Tuesday, February 12, 2013

Perlu Ke Kerja Part Time?



Liked · January 29 

KERJA ‘PART TIME’ BANTU TAMBAH DUIT ANDA!

Kos sara hidup semakin meningkat dari semasa ke semasa. Adalah kita bersedia menghadapi perubahan ini? Apa yang perlu anda lakukan bagi mencari penyelesaian?

1) Dunia kerja part-time itu luas dan seperti pekerjaan lain, ia juga menjanjikan kemanisan dan kepahitan tersendiri.

2) Menjadi pekerja part-time tidak semestinya memperoleh pendapatan yang tidak setimpal dengan apa yang dicurahkan.

3) Dalam memilih pekerjaan, terpulanglah kepada kita samada mahu bekerja dalam sektor awam, swasta ataupun persendirian, yang penting fikirkan matlamat jangka masa panjang.

4) Apa yang membezakan antara pekerjaan full-time, part-time dan sambilan adalah gaji dan tanggungjawab seseorang pekerja,usia minimum bagi memulakan tugas, masa bekerja dan faedah-faedah yang diterima.

5) Pekerjaan sentiasa ada untuk mereka yang menginginkan asalkan mereka mencari.

6) Melakukan muhasabah diri bagi mencari kekuatan dan kelemahan diri. Ini sedikit sebanyak dapat membantu kita memilih jenis pekerjaan yang bersesuaian dengan diri kita.

7) Jangan bertangguh memulakan kerja kerana kita tidak tahu berapa lama tempoh yang kita ada bagi hidup di dunia ini.

8) Bayangkan dengan tambahan wang kerja part-time setiap bulan dapat membawa keluarga 'makan angin' atau membeli gajet impian anda.

9) Memilih kerja sambilan adalah sama pentingnya seperti memilih kerja full-time. Oleh itu, buat pilihan dengan bijak. Semasa mencari pekerjaan, letakkan matlamat dan tujuan mengapa kita ingin bekerja. Secara tidak langsung, ini dapat memotivasikan kita semasa dan selepas mendapat pekerjaan.

10) Terdapat tiga jenis punca mencari semua jenis pekerjaan iaitu melalui medi cetak, media online dan sumber tidak rasmi. Baca dengan teliti setiap butir pekerjaan yang diiklankan. Jangan membuat keputusan yang menyebabkan kita menyesal kemudian hari.

Apa tunggu lagi, mulakan langkah pertama mencari kerja part-time untuk menambah pendapatan isi rumah anda! Kita yang mampu mengubah ekonomi diri kita sendiri.. Betul kan..?

3 comments:

  1. Wann rasa perlu bagi yang berada di tahap sederhana dan kebawah dan mempunyai masa yang cukup untuk membuat part-time job..Wann buat part-time blogger je..hehe :)

    ReplyDelete
  2. kalau ada masa dan keperluan, tak salah melakukan kerja part time asalkan tak menjejaskan kesihatan kerana kurang rehat :)

    ReplyDelete
  3. SW > wan, masyuk tak jadi blogger ni?...khee

    PK > ye la, kalau ada masa lebih baik buat....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...