Thursday, January 31, 2013

Moh Kiter Ke Cemerong









air terjun cemerong
kampung pasir raja, dungun
melalui jerangau jabur, mendekati AMBS
masuk ke dalam sejauh 40km

subhanallah
kebesaran allah, indah
nikmatilah alam sesyukurnya

Sarapan Pagi W Prof Dr Muhaya

HAve a selfless attitude when giving service and independent of the result

Semoga kita semua lebih banyak mendengar, menghargai dan menyebut kebaikan orang lain

Jom audit diri kita setiap saat

Siapa yang kenal Allah tidak akan sombong. Jom audit diri kita

Semoga segala urusan hari ini di niatkan kerana Allah dan menjaga hak manusia lain


tapi ni makan malam...khee

Wednesday, January 30, 2013

Big Break Finale

Finale episod big break rupanya malam ni, dan pemenangnya adalah NICO...oo orang dia, nico from singapura. Nico lawan lawrance.Nico, from young man to the future cheff. Maka dapat la belajar diploma cheff. Tahniah Nico. Eli kira tempat ketiga la.

Hari ni my oppa ambil kereta yang di hantar repair kat perodua kg tiram, IM. Janji perodua tiga bulan baru siap, tukar sekeping pintu tapi sebulan je, ok la. Ok, good work perodua IM. Staff layan baik, kalau tak salah namanya azhar (nak tanya oppa dia dah tido, awal konon nak bangun kul 4) menerangkan dengan detail dan memudahkan urusan kami. Kereta bersih macam dibasuh, cat xde beza namun pemegang pintu tetap yang lama, pintu je baru. Kenangan la tu. Syabas buat perodua IM.

Bread, love and dreams ajar ilmu baking, untuk kekalkan kelembapan roti, letak air dalam bekas semasa menbakar roti. Air melembapkan udara dalam oven so roti pun lembut. Kim Takgu memang menitiskan air mataku.


Roti Arab Tampal



nota hati : idea of food for sarapan

Tunggu Dulu W Datuk Maznah



Liked · 27 minutes ago 

TUNGGU DULU…JANGAN BERUNDUR!

Jika kita sering memberitahu bahawa kita telah penat berusaha namun sehingga sekarang masih belum belum berjaya mencapai apa yang kita impikan, kita sebenarnya sedang meracuni fikiran kita dengan pemikiran dan percakapan yang negatif. Lambat laun jika kita belum sedar-sedar, maka kita bakal terhumban kelembah kekecewaan yang berpanjangan.

Jika kita memikirkan kita begitu penat berusaha, cuba kita fikir dan kaji mereka yang telah berjaya. Mereka mencapai apa yang mereka hajati bukan dalam sekelip mata.

Mereka berjuang dengan titik peluh dan curahan keringat serta airmata sepanjang kehidupan mereka. Ingat wahai teman ku, saya hanya mengecapi erti ‘kesenangan’ dan terpaksa ‘bertarung’ sehingga kini…dah lebih 30 tahun perjuangan ini!

Oleh yang demikian kita perlu terus merancang untuk menjadikan diri kita juga berjaya seperti dengan menjauhkan pemikiran kita dari unsur-unsur negatif yang bagaikan racun yang boleh merosakkan perjuangan kita. Ubah strategi mengikut keperluan semasa sekiranya plan A kurang berkesan. Pemikiran mesti kreatif dan berinovasi. Kena cepat bertindak mencari dan merebut peluang. Bantu juga orang lain untuk kita dibantu!

Tuesday, January 29, 2013

Maulud Nabi


Telah berkata Al Hasan AI Basri:
"Aku ingin kalaulah aku mempunyai emas sebanyak gunung Uhud, niscaya aku akan membelanjakannya untuk membaca Maulid Rasulullah s. a. w."

Telah berkata AI Junaid AI Baghdadi rahimah Ullah: "Barangsiapa hadir pada majlis Maulid Nabi s.a.w. dan membesarkan keadaan majlis itu maka sesungguhnya ia telah menang dengan iman."

Telah berkata Ma'ruf Al Kukhi : "Barangsiapa menyediakan makanan untuk membaca Maulid Rasulullah s.a.w. dan mengumpulkan orang-orang Islam serta menyalakan lampu dan memakai pakaian-pakaian yang baru den berwangi-wangi serta bercantek dengan tujuan membesarkan Maulidnya s.a.w. maka Allah Ta'ala akan ngumpulkan dia di padang Mahsyar di hari kiamat kelak bersama dengan kelompok-kelompok yang pertama di antara Nabi-nabi dan ia akan mendapat setinggi-tinggi tempat di dalam Surga."

