Friday, March 29, 2013

AL fatihah

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ)

isnin lepas, 25 mac bersamaan 13 jawal 1434
kita kehilangan tiga ulamak iaitu

1) Tuan Guru Haji Ali Kedah : Mengajar Tasawuf (kitab Hikam ) di Masjid-masjid di Alor Setar. Akhlaknya indah. Murabbi selalu cerita mengenainya.

2) Tuan guru Hj Muhammad Abdullah : Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Kedah.

3) Dr Uthman El Muhammady yg telah pulang ke Rahmatullah sebentar tadi di rumahnya di ISTAC, IIUM KL Campus, Taman Duta, Kuala Lumpur.

mari kita sedekah kan al Fatihah buat mereka...semoga roh mereka di cucuri rahmatNYA


Sabda Rasulullah s.a.w:

عن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي االله عنهما يقول : سمعتُ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم يقولُ : إن الله لا يقبضُ العلمَ انتِزاعاً ينزعُهُ من الناسِ ولكن يقبِضُ العِلم بقبضِ العُلم حتى إذا لم يترُكْ عالما اتخذ الناس رؤوسا جهالا فسُئِلوا فأفتَوا بغير علم, فضلوا واضلوا -مسلم

Daripada Abdullah bin 'Amru fin al 'Ash Rodiyallahu 'anhuma, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Bahawasanya Allah s.w.t tidak mencabut (menghilangkan) ilmu itu sekali gus dari dada manusia, tetapi Allah menghilangkan ilmu dengan mematikan alim ulama'. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama', orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka, dan apabila pemimpin jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat dan menyesatkan orang yang lain - (Riwayat Muslim)


petikan FB

Thursday, March 28, 2013

dari Mana nak Kemana


Orang yang sesat itu adalah orang yang tidak tahu dari mana dia datang dan nak ke mana dia

bantu mereka yang tersasar balik ke pangkal jalan, jangan kita yang sedar ini jauh dari kebaikan

kita tak boleh duduk dengan mencemuh aje, hari ini kita baik esok lusa kita tak tahu  bagaimana akhirnya hidup kita ini


ya allah akhirla hidup aku ini dengan kesudahan baik jangan la dengan penghujung yang tidak baik

Penghujung March

Hari sudah 28/3/13....lagi dua hari habis sudah bulan march...makin cepat rasanya masa berlalu dan makin tenat bumi kita ini bila bahang mentari cukup terasa...panasnya, 

panasnya ni kita sejukkan badan dengan mentimun
copy from FB

Wednesday, March 27, 2013

Hargailah orang yang Sayang kiter

Tiga hari tak bersiaran rasa bagaikan tak lengkap kehidupan....keletihan dan keseronokan membuatkan kealpaan kepada rutin harian....balik KT juga merupakan satu rutin, balik besut pelengkap institusi kekeluargaan....
saling mempelajari dan melengkapi tuntutan kebahagian



Sunday, March 24, 2013

Sehari di Bukit Tinggi

ahad lepas, 17 march 13 , kami mendaki bukit tinggi...khee..bayaran masuk rm 12 dewasa dan rm 8 kanak kanak, manakala bayaran untuk animal park rm3
best, sejuk, dingin, cantik....










SEBUAH RENUNGAN DI HUJUNG MINGGU

KISAH PERANGKAP TIKUS

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja di pasar. Ketika mereka membuka plastik barang-barang , seekor tikur memperhatikan : "hmmm...makanan apa agaknya yang dibawa mereka dari pasar??"

Ternyata, salah satu yang dibeli oleh petani ini adalah Perangkap Tikus. Sang tikus terkejut bukan kepalang. Ia segera berlari menuju kandang dan berteriak " Ada Perangkap Tikus di rumah....di rumah sekarang ada perangkap tikus....!"

Ia berjumpa ayam dan berteriak " ada perangkat tikus". Sang Ayam berkata " Tuan Tikus..., Aku turut bersedih, tapi itu tiada kaitan dengan diriku".

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak. Sang Kambing pun berkata " Aku turut bersimpati...tapi tidak ada yang boleh aku lakukan"

Tikus lalu menemui Lembu. Ia mendapat jawapan sama. " Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya pada aku sama sekali!"

Ia lalu lari ke hutan dan bertemu Ular. Sang ular berkata " Ahhh...Perangkap Tikus yang kecil tidak boleh menyakitkan diriku"

Akhirnya Sang Tikus kembali kerumah dengan pasrah mengetahui bahawa ia akan terpaksa menghadapi bahayanya sendirian.

Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar bunyi kuat perangkap tikusnya berbunyi menandakan telah memakan korban. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa. Ular yang terperangkap semakin ganas dan tiba-tiba menyerang isteri pemilik rumah.

Si suami membawa isterinya ke hospital dan beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun kemudian isterinya tetap demam.

Ia lalu minta dibuatkan sup ayam. Suaminya dengan segera menyembelih ayamnya untuk dimasak.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.

Masih, isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Ramai sekali orang datang menziarah, sehingga sang Petani tadi harus menyembelih lembunya untuk memberi makan kepada tetamu yang datang melawat.

Dari kejauhan...Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

Jadi, sekadar renungan di hujung minggu ini...JIKA SUATU HARI..KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESULITAN DAN MENGANGGAP ITU BUKAN URUSAN ANDA...FIKIRKANLAH SEKALI LAGI


cerita dari ... tengah perah otak ni...

Saturday, March 23, 2013

Masak pe Today



nota hati : panasnya malam ni....oppa bila nak pasang aircond....huhu...bak kata kak D jangan meminta minta dengan somi...oppa i tak minta tapi suruh je...khee...earth hour bergelap je kipas pusing..

hari ni masak ekor ikan asam pedas versi sendiri punya dapur sendiri punya resepi...haha.. petang kukus kek...letak jus lemon sebiji tapi haram tak rasa lemon...haha

sesambil menaip ni i layan tv alhijrah ..bestnya...program malam cinta rasul bertepatan hari polis...moga wira wira di lahad datu terus tabah ..bersemangat dan dilindungi allah

ada tpm ada adik yg kelihatan sedang menhadapi sakit kulit yang serius begitu semangat sekali mengalun zikir dan nyanyian kepada rasul..syabas dik...moga ada insan perihatin dengan nasibmu dan membantu...

di latunkan lagu negaraku...diri jap....pahni nak zzzzz lq



Khasiat Garam dalam Perubatan Islam

1. Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi). 

2. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

3. Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam kasar digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas.

4 .Merawat cirit-birit. Minum air yang dicampur sedikit garam.

5 .Merawat mabuk perjalanan. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air dan minum sebelum memulakan perjalanan.

6 .Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

7. Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

8 .Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam.

9. Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dibaca padanya dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah.

10. Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi menangis waktu malam disebabkan dia nampak syaitan, bukan kerana lapar. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.

11. Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir), cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dibaca al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah.

Salam pagi Sabtu


nota hati  ; bersiaran selepas i dan oppa bermusyawarah....huhu...moga hari hari kami bertmbah baik dan membahagiakan.

malam ni earth hour, jom kita jimatkan tenaga...hp bole kang...kheee

have a nice day n weekend everybody

Friday, March 22, 2013

Petang Jumaat Yang Ceria

Lewat bersiaran sebab mengutip semangat, petang baru datang cerianya...if im join my family xtvt lately will depressed me.... amende la ni i merepek....kheee

tadi pagi p pntai balok kat ciksu tanam nenek ...ada wazien ngan ayah sue...depa brekpest sana, wazien x g skool....panas, boring, i sorang p, oppa tidur kat umah sebb kerja malam nanti.....dont ask my favour with your reason meaning im to free and you too busy.....entah pe pe i merepek...

tengah hari down la jugak, dengan persekitaran yang mengecewakan...entah kenapa sedih sangat lepas khatan metro hari ni...sedih, syukur dan redha...

jam empat, tiba tiba perasaan bertukar ceria....go to pc, lewat jam enam setengah tengok nuffnang beriklan magnum....sedapnya....

 petang  ni kalu dapat benda ni wallah



doa2.jpg
doa dari http://fadzilahkamsah.com/


Thursday, March 21, 2013

Lunch w Nasi Ulam



nota hati ; hari ni makan nasi ulam...resepi di ambil dr rumah cm....dapur tanpa sempadan....sedap bangat...di tambah dengan kepok kalan star.....zzzx lu.........





Terima Kasih Datuk


TIGA ‘K' DALAM MEMBURU KERJAYA IDAMAN

Terdapat tiga komponen asas dalam mendapatkan apa jua kerjaya dan gaji yang kita idamkan. Berikut adalah tiga elemen yang perlu kita pegang sepanjang kerjaya kita. Tiga elemen itu adalah Kenalan, Kredibiliti dan Kecekapan.

