Tuesday, January 8, 2013

Selasa yang Mengecewakan

Pagi pagi dah hot sebab tunggu order yang tak pasti, en asben pulak muka toyer, macam tak bagi keluar je, oppa, saya dah completely sihat, boleh drive dan nak kena bank in duit adik jantan yang sering keputusan ni serta nak settle keje kat pejabat maatakaful ni. kul 10am keluar jugak, dan dia telah tertido

Pi petronas IM je, cash deposit maybank, ambil kuih 3 jenis dan buah pelam nak bawak ke umah ciksu sebab nak ambil dokumen, akak cashier charge rm11.20, sesampai kat trafic lite shahputra baru tersedar, jumlah belian cuma rm8...adus 3 hinggit rugi, nak uturn camne lane kiri ni....

Sesampai di simpang IM 15 nampak NAZA kat hujung simpang, nasib baik driver kecik tu nampak ku, dia pusing balik ke rumah dia and kami settlekan urusan, katanya nak keluar beli tong besar sebab esok notisnya takde air tiga hari.Walau dalam notis takde tertera damansara namun bersedia sajer ikut logik, ning dia


Dari IM15 p tunas manja cari buah, sebab stock dah tinggal pisang je, beli kosmo rm1.20, nak beli majalah duit kecik dah takde, tinggal rm100 sekeping, sayang nak pecahkan....balik umah terus lepas tu, uncle ada jual durian kat simpang keluar dari sg karang darat tu, besor besor, jangan jangan duyan raja, telan air liyur je la, takut doc peribadi ngamuk.....

Sesampai rumah, basuh kete jap, sebab kolor kuning dah jadi coklat...masak ikan singgang dan sambal tempe..solat, kul 3 pm baru ajak tn doc makan, baru nak sudukan lauk kegemaran, tn doc dah muncung tak bagi makan sebab goreng goreng goreng...adus, kecewanya..feberet dan teringin sangat ni sebab minggu lepas tak puah hati makan kat kedai tepi jalan tu kat beserah tu tak sedap....wah, kecewa kecewa kecewa...penat masak...merajuk ...huhu...oppa nak satu sudu je....cedih


♥ Pesanan Dari Ustaz Azhar Idrus ♥

Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak... ♥

"Berbuat baiklah kepada wanita kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk.rusuk yang paling bengkok ialah yang terletak paling atas.jika kamu mahu luruskannya,ia akan patah dan jika kamu biarkannya ia akan tetap bengkok.sebab itu berbuat baik kasih sayanglah kepada wanita". (HR Bukhari dan Muslim)


Suami Isteri Bahagia



bila tiada susah semua
air, pentingnya kamu
air, jangan lama lama perginya
nanti lalat lalat datang bertamu

nota hati : bila en asben kita doktor peribadi kita.....fakta kesihatan abih kucar lana.....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...