Telah berkata As Sirri As Saqati: "Barangsiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulid Nabi s.a.w. maka sesungguhnya ia diberi satu daripada kebun-kebun Surga karena ia pergi ke tempat itu tidak lain karena cinta kepada Rasulullah s.a.w."

Bersabda Rasulullah s.a.w.
Artinya: "Barangsiapa cintakan aku niscaya ia akan berada bersamaku di Surga."

Sedia maklum bahwa menyambut Maulid Nabi s.a.w. dengan cara-cara yang telah tersebut dahulu itu nyatalah berarti kita cinta kepadanya.

Telah berkata Sultan Wali-wali ('Arifin), Jalaluddin As Suyuti rahimah Ullah: "Barangsiapa orang Islam yang dibacakan di dalam rumahnya Maulid Nabi s.a.w. niscaya Allah Ta'ala akan menghilangkan den menjauhkan kemarau dan kecelakaan, balak, penderitaan, kebencian, hasad, kejahatan dengki terhadap ahli-ahli rumah itu dan apabila ia mati maka Allah Ta'ala akan memudahkan dia menjawab akan soalan-soalan Munkar dan Nakir dan akan mendapat tempat bersama orang-orang yang benar disisi Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Besar kerajaanNya."

Ia berkata lagi: "Tiada sebuah rumah atau masjid atau tempat dibaca di dalamnya akan Maulid Nabi s.a.w. melainkan Malaikat-malaikat melindungkan ahli-ahli tempat itu dan Allah Ta'ala akan melimpahkan rahmatNya kepada mereka dan Malaikat-malaikat yang berpangkat besar seperti dan Jibrl dan Mikail, Israfil, Quryail, Ainail dan lain-lainnya mendoakan kebaikan sesiapa yang menganjurkan dan menyebabkan adanya majlis bacaan Nabi s.a.w."

Demikianlah dinyatakan oleh guru kami daripada kitab ‘Wasail’. 
petikan dari , http://baitulkasih.org.my/maulid.htm

Agungnya Rasullah, mendoakan umatnya, malah saat saat kritikal baginda pun masih lagi ucapan, umati umati umati dan baginda menyimpan satu lagi doa utk uamatnya pada akhirat nanti.

nota hati : ustaz don semalam bersiaran 30 minit dengan tajuk agungnya rasullah, namun 30 min berlalu begitu sajer kerna ustaz lebih banyak membebel dari mngupas tajuk beliau. Ustaz membebel pasal kemeriahan sambutan maulidur rasul, ustaz membebel pasal pemimpin, ustaz membebel pasal orang awam yang mencela pemimpin beragama dan ustaz membebel pasal rakyat yang memuja pemimpin yang belum pasti bacaan fatihahnya betul atau tidak....adus, tajuk menarik menjadi perbincangan hampas.

wahai ustaz ustaz, kenali tempat ceramah mu, jika di masjid usahla mengutuk mat rempit kerna mat rempit tak g masjid, jika di tv jangan mencela gejala sosial kerna mereka yang bersosial tidak menonton siaran agama, bagilah ilmu agama bukan ceramah motivasi.

bila akhir zaman, pemimpin agama di pertikaikan dan ceramah agama untuk gelak ketawa, berkatkah majlisnya? Bila ceramah agama dengan bahasa kasar, mempersenda, menjadi bahan ketawa nilainya picisan. Ini lah jadinya bila sampaian ilmu dinilai dengan uwang ringgit, maka ustaz mampu menunjuk nunjuk kemewahan penuh gaya.

jika ustaz berceramah menhentam je sampaiannya, para hadirin pun negatif je la penerimaannya. Ustaz senior jugak best.

ya rasulullah, lihatla umatmu akhir ini, tiada lagi kelembutanmu menjadi warisan, tiada lagi kesabaranmu menjadi         
sempadan perhitungan, doakan kami ya rasullah.


ya Allah , rahmatila kami.


