Thursday, February 28, 2013

Adik Yang Jujur


Batu Pahat: Usianya baru 13 tahun namun kejujuran dan kemurnian hati Amir Azizan Hashim mungkin jauh mengatasi orang dewasa apabila dia memulangkan semula beg tangan berisi RM37,500 (SG$15,000) milik seorang wanita warga Singapura yang tercicir.
“Saya mengayuh basikal selaju mungkin mengejar kereta dinaiki wanita itu bagi mengembalikan beg tangannya,” katanya mengimbas kejadian itu yang berlaku berhampiran sebuah pasar raya di Taman Soga, di sini, awal Januari lalu.
Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Syed Esa, di sini, ditemui selepas menerima sijil penghargaan atas kelakuan terpujinya itu daripada pihak sekolah, semalam.

Sijil penghargaan itu disampaikan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Dato’ Syed Esa, Mohd Taat Kasran.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/articles/KejarkeretapulangRM37_500//Article#sthash.MBc4J5c0.dpuf

Besut Banjior

Mulakan hari anda dengan kata kata positif, senyum dan bersyukurlah dengan ucapan alhamdullillah. Cium tangan somi dulu, ada anak anak, peluk anak anak....sayangi dan hargailah keluarga anda bak kata prof,


Semoga kita semua muhasabah diri dan niat untuk sentiasa berkasih sayang dan menghargai mulai dengan keluarga sendiri


Mendung lagi hari ni, semalam panas, hujan yang tak bermusim, besut banjir,



 



Camner mok G gi kijo, camner orang kg raja nak ke jertih? camno bole jadi macam ni, banjr lagi sekali....
syok la org besut main air. ...

Belakang umah mok banyak la air tu,pe kaba mok?
kalau balik besut hujung minggu ni kan tersekat banjir lak...tapi bole main air.....kheee

nota hati : semua pic copy dr fb  dari dalam talian ku memandang....masjid lawa hampir tenggelam
banyak lagi pic kat sini, http://www.facebook.com/hos.getah

Wednesday, February 27, 2013

Koleksi Terbaru Mingzhu



Nota hati : petang tadi i pi merayap megamall sorang sorang.Jalan jalan dalam parkson ternampak la sandal ni. Tengok kaki, sandal dikaki dah mengelupas dah, beli la baru satu.....khee...oppa i guna vaucher la, gunanya satu je. Sandal NYC ni harganya berpatutan rm59 jo, bayar guna satu vaucher dan tambah semilan yal je lagi. Dari sejak dulu NYC pilihan i, ringan selesa dan fit dengan kaki i. Setahun tukar satu, hari hari pakai.....bergaya rasanya ....

SERLAHKAN POTENSI MU


Adakah anda dilahirkan sebagai ‘biasa’? Sebenarnya tiada siapapun boleh dianggap dilahirkan sebagai ‘biasa’. Setiap insan adalah ciptaan yang unik yang tersendiri. Tiada seorang pun di dunia ini yang menyerupai kita secara individu. 

Kita secara peribadi masing-masing adalah individu yang unik, mempunyai bakat dan potensi. Kita juga mempunyai bakat yang tidak terhad.

Mungkin kita tidak sedar potensi yang kita miliki selama ini. Jom kita bongkar bagaimana kita hendak mencari potensi dan bakat yang terpendam dalam diri kita.

1-BIDANG APA YANG KITA MINAT
Untuk mengentahui bidang apa yang kita minat, kita dapat tengok dari tindak balas diri kita dalam membuat sesuatu,jika kita sanggup bazirkan masa,tenaga dan wang untuk perkara itu, berkemungkinan besar itu adalah bidang yang kita minat, dengan syarat,tiada siapa yang memaksa untuk kita lakukan perkara itu.sebagai contoh, jika kita minat dengan ternakan, kita akan jaga haiwan yang kita bela, membeli makanan dan peralatan yang berkaitan dan yang paling jelas jika kita minat, kita akan termanggu didepan ternakan itu beberapa minit atau jam...!

2-CUBA PERKARA BARU
Pepatah ada mengatakan, alang-alang celup perkasam, biar sampai ke pangkal lengan, maksudnya kita mencuba perkara baru dengan bersungguh-sungguh kerana ada sesetengah perkara kita tidak tahu sama-ada ia sesuai atau tidak dengan kita sehingga kita melihat hasilnya,jika buat sambil lewa, boleh ke kita lihat hasilnya..?

