Thursday, March 21, 2013

Terima Kasih Datuk


TIGA ‘K' DALAM MEMBURU KERJAYA IDAMAN

Terdapat tiga komponen asas dalam mendapatkan apa jua kerjaya dan gaji yang kita idamkan. Berikut adalah tiga elemen yang perlu kita pegang sepanjang kerjaya kita. Tiga elemen itu adalah Kenalan, Kredibiliti dan Kecekapan.

1. Kenalan
Lebih banyak kenalan yang kita ada dalam pasaran, lebih mudah bagi kita mendapatkan kerjaya idaman. Lebih ramai orang yang kita kenal dan mengenali kita, lebih senang kita mengetahui 85 peratus ataupun lebih peluang pekerjaan yang ada dan tidak disenaraikan di mana-mana.

Oleh itu, adalah penting bagi kita melebarkan jaringan secara berlanjutan. Sertai mana-mana kelab dan persatuan. Minta mereka menjadi orang rujukan. Beritahu rakan, saudara-mara ataupun mereka yang berkaitan yang kita sedang mencari pekerjaan baru. Pastikan semua orang tahu kita sedang dalam usaha mencari pekerjaan. Tiada yang lebih penting daripada kenalan di sekeliling kita.

Majoriti besar pekerjaan yang diisi dalam pasaran kerja itu tersembunyi adalah kerana seseorang itu mengenali individu yang lain. Kita mampu meluaskan lingkungan kenalan hanya dengan memberitahu yang kita dapat dihubungi dan memerlukan pertolongan serta nasihat mereka.

2. Kredibiliti
Ini adalah kombinasi di antara reputasi dan karekter kita. Kredibiliti adalah satu-satunya kualiti yang paling penting dalam mendapatkan cadangan serta kes rujukan daripada kenalan kita.
Pastikan semua perkara yang kita lakukan jujur dan konsisten dengan standard etika yang tertinggi.

Pastikan kita tidak melakukan ataupun bercakap apa-apa perkara yang dapat disalah tafsir lebih daripada kelebihan yang kita miliki. Ingat, orang hanya akan mencadangkan kita satu-satu pekerjaan apabila kita benar-benar yakin yang mereka tidak kelihatan bodoh atas tindakan ataupun kata-kata kita.

3. Kecekapan
Dalam analisis terakhir, perkara yang diambil kira adalah betapa bagusnya kita dan betapa bagusnya kita dalam pekerjaan lampau. Lebih daripada segalanya, betapa bagusnya kita untuk kerja baru itu.

Tahap kecekapan kita menjadi satu-satunya faktor utama dalam menentukan kejayaan kerjaya kita. Atas alasan ini, kita perlu sentiasa bekerja keras bagi mengekalkan dan meningkatkan tahap kecekapan serta kemahiran kita melalui aktiviti peribadi dan pembangunan profesional sepanjang kehidupan kerjaya kita.

Ya, kita juga jangan lupa setiap usaha yang baik itu harus dilakukan secara seimbang antara lahir dan batin. Secara lahirnya, kita telah berusaha seperti panduan diatas; dan secara spiritual, kita banyakkan amalan berdoa, mendekatkan diri memohon kepada Yang Maha Kuasa. Allah membantu mu…!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...