Tuesday, November 26, 2013

Bebelan Pagi - avon kemaman

Selepas baca status en ben pasal bagi salam di premis perniagaan semalam, ai terpanggil untuk meluahkan perasaan apa yang alami pada jumaat lepas...

jika en ben meminta pendapat mengenai peniaga yang sukar bagi salam kepada pelanggan, ai juga nak minta pendapat kepada peniaga atau penjaga premis yang kurang etika melayan pelanggan....mengenai salam, siapa yang patut bagi salam jika di premis peniagaan, adalah lebih kepada peniaga atau penjaganya, sambutan perlu seumpama mengalu alukan...ucapan salam adalah sebaiknya sebagai permulaan, seperti contoh amalan pekerja shell sekarang ni, walau bukan salam yang dilontarkan namun kata kata selamat datang itu adalah suatu pembukaan perniagaan....

sebaiknya jika di premis perniagaan ucapan salam atau kata aluan itu wujud dan salam dari kita memang la penting bila kita bertandang...

berbalik kepada tajuk besar, jumaat lepas semasa perjalanan ke binjai, ai singgah di avon bandar chukai dengan niat nak mencari sehelai baju dalam seperti dalam katalog 1-15 nov, tak berharap kedai dibuka kerna hari jumaat terengganu cuti, namun rupanya di buka setiap hari...gooods for bisnes...

sebaik saja melangkah masuk, kelihatan ramai pelanggan di pagi jumaat ni. ...sebab dah tahu nak apa. ai terus request barang dengan penjaga premis ...dengan selamaba dan acuh tak acuh, di jawabnya saiz xde...ok...alang kepalang dah di kedai ai cari la pattern lain, sebabnya kat kuantan susah nor nak ke avon...premisnya susah nak capai....

setelah ku jumpai apa yang berkenan di hati, ai terus minta bukan nak tengok, nak beli terus...dengan selambanya jugak penjaga premis menjawab, kalau nak enam boleh la ambilkan....pergh..ayat powernya...kepala hanggut nak enam, kang klu ai berniaga baru tutup bisnes hang...seketika terkedu dengan jawapan gadis penjaga yang berada di bumi darul iman ni, ....akhirnya teman nya ke dalam mengambil dan ai terus membayar tanpa banyak bicara dan keluar dari premis...

huh, ni la kalau menjaga premis orang, kalau bisness sendiri dah lama lingkup tu.....buat owner avon bandar chukai, latihla penjaga premis anda berhemah, mungkin ada orang sakit hati nanti lain jadinya....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...