3-BANYAKKAN BERJALAN, MEMBACA DAN MENGKAJI
Memang tidak dapat dinafikan jika kita banyak megembara, membaca dan mengkaji sudah tentu kita menemui perkara-perkara baru yang sesuai dengan diri kita, hari ini kita mampu membaca dan mengkaji dengan semudah abc kerana dunia internet sudah menyediakan segala infomasi yang berkaitan.

Dan ingatlah, potensi diri perlu digali, ianya seperti berlian yang mana perlu digali, dilombong, diayak, dibasuh, dikikis, diteliti, dikutip dan barulah kita temui berlian itu yang asalnya terbenam jauh dalam perut bumi.

Persoalannya, apakah kita mampu melihat potensi kita atau kita hanya sering mensia-siakannya sahaja - sama ada kita tidak faham atau tidak mempercayai bahawa kita berpotensi?


dari 

Tuesday, February 26, 2013

Masak Apa Malam Ni


Nota hati : oppa dinner kat sara thai mlm ni, ...i yang sorang sorang kat rumah ni masak la my faberet food, keow teow goreng dengan sawi dan fish cake. ..nah sekuali,  makannya sepinggan je, esok la tu baru habis.

Malam ni layan kedah lawan JDT, sekarang dah masa tambahan dan perlawanan masih terikat 2 sama, mat yo belum menjaringkan gol lagi....tambah lagi 15min.....zzzzz la dlu, oppa dah tertido kekenyangan.....zzzzzzz

Gambar uncle kena tikam

 
kesian kat uncle ni, di salak selatan warta di Fb

bila peragut tidak lagi takut
bila iman tiada di dada
kemalasan melanda
cara mudah mau saja

berleluasa manusia durjana
mencari uwang cara mudah
tidak mengenal mangsa
menyerah atau membalas
manusia tiada jiwa
tetap tiada perimanusia

bila tak kesekolah, bila tak beragama
jadinya insan tidak berguna
mari kita berjiwa mulia
mendoakan sejahtera
buat semua rakyat jelata
agar hidup aman sejahtera

Kami Bersenam Pagi


Nota hati : pagi pagi kami bersenam sementara tuan kami sidai baju. Harap harap rasa gayat kami akan hilang macam abang kami, dah bole buat aksi terjun sekarang.

Followers Mingzhu dah 500

Bismillahhirahmanirrahim, mulakan kata dengan petikan ayat Datuk Maznah,

Jika manusia tidak berusaha untuk mendahului masa dalam maksud mengejar kepentingan dunia dan akhirat pada setiap masa, maka masa pasti akan mendahului menyebabkan manusia mengalami kerugian membiarkan masa berlalu tanpa diisi perkara bermanfaat. 

Dan ceritanya,

Setelah tiga tahun berblog, kini follower i dah ada 500. Lama juga masa yang di ambil untuk mencapai angka ke 500 ,...almaklum i xde cerita best, i x berapa rajin, rojak je kerja dan bahasa.....dulu dulu masa buka blog, minat menulis tu takde la sangat tapi ia terjadi atas saranan bos i, luahkan perasaan di blog, lepas tu kawan i cadangkan niaga kat blog, lepas tu dia cerita pasal nuffnang....masa tu semangat berkobar kobar walau slow sebab  sibuk dengan kerja.

Mula mula pos pasal foot patch, am yang supply, bila ada customer, pergh bersemangat, tengah rancak berniaga, supplier kena tukar kat KL, i kat KT...susah ooo.....langsung tak kemana hala tuju berniaga.

Lepas tu tengok blog orang semua ada gambar lawa lawa, nak pulak camare, tapi camera murah je, nikon, tak lawa gambarnya, dan tuan dia tak pandai mengambil gambar maka hasilnya tak meriah la. Aktiviti lagi slow sebab tuntutan kerja baru lagi menyibukkan diri.

Dan kini setelah sepenuh masa dirumah, tidak bekerja lagi, i penuhi masa dengan blog dan hasilnya, follower dah bertambah, kerajinan dah meningkat, kemahiran menaip sudah baik walau masih ada bahasa sms, time lupa dan time tak banyak masa. Namun bahasa masih rojak, azam blog tahun ni, perindahkan bahasa i.

dan ini dia follower ke 500 mingzhu-collection,
cik cikedis
tak mau cerita pasal cik cikedis la, sebab belum habis review lagi blog dia, saper saper yang teruja dengan headernya yang best tu sila klik image....terima kasih cik cikedis.

