Monday, January 7, 2013

Sate Arnab Goreng

menu makan malam di suatu hari pada tahun lepas
 sambal bilis petai, sayur air bayam, sayur campur goreng bersama makaroni, terung bakar, ikan rebus dan sate arnab goreng, ...kukus, gril, panggang...kukus, grill, panggang..goreng dan sambal susah nak dipisahkan...tolong jaga kesihatan, masa ni tn dr peribadi belum berketat lagi...kheee, dah kehabisan budu, terung bakar cicah budu walah.....bersederhana la dalam kehidupan jangan terlebih makan

sate goreng arnab, korban sekor yang kelabu memandangkan kelahiran ke3 vanila berjumlah semua 8 ekor, padat kandangnya, setelah dikorbankan anak vanila dari kelahiran pertama berusia 4 bulan, berat daging cuma 800grm, sejam jugak la nak pisahkan daging dari tulang...sakit belakang den, daging nya rasa macam daging ayam je namun ia bagus tak hancur dalam kuali, jenis kental, takde bau, tak macam ayam, takde bau langsung...sedap dan bole di makan la....

resepi sate arnab goreng

serai, bawang merah, kunyit, ketumbar, jintan manis, jintan putih semua diblend beserta sedikit garam dan gula...perap semalaman

matikan awah(keringkan air sampai daging masak) dalam kuali sehingga sempurna kemudian masukkan minyak, bagi sikit garing dan hidangkan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...