Tuesday, February 26, 2013

Followers Mingzhu dah 500

Bismillahhirahmanirrahim, mulakan kata dengan petikan ayat Datuk Maznah,

Jika manusia tidak berusaha untuk mendahului masa dalam maksud mengejar kepentingan dunia dan akhirat pada setiap masa, maka masa pasti akan mendahului menyebabkan manusia mengalami kerugian membiarkan masa berlalu tanpa diisi perkara bermanfaat. 

Dan ceritanya,

Setelah tiga tahun berblog, kini follower i dah ada 500. Lama juga masa yang di ambil untuk mencapai angka ke 500 ,...almaklum i xde cerita best, i x berapa rajin, rojak je kerja dan bahasa.....dulu dulu masa buka blog, minat menulis tu takde la sangat tapi ia terjadi atas saranan bos i, luahkan perasaan di blog, lepas tu kawan i cadangkan niaga kat blog, lepas tu dia cerita pasal nuffnang....masa tu semangat berkobar kobar walau slow sebab  sibuk dengan kerja.

Mula mula pos pasal foot patch, am yang supply, bila ada customer, pergh bersemangat, tengah rancak berniaga, supplier kena tukar kat KL, i kat KT...susah ooo.....langsung tak kemana hala tuju berniaga.

Lepas tu tengok blog orang semua ada gambar lawa lawa, nak pulak camare, tapi camera murah je, nikon, tak lawa gambarnya, dan tuan dia tak pandai mengambil gambar maka hasilnya tak meriah la. Aktiviti lagi slow sebab tuntutan kerja baru lagi menyibukkan diri.

Dan kini setelah sepenuh masa dirumah, tidak bekerja lagi, i penuhi masa dengan blog dan hasilnya, follower dah bertambah, kerajinan dah meningkat, kemahiran menaip sudah baik walau masih ada bahasa sms, time lupa dan time tak banyak masa. Namun bahasa masih rojak, azam blog tahun ni, perindahkan bahasa i.

dan ini dia follower ke 500 mingzhu-collection,
cik cikedis
tak mau cerita pasal cik cikedis la, sebab belum habis review lagi blog dia, saper saper yang teruja dengan headernya yang best tu sila klik image....terima kasih cik cikedis.

Terimakasih juga pada semua follower mingzhu-collection, tanpa anda aima tak rajin menulis, angka di followers pembangkit semangat, pasti ada ganjaran buat semua.

2 comments:

  1. Tahniah3! Happy Blogging Dear :)

    ReplyDelete
  2. NF> tq tq tq..tgh happy dgn blog la ni...khee


    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...