Terimakasih juga pada semua follower mingzhu-collection, tanpa anda aima tak rajin menulis, angka di followers pembangkit semangat, pasti ada ganjaran buat semua.

Monday, February 25, 2013

Masak Bubur Barli Today


Nota hati : mlm ni mls msk nasi sebab dah tak lalu nak bazirkan nasi dan goreng nasi esoknya sebabnya nasi sepot susahnya nak habis dengan isi rumah dua orang ni
Maka mlm ini i buat bubur barli hasil rebusan semlm. Bubur barli ni terjumpa semasa cari khasiat barli semlm. Resepi i share esok la sbb mata dah nak Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Macam Macam Bisnes ada Rupanya

Sehari duk godek FB terjumpa satu pages yang menarik, abel collection. Best jugak bisness dia, mudah je tapi tak terfikir rasanya untuk orang biasa yang sibuk nak meniaga tapi tiada barang dan idea meniaga. Macam macam la akal manusia ni kan, idea kreatif, pages yang baru dibuka sept tahun lepas telah mempuyai liked 1k+++ , cayalah, tahniah buat owner kerana bijak mencari peluang.

Abel collectiaon menjual pola baju. Pelbagai pilihan pola pakaian ditawarkan di abel collection. Abel bole dicapai di sini, http://www.facebook.com/AbelCollection?group_id=282591141808449

Sebagai anak perempuan kepada seorang ibu yang menjana pendapatan as a tailor, sedikit sebanyak minat menjahit itu ada dalam jiwa. Belajar dengan cara memerhati sedikit sebanyak memberi kemahiran mudah kepada i, dalam duk takde kerja ni i cuba mencari peluang belajar menjahit online sebab ma pandai menjahit hasil belajar gaya pos. Dulu dulu banyak benda bole belajar gaya pos. Maka i pun minat juga mengrab satu pola di abel collection, tekap la katakan....tiru....

ni save link i takut tak ingat dan tak jumpa cari, nak ni,




Sarapan w Datuk Dr Maznah je


BANTU ORANG LAIN UNTUK KITA DIBANTU

Hakikatnya, apa yang kita berikan kepada orang lain akan dikembalikan kepada kita dengan lebih banyak lagi. Sekiranya kita berikan kasih sayang dan rasa hormat kepada orang lain maka kasih sayang dan rasa hormat akan kembali kita rasai dan begitu jugalah sekiranya kita memberi kemarahan, maka kemarahan akan kembali kita terima.

Ingattlah wahai teman, setiap kali kita memupuk kejayaan seseorang, bererti kita juga membina kejayaan untuk diri kita sendiri.

Oleh itu dalam menjalani hidup ini perlulah menjadi matlamat kita untuk membantu orang lain. Dan ketika kita bergerak maju dan membantu orang lain, mereka akan turut membantu kita untuk berkembang maju dan mencapai segala apa yang menjadi matlamat kita.

Sunday, February 24, 2013

Masak apa Today

 pancake susu kambing

 salad tauhu bersayur

ikan puyu goreng, pucuk paku gulai n salad


nota hati : hari ni hujan je satu hari, semalam meracun ari ni hujan, xde makna....pagi tadi p pasar tani, beli ikan puyu, 9 ekor 6 yal...huhu...mahal jugak ikan puyu eh.....hapdate suda save jurney....layan next jurney, zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...

Khasiat Barli

Diriwayatkan dari Ibnu Majah dari A'syah r.a, dia berkata: Jika Rasulullah s.a.w. mendapati salah seorang isteri (keluarganya) kurang sihat, beliau memerintahkan untuk membuat sup dari bahan gandum barli. kemudian baginda menyuruh mereka untuk meminumnya, lantas bersabda:

"Sesungguhnya ia(sup barli) menyegarkan hati orang yang bersedih dan membahagiakan hati yang sakit sebagaimana salah seorang kalian menghapus kotoran dengan air dari wajahnya."

Khasiat Barli
  • mencegah/mengurangkan risiko Sembelit
  • Mengurangkan kadar kolesterol
  • Mencegah kanser
  • Mengurangkan risiko kencing manis
  • Menyejukkan badan
  • Memelihara buah pinggang.
  • Melawaskan kencing.
  • membantu melancarkan penghadaman
Air barli digunakan untuk menyejukkan badan. Bijirin barli kaya dengan fiber, vitamin dan mineral penting seperti vitamin B3, B1 dan juga selenium, zinc, iron dan lain lain. Ia tidak mengandungi kolestrol malah ia dapat merendahkan kolestrol serta mencegah kanser. Jika selalu diamalkan dapat mengurangkan risiko kencing manis namun jika berlebihan ia akan menyebabkan HIPOGLISEMIA (gula dalam darah rendah).