  

Monday, January 28, 2013

Dinner W Patin Goreng


nota hati : ada sira pisang sebab posa tadi, makan sesudu pahtu solat magrib dulu...patin mcm tenggiri rasanya...wallah, best jadi ore kuantan ni, pandai makan ikan patin...kheee

Khasiat Halba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Halba
Pengelasan saintifik
Alam:Plantae
Divisi:Magnoliophyta
Kelas:Magnoliopsida
Order:Fabales
Keluarga:Fabaceae
Genus:Trigonella
Spesies:T. foenum-graecum
Nama binomial
Trigonella foenum-graecum
L.[1]
Halba merupakan sejenis rempah.
Halba ialah tumbuhan yang tergolong dalam famili Fabaceae. Ditanam di seluruh dunia sebagai tanaman separa gersang, ia digunakan sebagai kedua-dua herba (daunnya) dan rempah (bijinya). Halba juga sering digunakan untuk memasak kari. Perkataan bahasa Melayu, "halba", berasal daripada nama bahasa Arab, "Hilbeh" (حلبة). Nama saintifiknya Trigonella foenum-graecum.
Negara pengeluar halba yang terutama termasuk: IndiaArgentinaMesirPerancisSepanyolTurkiMaghribi dan China, dengan India merupakan pengeluar yang terbesar di dunia. Negeri Rajasthanmengeluarkan 80% daripada jumlah pengeluaran di India, dengan negeri-negeri pengeluar utama yang lain termasuk GujaratUttaranchalUttar PradeshMadhya PradeshMaharashtraHaryana, dan Punjab.[2]

Daripada Bacaan di google,
Halba baik untuk buang angin, menghilangkan kembung perut, pencuci perut dan membantu penghadaman serta menyembuh buasir
Ia dapat menguatkan jantung, Melegkan sakit kepala dan migrain, mengawal kencing manis dan mengurang berat badan.
Ia baik juga untuk senggugut, merangsang rahim, pemangkin pengeluaran susu ibu, memanaskan buah pinggan dan organ pembiakan.
Ia juga membantu mengurangkan radang sendi dan lenguh lenguh.

Cara guna halba.
Rendam sesudu halba dengan air panas semalaman dan minum paginya.

nota hati : kesannya setelah seminggu diriku mengamalnya, sakit seliuh kaki lama dah berkurang, dan lenguh lenguh di bahu telah pulih, jari telunjuk yang sakit ini selepas minum ada sedikit baik.

Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda tentang kebaikan halba. Sabda baginda , 'Sekiranya umatku tahu kelebihan halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas'.




Motivasi Pg Senin W Dato Maznah



1. Satu perkara yang kita nampak tentang manusia yang hebat atau berjaya: Mereka sentiasa belajar…Stop Learning Stop Growing!

2. Masa depan banyak ditentukan oleh masa lapang. Adakah kita melabur atau membazirkan masa lapang?

3. Muslihat yang paling jahat dalam diri seseorang ialah melengah-lengahkan kerja.

4. Peluang yang diambil akan berganda tetapi jika ditinggalkan, akan hilang.

5. Jika ingin berjaya, ikutilah orang yang berjaya. Mereka mendisiplinkan diri sendiri - sesuatu yang sangat tidak disukai oleh orang gagal. Hidup tanpa disiplin tidak memberi makna.

6. Melepak lebih sukar dan menyusahkan dari belajar dan bekerja. Beban yang paling berat ialah tidak mempunyai apa-apa untuk dibuat. Kesannya letih walaupun hanya untuk berdiri atau kecewa buat selamanya.

7. Apa yang kerap difikirkan akan menyerap ke dalam minda di bawah sedar kita, lantas menambah kuasa fizikal, mental dan spritual kita untuk mencapai apa yang paling diingini.

8. Kebanyakan kita beranggapan bahawa kita tidak malas kerana kita sentiasa sibuk. Tetapi biasanya kita sibuk melakukan perkara yang tidak berfaedah sehingga melupakan matlamat utama dalam hidup kita.

9. Penawar rasa bosan : tentukan matlamat !

10. Kita senyum apabila kita bahagia. TETAPI kita juga berasa bahagia kerana kita senyum. Jadi, senyumlah selalu !


Sunday, January 27, 2013

crepe durian

sarapan pagi ahad 27 jan 2013 dan ia cubaan pertama , rasa ada cuma crepenya patah, filling kastad durian dan whipping cream yg pipping.....resepi mana ambil dah lupa, jika ada permintaan lagi dr ciksu nak jual la...hahaha, area kuantan je la



kenduri di kg pelindung pantai, 26 jan 2013....isinya nostalgia dan jarnya comel, moga pengantin dan keluarga di rahmati Allah

nota hati : hari ini berjaya ke pasar tani sendirian, sebab tuan besar nagntuk sangat dan ciksu siti dok rock, pusing pusing belikan ciksu nasi lemak laris 5 bungkus (makcik tu ada kat pasar mlm cenderawasih), kepok bawang 5 yal dan beli kopi ma, kopi tunjuk langit stevia(kak syikin, setali) dan roti arab 6 yal (5butir). apa mau bikin dengan roti arab ini, besar bapok ni

Saturday, January 26, 2013

Khasiat Durian

Durian baik untuk kulit, mengandungi 80% vitamin , membantu percernaan dan mengatur kadar gula darah.

