Thursday, January 10, 2013

Sayur Meranti atau Cikori

Salam pagi khamis, hari ni akif tak datang dan kami tak keluar negeri, sebab masih ada air.

Macam biasa aktiviti ku, lepas yoga 4u layan jason kat afc..taste with jason....hari ni ada benda menarik, iaitu sayur cikori, katanya sayur melayu yang boleh didapati di ladang kelapa sawit yang namanya di kalangan melayu ialah sayur meranti. Sayur ini di goreng dengan bilis dan di beritahu bahawa rasanya kepahitan dan hujungnya manis. Uncle yang makan tu cakap, sayur ini baik untuk buang lemak dalam darah.

Apalagi, google la....lor banyak info pasal sayur ni, blog CMG banyak masak sayur ni, rupanya camgini,

   
(pic dr pakcik google)

khasiatnya banyak rupanya, baik untuk merawat darah tinggi dan bengkak hati. Ia jugak baik untuk ulser mulut dan ulser perut juga merawat gastrik. Buahnya jugak merupakan ejen laxative yang baik. Apa yang pahit itu ubat.

Pokok meranti ini ada dua jenis, meranti biasa dan meranti gajah di mana meranti gajah ada buah yang agak besar. Ia sesuai di masak lemak dan biasanya di goreng.....mana nak cari benihnya jugak ni....tak pernah tengok dan tak pernah makan.....pasar tani ahad ini kan ku cari

nota hati : i think i need a fresh air since i feel good now......oppa hari ni kita p sg lembing nak???

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...