Saturday, February 9, 2013

Sekali Lagi

Petang ni saya menonton cerita SEKALI LAGI di citra, pertama kali tengok dan takde maklumat langsung pasal cerita ini. Rupanya shahezie sam tu ayah mia sarah dan rupanya arman tu x betul. Gezetnya takde langsung mengambarkan ceritanya.

Cerita bermula bila amy(mia sarah) menyelamatkan arman dari di rompak, lalu mereka berkawan baik dan arman autisme selepas pembedahan tumor. Bila shila(lisa surihani) ibu amy melihat arman maka dia mula meyekat amy berkawan dengan arman tanpa menyedari yang arman tidak mengenali dan mengetahui amy itu anaknya.

Sebenarnya arman pernah menjadi suami shila semasa remaja lagi, dan perkahwinan mereka tidak direstui oleh keluarga mereka. Konflik timbul setelah arman mengetahui dia ada tumor dan menceraikan shila, tanpa menyedari yang shila sudah mengandung. Mereka ditemukan sekali lagi setelah 6 tahun kerna anak mereka.

Jalan cerita agak berbeza dan mia sarah teramat cute dalam cerita ni walau ada juga nampak kaku seketika, budak kecil....thumbs up untuk sekali lagi. Menceritakan bahawa jika tersurat dan takdir tetap bertemu jua, dan orang baik balasan baik.

nota hati : selamat malam , moga esok lebih baik buat semua, buat teman teman chinese, GONG XI FA CHAI.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...