Friday, February 8, 2013

Muka Tengah Tegang

Saat dan ketika tangan sedang menaip dengan rancak ini, muka ku tengah tegang...khee. Pakai mask konon.
Malam ni rumpai laut yang baru sampai kelmarin telah di proses, dan telah disimpan dalam peti ais. Sepek je order, testing, jenuh jugak membasuhnya, dan sebelum memakannya kita try kat muka dulu, kejap lagi cuci la, rupanya sikit je dapat dicalit ke muka tak perlu banyak banyak, sesudu je, ada lebih sapu jer di muka suami anda...kheee...jika dia belum mandi la. Penuhla muka oppa , senyap je tu, tegang la tu...haha.

Takde la bau macam abag jan kata tu, order dari nor, sini



Tadi siang letih nguh, pagi pagi dah dikejutkan dengan anak pertama vanila jugak beranak, 4 ekor gitu. Takde tanda tanda tiba tiba ada anak, coklat dah sumbang mahram ngan anak sulung sehingga melahirkan , namun seekor dah terkulai, mungkin adik beradik lain terpijak sebab nampak ada kesan luka. Nasib baik kelabu pandai menyusukan walau kali pertama melahirkan, belah petang nampak menyusunya.

Tak sempat nak selesakan kelabu dan anak barunya, hari ni pagi pagi kemas rumah, keluar p bayar insuran ciksu, jenguk nenek, nenek dah bole guna tongkat, singgah IM 15 bagi resit. Makan nasi kari ikan kat umah ciksu sebab set set IM tengah lunch masa sampai tu . Lewat depa makan, 2.30 dah, den lak memang tengah lapar, layan jugak..khee...kalut wazien(5yrs) nak g kelas teakwando, baru mula hari ni. Lepas ni abis la abang kakak kena tendang. Ayahsue ada balik, sibuk nak buat ice cream sebab bawak balik mesin ice cream....kul 3 den chow balik umah sebab dah letih dah ke hulur hilir ari ni.

Oppa balik kul 8.30 bagitau ada orang nak ambil arnab, lor nak let go ke anak2 tu....2 ekor di ambil kawannya, dengan berbekal sekilo makanan dan dua anak coklat dan vanila yang berusia dua bulan bertukar tangan. Ada hasil jugak rabbies ni, ari ni ari rejeki rabbies, kelabu beranak dan dua adiknya pindah rumah dengan nilai rm20, jadi la bukan nak niaga nak kongsi baka je.....

Ketegangan muka ni dah berkurang, nak kena p cuci dah ni. Selamat Malam dan kita tinggalkan malam ini dengan mutiara kata malam,

"Kemarin aku sendirian di dunia ini, kekasih; dan kesendirianku... sebengis kematian... Kemarin diriku adalah sepatah kata yang tak bersuara..., di dalam pikiran malam. Hari ini... aku menjelma menjadi sebuah nyanyian menyenangkan di atas lidah hari. Dan, ini berlangsung dalam semenit dari sang waktu yang melahirkan sekilasan pandang, sepatah kata, sebuah desakan dan... sekecup ciuman" (Kahlil Gibran)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...