Sunday, January 6, 2013

MamaYah

nin dia bondaku, Ma
di apit oleh pengantin, sakinah dan pasangannya
sakinah anak ayah hj rahim, sedara kami
bertempat di Padang Air pd 15 dec 2012
sakinah cukup lawa dan ma cukup happy 
tahniah buat sakinah dan pasangannya
moga berbahagia ke akhir hayat

bondaku di kenali sebagai mamayah oleh anak2 sedara dia dan sebagai mama oleh jiran jiran kami baik di wakaf tengah atau kg raja tapi awal awal di kg raja masa muda dia dikenali sebagai kak yah, merupakan seorang ibu tunggal yang berjiwa kental dan pahlawan gemilang (terkenal dgn garangnya sewaktu di kg raja) ..bagi kami anak anak memang dah fasih sangat bak kata dah maklum sangat perangainya yang putih katanya putihla, takde tukar hitam waima apa kejadiaan sekalinya....huh..perjalanan hidup ma menjadikan dia kental sebegitu, sedari usia muda, 33 tahun telah menjadi balu, arwah abah pergi tatkala usia perkawinan mereka 10 tahun tapi menurut cerita nenek, ma masa jadi isteri arwah abah pun dah cukup tegas,....
ketegasan dan kebengkengan ma kami adik beradik cukup arif sesangat.....
peribadinya, dia seorang peramah dan ringan tulang, terer memasak terer menjahit dan terer mengatur serta mengkontrol.....kami slow slow out of control skrg...khee
ma, maaf zahir batin, halal kan kami segalanya
ya allah ampunilah segala dosa ibuku ini dan limpahkan rahmatMu kpdnya 

nota hati : semalam balik KT ma buat laksam, pagi pagi dah minta ku g pasar tani giant cari ulam, semua ada, balik dari pasar kuah dan laksam siap di kukuk, pergh aroma dan rupanya cukup mnyelerakan namun telan air liur sebab doktor peribadi tak bagi makan dan dia pun tak makan sama sebab nak jaga hati isteri, tapi hati ma mmg terkesot la kerna kami tak makan....last last bawak balik kuantan titipan buat wazien kat IM...ayah su smpai dari dubai pg nya.

2 comments:

  1. kim salam ngn mamayah dri iman a.k.a budak kampung

    ReplyDelete
  2. BK> iman, wasalam bereh....kheee

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...