Thursday, February 14, 2013

Apa Pesona CMG

Pertama kali i beli majalah rasa, sebelum ni tak berapa berminat. Dek kerana telah terpapar di Fb beberapa hari tentang CMG muncul di majalah rasa, beberapa hari jugak i mencari majalah ini. Dapat ia di kedai majalah kat tunas manja beserah. Demi CMG i beli dan berbaloi jugak sebab banyak resepi best dan blogger best dalamnya. Ada kak ita, ada kak ct dan mengenalkan beberapa blogger lain yang i tak pernah kunjungi home depa, macam penyu lawa dll. 

Apa pesona CMG ? Rupanya CMG full time blogger, sebelum ni i wonder jugak CMG kerja apa. Ada koleksi PML CMG, yang pasti tiffin blue tu pasti ada. Tahniah CMG. Dan kenapa I peminat fanatik CMG? Kerana i belajar meroti setelah terpesona dengan roti di tiffin blue dan ia memang menjadi dan gebu dan sejak itu hari hari wajib bukak tiffin blue kalau ada depan pc. Moga CMG terus maju


Melihat kepada jadual kerja CMG, lepas kul dua ngadap pc, i memang tak bole lah sebab lepas kul dua time i rehat dan layan TV, kul 3.25 wajib sesangat, sebab menanti my korea. Kali ni siri Bread, loves, Dreams, wajib layan. Satu satunya movie korea yang berjaya menitiskan airmata i, selain program bersamamu, movie i tak layan airmata. Namun bread loves dream dah bagi i berairmata...kheee.

Breads loves dan Dream ni dah pernah main kat TV2 tapi i dapat tengok sekejap je. Masa tu masih kerja, sekarang layan tv je i ni. drama entah zaman biler ntah ni, takde pistol, gaduh dia tumbuk tumbuk je....KIM Takgu, see u next week ya.


nota hati : mandi jap, oppa kerja malam, tinggal sorang i layan tenet je.....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...