeri yang lain, untuk kemudian kembali membangun kampung halamannya..

Jangan terlalu berharap ucapan terima kasih dari orang lain atas kebaikanmu, dan jangan terlalu berharap orang lain membalas kebaikanmu, lepaskan semua harapan itu, HARAPANMU BUKAN KEPADA MANUSIA. Tapi hanya kepada Tuhanmu.



Wednesday, April 10, 2013

Apa itu Manifesto

ERTI SEBUAH MANIFESTO... AKU JANJI PADA DIRI KU!

Dua tiga hari ni. Hampir tiap waktu kita mendengar dan Membaca Perkataan Manifesto dan Aku Janji yang Dibuat oleh para pemimpin kita untuk dihayati, di nilai, di nikmati kelak oleh rakyat dan Seluruh Masyarakat. 

Penting Juga!

Tapi apa yang lebih penting ialah Apa Manifesto. Aku Janji Anda pada Diri Anda. keluarga Anda? 

Ada Ke? Dah Anda Buat? 

Apa Kepentingan Manifesto . Aku janji ni pada perancangan Hidup dan Masa Depan Kita? Pengistiharan Dasar-dasar dan Membuktikannya.

Erti Sebuah Manifesto pada saya. Aku Janji.
Seperti Yang Pernah saya ceritakan Dulu. Sejak muda-muda dulu lagi. Saya memang nak merubah keadaan hidup saya. Nak keluar dari Kepompong Kemiskinan, Kebiasaan di kampong.

Untuk itu Pertama Sekali 'Aku Janji' ku pada diri Ku ketika itu ialah untuk menjadikan diri ini benar-benae Komited, Pasrah, Berpatah Arang! Untuk bersiap sedia Diri ini untuk Melaksanakan Apa Jua yang diperlukan untuk Mencipta Kejayaan dan Kebahagiaan!

Ya. Ketetapan Diri. Hati. Jiwa Raga . Apa Jua Pengorbanan . Keringat. Air Mata. Masa dan Wang Ringgit . Tenaga Demi Mencapai Segala Impian dan Harapan Kita!

Maka akhirnya lahir lah 10 prinsip pelaksanaan saya sepertimana dalam Buku 3 K. yang menjadi Manifesto dan Aku Janji saya pada Diri Saya Sendiri. Keluarga. Anak Bangsa. Agama dan Negara Ku Yang Tercinta.!

Setiap kali Ombak Badai Melanda. Cabaran dan Ancaman menimpa. Manifesto . Aku Janji Akan Ku Baca Berulang kali! Berdoa! Tiba-tiba Semangat ku Kembali Membara. Kekuatan. Kekebalan Diri Ini Tiba-tiba Mengangkat Kembali Diri ini Untuk Terus Bangun Mara Ke Hadapan!

Ayuh! Wahai Sahabat.
Ayuh, Hari ini Mari Kita lakarkan Manifesto . Aku Janji pada Diri Mu Sendiri!



Tuesday, April 9, 2013

Bubur Jagung


senang je buat bubur jagung, susu cair setin, jagung manis setin, daun pandan, gula melaka dan garam...satukan semua, masak hingga mendidih....petang petang layan bubur best jugak...kurang gula kurangkan garam...

hari ni dah petang selasa...cepatnya masa berlalu...ahad last mencoret dan petang inj baru sempat membebel di sini setelah dua hari membebel kat oppa....tekanan tekanan...darah melonjak naik...sesabarnya pun tak kemana...marah tu jadi tabiat lak...

letih den camni.....x tahu dah nak kata pe...ya allah tabahkan hatiku...


Sunday, April 7, 2013

Petang Ahad

Dari pagi lagi semangat takde, sorang sorang pagi ahad ni memboringkan, nak ke pasar tani pun malas sorang sorang, nak tanya ciksu lagi malas sebab nanti dia belum tentu nak pergi, mengirim pasti...huhu..kalau dia nak p pun i tak larat dah ngan dia, mau nya sampai pasar kul 9 baliknya kul 12..banyak kali pusing la

Kopi nak segarkan badan dah takde, pengedar kopi pegaga lak belum ada stock, lemau nya.....vit c je la..jus delima tak bole bagi tenaga la....

Namun begitu pepagi keluar jugak sebab rasa ngidam nak makan beehon akak kat surau balok tu, ...start kete go la...hampa akak tutup kedai rupanya pagi ahad. Elok la akak cuti kan..releks kan badan takkan nak niaga everday....masuk la kot lorong masjid balok, gerai belah kanan ramai orang, i beli roti kosong and beehon....hampa juga tak kena selera langsung...nak beli kat along tadi malu orang ramai....lagi lemau ahad ni.

Baca metro je, MM belum sampai, layan je kemalasan, belum kemas segala bagai, pinggan satu sink, kain setambun, rumah belum bersapu...nasib baik tadi dah sempat meyabit rumput israel untuk vanila dan anak anak dia...terbagi makan la jugak, kalu tidak depa pun kelaparan de kemalasan i

Layan jjcm, tak best la qi, layan pelik tapi sedap, layan mata..zzzz..paksa ooo sebab dah letih sangat dek penganan kemalasan. tepat jam 2 bangun mandi, solat dan layan nona...nasib baik tv tak meragam ari ni. abis nona lunch ngan beehon tak abis pagi tadi dan semangat kian pulih kemas sikit sikit, teringin la pulak makan kuih feberet ini..bersilat di dapur dan jadi la dia,

kuih abok abok..layan... 