Pagi ahad w datuk Maznah


   

MUTIARA KATA UNTUK MU   
     
Terdapat perbezaan kecil di antara kita, tetapi menciptakan perbezaan besar. Perbezaan yang kecil itu adalah sikap. Perbezaan yang besar pula adalah apakah sikap tersebut positif atau negatif.

Persembahkan bakat yang kau miliki. Hutan akan menjadi begitu sunyi bila yang bernyanyi hanyalah burung dengan suara indah saja, sedangkan yang lain membisu!

Kata-kata yang manis mungkin singkat dan mudah diucapkan, tetapi gemanya tidak pernah berakhir.

Bila kita tidak dapat menemukan kebahagiaan di dalam diri kita sendiri, ianya sukar untuk dicari di tempat lain. Segalanya berpusat di dalam dirimu…gali!

Kita menjadi seperti ini berdasarkan setiap tindakan yang kita lakukan. Menjadi ‘biasa’ apabila kita bertindak secara sambil lewa dan menjadi berani apabila kita melakukan tindakan yang berani.




                                                                                                                    Datuk Dr Maznah Hamid

Saturday, February 23, 2013

Kami Makan Angin


Nota hati : pagi pagi kami berjemur dan makan angin jap, bagi menghilang rasa gayat. Kami anak anak vanila yang telah berusia sebulan.

Terjumpa dan Terjadila entry Ringkas

Jika sebuah telur dipecahkan oleh kekuatan dari luar, maka kehidupan di dalam telur akan berakhir. Tapi jika sebuah telur dipecahkan oleh kekuatan dari dalam, maka kehidupan baru telah LAHIR

Cara Mencari Bahagia

 




Friday, February 22, 2013

Masak apa Today

pagi pagi masak pulut manis

lunch kita singgang ikang ayer, bayam goreng, budu 

malam bakar roti makan ngan pisang....zzzzz

Tak Baik Menipu

Menulis adalah kemahiran setiap orang dengan pelbagai gaya, dari usia 6 tahun atau awal lagi, belajar menulis, kita bole tulis apa apa saje semau gaya kita. di dunia ini, dunia blog, jika tulisan anda menarik, maka ramai la follower anda, biar gambar secantik mana, biar blog secomel mana, sepatah kata perlu ada.

Berbalik kepada tajuk asal, tak baik menipu, menipu itu satu dosa, menipu itu mengundang rasa tak percaya, menipu itu buat orang murka....tu sajer namun di sini, anda bole tipu tapi ingat dosa itu tetap milik anda...xde la nak murka yang ada anda akan rugi sajer.

Tak baik menipu pasal follow menfollow ni, sebab bila anda tipu, anda akan tidak dikunjungi lagi. I selalu perasan, msg yang muncul, done follow, follow me back, tp tengok tengok takde pun....review je, i follow gak kalau menarik walau i di tipu....u nak i follow u tapi u tak follow i, i tak kisah tapi klu u tipu, i kesah, u tipu i berlalu la......


SABAB WURUD HADIS “SESIAPA YANG MENIPU MAKA DIA BUKAN DARI KALANGAN KU.”


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku.”

In shaa ALLAH

PESANAN SAYIDINA USMAN IBNU AFFAN RA

Kata-kata hikmah daripada Sayidina Usman Ibnu Affan r.a. 
Di antaranya:
Aku mendapat kemanisan ibadah dalam empat perkara:
a. Sewaktu menunaikan apa yang difardhukan Allah.
b. Meninggalkan apa-apa yang Allah haramkan.
c. Ketika menyeru kepada kebaikan.
d. Ketika mencegah kemungkaran dan menjaga diri daripada membuat perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah.

Katanya lagi:
Empat perkara yang pada zahirnya fadhilat dan pada batinnya wajib:
a. Bergaul dengan orang soleh itu fadhilat, mengikut amalan mereka itu wajib.
b. Membaca Al Quran itu fadhilat, beramal dengannya itu wajib.
c. Menziarahi kubur itu fadhilat, bersedia untuknya itu wajib.
d. Menziarahi orang sakit itu fadhilat, menunaikan wasiat itu wajib

Pesanannya:
Antara tanda-tanda ‘arifin itu ialah:
a. Hatinya berserta takut dan harap.
b. Lidahnya bertahmid dan memuji Allah.
c. Matanya berserta malu melihat perkara yang dilarang dan banyak menangis.
d. Kehendaknya bersih dari cinta dunia dan bertujuan menuntut keredhaan Allah.

