Tuesday, March 12, 2013

UTAMAKAN KESIHATAN DIRI MU..

Dalam mengejar kejayaan dan kebahagiaan, kita tidak harus melupakan diri kita yang boleh diibaratkan sebagai sebuah kawah. Apinya sentiasa bersemarak, tubuh mesti sentiasa bersemarak. Tubuh kita mesti sentiasa sihat, kuat dan bersemangat. Jika api kawah malap, maksudnya jika kesihatan kita kurang mantap, kehidupan kitapun turut malap.

Orang tua kita pernah menyebut, tiada gunanya harta dan kekayaan yang melimpah ruah sekiranya semua nikmat itu tidak dapat dinikmati apabila diri berada di dalam keadaan tidak sihat dan diserang pelbagai penyakit. Justeru, biar bagaimana sibuk sekalipun kita perlu mengutamakan kesihatan diri masing-masing.

Kebahagiaan sesebuah keluarga juga boleh terancam sekiranya ibu dan isteri tidak dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka kerana sentiasa tidak sihat. Golongan wanita yang terdiri daripada seorang ibu, isteri, pegawai-pegawai atau kakitangan kerajaan dan sektor swasta perlu mengamalkan penjagaan kesihatan diri sebelum dapat melahirkan keluarga yang sihat.

Sekiranya kita seorang pemburu impian hidup, tubuh badan dan fikiran kita mesti sentiasa segar. Ia terlalu mustahak semasa kita mula membuat keputusan atau sedang berjuang mengejar cita-cita kita.

Kesihatan mental juga perlu dijaga. Mental yang sihat selalu memberi keghairahan untuk berusaha. Sebaliknya mental yang tidak sihat penuh dengan rasa kesal, pesimis, menyerah kalah dan belas diri! Akhirnya kita akan tercampak ke lubuk kecundang!



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...