Saturday, April 6, 2013

Kerja kerja Pembersihan

Hari sabtu di mulakan dengan kerja kerja dobi....abis semua i kutip, cuma kain selimut je tidak takut tak muat ampaian. Sesambil moop lantai dapur dan bergerak ke bilik air, sental semua. Baju dua kali pusing satu ampaian, letih ooo

Siapnya, laman tak yah kemas la, gerak(sapu) daun daun je dan bakar , sekali ngan stock bil dan penyata bank kita bakar semua...letih ooo

Tenaga bersisa, kemas kandang bunny pulak..bersihkan sisa seguni penuh, lama x cuci, tak sempat...berpeluh peluh di panas terik...masuk teguk nescafe...ooh tidak, loya la pulak...angin nescafe...sakit perut....letih ooo

Ingat nak keluar cari surat kabor...larat ke...lekk lu...layan vanila dan anak anak jap...






Friday, April 5, 2013

Pesanan dan Doa pg Jumaat




Datuk Dr Maznah Hamid
YA ALLAH PERLIHATKANLAH YANG BENAR ITU BENAR

Ya Allah Ya Tuhan kami,
kami mengucapkan syukur ke hadrat Allah subhanahu wata’ala dengan kesyukuran yang tidak terhingga banyaknya diatas limpahan nikmat-Nya dan rahmat-Nya kepada kami semua khususnya nikmat Islam yang kami miliki ini.

Ya Allah ya Tuhan kami,
ampunilah dosa dan maafkanlah kesilapan kami lahir dan batin. Ya Allah ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibu-bapa kami dosa keluarga kami dosa masyarakat kami dosa seluruh ummat Islam yang telah mati dan yang masih hidup dan ummat Islam yang akan datang hingga hari kiamat.

Ya Allah sesungguhnya keampunan Mu dan kemaafan Mu lebih luas lebih besar daripada kesalahan kami. Ya Allah Engkau lah Tuhan yang Maha Pemaaf dan Maha Pengampun, ampunkanlah dosa kami dan dosa yang dilakukan oleh kami dan mereka itu.

Ya Allah berikan kami kekuatan supaya kami dapat meneruskan perjuangan Nabi kami Muhammad saw di zaman tidak ada Nabi dan Rasul ini dan supaya dapat kami bersyukur dan menunaikan amanah Islam ini.

Ya Allah perlihatkanlah yang benar itu benar supaya dapat kami mengikutinya dan perlihatkan yang salah itu salah supaya dapat kami menjauhinya.

Ya Allah Ya Tuhan kami bersihkanlah hati kami pemikiran kami dan kehidupan kami daripada jenis syirik, kufur, nifak, zalim dan sifat-sifat yang keji. Tumbuhkan di hati kami sifat-sifat yang terpuji.

Ya Allah jadikan hati kami ini hati yang menyukai apa yang disukai oleh Engkau dan membenci apa yang di benci oleh Engkau.

Ya Allah sebagaimana Engkau sentiasa berbuat baik kepada kami jadikanlah kami ini hamba-Mu yang sentiasa berbuat baik dengan seikhlas-ikhlasnya yang Engkau kehendaki.

Ya Allah sebagaimana Engkau dekat dengan kami jadikanlah kami dekat dengan Engkau dimana saja kami berada.

Ya Allah sebagaimana Engkau melihat, mendengar dan memerhatikan kami jadikanlah kami ini hamba-Mu yang sentiasa sedar akan penglihatan Engkau dan perhatian Engkau terhadap kami dan sentiasa bertakwa dalam penghidupan kami.

Ya Allah sebagaimana Engkau sentiasa bersama dengan kami jadikanlah kami ini hamba-Mu yang sentiasa sedar akan kehadiran Engkau dalam penghidupan kami.

Ya Allah sebagaimana Engkau bersikap pemurah terhadap kami jadikanlah kami ini hambaMu yang pemurah sebagaimana yang Engkau kehendaki. Ya Allah ya Tuhan kami sebagaimana Engkau sentiasa menyeru kami maka jadikanlah kami ini menyeru Engkau dan memohon pertolongan daripada Engkau.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
berikanlah kami ilmu yang bermanfaat, iman yang mendalam, rezeki yang halal, anak yang soleh, keturunan yang baik, perniagaan yang berjaya dan penghidupan yang penuh berkat.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
jika tertulis suatu takdir yang tidak baik keatas kami, kami memohon supaya Engkau menukar takdir itu dengan suatu takdir yang baik kepada kami.

Ya Allah berikan kami kekuatan kepada kami supaya dapat kami mengatasi angkara jahat musuh-musuh kami dari nafsu, syaitan, dunia dan manusia. Hidupkanlah kami dengan Islam dan matikanlah kami ini dengan Islam. Selamatkan iman kami daripada segala gangguan syaitan, semasa kami menghembuskan nafas yang terakhir.

Ya Allah perkenankan segala permohonan kami, mustajabkanlah doa kami, selesaikanlah segala masalah kami, bayarkanlah segala hutang kami, sembuhkanlah segala penyakit kami, kuatkanlah segala kelemahan kami, sempurnakan segala kekurangan kami, tunaikan hajat-hajat kami, berkatilah anak cucu kami, jayakanlah usaha dan perniagaan kami, satukanlah hati-hati kami, menangkanlah perjuangan kami dengan berkat Nabi kami Nabi Muhammad saw, dengan keramat Al-Quran al-kareem dan dengan berkat amalan kami yang paling ikhlas.

Ya Allah, hanya kepada Mu kami berserah dan bersujud.

Thursday, April 4, 2013

Aktiviti di P. Teluk Ketapang

setiap petang jumaat dan sabtu, pantai teluk ketapang
(pantai airport, KT)
 orang awam di benarkan bermain dengan arnab

 jualan arnab, aksesori arnab dan makanan
harga cukup berpatutan, i beli alfalfa sini

yang pasti main layang layang tradisi nya
kini ada atv dan kuda
sesambil menikmati ict tu....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...