1. Kenalan
Lebih banyak kenalan yang kita ada dalam pasaran, lebih mudah bagi kita mendapatkan kerjaya idaman. Lebih ramai orang yang kita kenal dan mengenali kita, lebih senang kita mengetahui 85 peratus ataupun lebih peluang pekerjaan yang ada dan tidak disenaraikan di mana-mana.

Oleh itu, adalah penting bagi kita melebarkan jaringan secara berlanjutan. Sertai mana-mana kelab dan persatuan. Minta mereka menjadi orang rujukan. Beritahu rakan, saudara-mara ataupun mereka yang berkaitan yang kita sedang mencari pekerjaan baru. Pastikan semua orang tahu kita sedang dalam usaha mencari pekerjaan. Tiada yang lebih penting daripada kenalan di sekeliling kita.

Majoriti besar pekerjaan yang diisi dalam pasaran kerja itu tersembunyi adalah kerana seseorang itu mengenali individu yang lain. Kita mampu meluaskan lingkungan kenalan hanya dengan memberitahu yang kita dapat dihubungi dan memerlukan pertolongan serta nasihat mereka.

2. Kredibiliti
Ini adalah kombinasi di antara reputasi dan karekter kita. Kredibiliti adalah satu-satunya kualiti yang paling penting dalam mendapatkan cadangan serta kes rujukan daripada kenalan kita.
Pastikan semua perkara yang kita lakukan jujur dan konsisten dengan standard etika yang tertinggi.

Pastikan kita tidak melakukan ataupun bercakap apa-apa perkara yang dapat disalah tafsir lebih daripada kelebihan yang kita miliki. Ingat, orang hanya akan mencadangkan kita satu-satu pekerjaan apabila kita benar-benar yakin yang mereka tidak kelihatan bodoh atas tindakan ataupun kata-kata kita.

3. Kecekapan
Dalam analisis terakhir, perkara yang diambil kira adalah betapa bagusnya kita dan betapa bagusnya kita dalam pekerjaan lampau. Lebih daripada segalanya, betapa bagusnya kita untuk kerja baru itu.

Tahap kecekapan kita menjadi satu-satunya faktor utama dalam menentukan kejayaan kerjaya kita. Atas alasan ini, kita perlu sentiasa bekerja keras bagi mengekalkan dan meningkatkan tahap kecekapan serta kemahiran kita melalui aktiviti peribadi dan pembangunan profesional sepanjang kehidupan kerjaya kita.

Ya, kita juga jangan lupa setiap usaha yang baik itu harus dilakukan secara seimbang antara lahir dan batin. Secara lahirnya, kita telah berusaha seperti panduan diatas; dan secara spiritual, kita banyakkan amalan berdoa, mendekatkan diri memohon kepada Yang Maha Kuasa. Allah membantu mu…!

Wednesday, March 20, 2013

Tanpa Kata Kata


nota hati ; bila kesedihan melanda....tiada kata mampu di ucapkan.....biar tanggungjwb terlaksana walau selewat mana....layan pulut mangga...

Tuesday, March 19, 2013

Karipap Lebih Rangup


Jika anda memilih untuk menghasilkan karipap, ikuti petua ini agar kulit karipap rangup. Panaskan dahulu majerin sebelum mengadunnya bersama tepung. Kemudian uli tepung seperti biasa. Karipap insyaAllah lebih rangup dan enak . -petikan MW

nota hati : dia atas adalah karipap sedap dari KARIPAP PANAS PERAMU....sedap kulitnya, temosa dia de best, karipap kentang ayam dan kentang daging adalah macam di atas, namun inti nya sedap tapi tak menepati selera i....tinggal separuh ni xde saper mau....oppa ni memang suka tinggal baki.

Menu pagi w Datuk Dr Maznah


MUTIARA KATA BUAT MU

Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan secara kebetulan atau suratan tetapi setiap masalah yang dicari mesti ada jalan tertentu bagi seseorang untuk menyelesaikannya melainkan diri sendiri yang menimbulkan masalah sendiri.

Kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang....tetapi manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Oleh itu kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh...

MINDA KECIL berbicara tentang MANUSIA
MINDA SEDERHANA berbicara berkaitan PERISTIWA
MINDA BESAR berbicara tentang IDEA

Sesungguhnya siang yang menjelma itu lebih baik dari malam yang gelap. Cari seberapa banyak Hikmah yang ada di siang hari . Jika inginkan sesuatu pastikan ianya menjadi kenyatanan yang akan dikenang buat selamanya.

