Tuesday, December 31, 2013

Foods before 2014

   

   

   

   

   


ceritanya tahun depan...kheee

Thursday, December 26, 2013

"Segmen Azam Blog 2014 by HBP"


azam tahun ni dah lupa
azam tahun depan sedang direka
segmen azam by hbp di serta
moga masuk list pencipta

26 Dec 2013

Tengahari tadi ai dikejutkan dengan berita kematian kawan akibat kanser payudara.....innalillah, al fatihah buat arwah norhayati majid. Arwah yatie adalah repairer ai masa di flextronics dulu, kami berkerja bersama agak lama dan menjadi kawan rapat, sehinggalah ai balik kerja di terengganu, kami masih berhubung melalui fb, tahun lepas seingatnya perbualan terakhir ai dan arwah namun arwah tidak bercerita apa apa walau pada masa itu arwah sudah dua tahun menahan sakit.....

arwah yatie ni banyak cakap, bercerita sepanjang buat kerja, ai dengan sorang lagi troubleshooter memang guna khidmat dia untuk merepair...gaduh tak pernah, 9 tahun lepas kami bekerja bersama dan masa tu yatie belum ada anak, sekarang anak arwah dah tiga....tabah la hati wahai anak anak....doakan rahmat ibumu dsana...sebenarnya baru seminggu ai dapat tahu pasal sakit arwah, ingat nak kirim teh belalai gajah tapi tak sempat sebab balik tgk mok kat husm....ya allah, aturan Mu pasti

9 tahun lepas berpisah dengan arwah yatie dan 9 tahun lepas juga kejadian tsunami, pada tarikh sama arwah di jemput illahi...ya rabbi, rahasia tetap tersembunyi....saat kepiluan melihat kesan tsunami, hati ini terlalu rundum mengenang arwah yatie....tie, bersemadilah dengan aman....

tie, saat ku pergi dulu tak terucap terima kasih ku atas baktimu sepanjang kita bekerja bersama...tie, perjuangan mu melawan sakitmu kau pendamkan dari kawan kawan....kau tabah, hanya allah yang tahu sakitmu, hanya allah jua yang memberi ganjaran...hanya insan insan terpilih di jemput awal, dan kau layak untuk itu...tie, perjuanganmu hanya allah yang tahu.....

ALFATIHAH....buat yatie

ALFATIHAH...juga buat maangsa tsunami

Wednesday, December 25, 2013

Kek Oren Sanquick


asalnya resepi dari sifu cmg tapi buat ikut daya ai...sehari dua ni rasa nak makan buah oren, minum air oren makan biskut oren dan last ari ni kek oren...selepas seharian mengemas dan mendobi, petangnya ai pun menbaking la....

bahan bahannya
dua biji telur, secawan gula halus, secawan minyak jagung, dua sudu besar baking powder, dua cawan tepung, setgh cwn oren sanquick,

caranya
panaskan oven dulu, tepung di ayak bersama baking powder, ketepikan, kemudian asingkan putih telur dengan kuning telur kemudian putar/pukul putih telur bersama sedikit gula sehingga gebu, ketepikan dan kemudian pukul minyak bersama kuning telur dan selebihnnya gula tadi sehingga kembang, setelah itu masukkan sanquick berselang tepung sehingga selesai..akhir sekali masukkan putih telur yang gebu tadi, kacau sebati dan jika mau ada dua kolor campur sedikit adunan dekat emulsi coklat atau emulsi  coffe...bakar 30min pada suhu 180'

yummy, tak fail la....zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Tuesday, December 24, 2013

Berkampung d HUSM




dua hari ai berkampung di HUSM kubang kerian, penat .....seronok pun ada...tambahan lagi dapat jejak kasih dengan kawan lama yang bertugas di sana

tanggal jumaat 20 dec 2013
mok(mak mertua) dikejarkan ke hospital akibat sakit kepala yang amat sangat dan mata tiba tiba kelabu....mok ditahan kerna saraf matanya telah rosak dan perlu segera dirawat dengan kaedah laser....orang lain dah berkampung dari jumaat hinggalah hari senin smlm....mak yang sebelum ni memang penghidap darah tinggi telah lama mengadu sakit kepala di satu belah sahaja namun bila ke klinik tekanan darah telah menjadi normal dan paras amat baik....maka kegusaran itu diabaikan.....namun akhirnya pd pg jumaat itu mak hilang upaya penglihatan dan sakit yang amat sangat....