Ia mengandungi vitamin B6 yang mengawal kemurungan. Baik untuk migrain dan kesihatan tulang.

Ia juga mengandungi magnesium dan folat bagi mencegah krem saraf serta otot dan menjaga kesihatan kehamilan.

Durian juga mengandungi phytonutrean dan anti-oksidan yang tinggi. Awet Muda.

Namun begitu ia tidak boleh dimakan berlebihan kerna ia dikatakan bole menyebabkan panas badan akibat dari peningkatan metabolisme. Apa jua, islam menuntut kita bersederhana, walau sedap mana, makan secukupnya dan berhenti sebelum kenyang, nanti makan lagi



Cekodok Sayur

cekodok sayur aka jeput sayur

tauge, kobis, bawang merah, lobak merah, brokoli
2 cawan tepung gandum
segenggam ikan bilis
sesudu kecil baking soda
secawan air sejuk
sekiub maggi ikan bilis
sebiji telur

sayur di potong kecil dicampur dengan semua bahan lain 
kemudian goreng dan makan ngan sos tomato
pastikan di minum bersama tea buang toksin 
bagi buang lemak lemak dari minyak 
yummy.....

nota hati : salam pagi sabtu yang hening, mendung, harap panas walau subuh tadi rintik rintik, kain sebakul nak di jemur, tuan besar sudah tido balik je dr keje malam.....hari ni ada kenduri kat beserah, masak cekodok sajer sudah ini hari, mem makan pagi tuan makan petang...

mulakan hari ini dengan hati yang ceria dan fikiran yang baik baik kerana kebahagian serta ketenangan ada di setiap kesyukuran.

Friday, January 25, 2013

Halaqah TV9

Mimpi Rasullah
1. Rezeki, 2. Cinta Rasullah 3. Akhlak Mulia 4. Berbuat Kebajikan
- selawat kepada nabi kita 300 kali setiap hari
- ziarah makam nabi
- teliti cara hidup nabi
- amalkan sunnah nabi


Untuk Berjaya
1. bekerja lebih kuat 2. Berani 3. sabar

Pulut, Nyiur, Ikan Masin

Hadis Pilihan

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasullah SAW bersabda, " bukanlah ukuran kekuatan seseorang itu dengan menewaskan lawan tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang dapat menahan hawa nafsunya ketika marah."

Sarapan Pagi Jumaat 13 rabiulawal 1434



Thursday, January 24, 2013

Ikan Beranak

salam maulidur rasul, lewati malam melihat kebesaran Allah Taala, maha suci MU ya Allah, ciptaan mu terlalu hebat,
ikan lumba lumba

ikan pari

nota hati : sumber dr fb , http://www.facebook.com/pages/Misteri-keajaiban-alam

Wednesday, January 23, 2013

Sejarah kelahiran Rasul

Esok maulidur rasul, tadi kat tanyalah ustaz menceritakan bahawa pada waktu menyambut kelahiran nabi kita begitu ramai umat yang menyambutnya, baik perempuan mahupun lelaki, berkumpul menanti saatnya ibu nabi, aminah melahirkan. Di antara ramai ramai orang yang menyambut kelahiran nabi kita, dua insan istimewa juga turut hadir iaitu, aisyah isteri firaun dan mariam ibu nabi isa, maha suci kuasa dan kebesaran Allah taala, dua wanita istimewa ini di hadirkan sama untuk menyambut kelahiran rasul kita sedangkan mereka telah pergi beratus tahun dulu.

Sungguh mulia nabi Muhammad SAW, lahirnya baginda tanpa tali pusat dan telah berkhatan, bersih suci dan telah bernama, bahawasanya aminah telah di ilhamkan oleh Allah Taala dengan nama MUHAMMAD SAW.