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.

  besarkan jiwa dan impian, biar pape asal bergayo....khee

Monday, March 18, 2013

Masak pe Today


nota hati : hari ni i masak dua lauk je, tomyam campur dan telur dadar mayonis. Mood tengah rajin tapi jiran datang bertandang jenguk vanila maka perbualan telah menggugat masa memasak....khee, tomyam atas dapur tuan berborak, ayam lembut ke tulang dan nak cepat tambah dengan telur dadar sajer....makan ngan nasi panas panas....sedapnya.....zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Pasar Tani Temerloh

ahad 17 mac 2013




dua jam perjalanan dari exit jabor 
campur breakfast di hentian gambang
dan urusan tandas di shell hentian temerloh

dari exit jabor ke exit temerloh tol rm15.90
kalau dari KL mungkin habis dalam lebih kurang je kos tolnya
jarak mungkin sama juga

pasar tani terbesar kot
makan sate tepi sungai temerloh
sayur kampung yang pelbagai
ikan segar dan murah
bukan saja ikan patin, ikan salai dan bermacam ikan sungai
ikan laut juga mewah kalah pasar tani kuantan
memang best

Salam Isnin Minggu ke 3


nota hati : semalam tak menulis, hari ni lagi sibuk....jap lagi nak ke pasar cari ikan, semalam ke pasar tapi tak beli ikan....semalam i ke pasar tani temerloh....besaq giler....ikan banyak giler, murah murah, segar segar ngalahkan pasar tani kuantan....save pesanan imam ghazali ni jap n GO....

amalkan gaya hidup sihat, makan berpada, tidur biar cukup, vitamin C kena ambil, senaman perlu ada baru badan sihat...terapi minda terapi fizikal terapi hati....bahagiakan hati 

Saturday, March 16, 2013

Koleksi terbaru Mingzhu




nota hati : tak perlu pencerahan kerna jelas kelihatan apa barang koleksi di atas...kheee..semua tu boleh didapati di parkson. Sekarang ada sales, jimat 10%.....haha

sehari hari ni i jalan jalan ngan oppa, sepatutnya kami balik KT minggu ni tapi macam tak larat poket dan badan sebab i dah dua minggu turut turut balik KT, so kami decide balik masa cuti sekolah nanti sekali balik besut....pagi pagi p taman gelora konon ada pasar tani tapi hampeh...xde pun....lepas tu singgah englai, masuk ecm lak dan last singgahan di Pok Akob Restoren la...

pekena sayur tempoyak je, hari ni tak layan patin sebab rasa esok nak p temerloh....hari ni nasib kurang baik, sayur tempoyak pak akob pedas giler...sakit perut i sampai sekarang.....harap harap selesa dengan susu kambing, ada rasa kurang sikit dah ni...namun ku takkan serik,...lagi pedas lagi sakit perut lagi sedap.

Sampai rumah jam 3, cepat...dah lewat zohor,....dan sekarang dah asar...solat dulu...



Friday, March 15, 2013

Masak apa Today


lemon muffin



nota hati : hari ni i membaking...dah lama i tak buat muffin....sebab ciksu demam nak makan puding tapi i tak pandai puding mempuding ni i buat muffin lemon je la ...penuh vitamin c.....resepi ambil kat rahel blogspot...sangat sedap cuma tak merekah macsm rahel punya...huhu....hupdate kejap mata dah mengantuk....lately mudah norr ngantuk....tidur lu zzzzzz


Impian Relaxation

Image   


The Banjaran Hotspring Retreat 
Prices: MYR1450 per night
Address: 1 Persiaran Lagun Sunway 3, 31150 Ipoh, PK
Phone:05-210 7777
Reviews
More reviews: booking.comagoda.com.my

Fasha Bersalin Hujung Mac

pic dr sini, http://belogfadah.blogspot.com/
pic ni baju fasha lawa, sofa lawa, langsir lawa
menurut tv9 tadi fasha shanda bakal bersalin pd hujung bulan ni
dia yang bunting pelamin merahsiakan jantina babynya
dan bakal berpantang selama 100 hari

Salam Jumaat

hari ni dah 15 march 13 sudah 3 jamadil awal ....mengahampiri cuti sekolah penggal pertama lagi seminggu...apa plan?

jumaat cerah ini berkicau burung di dapur, cari rejeki, ada kerak nasi tu...silakan

jumaat ini ada berita gembira, kelahiran baby gurl kawan, bila baby ku lahir ni?....huhhuu

jumaat ini marilah kita ikuti pesanan ,

Semoga kita lebih menghargai dan kurangkan ingin di hargai

iktibar jumaat, copy paste fb ini....