dan ai serta oppa dapat pulang pada petang sabtu serta pada ahadnya sehari berkampung di hospital....meriah la pulok...

siang tadi mak dapat pulang dan sakit mak dah hilang cuma mata masih lg berpinar pinar kesan laser....mak berkaca mata hitam.....moga mak pulih sepenuhnya..
zzzzzzzzzzzzz

Saturday, December 21, 2013

Friday, December 20, 2013

Dari Saidina Ali

Saidina Ali r.a ada berpesan "agama dan dunia akan sentiasa berdiri tegak selagi ada empat pekara, iaitu ;

1. selagi orang kaya tidak bakhil dengan apa yang dianugerahkan kpdnya

2. selagi ulamak masih mengamalkan apa yang diketahuinya

3. selagi orang bodoh tidak sombong dengan pekara yang tidak diketahuinya

4. selagi orang fakir tidak menjual akhiratnya demi mendapatkan dunia "

itulah empat faktor penjamin sebuah kesejahteraan dan ketenteraman kehidupan manusia di dunia ini.
USAH KEDEKUT BERSEDEKAH ...rezeki yang sedikit buatlah cara sedikit, berjimat la dan bersedekahlah sebanyak mampu, rezeki yang banyak berhemahla dan bersedekahlah semau maunya

-petikan dan garapan dr HM jumaat 13 .12. 13 karya En Mohd Rizal Azman Rifin, Politeknik Muadzam Shah
- boleh tolong sokong sini, http://putrimalupage.blogspot.com/2013/12/mohon-kutipan-derma.html

Thursday, December 19, 2013

Emo

Hari ni ai bad mood, sebab semalam oppa mengamuk....emo seharian, pergi ngaji oppa masih tidur lagi, balik ngaji oppa tak jawab salam.....geram ni, pandang pun tidak....geram ni, ok...jangan sampai bini emo, sesalan....dah la malam ni kerja lagi...bilo nak cuti ni? dua minggu doh kijo ni....bosan bosan...nak jalan jalan....huhuhu......

Mau tak emo, bila masak nasi tak dimakannya, katanya dah makan kat kilang, bila tak masak nasi dicarinya, katanya seharian tak jumpa nasi...bila nak masak dikatanya lewat malam....ditanya roti di angguk, di tanya maggi di angguk, mana satu mau ni....mulut dah muncung, so ai sedia dua dua....bila dah hidang mengucap panjang, membazir pulak katanya....oppa, bini u ni pun belum makan....awal awal jual mahal, maggi goreng sepinggan licin sepinngan............tapi muncung masih boleh di gantung helmet....x hargainya...takpe

Mau tak emo, roti pun disimpan dalam peti ais, sup separuh mangkuk hilang...konon x nak makan, 

Mau tak emo, dah masak pulut sepuyuk langsung tak disentuhnya walau itu kegemaran....itu baru membazir oppa weh....bini u kan bukan suka makan pulut...ikhs ikhs...apa nak buat dengan pulut sepuyuk...selalu macam tu, kalau dah mengamuk bawak ke siang...konon nak boikot la tu...ikhs ikhs membazir tu amalan syaitan...sila berjimat dan berhemah...beras habis jauh nak beli, pulut takde lecah mulut....geram je....

Mau tak emo, YES buat hal lagi, oppa u pulak seharian depan pc, ingat pakai wifi celcom, rupa yes punya berukband ok, dia punya ZOOM je gong....layan cina kat tb3 la bagi mengubati emo di hati...

selamat malam oppa, ai tahu u r reading....khee... ai am sorry...day by day...

Wednesday, December 18, 2013

Foods from the Streets

Laksam, temosa, bubur pulut hitam dan beko itu semua berharga rm8.50
beli tepi jalan di IM brp ntah...jln dr kg tiram ke im tu la...
laksam sedap, temosa sedap sgt sgt, beko nyiur x muda, bubur pulut hitam wallah
macam macam ada, pulut kunin, sup, bubur nasi
waktu tengahhari mana nak cari camgini..terbaik la
foods from the streets always best...