Nabi di lahirkan oleh Aminah tanggal 12 rabiulawal dan wafat juga pada 12 rabiulawal.

nota hati : note ringkas sekadar ingatan dan tambahan dari cerita sedia ada. menurut ustaz hasan, angka takde nilai apa apa, biarpun sejarah nabi berkisar pada 12 rabiulawal. nabi berhijrah juga pada 12 rabiulawal. Dan my follower dah 454, angka yang cantik..terima kasih pada follower ku sekelian, angka bertambah menambah keghairahan menulis dan mengopy paste yang sekadar simpanan serta sharing bukan nak melawakan blog.

aku menulis bukan kerna nama.

aku mengcopy paste bukan kerna suka suka

aku meletak gambar bukan kerna menunjuk nunjuk

aku buat semua kerna aku suka.

Tuesday, January 22, 2013

Koleksi Abaya

ini semua untuk dijual
ada 13 helai
abaya dari uae,


nota hati : hari ni sehari kerja duk ngejas abaya abaya ni, task dari ayah sue, create page fb dan publish kat kedai-aiman blogspot, pada kengkawan yang berminat bole singgah ke kedai aiman

Monday, January 21, 2013

Rahsia Surah al kautsar


Tulis apa kita nak....atau apa kita nak buat! Ambil masa 5 min setiap hari samada awal pagi atau semalam untuk tahu apa perkara yang mahu dilakukan hari ini! Anda akan lebih FOKUS & BERTENAGA serta mudah mencapai banyak perkara! - Berani2013.com -  

- hari ini saya mau buat kerja dan cari kerja sebab tahun ni saya mau save duit nak g umrah 


::Rahsia Surah Al-Kautsar::

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-


1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.



nota hati : hari isnin ke 3 tahun 2013, dimulai dengan hujan lebat, lagi 4 hari nak maulidur rasul.

Sunday, January 20, 2013

Perjalanan ke JPO

15 jan 2013
dari kuantan ke JPO
melalui PEKAN - MERSING - KOTA TINGGI - SENAI 
dari damansara pukul 5.30 am dan solat subuh di PEKAN pukul 6.15 am
singgah sarapan di ROMPIN, khaty nasi dagang
singgah pula di pasar tani mersing pukul 9.15 am
pukul sepuluh gerak dari pasar tani terus ke JPO dan sampai pada pukul 12.15pm
namun sayang, JPO punya lawa, tapi asyik keluar masuk kedai sampai tak sempat snap kenangan
dah lenguh kaki keluar JPO, cuci mata pintu masuk legoland, nak masuk tak cukup money....huhu
melangkau ke puteri habour dan lepak jap tengok kapal kapal mewah ni,
 puteri habour

 ada ayam ....bakal di buka restoren ,...khee

 bus stand nak masuk ke puteri habour, unik

masjid jamek yong peng


keluar highway nak ke ayer hitam dan terus ke yong peng
lor, kena beli kad touch n go, kad sajer rm10
makan malam kat RnR ayer hitam, ada umph...
masuk ayer hitam cuci mata je
pukul sembilan malam sampai bandar yong peng, gooogle cari tempat istirehat, 
jumpa blog cerita pasal masjid jamek yong peng
call pak iman(019 7599815) dan dapat la safar 2, rm40 satu malam tuk 2 org
bukan keselesaan namun pengalaman, alhamdullillah nikmatNYA
dapat solat subuh jemaah...maka nikmatNYA manakah yang kau dustakan
kul 7am gerak dari yong peng dan singgah sarapan di,
kg DESA TEMU JODOH.....sejarah..khee
lepas tu sampai kuantan kul 11 a.m
jalan pulang,
SENAI - AYER HITAM - YONG PENG - SEGAMAT - MUADZAM - KUANTAN

nota hati : pergi jalan lain balik jalan lain, tapi masa tetap lebih kurang 4 jam lebih, x membeli sebab macam tak banyak pilihan menarik, baik p KL ....

Saturday, January 19, 2013

Iklan Raya Cina dan Abah

salam pagi sabtu, 7 rabiul awal....pagi nan mendung, hujan je dari semalam dan kini lagi 5 hari nak sambut maulidur rasul, SAW...moga hari mendatang penuh keamanan

layan dulu iklan raya chinese new year ni, jumpa kat fb




terbaik dari bernas, kita memang mudah lupa dan alpa....namun akhirnya kita kan balik pada yang berjasa....
jasa orang tua kita tiada nilainya, nilai sebuah keluarga walau seramai mana kawan kita, tiada taranya, kala susah kembali dia menolong kita.

abah, sesungguhnya walau nikmat bersamamu walau sekejap cuma ku kecapi namun saat saat itu tetap bergegar di hati.....ku rindu padamu, Ya Allah cucuri la rahmatMu ke atas roh abahku.

nota hati : baby kat dalam iklan mcm qhaliff je...kheee, jom balik KT ari ni....


