Tuesday, August 20, 2013

RUMAH TERBUKA PENDORONG ‘MAKAN BERLEBIHAN’?


Liked · August 13 



Bagaimana terjadinya sindrom ‘makan berlebihan’, atau lebih tepat ‘mengambil kalori lebih dari keperluan’? Suka saya kongsikan salah satu faktor – PENGARUH PERSEKITARAN yang mendorong kepada aktiviti ‘terlebih makan’.

1) Kecerahan bilik – Manusia cenderung untuk makan berlebihan dalam bilik yang malap berbanding bilik yang cerah.

2) Lokasi makanan diletakkan – Manusia cenderung untuk makan berlebihan jika makanan tersebut dalam radius pandangan dan mudah dilihat (sebagai contoh, balang kekacang/smarties di atas meja ruang tamu lebih cenderung untuk digapai dan dimakan berbanding jika disimpan dalam kabinet dapur)

3) Warna dinding (bilik) - Para penyelidik dari University of Winnipeg mendapati terdapat hubungkait antara warna dan nafsu makan manusia. Mereka mendapati sekiranya makanan anda dihidangkan dalam pinggan berwarna biru, atau dihidangkan atas meja dengan alas berwarna biru, maka nafsu makan anda akan berkurangan. Warna merah pula membawa kesan sebaliknya (sebab itu kebanyakkan restoran makanan segera banyak menggunakan tema warna merah)

4) Gelas – Mereka yang minum menggunakan gelas yang pendek, kembung dan besar lebih cenderung untuk minum lebih berbanding mereka yang menggunakan gelas yang tinggi dan “kurus”.

5) Saiz pinggan/sudu – mereka yang menggunakan saiz pinggan dan sudu yang besar cenderung untuk makan lebih berbanding menggunakan pinggan dan sudu yang lebih kecil.

Kita duduk seketika dan berfikir sejenak, anda mendapati prosesnya sungguh kompleks kerana terdapat begitu banyak faktor yang mendorongnya, kadang-kala sehingga kita tidak sedar langsung yang kita sedang mengambil sesuatu itu secara berlebihan terutamanya pada ‘musim’ RUMAH TERBUKA ni...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...