Tuesday, December 17, 2013

Cream Puff tak Jadi

Di sebalik kejadian dan ujian allah, pasti ada ganjaran buat mereka mereka yang sabar dan redha, ....ceritanya, kedai kain kat kemaman buat jualan banjir, laris....orang kemaman dah memang kaya kaya, so pelagi menyerang la....walau tak untung (mana kita tahukan, untung entah entahnya) tapi sales tetap ada....alhamdullillah, ai tumpang syukur...

berbalik pada tajuk asal, seperti gambarajah di bawah...entah pe pe...penganan masterchef allstars, nak try buat jugak cream puff, nozel besar takde, maka paip je macam ni rupa...hehe...
gambar sebelum di bakar ada, gambar sesudah masak malu teramat nak di ambil, tak jadi, rasa ada, rupa tiada....tu la gatal sangat ai bakar dalam magic pan...hancus, nasib baik sikit je adunan...

resepi ambil kat sifu, cmg, step bakar dah derhaka kat sifu, hasilnya out la...no more baking with magic pan..
oppa cakap cream puff ni, mana kastardnya...khee..maknanya rasanya ada, rupanya kena makan dlu baru teka...tak naik dan atasnya tal tukar kolor walau sudah 25min pembakaran...

ai takkan putus asa, esok lusa cuba lagi....hanya orang yang tekun dan sabar akan berjaya....


Sunday, December 15, 2013

Hilangkan Dakwat

petua di hari minggu......selamat berhujung minggu...

jika pakaian kita terkena dakwat ai ada caranya untuk membersihkannya....bancuhkan sedikit susu dengan air bagi pekat pekat dan rendamkan pakaian kedalamnya...rendam bahagian yang terkena je la sebab sikit je kan air susunya...kalau banyak abisla susu baby tu....susu pe pe la janji susu ..sebaiknya susu tepung...selepas 20 hingga 25 min bilas seperti biasa...

Saturday, December 14, 2013

Peria Pahit

Tadi siang ai dengan oppa pergi ke kemaman sekali lagi, hantar duit sumbangan yang kawan kawan bank in ke zana ....pi sekejap je sebab oppa kerja malam lagi....tak banyak perubahan di kemaman, masih lagi penuh timbunan sampah, pergerakan tidak sesibuk di kuatan, tak nampak bus budak u yang membantu tak nampak kereta kereta sukarelawan yang banyak macam di kuantan....kat kuatan ai naik cemuh jugak, banyak sangat rombongan yang berkibar kibar bendera macam pilihanraya...bendera biru bendera hijau, bendera PKR pun ada, bendera roket je xde....semua nak nama la....

lantak pi depa la, duit depa, jangan datang nak bagi havoc sajer sudah datang tu biar berbaloi, tapi yang nampak budak u duk membasuh....tapi kat kemaman takde la nampak sibuk macam kuatan...tuan rumah je la sibuk sendiri membasuh tilam, baju dan barangan dapur....lemari penuh tepi jalan....jangan sampai yang elok pun dibuang, membazir namanya

lalu la jalan petaling di mak chili, banyak rumah dah bersih dan mata ai terbeliak, ingat rumah zuwa je besor, kebanyakan rumah di jln petaling besor besor, siap ada pelihara kuda dan oppa cerita siap ada rumah yang ada padang golf....puas memusing namun tak jumpa....kheee

dalam perjalanan pulang, ternampak adik adik berbaju purple ni, dari kolej mana ntah, sanggup naik lori nak membantu, ccu tu sekali la tu...depa masuk ke kanan di chendor, sebelah kedai makan makcik yang cukup laris pada hari itu, hari pertama chendor naik air....huhu

syabas adik adik...naik lori terr



berbalik pada tajuk, balik rumah pukul sudah dua, bergegas masak dan ini dia menu ari ni

sungguh pahit peria itu tatkala di buat kerabu
namun bila dicelur dengan garam
pahitnya hilang, lemak lemak di kawan tempoyak
sedap ooo, baik untuk diabetis

Friday, December 13, 2013

Hak Sesama Islam

Lewat petang jumaat, merumus al kulliyah mengenai hak sesama islam....iaitu,

1. menjawab salam
2. menerima jemputan
3. menziarahi orang sakit
4. melawat jenazah
5. mengucap alhamdullilah tatkala bunyi bersin

maka ini wahai kawan jgn kita abaikan jemputan seorang kawan.....huhu...dulu dulu ai selalu begitu kerna kesibukan kerja...