Friday, January 18, 2013

Nasi Kerabu

hidangan buat tatapan tetamu mingzhu
nasi kerabu, lempeng nyiur, calamari, roti john dan kepok
semua dari pasar malam belakang masjid IM 

nota hati : akhirnya dapat jugak nasi kerabu setelah terkenang kenang beberapa minggu, jangan mare pada yang mencari resepi....kheee....yang licin nasi je, lain lain masih kat meja, itu la bila p pasar malam time lapor, semua selera, ...selamat malam...moh layan halaqah dan maharaja lawak....

Aku Rindu Muhamadku






Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang berselawat kepada-ku sekali selawat, nescaya Allah limpahkan sepuluh rahmat kepadanya dengan sebab sekali selawat itu."

Abu Hurairah r.a


Sedang Nabi melewati anaknya Fatimah RA yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda :

“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (Diriwayatkan al-Baihaqi)   

Thursday, January 17, 2013

Kek Coklat Kukus

superb, tak manis, tekstur yang ringan lembut serta sesangat lembap dan lupa lak amik kat mana resepinya, yang pasti caranya camgini,

1. Ayak 2 cwn tepung gandum bersama sesudu kecil baking powder dan sesudu kecil soda bikarbonat.

2. Satukan secawan minyak jagung, secawan susu cair, 1/2 cawan susu pekat, secawan gula perang, secawan serbuk koko, dan masak dengan api sederhana

3. Pukul 3 biji telur hingga kembang dan kemudian masuk kan bahan cecair di no 2 tadi, kacau sebati dan akhiri sedikit demi sedikit dengan bahan tepung di no 1.

4. kukus la selama sejam sampai ia masak, tutup bekas dengan aluminuim foil bagi tidak mahu air dari penutup kukusan jatuh atas kek

lepas ni nak buat kek dari sifu lak, lapis cream cheese, as here http://www.tiffinbiru.com/2012/10/kek-coklat-kukus-lapis-cream-cheese.html

nota hati : dalam pantang dan diet sihat pun, makan kek coklat sampai berterabur...kheee, seyes sedap camgini , senang dan simple, kalu letak air panas berat sikit....

Catatan Pagi

bangun tidur ucaplah Alhamdullillah
kemudian a'uzubillah himinashaitonirrojin
dan mulakan hari dengan Bismillahhirahmanirrahim



nota hati : copy paste untuk kegunaan...

Wednesday, January 16, 2013

Mutiara Kata



nota hati : copy dari FB....bread, loves and dream....sabar menanti roti di perap dan bakar baru la sedap di makan, adunkan roti penug cinta dengan impian roti gebu, hasilnya nikmat.

Monday, January 14, 2013

Maggi Bakar Sayuran

Salam Magrib, sesambil tunggu magrib kita hupdate blog kita, dua hari lepas ni menu lunch kita....
 maggi bakar

cara membuatnya
1. celur maggi dan tos
2. pukul dua biji telur dengan perasa kari maggi
3. Goreng sayur dengan bawang putih je, sayurnya kapsikum, kobis purple, kobis bulat, carrot dan ubi kentang yang didadukan
4. Dalam bekas pembakar, gaulkan sayur dan maggi serta telur
5. Kemudian bakar selama 20 minit pada suhu sederhana.

nota hati : sebungkus maggi ini menhasilkan ,menu untuk dua orang, tak dapat den nak abiskan sorang sorang, banyak ni....kalu nak sedap lagi tambah ayam atau daging ....jom solat dulu

Saturday, January 12, 2013

Amal 5 jenis Buah

Untuk membuang racun dari tubuh amalkan mengambil beberapa jenis buah yang tepat yang berserat tinggi serta bervitamin dengan mineral dan asid amino. Elok la menyantap buah buah di bawah untuk tujuan detoks;

Buah Limau  
Limau atau oren mengandungi banyak vitamin c, antioksida yang kuat yang mampu melindungi tubuh dari radikal bebas berbahaya juga membantu mengurangi risiko kanser serta penyakit jantung. Buah lemon adalah pembersih terbaik dengan kandungan astrigen dan antiseptik bagi merangsang kerja hati dan kantung hempedu. Perahanlemon segar atau limau kedalam segelas air suam akan merangsang pencernaan.

Epal
Epal mengandungi asid malat dan asid tartaric yang berperanan menongkatkan kerja pencernaan dan membersihkan hati. Kandungan pectin yang tinggi dalam epal akan mengikat logam berat seperti timah.