"Ya Allah,
Aku memohon kepada Mu kemurnian iman dan akhlak terpuji, serta kecemerlangan yang disertai kejayaan dan
aku memohon curahan rahmat, kesihatan,
pengampunan dan keredhaan daripadaMu." Amin..Amin..Amin Ya Allah!


pesanan dari Datuk maznah,

Makan apa Today


Nota hati ; malam ni i makan satay perut di satay zul, jln teluk sisek. Pertama kali makan saty perut, ok la lembut sangat cuma ada sikit manis. Kepada penggemar satay dicadangkan cuba satay perut pulak, zzzzz......

Thursday, February 21, 2013

GA : 1st Short Giveaway by Nana

Farahdeena ajak join GA kat blog dia, yang ada GA dari Nana, demi farahdeena i join,


hadiahnya,
Senarai Hadiah & Pembahagian Hadiah :
Top Referral : (seorang )
-Losyen Hello Kitty & Maskara Hello Kitty
-1x Tony Moly
-1x Baju Peplum 
-1x Tudung Bawal
Random:
-1x Baju Peplum
-1x Shawl Halfmoon
-1x Topup RM5
-1x Tudung Bawal 

Tarikh Tamat:
Berlangsung selama  8 hari  kalau penyertaan memuasakan. / 14 hari
jom join nana sebelum lepas lapan hari ,
http://love-berry06.blogspot.com/2013/02/1st-short-giveaway-by-nana.html

DALAM SETIAP MENDUNG ADA TERKANDUNG KEBAIKAN


Kemiskinan bukan penghalang tetapi satu motivasi ke arah kejayaan. Kemiskinan bukan satu suratan takdir yang tidak boleh diubah, tetapi suatu yang harus diinsafi dan seterusnya diperangi untuk tidak menggagalkan cita-cita mencapai impian.

Ingatlah keinginan mahu mencapai impian hidup bukan sahaja untuk terus hidup tetapi juga untuk memenuhi keperluan psikologi yang asas, iaitu melakukan satu aktiviti yang bererti dalam hidup kita, yang akan menolong kita mencapai sesuatu yang sangat kita sukai dan sentiasa tunggu-tunggu, iaitu kejayaan yang cemerlang.

Renungilah persoalan-persoalan di bawah ini dengan penuh penghayatan:

1. Apabila sesuatu tidak betul berlaku dalam hidup, kita mestilah meninjau dan mengkaji sebab-sebab kesilapan itu berlaku dan belajar daripadanya. Jangan menerimanya begitu sahaja dengan menyalahkan kepada nasib.

2. Apabila sesuatu yang baik berlaku, kita patut menginsafi bahawa ia adalah adalah hasil usaha kita sendiri, bukan kerana nasib.

3. Orang tua sering berkata, " dalam setiap mendung ada terkandung kebaikan," hanya benar jika kita bersedia untuk berusaha mendapatkannya.

4. Bahawa tiada manusia dilahirkan sentiasa beruntung tetapi sebalikya, setiap orang mesti berusaha untuk mendapat kejayaan dan kesenangan.

5. Katakan kepada diri, bahawa aku juga sama yakin dan sama peluang dengan orang lain bagi mencapai apa yang dihajati.

6. Sebelum tidur di malam hari atau apabila bangun dari tidur setiap pagi, fikirkan dan rancangkan apa yang "MESTI" dan "HARUS" dilakukan dan bukannya memikirkan apa masalah yang akan dihadapi.

BE STRONG…BE POSITIVE…BE YOUR BEST!
ALLAH MEMBANTU MU…

Wednesday, February 20, 2013

Runtuh Lagi

Terengganu negeriku, negeri cantik budaya menarik...sayang ganu sokmo walau duk mano....

Runtuh lagi stadium yang runtuh dulu..pe cer? Dulu yang siap gah runtuh, kini yang tengah disiapkan runtuh juga, ...pe cer? kesian ngan mangsa....kesian ngan kerajaan kena keluar duit tambah lagi..walau duit banyak mana, jangan bazir tak tentu hala...mangsa dikabarkan rakyat tempatan, tiga orang dah hantar ke spital...benda dah nak jadi, cang gini,


Dekat fb riuh dah pasar payang nak dirobohkan....jangan jangan jangan...warisan tak ternilai tu....

