Thursday, April 4, 2013

OPPS..TUNGGU 10 SAAT YA!


Apa yang dimaksudkan dengan prinsip 10 saat? Prinsip 10 saat ialah prinsip yang ‘wajib’ diikuti ketika kita melayari internet dengan apa tujuan sekali pun.

Jadi sebelum menekan Send email, sebelum upload apa-apa gambar, sebelum menekan butang Share atau Publish. Sebelum menekan OK atau Enter. Dan sebelum berbuat apa-apa pun dengan menggunakan internet, gunakan detik 10 saat sebelum itu untuk memikirkan perkara ini;

1. Adakah apa yang hendak kita buat ini dibenarkan oleh agama atau agama menegahnya?

2. Apa yang hendak kita terbitkan ini melanggar undang-undang atau pun tidak?

3. Apa yang hendak kita letakkan dalam internet ini bertentangan dengan etika moral budaya masyarakat atau boleh diterima?

4. Bila kita terbitkan ini ke dalam internet, adakah ia menaikkan martabat diri atau ia akan menjatuhkan maruah diri kita?

5. Adakah hebahan kita itu membantu orang lain atau berniat menjatuhkan orang ?

10 saat bukannya lama. Namun 10 saat itulah yang menentukan internet itu adalah ‘syurga’ bagi semua orang atau ia adalah lubuk ‘neraka’.

Perubahan dunia masa kini amat pantas hasil ledakan teknologi maklumat. Setiap hari pelbagai hasil ciptaan baru dari inovasi teknologi. Teknologi dan maklumat telah berjaya menghapuskan batasan sempadan sesebuah negara. Malahan ia berjaya merubah bentuk pemikiran, ideologi, budaya dan berbagai elemen luar memasuki ruang negara lain tanpa sekatan dan kawalan.

Internet sudah menjadi budaya hidup bagi banyak orang di Malaysia. Mereka tidak boleh hidup tanpa internet. Internet sudah menjadi keperluan hidup sama seperti manusia perlukan rumah sebagai tempat tinggal.

Jadi, kita semua patut sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam memastikan keselamatan dunia internet seperti kita sentiasa berjaga-jaga agar rumah kita selamat untuk didiami. 



2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...