Pir
Pir berperanan sebagai ubat diuretik(pendorong air kencing) dan laksatif yang baik. Pengambilan pir secara teratur mempercantikkan kulit serta membuat rambut berkilau.

Anggur
Anggur yang baik adalah anggur putih dan merah. Ia merupakan buah untuk detoks yang paling efektik.

Mangga
Buah yang digemari makan samaada secara manis dan masam ini terbukti mampu membersihkan darah. Isi yang harumamat baik untuk sistem ginjal dan pencernaan.

Laksa di Pagi Sabtu


pagi sabtu 29 safar, sarapan dengan laksa penang rm2.....ini semalam punya tapi pagi ni baru makan, semalam beli kat pasar malam balok perdana. Murah dan banyak cuma rasa kurang masa, dan takde cili padi, tak kick la takde cili potong.

dengar kabar ada perhimpuanan lagi kat KL ari ni, pe lagi la la ditunjukkan, apa malaysia dah nak jadi syria? bila manusia giler kuasa, dan ada kuasa sama sajer serba tak kena sebab di akhir zaman ini hanya uwang yang raja dunia.

tv9 semalam menayangkan Halaqah yang bertajuk, HIDUP BERTUHAN, dapat di tonton ulangannya di TONTON.com.my sesuai sangat dengan mereka mereka yang suka demo demo ni, walau janji aman,bila dah ramai ramai takde nya keamanan, huru hara tetap ada.

reformasi kan diri mu agar zuriat mu sempurna, kerna peribahasa kita tetap sebati dan jadi, bapak borek anak rintik....jangan jadi anjing menyalak bukit...

Friday, January 11, 2013

Hadis Pilihan


Salam Jumaat 28 safar 1434, mentari bersinar riang, moga tenang dan ke petang.
copy fb blake ni,

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.

Riwayat Ahmad
Alfatihah.. Perginya salah seorg alim ulamak yg agung..
- *WHO IS THIS OLD MAN?

*He passed away last Monday (07.01.2013), but who was he?

*If he had been some famous singer or footballer, all the medias would report his death.

*This did not happen, since it was not of such people who disrupt corporate morale, was not a singer, nor a top model.

*Who is this old man than???


*This is Shaykh al-Al-lamah: Muhammed Al-BAKKALI, one of the greatest Muhaddithins (One who knows all the sayings of Muhammad hadith by heart - or at least 200 thousand hadiths are needed to get this title) in the world. He is from the city of Tanger-Morocco. From this famous hadith scholar learned and graduated more than 1000 scholars of hadith, from Morocco and outside Morocco. He lived 100 years.

*If you read this, please Share this post and dont forget to make dua for this great scholar. May Allah reward him for his great work
‎- *WHO IS THIS OLD MAN?

*He passed away last Monday (07.01.2013), but who was he?

*If he had been some famous singer or footballer, all the medias would report his death.

*This did not happen, since it was not of such people who disrupt corporate morale, was not a singer, nor a top model.

*Who is this old man than???


*This is Shaykh al-Al-lamah: Muhammed Al-BAKKALI, one of the greatest Muhaddithins (One who knows all the sayings of Muhammad hadith by heart - or at least 200 thousand hadiths are needed to get this title) in the world. He is from the city of Tanger-Morocco. From this famous hadith scholar learned and graduated more than 1000 scholars of hadith, from Morocco and outside Morocco. He lived 100 years.

*If you read this, please Share this post and dont forget to make dua for this great scholar. May Allah reward him for his great work

Thursday, January 10, 2013

Sayur Meranti atau Cikori

Salam pagi khamis, hari ni akif tak datang dan kami tak keluar negeri, sebab masih ada air.

Macam biasa aktiviti ku, lepas yoga 4u layan jason kat afc..taste with jason....hari ni ada benda menarik, iaitu sayur cikori, katanya sayur melayu yang boleh didapati di ladang kelapa sawit yang namanya di kalangan melayu ialah sayur meranti. Sayur ini di goreng dengan bilis dan di beritahu bahawa rasanya kepahitan dan hujungnya manis. Uncle yang makan tu cakap, sayur ini baik untuk buang lemak dalam darah.

Apalagi, google la....lor banyak info pasal sayur ni, blog CMG banyak masak sayur ni, rupanya camgini,

   
(pic dr pakcik google)

khasiatnya banyak rupanya, baik untuk merawat darah tinggi dan bengkak hati. Ia jugak baik untuk ulser mulut dan ulser perut juga merawat gastrik. Buahnya jugak merupakan ejen laxative yang baik. Apa yang pahit itu ubat.

