Monday, February 18, 2013

13 pekara Yang Mungkin Kita tiDak Perasan

1) Sekurang-kurangnya ada 5 orang di dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda atau menyayangi anda dalan beberapa cara.

2) Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

3) Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.

4) Setiap malam, ada seseorang yang mengingati anda sebelum dia tidur.

5) Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

6) Kalau bukan kerana anda, tidak mungkin seseorang itu hidup bahagia.

7) Anda seorang yang istimewa dan unik pada pandangan mata seseorang.

8) Ada seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

9) Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, terkandung hikmah di sebaliknya.

10) Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula mungkin anda yang meminggirkan mereka.

11) Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak memperolehnya tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri, lambat-laun anda pasti berjaya memilikinya.

12) Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda. Anda akan berasa senang apabila dia mengetahuinya.

13) Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, carilah ruang untuk memberitahunya bahawa dia adalah yang terbaik.

Justeru, fikir-fikirkanlah ya! Walaupun sesekali anda berasa kita hidup berseorang di dunia ini, ingatlah bahawa ada seseorang yang sedang menunggu, memerhati dan menyayangi anda. dari,




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...