Wahai MB, banyak sangat benda pelik jadi kat KT ni, kang kami undi pembangkang kan, baru takde kemajuan dan kekal la warisan...itu lebih baik dari pembangunan yang bukang bukang... rasanya orang2 bandor belum lagi hilang frust dengan jalan sehala di tanjung, kini gempar pulak dengang cerita pasor payang, mana kami nak beli bunga nak tabur kat kubur nanti, mana kami nak beli kepok pokcik janggut, mana kami nak beli duyang mahal lagi ....

Wahai MB, banyak dah pembangunan kat KIJAL tu, fokus kat situ udah la dulu, meroyan kat KT ganas sekali nanti hilang undi.

Wahai MB bukan ku terlebih berani tapi cerita pasar payang betul betul ku sakit hati......

Cavenzi Kuantan



Sementara menunggu oppa repair hon keretanya yang bisu i merayau kejap ke kedai depan, cavenzi. Didalam kedai ada sorang salesman je sunyi sepi, barang pun tak banyak dan tak menarik, kedai macam dah lama tak terurus. Apa dah jadi ni cavenzi?

Kat luar kedai ada perabut buruk di depan pintu, yang pasti mengundang keburukan pada mata sebelum melangkah masuk. Katalog pun sekarang dah tak nampak dah kat dalam peti pos macam selalu. Apa dah jadi ni cavenzi?

Kalau dulu dulu tengok katalog cavenzi dah terliur, walau tak merancang nak membeli tapi pasti singgah cavenzi nak tengok barang real kot kot terpikat di hati dan terus beli walau kadang kadang realiti tak menepati sebab tu tak beli.....khee

Apa dah jadi cavenzi?

BIMBING FIKIRAN SEBAIKNYA

Fikiran memerlukan bimbingan dan panduan. Fikiran tidak mampu menjadi undang-undang yang sempurna dan mutlak bagi dilaksanakan untuk memenuhi semua bangsa, golongan, keadaan dan tempat. Tanpa bimbingan, manusia akan hidup dalam kehinaan, perkelahian yang tiada noktah, kehidupan tanpa arah dan kehancuran diri, bangsa, negara dan dunia.

Cara kita menguruskan fikiran masing-masing merupakan isu paling penting dalam mencapai segala apa yang kita impikan. Kita yang tidak dapat mengurus dan mengarahkan fikiran kita dengan betul ke arah yang ingin kita capai dalam hidup ini samalah seperti kita tidak memahami apa yang sebenarnya kita fikirkan.

Apakah kita yang sentiasa tidak yakin bahawa kita boleh mengawal kehidupan kita, boleh mencapai apa yang kita impikan ?

Kita hanya menunggu "orang lain" mengalah dan berfikir bahawa sekiranya orang lain itu mengalah dan memberi kepada kita apa yang kita inginkan, barulah kita akan berjaya. Kita sebenar sedang melakukan kesilapan yang sangat besar.

Hakikatnya tidak terdapat istilah "kita" atau "orang lain" dalam perkara sebegini. Yang ada hanyalah diri kita sendiri. Dan kita hanya mendapat apa yang kita harapkan. Kita boleh memperolehi apa yang kita hajati tanpa perlu menafikan sesuatu kepada orang lain.

Pada keseluruhannya, pengurusan fikiran yang baik itu amat penting bagi setiap individu kerana ia membolehkan kita mengunakan masa seharian dengan sebaik-baik dan sebijak-bijaknya bagi mencapai matlamat seharian kita.


Tuesday, February 19, 2013

Layan Besday Boy





wazien turn to 5 today
batuk batuk
laju je kata nak belanja tutti fruti
nasib baik mummmy bagi
so layan la kat TC

Nikmat Syukur


nota hati : Alhamdullillah, syukur i masih diberi nafas pagi ini, diberi peluang menghirup udara pagi nan ceria ini, syukur i masih lagi ada suami, ada ibu dan ada sanak saudara.

syukur pagi ini diri i berasa sihat, syulur diri berasa bersemangat dan syukur apa yang i miliki masih kekal disisi i dan harap makin bertambah. Ya Allah Limpahkan kami rahmat dan keberkatanMu, permudahkan dan perbanyakkan rezeki kami. Ampunilah dosa kami Ya Allah. 

