Wednesday, December 11, 2013

Cerita Banjir 2013

hari pertama banjir, selasa 3/12/13
redah jua walau pelbagai spekulasi sebab nak hantar ma balik ganu dan melawat kak sah yang kehilangan abg poji di kg raja...jalan jabor masa ni dah tutup lepas roundabout lagi, dan ke sg ular pulak dah naik air di depan maritim, sehari jugak nak boleh pusing balik ke damansara akibat kesesakan
 
permulaan megharung air adalah dari susur keluar IM

 
keadaan di highway ke sg ular sebelum sampai ke maritim lagi dah sesak...lama menunggu nak uturn, hero hero dr bus sp bumi dan abg abg lori membetulkan keadaan.....perit gak dalam kereta....sampai kena singgah di bomba gebeng tumpang toilet waima damansara cuma sejengkal je lagi

hari kedua cuba lagi balik sebab air di gebeng dah surut , rupanya air di cendor lak...pusing semula, hari ke 3, cuba lagi ikut jabor, tersekat di cheneh dua jam...balik semula....petang hari ke 4 baru lepas ke bukit besi dan di situ je hantar ma, alif ambil kat bukit besi...

ma tu la gatal nak ikut ciksu kerna ajakan anak sedaranya si wathiq tu, walau hujan ke kuatan jugak...nak balik ai dan oppa yang terkorban...ciksu diam...nak balik ngan bus konon


hari kedua.....di sg ular lepas pelabuhan


senin, 9/12/13
dan setelah enam hari banjir melanda pantai timur, kami ke kemaman....menolong menghapus kesan banjir dan ini kesannya serta bantuan yang termampu...sempat meroti resepi sifu, CMG
 

 


rumah member, zen dan md noor, rosak teruk, busuk,

dan kemaman memang disaster...
tilam serta perabot rosak hampir sepanjang jalan di kawasan yang dilanda banjir
sampah sarap yang melekat di pagar merata, cukup kotor
cerita juga penuh duka,
zen berpindah mengarung air jam dua belas malam
suami tersekat banjir di tpt kerja
cerita pasal suami kak na lagi sedih,
mengharung air paras dada nak balik ke binjai dari mak chili
pengalama mereka cukup berharga
menilai kuasa yang ESA

astagfirullah hal azim
ya Allah ampunilah dosa kami

1 comment:

  1. mumme mengikuti perkembangan dr fb kuantan...byk cerita sedih yg menginsafkan.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...