Thursday, December 12, 2013

Pantai Kempadang

 





beginilah aktiviti setiap waktu tengahhari di pantai kempadang
jika ada ikan untung la, jika tiada,pulang tangan kosong la




Cara Menghalau Lipas

amat mudah dan menjimatkan iaitu dengan menggunakan timun batang....ambil hujung timun yang pahit dan bergetah lalu diletakkan di tempat yang terdapat lipasnya

selingan,

 tahniah semua, jeles ai u...

Wednesday, December 11, 2013

Cerita Banjir 2013

hari pertama banjir, selasa 3/12/13
redah jua walau pelbagai spekulasi sebab nak hantar ma balik ganu dan melawat kak sah yang kehilangan abg poji di kg raja...jalan jabor masa ni dah tutup lepas roundabout lagi, dan ke sg ular pulak dah naik air di depan maritim, sehari jugak nak boleh pusing balik ke damansara akibat kesesakan
 
permulaan megharung air adalah dari susur keluar IM

 
keadaan di highway ke sg ular sebelum sampai ke maritim lagi dah sesak...lama menunggu nak uturn, hero hero dr bus sp bumi dan abg abg lori membetulkan keadaan.....perit gak dalam kereta....sampai kena singgah di bomba gebeng tumpang toilet waima damansara cuma sejengkal je lagi

hari kedua cuba lagi balik sebab air di gebeng dah surut , rupanya air di cendor lak...pusing semula, hari ke 3, cuba lagi ikut jabor, tersekat di cheneh dua jam...balik semula....petang hari ke 4 baru lepas ke bukit besi dan di situ je hantar ma, alif ambil kat bukit besi...

ma tu la gatal nak ikut ciksu kerna ajakan anak sedaranya si wathiq tu, walau hujan ke kuatan jugak...nak balik ai dan oppa yang terkorban...ciksu diam...nak balik ngan bus konon


hari kedua.....di sg ular lepas pelabuhan


senin, 9/12/13
dan setelah enam hari banjir melanda pantai timur, kami ke kemaman....menolong menghapus kesan banjir dan ini kesannya serta bantuan yang termampu...sempat meroti resepi sifu, CMG
 

 


rumah member, zen dan md noor, rosak teruk, busuk,

dan kemaman memang disaster...
tilam serta perabot rosak hampir sepanjang jalan di kawasan yang dilanda banjir
sampah sarap yang melekat di pagar merata, cukup kotor
cerita juga penuh duka,
zen berpindah mengarung air jam dua belas malam
suami tersekat banjir di tpt kerja
cerita pasal suami kak na lagi sedih,
mengharung air paras dada nak balik ke binjai dari mak chili
pengalama mereka cukup berharga
menilai kuasa yang ESA

astagfirullah hal azim
ya Allah ampunilah dosa kami

Tuesday, December 10, 2013

Apa Menu Hari Ni

          

Ceritanya ; oppa hari ni masih lagi menolong membasuh kesan banjir di kemaman, hmmm, semalam kami dah pergi tapi masih banyak lagi rumah member kerja oppa yang belum sempat di tolong, pagi pagi ai dah masak nasi sebenarnya, lauk dah masak juga, konon semalam tak makan nasi, so sarapan dengan nasi la...

sebab oppa janji balik kul dua, ai pun segan la nak makan nasi sensorang...tunggu la...tunggu punya tunggu kul 3 pun belum nampak bayang...lapo ni...sorang sorang macam biasa la, mau makan yang ringkas ringkas sajer dan tiba tiba mengidam nak makan sayur hijau.....selongkar dapur dan yang ado brokoli paling hijau, nanti lama lama kuning la tu,....pe lagi reka la resepi, nak makan sayur saja tak lalu eh....jadila,

Behon Brokoli
bihun sufi, brokoli, bawang besar holland, sosej lada hitam, cili hijau, cili merah dan lada sulah serta sedikit garam.

bihun direndam sekejap, tumis bawang yang dimayang hingga garing, masukkan sosej dan masak hingga sosej masak, kemudian masukkan sayur serta air dan lada sulah serta garam....akhirnya masukkan bihun dan goreng hingga masak ....siap...bihun sufi memang lembut, cepat masak

Monday, December 9, 2013

Akibat Banjir

Sejak kuantan dilanda banjir....malam ni baru ai dapat ke udara itu pun belas ihsan wifi celcom....YES kojo terus...DG lembap giler...x dapat berlayar langsung....adus...esok kena talipon itu YES punya orang...

akibat banjir, line internet mengalami ganguan...maka tiada coretan dan paparan

Sepanjang seminggu berbanjir, pelbagai cerita dan imej yang dapat di simpan dan tunggu masa untuk dipaparkan....mlm ni cuma coretan lepas gian sesambil layan badan yang keletihan tapi mata enggak mau tidur yet....