Monday, February 18, 2013

Tart Telur dan Ceritanya

Masa buat kek kukus cuma guna putih telur je, bermakna ada 6 biji kuning telur yang tidak diketahui apa mau di bikin....maka i google dengan menaip 'apa nak buat dengan lebihan kuning telur'...hasil nya berderet cerita yang ada ayat lebihan kuning telur, memang hebat la google.

Rata rata menyatakan kuning telur ini akan menghasilkan tat telur, maka i pun pick la salah satu cerita dengan resepinya. Tetapi lupa lak blog mana yang di skodeng itu. Disebabkan i ada pengalamn belajar buat tart buah dulu dulu, so just tengok bahan je la, caranya masih di ingatan semasa menuntut dengan chef Lin.

Hari jumaat buatnya, snap la satu sebagai kenangan takde niat untuk dipaparkan namun bila ada sorang kawan kita tu kan ngidam tart telur, so dedalam takde semangat ni i post la dedikasi tuk dia...kheee.

Tart ini buatnya guna majerin natural olive, so rasa agak pelik sikit pastrinya serta ketebalan nya menenggelamkan rasa intinya. Oppa kata tak rasa kastard telur tu namun pastry ok. Ye la, lepas ni kena mahirkan diri buat pastri, senang nak buat pai nanti, senang nak try ngechess tart, senang nak buat tart buah macam belajar with chef lin dlu. 

Sekian dulu, layan mata lak......zzzzzzzzzzzzzzzzz

7 biji tart telur homemade pertamakali buatnya dan di pertontonkan buat anisrahim...khee

13 pekara Yang Mungkin Kita tiDak Perasan

1) Sekurang-kurangnya ada 5 orang di dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda atau menyayangi anda dalan beberapa cara.

2) Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

3) Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.

4) Setiap malam, ada seseorang yang mengingati anda sebelum dia tidur.

5) Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

6) Kalau bukan kerana anda, tidak mungkin seseorang itu hidup bahagia.

7) Anda seorang yang istimewa dan unik pada pandangan mata seseorang.

8) Ada seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

9) Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, terkandung hikmah di sebaliknya.

10) Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula mungkin anda yang meminggirkan mereka.

11) Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak memperolehnya tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri, lambat-laun anda pasti berjaya memilikinya.

12) Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda. Anda akan berasa senang apabila dia mengetahuinya.

13) Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, carilah ruang untuk memberitahunya bahawa dia adalah yang terbaik.

Justeru, fikir-fikirkanlah ya! Walaupun sesekali anda berasa kita hidup berseorang di dunia ini, ingatlah bahawa ada seseorang yang sedang menunggu, memerhati dan menyayangi anda. dari,




Sunday, February 17, 2013

Makan Apa Today


Nota hati : roti tempayan di Merchang, Terengganu sebelah masjid tu....nyum nyum

Saturday, February 16, 2013

Hartini Nursery







Ima (017 2677569)
Batu 6 1/2, Jalan Pantai, Pantai,
71770 Seremban, NS


Bulan lepas i pergi cari pokok belalai gajah dan mulbery di seromban. Mengikut google pokok belalai gajah boleh di dapati di YPL farm di jalan pantai, pantai. Dalam perjalanan ke sana i ternampak nursery ini dan singgah la setelah membeli pokok belalai gajah di YPL. Hartini Nursery ni sejalan dengan YPL farm, kalau dari seremban akan jumpa hartini dulu, dapat la pokok mulbery pulak.

Hartini nurseri ada macam macam pokok, yang kami tak jumpa kat tempat lain jumpa kat sini contohnya pokok limau sunkist tembikai. Next visit baru nak beli sebab takut i tak terjaga sekarang kan, mati pulak sayang la beli mahal mahal. Semasa membeli, i di layan baik oleh kak ima, dapat spesel price, beli pokok belalai gajah lagi satu, beli pokok mulberi yang dah berbuah dan pokok misai kucing bunga purple. Puas hati dengan kak ima, harga baik, pokok baik dan layanan baik, dan i berjanji nak bercerita pasal hartini nurseri dan here the story.

Hartini ada homestay, macam gambar kat atas, tapi terlupa nak snap homestay aritu. Homestay yang di belakang nurserynya, jalan masuk sebelah nursery. Besar jugak. 

Ada macam macam pasu juga di hartini nurseri dan pelbagai jenis pokok yang semacam ada yang takde di sekitar kuantan. Sesiapa yangt berminat nak mencari pelbagai jenis pokok boleh contact kak ima di talian 017 2677569. SEKIAN.