Thursday, March 14, 2013

Masak Pe Today

minum petang sebelum oppa pi kerja, lempeng cicah kuah kari

ni bekal oppa. ...ngantuknya...zzzz

Daun Inai Naikkan seri Wajah

Rahsia menaikkan seri wajah ialah dengan mengamalkan petua ini. Iaitu, ambil segenggam daun inai dan tumbuk hingga halus dan selepas itu gentel kecil kecil sebesar kepala mancis kemudian di simpan ke dalam peti sejuk. Makanlah sebiji sehari selepas sarapan. Amalkan sehingga nampak hasilnya.

Daun inai banyak khasiatnya terutama seperti yang kita azali tahu sebagai penyeri kuku dan merawat  masalah uban. Inai mengandungi bahan pewarna iaitu glukosid dan asid henotanik yang mana akan menyebabkan kulit berwarna merah kerna asid ini akan bergabung dengan kolegen kulit, kuku serta rambut bagi menghasilkannya. Inai juga mampu merawat kebotakan

pelbagai khasiat inai lagi dapat di capai dengan pakcik google tapi yang pasti menurut MW ia menaikkan seri wajah.

Doa awal Pagi


 

copy dr Fb                                                           



Ya Rabb, jauhkan lah kami dari sifat riya', ujub, takabbur dan hasad...
Ya Muhaimin, bersihkan hati2 kami dari segala penyakit hati.
Ya Latiff, tanamkan dalam diri kami rasa ehsan kpd semua.
Ya Jabbar, kuatkan jiwa kami utk menangkis hasutan syaithan.
Ya Wahab, satukan hati2 kami supaya Islam tetap bersatu,
Ya Rahman, jadikan hidup kami semata-mata mendpt Rahmat Dari-Mu
Ya Rahim, jadikan mati kami mendpt keampunan dan keredhaan-Mu

Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.....
 






Wednesday, March 13, 2013

Masak apa Today


nota hati : hari ni i buat kari sutun n sayur campur goreng....ikan goreng mesti ada...ikan tambang terakhir....ari ni tak larat ngadap pc...update je bw esok esok la yer is eh....selamat mlm semer...zzzzzzxxx

Idea DIY

bekukan minyak zaitun bersama daun daun herba dan panaskan bila nak guna
copy paste dr FB DIY 

Perkongsian Pagi - Surah Terpilih



‎10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah.

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga/ kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan/ fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Sila share - Semoga dapat menjadi amalan kita semua.

- HH -

Tuesday, March 12, 2013

Siapa Punya Angkara




siapa punya angkara la ni....tergantung ni, rugi pisang 4 biji, walau satu je ditebuk bukan tupai namun bau busuk sisanya mencurigakan



dan ini pulak lauk lunch i ari ni....gulai ngan budu semalam dan ditambah singgang ikan tamban serta ayam goreng, malam ni oppa dinner ngan ayam balance seketul berserta seketul lagi ikan singgang dan kicap....i minum susu je..tak lalu makan berdebor dengan hoki, nasib baik seri satu sama dengan australia....faizal hebat aas ...namun penjags gol kiter lagi hebak...sysbas mesia.

Sahabat di Jamin Syurga

sahabat,.... jujur la dalam berbicara, sabar la dalam berteman, senyum la dalam mengharung rintangan.

sahabat yang baik, jaminan syurga jika terjaga auratnya, terjaga solatnya, terjaga pergaulannya.

setelah beberapa hari mengharungi masalah dengan celcom, hari ini tamat perjuangan, celcom kembali pulih  dan jejak yang ditinggalkan dapat la i balaskan....rasa lega dan bersyukur pada adanya kunjungan sahabat kerna perkongsian dapat disampaikan dan angka angka yang diperlukan itu ada...kheee..tq tq

dan ini kita sama sama kenali sahabat nabi kita s.a.w. yang di jamin syurga kerna keimanannya...selamat malam semua...malam ni kita layan hoki lu seround....smlm menang dengan NZ adakah malam ini menang lagi dengan Australia????

UTAMAKAN KESIHATAN DIRI MU..

Dalam mengejar kejayaan dan kebahagiaan, kita tidak harus melupakan diri kita yang boleh diibaratkan sebagai sebuah kawah. Apinya sentiasa bersemarak, tubuh mesti sentiasa bersemarak. Tubuh kita mesti sentiasa sihat, kuat dan bersemangat. Jika api kawah malap, maksudnya jika kesihatan kita kurang mantap, kehidupan kitapun turut malap.