Seminggu ini pelbagai peristiwa suka duka kawan kawan yang menjadi mangsa....sebak di dada mendengar cerita mangsa ......mengharung air banjir...melalui mlm tnpa lampu neon...mandi tanpa air berbayar....dan tidur kesejukan merata riti....

moga esok mentari terus bersinar riang meninggalkan kelam demi detik detik tahun gemilang ....lagi tiga minggu nak tahun hadapang...kesian org kemamang dan jugak kuantang.

ujian datang tanpa sempadan

Monday, December 2, 2013

Asam keping

Hari ni hujan dari subuh sampai sekrang ni, lebat pulak tu....dah memang musim dia....nak keluar ambil barang kat pos laju pun tak berani, sana sini dikatakan air melimpah jalan, bahya bahya, kena keluar dengan oppa ni....kebetulan hari ni ustza ngaji cuti, so ai takde aktiviti, tambahan lagi tb black je dari tadi...astro memang merugikan, ....cabaran di kahir zaman, duit dibazirkan...

egh, hyo hyo hyo...balik pada topik,

Asam keping yang diguna dalam kuah singgang nama saintifiknya adalah Garcinia atroviridis menurut wikipidea, tetapi sesetengah penulis menamakan garcinia cambogia...adakah sama atau berbeda? Dalam bahasa melayu pulak memang la ada orang panggil asam gelugor dan ada yang panggil  asam keping tapi bagi ai baik kenali dia sebagai asam keping sebab dulu dulu selalu tertukar dengan asam jawa...haha

Sejak akhir akhir ini, garcinia cambogia cukup glamer kerana ia di war warkan sebagai ubat kurus terbaik, produk produk kurus tempatan atau luar negara sekarang memang mempromosikan asam keping sebagai bahan campuran penting produk mereka...sejauh mana keberkesanan hanya mampu di jawab oleh mereka mereka yang telah berkorban membelanjakan duit demi ubat kurus....tapi ai kedekut...tu yang tak kurus kurus...

Terpanggil untuk mencuba kaedah rawatan bersama asam keping ni telah mgoogle khasiatnya...ya banyak sekali, bukan semata untuk kurus tapi kerna ada kawan kata baik untuk darah tinggi,

hasilnya google lan, di sini,
http://anizyn.blogspot.com/2013/06/khasiat-rebusan-asam-gelugur-asam-keping.html
http://mizslumber.blogspot.com/2013/03/khasiat-asam-keping.html
http://bondahariz.blogspot.com/2013/07/garnicia-cambogia-aka-asam-keping.html
http://animhosnan.blogspot.com/2013/07/asam-keping-cara-proses.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Asam_gelugur

semuanya menyifatkan ia sebagai ubat kurus, dan ubat darah tinggi juga uabat sakit gusi dan telinga. Khasiatnya tidak saja meliputi asam keping itu sendiri, daun serta akar pokok juga berguna

caranya adalah dengan merendam sekeping asam keping semalaman dan di minum esok paginya....


Cerita Sedih...dari Kedah

Semalam kita semua digemparkan dengan berita kematian menyayat hati tiga beradik yang ditemui lemas di sawah padi...masyaAllah...subhanaAllah...yang Allah hanya KAU yang mengetahuai segalanya, cucuri rahmat buat arwah bertiga,....sedihnya...

mayat mereka dijumpai di terusan padang petani, langgar kedah

sekelip mata pasangan ini kehilangan anak anak mereka...rupanya si bapa ore besut, ai baru je balik besut, bumi ulul albab yang damai...x sempat arwah arwah pulang jumpa sedara di besut, TAKZIAH

  sabarlah wahai ibu. besar hikmatnya



belusungkawa adik, Nur syafikah Nadia Rushdi, Nur Izzati Husna dan Puteri akmar...alFATIHAH...


