Saturday, May 4, 2013

Balik KT

Kul sebelas baru dapat gerak balik ni...kuantan - KT 3 jam je lalu jabor ...terus hgway buskit besi....harap perjalanan lancar sebab i balik sendiri, oppa kerja dan dia ngundi kat Berserah.

Teruja nya nak cap jari....teruja nak ke kota putera...teruja nak jumpa kawan kawan ex perkaya ...teluk tapang kita petang ni...miss u all....balik borak borak rancang kegembiraan ....

sesuai dengan kata kata Datuk kesayangan i ni,

MUTIARA KATA UNTUK MU

Bercakap-cakap adalah Bertukar Fikiran, Bertukar Pendapat Dan Bertukar Pengalaman. Rahsia Bercakap pula ialah Pandai Bicara, Pandai Bertanya Dan Pandai Mendengar.

Nikmat keamanan itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa. Ingatlah dalam masa yang aman, kita harus juga memikirkan bahaya di masa yang mendatang.

Sesuatu yang diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan. Tetapi apa yang tidak diduga selalu berlaku dengan tiba-tiba. Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam, tetapi usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti bagi kita untuk selama-lamanya!

Semalam adalah suatu kenangan, hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hendaklah kita simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan suatu penyeksaan.

Aku bukanlah orang yang hebat, tapi aku mahu belajar dari orang yang hebat. Aku adalah orang biasa tapi aku ingin menjadi orang yang luar biasa hebat. Dan aku bukanlah orang yang istimewa, tapi aku ingin membuat seseorang menjadi istimewa.
Tidak ada kecerdasan yang lebih baik daripada kecerdasan yang lain. Kecerdasan terbaik bagi anda ialah kecerdasan yang anda miliki bukan yang dimiliki oleh orang lain..

selamat mengudi kawan kawan.....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...