Monday, January 28, 2013

Khasiat Halba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Halba
Pengelasan saintifik
Alam:Plantae
Divisi:Magnoliophyta
Kelas:Magnoliopsida
Order:Fabales
Keluarga:Fabaceae
Genus:Trigonella
Spesies:T. foenum-graecum
Nama binomial
Trigonella foenum-graecum
L.[1]
Halba merupakan sejenis rempah.
Halba ialah tumbuhan yang tergolong dalam famili Fabaceae. Ditanam di seluruh dunia sebagai tanaman separa gersang, ia digunakan sebagai kedua-dua herba (daunnya) dan rempah (bijinya). Halba juga sering digunakan untuk memasak kari. Perkataan bahasa Melayu, "halba", berasal daripada nama bahasa Arab, "Hilbeh" (حلبة). Nama saintifiknya Trigonella foenum-graecum.
Negara pengeluar halba yang terutama termasuk: IndiaArgentinaMesirPerancisSepanyolTurkiMaghribi dan China, dengan India merupakan pengeluar yang terbesar di dunia. Negeri Rajasthanmengeluarkan 80% daripada jumlah pengeluaran di India, dengan negeri-negeri pengeluar utama yang lain termasuk GujaratUttaranchalUttar PradeshMadhya PradeshMaharashtraHaryana, dan Punjab.[2]

Daripada Bacaan di google,
Halba baik untuk buang angin, menghilangkan kembung perut, pencuci perut dan membantu penghadaman serta menyembuh buasir
Ia dapat menguatkan jantung, Melegkan sakit kepala dan migrain, mengawal kencing manis dan mengurang berat badan.
Ia baik juga untuk senggugut, merangsang rahim, pemangkin pengeluaran susu ibu, memanaskan buah pinggan dan organ pembiakan.
Ia juga membantu mengurangkan radang sendi dan lenguh lenguh.

Cara guna halba.
Rendam sesudu halba dengan air panas semalaman dan minum paginya.

nota hati : kesannya setelah seminggu diriku mengamalnya, sakit seliuh kaki lama dah berkurang, dan lenguh lenguh di bahu telah pulih, jari telunjuk yang sakit ini selepas minum ada sedikit baik.

Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda tentang kebaikan halba. Sabda baginda , 'Sekiranya umatku tahu kelebihan halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas'.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...