Thursday, May 9, 2013

Khasiat Jambu Batu oleh Datuk Dr Maznah

Namun khasiatnya tidak akan diperolehi jika tidak mendapatkannya dalam kuantiti yang mencukupi, makan sekali tak akan terus dapat khasiat, lebih baik diamalkan selalu.

Jom kita tengok apa khasiat buah jambu batu untuk kesihatan.
Jambu batu mengandungi vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, vitamin C, zat besi, fosforus,kalsium, kalium, natrium, protein, serat, asid nikotinik, asid pantotenik dan pottasium.

1. Menghilangkan rasa mual semasa mengandung.

2. Menurunkan paras kolesterol dalam darah.

3. Menurunkan paras gula dalam darah.

4. Mengurangkan berat badan.

5. Mengawal tekanan darah.

6. Membantu pertumbuhan kulit yang licin dan sihat.

7. Mampu menaikkan sel darah putih dan merah.

8. Meningkatkan kadar sistem metabolisme

9. Membantu penghadaman dan mengelak sembelit, mengubat cirit-birit.

10. Ejen antioksida (melambatkan proses penuaan - awet muda, melawan kanser, immuniti)

Ingat, jambu perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi.

Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya.

Jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.

Dengan khasiat yang ketara dalam jambu batu ini, ayuh dijadikannya sebagai amalan tetap dalam gaya pemakanan seharian kita.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...