Orang tua kita pernah menyebut, tiada gunanya harta dan kekayaan yang melimpah ruah sekiranya semua nikmat itu tidak dapat dinikmati apabila diri berada di dalam keadaan tidak sihat dan diserang pelbagai penyakit. Justeru, biar bagaimana sibuk sekalipun kita perlu mengutamakan kesihatan diri masing-masing.

Kebahagiaan sesebuah keluarga juga boleh terancam sekiranya ibu dan isteri tidak dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka kerana sentiasa tidak sihat. Golongan wanita yang terdiri daripada seorang ibu, isteri, pegawai-pegawai atau kakitangan kerajaan dan sektor swasta perlu mengamalkan penjagaan kesihatan diri sebelum dapat melahirkan keluarga yang sihat.

Sekiranya kita seorang pemburu impian hidup, tubuh badan dan fikiran kita mesti sentiasa segar. Ia terlalu mustahak semasa kita mula membuat keputusan atau sedang berjuang mengejar cita-cita kita.

Kesihatan mental juga perlu dijaga. Mental yang sihat selalu memberi keghairahan untuk berusaha. Sebaliknya mental yang tidak sihat penuh dengan rasa kesal, pesimis, menyerah kalah dan belas diri! Akhirnya kita akan tercampak ke lubuk kecundang!



Monday, March 11, 2013

Geram Sungguh dgn Celcom

makan malam 

lauk tengahhari


nota hati : gerang sungguh ngan celcom dua tiga hari ni.....jeng kreng...tak boleh nak bw la..tru phone payahnya...tepek makanan je la....sorry kepada kawan kawan yang dtg...kunjungan tak berbalas ...esok nak cal celcom tnya, bil dah bayar...oppa punya line phone ok je, berukband jo beroknar...
kang i beralih ke umobile kan...streamyx dah potong, tukar dengan yes4G..jangan celcom pulak bertukar ke umobile kan.....

sedap pulak ikan tambam goreng....tulang pun makan sekali.....



WANITA… ANDALAH SEGALANYA!. SAYANGI DIRI MU!

Hari wanita jatuh pada 8 Mac

Sempena Hari Wanita Sedunia, mari kita hayati dan kaji Kebenaran kata-kata Berikut tentang Wanita . Kewanitaan dan Perbandingannya. Kenali Diri Anda. 

1) Wanita selalunya dikaitkan dengan 'Bunga' kerana ianya Cepat 'Layu' Betul Ke?

2) Kebanyakan Wanita lebih Sanggup jadi 'Cantik' daripada menjadi 'Cerdik' setuju?!

3) Wanita yang paling Bahagia adalah seperti sebuah Negara tanpa Sejarah! Faham maksudnya?!

4) Kata Orang, Wanita Cantik ialah Neraka bagi Jiwa. Penyedut Kandungan dompet dan Mahligai pada Mata. Apa pandangan Anda?

5) Waktu Malam memperlihatkan wajah wanita lebih Jelita . Jadi apa tindakan anda?!

6) Wanita 'Cemburu' akan percaya dan menyokong apa saja cadangan 'Buruk' tidak baik yang Menentang Orang yang diCemburuinya! Ya Ke?

7) Wanita diwujudkan dari Rusuk sebelah kiri lelaki di mana ianya 'Dekat' dengan Lengan dan hampir dengan 'Hati' supaya lengan itu 'Melindunginya' dan Hati 'Menyintainya'. Aduh Syahdunya!

8) Sesetengah Wanita jarang ada Kawan, tetapi banyak Berlawan-lawan. Eh. Ya Ke gitu?

9) Ada orang Berpesan. Ingat! Lebih Mudah Mengahwini Wanita Kaya yang berlagak Miskin dari Wanita Miskin yang Berlagak Kaya! Hu hu. Ya Ke?

10) Untuk menjadi Seorang benar-benar Wanita ialah Seseorang yang Mampu menjadi Isteri. Ibu, ipar dan Menantu yang Baik, walaupun agak Sukar!

Begitulah antara kata-kata dan Pandangan terhadap Wanita. Walau Apapun Anggapan. Sempena Menyambut Hari Wanita Sedunia. Mari Sama sama Kita Perkuatkan Iltizam untuk Menjadi Wanita yang Lebih. Berilmu. Beriman. Beramal. Berusaha Gigih Untuk Menjadi Wanita Terbaik dalam Segalanya.

Selamat ! Andalah Wanita Harapan Semua!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...