Thursday, February 28, 2013

Adik Yang Jujur


Batu Pahat: Usianya baru 13 tahun namun kejujuran dan kemurnian hati Amir Azizan Hashim mungkin jauh mengatasi orang dewasa apabila dia memulangkan semula beg tangan berisi RM37,500 (SG$15,000) milik seorang wanita warga Singapura yang tercicir.
“Saya mengayuh basikal selaju mungkin mengejar kereta dinaiki wanita itu bagi mengembalikan beg tangannya,” katanya mengimbas kejadian itu yang berlaku berhampiran sebuah pasar raya di Taman Soga, di sini, awal Januari lalu.
Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Syed Esa, di sini, ditemui selepas menerima sijil penghargaan atas kelakuan terpujinya itu daripada pihak sekolah, semalam.

Sijil penghargaan itu disampaikan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Dato’ Syed Esa, Mohd Taat Kasran.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/articles/KejarkeretapulangRM37_500//Article#sthash.MBc4J5c0.dpuf

5 comments:

  1. Terbaik lah. Bagus adik ni. Bisa dibuat adik angkat enggak. hewhew.

    ReplyDelete
  2. susah nak cari budak jujur zaman sekarang mcm ni..

    ReplyDelete
  3. SEMOGA ADIK NI HIDUP BAHAGIA DAN CEMERLANG DLM HIDUP> AMEENN :)

    ReplyDelete
  4. memang jujur adik ni..mudah-mudahan ramai yang memiliki sikap sepertinya :)

    ReplyDelete
  5. AA > ye la terbaik

    Noor > di zmn sekerang sebutir permata perlu digilap, ini hasilnya jika ada usaha

    FD > amin

    PK > mudah mudahahn

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...