Friday, February 22, 2013

PESANAN SAYIDINA USMAN IBNU AFFAN RA

Kata-kata hikmah daripada Sayidina Usman Ibnu Affan r.a. 
Di antaranya:
Aku mendapat kemanisan ibadah dalam empat perkara:
a. Sewaktu menunaikan apa yang difardhukan Allah.
b. Meninggalkan apa-apa yang Allah haramkan.
c. Ketika menyeru kepada kebaikan.
d. Ketika mencegah kemungkaran dan menjaga diri daripada membuat perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah.

Katanya lagi:
Empat perkara yang pada zahirnya fadhilat dan pada batinnya wajib:
a. Bergaul dengan orang soleh itu fadhilat, mengikut amalan mereka itu wajib.
b. Membaca Al Quran itu fadhilat, beramal dengannya itu wajib.
c. Menziarahi kubur itu fadhilat, bersedia untuknya itu wajib.
d. Menziarahi orang sakit itu fadhilat, menunaikan wasiat itu wajib

Pesanannya:
Antara tanda-tanda ‘arifin itu ialah:
a. Hatinya berserta takut dan harap.
b. Lidahnya bertahmid dan memuji Allah.
c. Matanya berserta malu melihat perkara yang dilarang dan banyak menangis.
d. Kehendaknya bersih dari cinta dunia dan bertujuan menuntut keredhaan Allah.

"Ya Allah,
Aku memohon kepada Mu kemurnian iman dan akhlak terpuji, serta kecemerlangan yang disertai kejayaan dan
aku memohon curahan rahmat, kesihatan,
pengampunan dan keredhaan daripadaMu." Amin..Amin..Amin Ya Allah!


pesanan dari Datuk maznah,

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...