Monday, January 28, 2013

Motivasi Pg Senin W Dato Maznah



1. Satu perkara yang kita nampak tentang manusia yang hebat atau berjaya: Mereka sentiasa belajar…Stop Learning Stop Growing!

2. Masa depan banyak ditentukan oleh masa lapang. Adakah kita melabur atau membazirkan masa lapang?

3. Muslihat yang paling jahat dalam diri seseorang ialah melengah-lengahkan kerja.

4. Peluang yang diambil akan berganda tetapi jika ditinggalkan, akan hilang.

5. Jika ingin berjaya, ikutilah orang yang berjaya. Mereka mendisiplinkan diri sendiri - sesuatu yang sangat tidak disukai oleh orang gagal. Hidup tanpa disiplin tidak memberi makna.

6. Melepak lebih sukar dan menyusahkan dari belajar dan bekerja. Beban yang paling berat ialah tidak mempunyai apa-apa untuk dibuat. Kesannya letih walaupun hanya untuk berdiri atau kecewa buat selamanya.

7. Apa yang kerap difikirkan akan menyerap ke dalam minda di bawah sedar kita, lantas menambah kuasa fizikal, mental dan spritual kita untuk mencapai apa yang paling diingini.

8. Kebanyakan kita beranggapan bahawa kita tidak malas kerana kita sentiasa sibuk. Tetapi biasanya kita sibuk melakukan perkara yang tidak berfaedah sehingga melupakan matlamat utama dalam hidup kita.

9. Penawar rasa bosan : tentukan matlamat !

10. Kita senyum apabila kita bahagia. TETAPI kita juga berasa bahagia kerana kita senyum. Jadi, senyumlah selalu !


2 comments:

  1. Best! terima kasih dengan perkongsian ini...

    Sangat memberi motivasi...

    Facebook ada banyak peluang perniagaan: Peluang Perniagaan di FB

    ReplyDelete
  2. KH > sama sama, fb dato memang memberi motivasi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...