Tuesday, February 5, 2013

Cuti Yang Panjang

jamu mata dengan makanan...ntah pe2..hobi baru snap makanan, post makanan. layan bubur nasi yang dibuat dengan cara memblend nasi bersama rempah serbuk sup dan dimakan bersama sayur bendi goreng telur, sambal kerang dan salad ayam bakar.


salad ayam bakar

bahan
dua keping isi ayam dibakar 
lobak merah di sagat
tomato cincang
daun salad di hiris
sos
sesudu cuka epal
sesudu minyak zaiton
sesudu perahan lemon
sedikit gula dan garam

cara caranya,
bahan sos di sebatikan. ayam dipotong kecil kecil dan digaul semua bahan bersama sos

nota hati : salad tak sesuai dimakan bersama bubur, bubur tetap perlukan bahan yang masin masin, telur masin, ikan masin, dan bilis yang masin namun disebabkan masin itu tidak baik untuk kesihatan, maka kita tukarkan kepada bahan masam dengan khasiat cuka epal.

cuti yang panjang menjemukan, cuti balik TRG bukan untuk rehat tapi untuk melaksanakan tanggung jawab makan keletihan la didapatkan. Sabtu hingga selasa tak dapat beblog bermakna kosong kosong kosong....

nasib baik sekembali ke rumah, anak anak vanila yang enam itu bernyawa semua. terima kasih pada yang cakna, jiran sebelah...Tq kak nor dan geng taska.

hari ini hari ulang tahun kelahiran ku, 5 FEB hanya adik ku berdua tu tetap setia mengwishkan....aku pun dah makin melupakan niat untuk meraikan sebab aku tidak dirai oleh oppa walau sepatah kata...makin hari aku mealpakan keraian...kat fb pun dah letak tarikh 29 feb...tiada makna bila org tersayang tidak peduli semua tu.....tq chik dan boi....sepotong kek tiada harum baunya

5 Feb jugak besday Norman KRU dan Tan Sri Datuk Yusof Noor

yusof1
tokoh yang ku segani, dan pengalaman manis dapat interview dia untuk kertas kerja ASABINA, dan kenangan paling manis bila Tan Sri mengirim kad ucapan hari lahir kepadaku pada satu ketika dulu namun dek kesibukan belajar kealpaan menyebabkan kami terputus hubungan. happy besday tan sri. Kami sama orang besut, bangga dengan kejayaan beliau....dan bangganya ku berkongsi tarikh lahir bersama dua insan ternama.

rupanya entry ini setelah cuti panjang menjadi entry yang panjang, dari takde idea terus meleret ke cerita 5 feb....



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...