Kata Kata Datuk Yang Paling Best


MUTIARA KATA UNTUK MU

Semangat yang tinggi dalam kehidupan dapat diraih dengan memandang ke depan. Dunia ini begitu menyenangkan, dipenuhi dengan kesempatan. Saat-saat penting menunggu di setiap sudutnya.

Kehidupanmu tidak banyak ditentukan oleh apa yang diberikan hidup ini kepadamu, tetapi ianya ditentukan oleh sikap yang dibawa dalam menjalani kehidupan ini; tidak banyak hal ditentukan oleh apa yang terjadi padamu tetapi lebih ditentukan oleh bagaimana caramu memandang apa yang terjadi.

Mimpi-mimpi dapat diperbaharui. Tak peduli berapa usia dan bagaimana keadaan kita, masih ada kemungkinan yang belum tersentuh dalam diri kita dan keindahan yang baru masih menunggu untuk dilahirkan.

Jadilah seseorang yang percaya bahawa selalu ada kemungkinan dalam segala hal. Tidak peduli betapa gelapnya hal-hal yang terjadi di sekelilingmu, angkat wajahmu dan lihatlah kemungkinan yang ada-carilah selalu, kerana kemungkinan itu selalu ada!

Kebahagiaan pada hakikatnya adalah suatu keadaan di mana kita menuju ke suatu arah dengan sepenuh hati, dengan ketetapan hati jitu ke satu tujuan, tanpa penyesalan dan ragu-ragu.
MUTIARA KATA UNTUK MU

Semangat yang tinggi dalam kehidupan dapat diraih dengan memandang ke depan. Dunia ini begitu menyenangkan, dipenuhi dengan kesempatan. Saat-saat penting menunggu di setiap sudutnya.

Kehidupanmu tidak banyak ditentukan oleh apa yang diberikan hidup ini kepadamu, tetapi ianya ditentukan oleh sikap yang dibawa dalam menjalani kehidupan ini; tidak banyak hal ditentukan oleh apa yang terjadi padamu tetapi lebih ditentukan oleh bagaimana caramu memandang apa yang terjadi.

Mimpi-mimpi dapat diperbaharui. Tak peduli berapa usia dan bagaimana keadaan kita, masih ada kemungkinan yang belum tersentuh dalam diri kita dan keindahan yang baru masih menunggu untuk dilahirkan.

Jadilah seseorang yang percaya bahawa selalu ada kemungkinan dalam segala hal. Tidak peduli betapa gelapnya hal-hal yang terjadi di sekelilingmu, angkat wajahmu dan lihatlah kemungkinan yang ada-carilah selalu, kerana kemungkinan itu selalu ada!

Kebahagiaan pada hakikatnya adalah suatu keadaan di mana kita menuju ke suatu arah dengan sepenuh hati, dengan ketetapan hati jitu ke satu tujuan, tanpa penyesalan dan ragu-ragu.

nota hati : cuaca mendung semacam lagi ni, sedap tido ni, tapi tak jadi kerja la, kemas rumah dulu la, lepas zohor balik KT, tak sabar nak balik ni sebabnya malam tadi mimpi, MB ganu singgah wakaf tengah...hahaha...datuk mad said melawat ma.....

kerna pesan datuk maznah, segala kemungkinan ada, angkat wajahmu dan lihatla dan cari la.

Friday, February 15, 2013

Masak Apa Today


Lunch

minum petang

Dinner kat Umah Nenek

nota hati : letih oo today....hari ni i masak tiga kali, tengah hari, petang dan malam. Petang jadi rajin sebab nak try buat kek kukus tiga lapis tu, petang gi melawat nenek ciksu suruh masak lagi, adus letih ooo, nasib baik dapat balik awal tak perlu tunggu ayahsu cabut gg. oppa kena masuk kerja

Ayahsu balik lagi, balik cabut gg kat mesia, esok nak pergi dah, macam dekat je Abu Dhabi ngan mesia tu, tiap tiap bulan boleh balik.

Ngantuk weh, esok nak balik KT jenguk ma pulak. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

30 Keajaiban Selawat


1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.


14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani

sumber:http://paramedik.bbfr.net/t3591-keajaiban-selawat-nabi




CinTa JumaaT

C = Cinta                           C = Cinta
I =  Ikut                              I = Ikut
N = Nabi                           N = Nafsu
T = Taat                            T = Taat
A = Allah                           A = Abang

Cinta Jumaat Kekal abadi sebagai Penghulu Hari, Berwangian dan Bersuci tuntutan kendiri

Mari kita berdoa,    

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...