Friday, November 29, 2013

RnR Ajil





ceritanya; ari ni ai balik besut, ayah dengarnya tak sihat, minor strok..jalan huyunh hayang...pagi pagi lagi kami turun dari rumah....sepanjang perjalanan  hujan lebat dan bila sampai bukit besi baru reda sikit.....kami singgah di rnr ajil yang pernah penuh pelbagai cerita....namun ada pok guard kat situ sekarang ni.... apa yer? ...abaikan la....apa yang ai nak cerita adalah pasal bunga di atas..... bunga di atas adalah hiasan di tandasnya....kreatif bukan....walau nampak murah namun nilai kreativitinya amat tinggi..biat ia nampak tak teliti namun ia cukup memikat hati...

sekian dlu hari ini...kami meneruskan perjalanan ke kampung halaman....tengok ayah mak dan ahad singgah tengok ma pulak.....salam jumaat penuh barokoh mugo Allah memberkati kita semua...astagfirullah hal azim....

Thursday, November 28, 2013

BN

Sejak minyak naik, banyak Barang Naik (BN)...gula naik, benda la tak tahu nak cerita la, dulu dulu beli sayur kat tunas manja cuma berbekal rm20, sekarang dah double....ai tak terasa sangat, sebab family kecik, berdua dengan oppa, kadang makan kat rumah kadang makan kat luar, tapi serasanya, xde la rege makanan kat luar tu naik sangat, kfc macam masih sama harga lagi

Bila minyak naik jd la BN, namun, bukan barang pun naik, bil astro melambung naik, dengar cerita bil letrik pun nak naik jugak....huhhu...darah lama x check, naik jugak ka...

Sebenarnya ai nak cakap pasal BN ni sebab tadi ustaz ngaji cakap, yuran naik jugak bulan ni...lor...memang la yuran ngaji sekarang murah tapi naik 60% ...banyak jugak tu macam kenaikan gaji para pemimpin kerajaan selangor....ustaz cerita nak selaraskan yuran dan menampung kenaikan kos....lor, kami xde makan makan kat kelas ustaz,..budak budak taska yg makan......huhu..redha je...sebab ilmu, lagipun ustaz ngajar best....tahun depan kan gaji minima rm900 ...sekarang pekerja taska gaji rm600 tp tahun depan dah jadi rm900 ...byk tu nak kena tanggung, maka ibu bapa pun turut kena tanggung....

BN BN BN BN BN ......DN DN DN DN DN......GN GN GN GN GN
tapi my elaun tak naik naik...huuhu

Nasi Goreng Je

Bila sendirian, ai masak simple simple je...guna bahan sejimatnya dan apa yang ada je ...itu pun jika dah lapar sangat.

dan yang paling mudah adalah nasi goreng...bukan saja mudah dan sedap bila di makan panas panas serta pedas....tambahan lagi nasi putih semalam tak pernah abis....

nasi goreng dan lauk semalam adalah pekara paling sinonim...sayur apa aje boleh campur semua...apa lauk lebihan semalam cop cop saja dan tumis bersama cili padi serta bawang...kicap sikit...perasa sikit....lepas tu masukkan sayur dan nasi....kasi garing garing...kalau terlebih garing letak la telur sebiji dua....

khee...ntah pe pe ai merepek...pasal nasi goreng semua org terer la...tapi itulah kemahiran dan masakan paling saya suka walau doktor kata tak boleh makan makanan bergoreng....ning dia my foods today....


Tuesday, November 26, 2013

Bot Penambang KT






ceritanya, ini bot penambang dari seberang takir ke pasar payang,
rasai la warisan ini kerna mungkin tak lama lagi ia akan entah k
mana mana. Tambang sehala rm1, nak naiknya sama ada di jeti
seberang takir atau di tepi pasar payang.....

kelihatan oppa sedang menunggu bot nak balik ke jeti seberang takir, selepas kami ke pasar payang mencari beras....
jimat masa, jimat duit parking dan terselamat dari kesesakan....


