Thursday, June 27, 2013

Turunkan berat badan dengan berkesaN


“Tiada magiknya dalam menurunkan berat badan, cuma kita kena ubah kembali 3 perkara berikut:

1. Niat – Niat untuk kekal sihat dan “good-looking” biarlah sampai tua, bukan sebab hujung tahun ini nak kahwin, atau nak buat majlis kahwin anak! Dengan cara ini, barulah misi untuk kekal sihat dan lawa akan menjadi komitmen seumur hidup.

2. Cara – Kebanyakkan cara menurunkan berat badan yang ada pada masa kini bukannya tak berkesan, cuma tak berapa praktikal. Sebaik-baik cara untuk menurunkan berat badan ialah ia bukan sahaja tidak menyeksakan (seksa diri dan wang poket), malah boleh terus disambung amalannya walaupun matlamat untuk mendapatkan berat idaman sudah tercapai; ini untuk memastikan berat badan dan tahap kesihatan yang baik itu terus kekal. Dalam bahasa mudah, cara diet yang betul merupakan gambaran awal gaya hidup anda selepas kurus.

# Kita harus fikir yang kita hidup dalam komuniti yang besar, mereka yang tinggal dalam komuniti ini makan 4 kali sehari (Sarapan, makan tengahari, makan petang, malam). Itu tak menjadi masalah, kita yang bijak perlu tahu berapa jumlah kalori yang masuk dalam badan.

# Makan kerap tak apa, asalkan kuantiti/kalorinya kena dengan tubuh badan kita.

# Orang dalam komuniti besar ini juga makan nasi, maka kita perlu ikut fitrah ini dengan makan nasi juga. Jangan buat sesuatu yang tak masuk dek akal dengan menolak nasi, menolak mee dan sebagainya. Nanti orang lain ingat kita bukan orang Malaysia pula!

# Kalau ketika hendak kurus kita rajin besenam, bila dah kurus jangan berhenti bersenam. Teruskan bersenam, tanamkan niat bersenam untuk kekal sihat, bukan untuk tubuh badan lawa sahaja.

3. Praktikal – Jika diteliti kembali niat (1) sebentar tadi, kita hendak kekal sihat dan lawa sehingga ke tua, atau bahasa mudahnya sihat dan lawa “Seumur hidup”. Bila kita sebut komitmen “Seumur Hidup”, maksudnya kita hendaklah mengamalkan Cara (2) seumur hidup kita, dan ini bersamaan dengan perubahan gaya hidup.

Amacam? Tepuk dada tanya selera…kata , 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...