Pokok meranti ini ada dua jenis, meranti biasa dan meranti gajah di mana meranti gajah ada buah yang agak besar. Ia sesuai di masak lemak dan biasanya di goreng.....mana nak cari benihnya jugak ni....tak pernah tengok dan tak pernah makan.....pasar tani ahad ini kan ku cari

nota hati : i think i need a fresh air since i feel good now......oppa hari ni kita p sg lembing nak???

Wednesday, January 9, 2013

Akif yg Tak aktif

akif, anak jiran taska depan
dia demam campak, badan panas
pagi ni transfer sini jap maknya nak masak
asyik berdukung je, duduk nangis
ni dah tertido lepas nangis nangis
tertido atas bahu che man..khee
tengok man balik terus nak kat man
lena pada jam 9.00 am
tada....dah bangun 10.30 am
merangkak ke pintu
nak balik....

nota hati : esok nak datang lagi...datang la kalu kami ada...khee, sebab kalau tak cukup air kami nak lari ke negeri jiran sebelah sebab hari ni che man dah cuti

hari ni macam nak buat saffron milk pudding morrocon, http://www.facebook.com/photo.php?fbid=265807810214236&set=a.213005982161086.46458.100003550576110&type=1&theater 
saffron xde, kita guna air mawar je la tanpa gula based dengan madu je........jap lagi la....

Tuesday, January 8, 2013

KiWi CokelaT



nota hati ; copy paste dari, http://www.facebook.com/ILDIY ....LIKE n SHARE, LIKE N
n SAVE

Selasa yang Mengecewakan

Pagi pagi dah hot sebab tunggu order yang tak pasti, en asben pulak muka toyer, macam tak bagi keluar je, oppa, saya dah completely sihat, boleh drive dan nak kena bank in duit adik jantan yang sering keputusan ni serta nak settle keje kat pejabat maatakaful ni. kul 10am keluar jugak, dan dia telah tertido

Pi petronas IM je, cash deposit maybank, ambil kuih 3 jenis dan buah pelam nak bawak ke umah ciksu sebab nak ambil dokumen, akak cashier charge rm11.20, sesampai kat trafic lite shahputra baru tersedar, jumlah belian cuma rm8...adus 3 hinggit rugi, nak uturn camne lane kiri ni....

Sesampai di simpang IM 15 nampak NAZA kat hujung simpang, nasib baik driver kecik tu nampak ku, dia pusing balik ke rumah dia and kami settlekan urusan, katanya nak keluar beli tong besar sebab esok notisnya takde air tiga hari.Walau dalam notis takde tertera damansara namun bersedia sajer ikut logik, ning dia


Dari IM15 p tunas manja cari buah, sebab stock dah tinggal pisang je, beli kosmo rm1.20, nak beli majalah duit kecik dah takde, tinggal rm100 sekeping, sayang nak pecahkan....balik umah terus lepas tu, uncle ada jual durian kat simpang keluar dari sg karang darat tu, besor besor, jangan jangan duyan raja, telan air liyur je la, takut doc peribadi ngamuk.....

Sesampai rumah, basuh kete jap, sebab kolor kuning dah jadi coklat...masak ikan singgang dan sambal tempe..solat, kul 3 pm baru ajak tn doc makan, baru nak sudukan lauk kegemaran, tn doc dah muncung tak bagi makan sebab goreng goreng goreng...adus, kecewanya..feberet dan teringin sangat ni sebab minggu lepas tak puah hati makan kat kedai tepi jalan tu kat beserah tu tak sedap....wah, kecewa kecewa kecewa...penat masak...merajuk ...huhu...oppa nak satu sudu je....cedih


♥ Pesanan Dari Ustaz Azhar Idrus ♥

Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak... ♥

"Berbuat baiklah kepada wanita kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk.rusuk yang paling bengkok ialah yang terletak paling atas.jika kamu mahu luruskannya,ia akan patah dan jika kamu biarkannya ia akan tetap bengkok.sebab itu berbuat baik kasih sayanglah kepada wanita". (HR Bukhari dan Muslim)


Suami Isteri Bahagia



bila tiada susah semua
air, pentingnya kamu
air, jangan lama lama perginya
nanti lalat lalat datang bertamu

nota hati : bila en asben kita doktor peribadi kita.....fakta kesihatan abih kucar lana.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...