Wednesday, February 20, 2013

BIMBING FIKIRAN SEBAIKNYA

Fikiran memerlukan bimbingan dan panduan. Fikiran tidak mampu menjadi undang-undang yang sempurna dan mutlak bagi dilaksanakan untuk memenuhi semua bangsa, golongan, keadaan dan tempat. Tanpa bimbingan, manusia akan hidup dalam kehinaan, perkelahian yang tiada noktah, kehidupan tanpa arah dan kehancuran diri, bangsa, negara dan dunia.

Cara kita menguruskan fikiran masing-masing merupakan isu paling penting dalam mencapai segala apa yang kita impikan. Kita yang tidak dapat mengurus dan mengarahkan fikiran kita dengan betul ke arah yang ingin kita capai dalam hidup ini samalah seperti kita tidak memahami apa yang sebenarnya kita fikirkan.

Apakah kita yang sentiasa tidak yakin bahawa kita boleh mengawal kehidupan kita, boleh mencapai apa yang kita impikan ?

Kita hanya menunggu "orang lain" mengalah dan berfikir bahawa sekiranya orang lain itu mengalah dan memberi kepada kita apa yang kita inginkan, barulah kita akan berjaya. Kita sebenar sedang melakukan kesilapan yang sangat besar.

Hakikatnya tidak terdapat istilah "kita" atau "orang lain" dalam perkara sebegini. Yang ada hanyalah diri kita sendiri. Dan kita hanya mendapat apa yang kita harapkan. Kita boleh memperolehi apa yang kita hajati tanpa perlu menafikan sesuatu kepada orang lain.

Pada keseluruhannya, pengurusan fikiran yang baik itu amat penting bagi setiap individu kerana ia membolehkan kita mengunakan masa seharian dengan sebaik-baik dan sebijak-bijaknya bagi mencapai matlamat seharian kita.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...