Monday, March 11, 2013

WANITA… ANDALAH SEGALANYA!. SAYANGI DIRI MU!

Hari wanita jatuh pada 8 Mac

Sempena Hari Wanita Sedunia, mari kita hayati dan kaji Kebenaran kata-kata Berikut tentang Wanita . Kewanitaan dan Perbandingannya. Kenali Diri Anda. 

1) Wanita selalunya dikaitkan dengan 'Bunga' kerana ianya Cepat 'Layu' Betul Ke?

2) Kebanyakan Wanita lebih Sanggup jadi 'Cantik' daripada menjadi 'Cerdik' setuju?!

3) Wanita yang paling Bahagia adalah seperti sebuah Negara tanpa Sejarah! Faham maksudnya?!

4) Kata Orang, Wanita Cantik ialah Neraka bagi Jiwa. Penyedut Kandungan dompet dan Mahligai pada Mata. Apa pandangan Anda?

5) Waktu Malam memperlihatkan wajah wanita lebih Jelita . Jadi apa tindakan anda?!

6) Wanita 'Cemburu' akan percaya dan menyokong apa saja cadangan 'Buruk' tidak baik yang Menentang Orang yang diCemburuinya! Ya Ke?

7) Wanita diwujudkan dari Rusuk sebelah kiri lelaki di mana ianya 'Dekat' dengan Lengan dan hampir dengan 'Hati' supaya lengan itu 'Melindunginya' dan Hati 'Menyintainya'. Aduh Syahdunya!

8) Sesetengah Wanita jarang ada Kawan, tetapi banyak Berlawan-lawan. Eh. Ya Ke gitu?

9) Ada orang Berpesan. Ingat! Lebih Mudah Mengahwini Wanita Kaya yang berlagak Miskin dari Wanita Miskin yang Berlagak Kaya! Hu hu. Ya Ke?

10) Untuk menjadi Seorang benar-benar Wanita ialah Seseorang yang Mampu menjadi Isteri. Ibu, ipar dan Menantu yang Baik, walaupun agak Sukar!

Begitulah antara kata-kata dan Pandangan terhadap Wanita. Walau Apapun Anggapan. Sempena Menyambut Hari Wanita Sedunia. Mari Sama sama Kita Perkuatkan Iltizam untuk Menjadi Wanita yang Lebih. Berilmu. Beriman. Beramal. Berusaha Gigih Untuk Menjadi Wanita Terbaik dalam Segalanya.

Selamat ! Andalah Wanita Harapan Semua!



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...