Bebelan Pagi - avon kemaman

Selepas baca status en ben pasal bagi salam di premis perniagaan semalam, ai terpanggil untuk meluahkan perasaan apa yang alami pada jumaat lepas...

jika en ben meminta pendapat mengenai peniaga yang sukar bagi salam kepada pelanggan, ai juga nak minta pendapat kepada peniaga atau penjaga premis yang kurang etika melayan pelanggan....mengenai salam, siapa yang patut bagi salam jika di premis peniagaan, adalah lebih kepada peniaga atau penjaganya, sambutan perlu seumpama mengalu alukan...ucapan salam adalah sebaiknya sebagai permulaan, seperti contoh amalan pekerja shell sekarang ni, walau bukan salam yang dilontarkan namun kata kata selamat datang itu adalah suatu pembukaan perniagaan....

sebaiknya jika di premis perniagaan ucapan salam atau kata aluan itu wujud dan salam dari kita memang la penting bila kita bertandang...

berbalik kepada tajuk besar, jumaat lepas semasa perjalanan ke binjai, ai singgah di avon bandar chukai dengan niat nak mencari sehelai baju dalam seperti dalam katalog 1-15 nov, tak berharap kedai dibuka kerna hari jumaat terengganu cuti, namun rupanya di buka setiap hari...gooods for bisnes...

sebaik saja melangkah masuk, kelihatan ramai pelanggan di pagi jumaat ni. ...sebab dah tahu nak apa. ai terus request barang dengan penjaga premis ...dengan selamaba dan acuh tak acuh, di jawabnya saiz xde...ok...alang kepalang dah di kedai ai cari la pattern lain, sebabnya kat kuantan susah nor nak ke avon...premisnya susah nak capai....

setelah ku jumpai apa yang berkenan di hati, ai terus minta bukan nak tengok, nak beli terus...dengan selambanya jugak penjaga premis menjawab, kalau nak enam boleh la ambilkan....pergh..ayat powernya...kepala hanggut nak enam, kang klu ai berniaga baru tutup bisnes hang...seketika terkedu dengan jawapan gadis penjaga yang berada di bumi darul iman ni, ....akhirnya teman nya ke dalam mengambil dan ai terus membayar tanpa banyak bicara dan keluar dari premis...

huh, ni la kalau menjaga premis orang, kalau bisness sendiri dah lama lingkup tu.....buat owner avon bandar chukai, latihla penjaga premis anda berhemah, mungkin ada orang sakit hati nanti lain jadinya....

Monday, November 25, 2013

Nasi Safron

Hari ni ai dan oppa puasa, ai lebih kepada puasa ganti dan oppa tu lebih kepada menemani bini....khee, tapi tadi terbaca status prof kamil kat fb dia, anaknya sofea memang puasa senin khamis, prof dan wife puasa nabi daud, selang sehari, walau ketika hari mereka tak puasa, sofea tetap puasa jika jatuh pada hari isnin kamis,....bagusnya sofea, isthikomah...ya allah ringankan hati teguhkan iman kami untuk rajin macam sofea....

Hari berbuka puasa dengan nasi safron, senang je caranya, masa masak nasi tu masukkan beberapa helai safron, nasi kuning comel dan lembut....umum tahu keajaiban safron ini, mahal harganya dan tinggikhasiatnya iaitu , menguatkan ingatan dengan merangsang pertumbuhan sel sel otak.....antara lain lain khasiat safron,

Nasi safron di makan bersama kari kambing dan dipadan dengan salsa tomato...amat secocok...ning dia,




Saturday, November 23, 2013

Bubur Asyura

Pada 18 muharam 1435, 22 nov, bersamaan hari keputeraan DYMM Sultan Johor, Daulat Tuanku

Semalam ai p kemaman, join member kacau syuro...best, nor dengan geng ngaji dia buat suro kat rumah mak long, ustazah yang ngajar ngaji di kawasan perumahan di binjai kemaman, ai sampai kat tempat kejadian dah tengah hari, lewat dah, syuro dah masak dah....sempat la ngacau seminit dua ...mencari pengalaman...

ni dia gambar kejadian, resepi as syura xde eh, ustazah main cakap mulut je, lepas tu campak campak dalam kawah, yang pasti sekarang dah tak perlu giling rempah, dah ada siap serbuk repoh suro dalam pek....senang bai tu....




  

tu dia mak long, ustazah ngajinya dan nor, member kecoh kemaman...luv u n tq


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...