Friday, February 1, 2013

Vanila ada Tanda Lagi


Vanila ada tanda tanda nak beranak lagi, ni kali ke 4 ni. Bulu dah banyak gugur, matanya tajam je, gelisah sekali, letih semacam je, kesian tengok dia. Semacam sedang menahan kesakitan.

Mula mula anaknya 4, hidupnya dua je, kali kedua dua je hidupnya sekor je dan kali ke 3 ada 8, hilang lima tinggal tiga dan sekarang berapa pulak entah, rejeki. Dan dah jadi satay arnab dah sekali...khee.

Coklat ni aktif sungguh, kesian vanila, tak sempat rehat, anak masih kecil dan buat anak lagi . Total dalam sangkar sekarang ada 6 termmasuk vanila, tapi sekarang vanila dah diasingkan ke dalam sangkar lain. Tuannya dah tak larat nak bersihkan najis najisnya, mana nak buat entah laginya, dah banyak lubang di buat untuk mengkambus semua najis najis seminggu sekali. Macam mana nak hadapi masalah najis ni?

Moga vanila tabah dan redha menyusukan anak anak nanti. Sayang vanila dan geram la pulak kat coklat, bukan saja aktif sangat namun suka sengat memberontak bila terlepas kandang, habis pasu dikoreknya. Pokok pokok dan tak nak subur lagi penganan vanila.

2 comments:

  1. la iman ingat vanila tdi 2 apa la..rupe2nyer cik rab la

    ReplyDelete
  2. iman > khee....vanila dan coklat ...masa beli cik rab ni musim cerita vanila coklat tu, tu akak namakan nya cmgtu, sesuai ngan kolor...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...