Sunday, February 24, 2013

Khasiat Barli

Diriwayatkan dari Ibnu Majah dari A'syah r.a, dia berkata: Jika Rasulullah s.a.w. mendapati salah seorang isteri (keluarganya) kurang sihat, beliau memerintahkan untuk membuat sup dari bahan gandum barli. kemudian baginda menyuruh mereka untuk meminumnya, lantas bersabda:

"Sesungguhnya ia(sup barli) menyegarkan hati orang yang bersedih dan membahagiakan hati yang sakit sebagaimana salah seorang kalian menghapus kotoran dengan air dari wajahnya."

Khasiat Barli
  • mencegah/mengurangkan risiko Sembelit
  • Mengurangkan kadar kolesterol
  • Mencegah kanser
  • Mengurangkan risiko kencing manis
  • Menyejukkan badan
  • Memelihara buah pinggang.
  • Melawaskan kencing.
  • membantu melancarkan penghadaman
Air barli digunakan untuk menyejukkan badan. Bijirin barli kaya dengan fiber, vitamin dan mineral penting seperti vitamin B3, B1 dan juga selenium, zinc, iron dan lain lain. Ia tidak mengandungi kolestrol malah ia dapat merendahkan kolestrol serta mencegah kanser. Jika selalu diamalkan dapat mengurangkan risiko kencing manis namun jika berlebihan ia akan menyebabkan HIPOGLISEMIA (gula dalam darah rendah).

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...