Saturday, January 12, 2013

Amal 5 jenis Buah

Untuk membuang racun dari tubuh amalkan mengambil beberapa jenis buah yang tepat yang berserat tinggi serta bervitamin dengan mineral dan asid amino. Elok la menyantap buah buah di bawah untuk tujuan detoks;

Buah Limau  
Limau atau oren mengandungi banyak vitamin c, antioksida yang kuat yang mampu melindungi tubuh dari radikal bebas berbahaya juga membantu mengurangi risiko kanser serta penyakit jantung. Buah lemon adalah pembersih terbaik dengan kandungan astrigen dan antiseptik bagi merangsang kerja hati dan kantung hempedu. Perahanlemon segar atau limau kedalam segelas air suam akan merangsang pencernaan.

Epal
Epal mengandungi asid malat dan asid tartaric yang berperanan menongkatkan kerja pencernaan dan membersihkan hati. Kandungan pectin yang tinggi dalam epal akan mengikat logam berat seperti timah.

Pir
Pir berperanan sebagai ubat diuretik(pendorong air kencing) dan laksatif yang baik. Pengambilan pir secara teratur mempercantikkan kulit serta membuat rambut berkilau.

Anggur
Anggur yang baik adalah anggur putih dan merah. Ia merupakan buah untuk detoks yang paling efektik.

Mangga
Buah yang digemari makan samaada secara manis dan masam ini terbukti mampu membersihkan darah. Isi yang harumamat baik untuk sistem ginjal dan pencernaan.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...