Monday, June 3, 2013

APAKAH MAKANAN UNTUK KULIT KEKAL CANTIK ?

Selalu kita berangan-angan memiliki kulit halus selembut kulit bayi? Sedar tak ada beberapa jenis makanan di sekeliling kita yang bermanfaat untuk tujuan kecantikan? Di sini suka saya kongsikan 8 jenis makanan yang yang sesuai bagi individu yang sering mengangankan kulit yang cantik dan sihat seperti paparan dalam akhbar Harian Metro baru-baru ini.

1. TIMUN
Masalah kulit wajah yang kasar sering menimbulkan resah terutama bagi individu yang semakin berusia. Timun boleh bantu atasi masalah ini dengan menjadikannya sebagai masker. Parut di bahagian hujung timun dan gaul dengan tepung jagung serta sedikit air. Kemudian, sapukan pada keseluruhan muka sebelum tidur dan cuci pada keesokan hari. Timun juga boleh dimakan sebagi ulam atau dimasukkan ke dalam pelbagai jenis masakan.

2. TOMATO
Timun mengandungi lycopene yang tinggi yang membuat wajah menjadi merah berseri disekitar pipi. Kulit juga menjadi licin dan halus seperti kulit buah tomato. Tomato juga boleh menjadi bahan anti penuaan yang membuatkan kulit menjadi lebih muda.

3. BAYAM
Bayam mengandung protein, lemak, karbohidrat, kalium, zat besi, amarantin, rutin, purin, dan vitamin (A, B, dan C). Makan bayam setiap hari boleh mengurangkan risiko kulit menjadi berkerut dan berkedut walaupun usia semakin bertambah.

4. BADAM
Mereka yang gemar makan badam akan memiliki kulit yang lebih sihat berbanding mereka yang tidak mengambilnya langsung. Ini kerana badam kaya dengan vitamin E yang berfungsi sebagai anti oksida agar kulit menjadi lebih kuat dan sihat khususnya ketika berada di bawah sinar mentari.

5. LOBAK MERAH
Biasanya kita mendengar bahawa lobak merah baik untuk menyegarkan mata. Tetapi tahu tak bahawa lobak merah yang kaya dengan vitamin A ini juga membantu meransang sel kulit agar menjadi lebih baik dan menghalang sel-sel kanser.

6. DARK CHOCOLATE
Coklat bukan sahaja boleh membuatkan kita berasa gembira malah boleh membantu tekstur dan kekenyalan kulit menjadi lebih tegang. Mulai sekarang, abaikan tanggapan bahawa coklat menggemukkan dan berjerawat kerana coklat sebenarnya mempunyai pelbagai khasiat yang tinggi.

7. TEH HIJAU
Teh hijau adalah sejenis teh yang dibuat dari daun Camelia senensi yang mengalami oksidasi minimal sepanjang proses pembuatannya. Teh hijau yang berasal dari China, dan dikaitkan dengan kebudayaan Timur ini boleh menghasilkan kesan yang hebat pada kulit. Selain bagus untuk kesihatan, ia juga membantu kulit menjadi lebih halus.

8. UBI MANIS
Ubi kaya dengan vitamin C, ia bukan sahaja membantu menghaluskan kulit, bahkan menghindarkan kulit dari kerutan. Vitamin C yang terkandung di dalamnya merupakan salah satu bahan penting untuk membentuk kolagen yang amat baik untuk kelunturan dan keanjalan kulit.

Jangan lupa ya.. makanan jasmani, perlu juga diperkayakan dengan ‘makanan rohani’. Insha Allah, kita akan sentiasa ‘cantik dunia akhirat’!




2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...