Wednesday, March 6, 2013

Penyanyi Belasah Suami


Ampang: “Saya rindukan anak-anak.” Itulah kata-kata terakhir Mohd Khairul Azmi Jaafar, 39, kepada rakan baiknya sebelum dia ditemui mati disyaki selepas bergelut dengan isterinya yang juga seorang penyanyi popular lewat 1990-an di sebuah kondominium di Ampang Utama, di sini, kelmarin.
Hasil bedah siasat, mangsa mati akibat serangan jantung berikutan pergelutan dan kekasaran.
Mangsa sebelum itu mengajak rakan berkenaan ke rumah penyanyi terbabit untuk berjumpa anak perempuan mereka berusia setahun.

Difahamkan, sebaik tiba di rumah itu jam 5 petang, berlaku pertengkaran dan pergelutan antara mangsa dan isterinya sebelum dia pengsan dalam sebuah bilik dengan keadaan kedua-dua tangan dan kaki terikat dan disahkan mati.
Isteri mangsa berusia 39 tahun dipercayai sengaja mengikat tangan dan kaki suaminya itu dengan bantuan dua anak saudara angkara tidak puas hati pertengkaran bermotifkan perebutan anak.
Gambar suspek, Nouri Ramli bersama arwah suaminya yang dipercayai mati dibunuh
mangsa dan suspek(pic dr google)
nota hati : macam macam da zaman sekarang, sanggup p ikat suami sendiri hingga mati orang tu. Al fatihah buat arwah.


5 comments:

  1. Astagfirullah..apalah nak jadi zaman la.Kalau ia pun tak bagi xhusband tu jenguk anak jgn la sampai tergamak ikat mengikat akhirnya meninggal..Moga arwah tenang disana..

    ReplyDelete
  2. siapa ek artis ni?
    nama dia apa?

    ReplyDelete
  3. cemana la cara depa berfikir ye??

    ReplyDelete
  4. awatlah jadi mcm tu..

    http://www.noormalashahar.blogspot.com

    http://www.noormalashahar.com

    ReplyDelete
  5. hurm macam-macam kes sekarang ni kan.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...