Monday, December 31, 2012

SuP Ikan kerapu

malam ni pun masih hujan, sekejap lebat sekejap renyai renyai...berwaspada la wahai kawan kawan yang berkemungkinan menjadi mangsa...bersabar dan bersedia

malam ni panaskan badan dengan sup ikan, semalam lagi masak tapi malam ni baru makan....resepi setelah google, lupa dengan resepi MA , lain rasa dengan yang MA buat....janji tertunai hajat.


sup ikan kerapu
dua ekor ikan kerapu bersaiz M
dua batang serai - ketuk
bawang merah dan bawang putih - mayang
halia dan lengkuas - mayang
jus lemon/limau nipis
sedikit daun bawang dan tomato

bersihkan ikan dan perapkan dengan jus leman
satukan semua bahan dalam periuk dengan air secukupnya
masak hingga mendidih dan jangan terlalu lama sebb ikan mudah masak
daun bawang serta tomato letak last setelah ikan dah masak

nota hati : esok dah 2013, bertambah setahun lagi usia kita, maka sepatutnya bertambah la lagi keadaan kita, moganya semua bertambah baik. Selamat Tahun Baru 2013 buat semua.

Catatan Isnin Akhir 2012

9.50 am senin, 17 safar 1433
kala malam kelmarin bulan penuh terang alam kelam, pagi ini hujan lebat kembali menyimbah bumi damansara begitu jua seluruh kuantan serta kemaman, apakah kejadian 24 dec lalu kembali lagi, hanya rahsiaMu ya Allah yang maha mengetahuai namun begitu doa ku, agar keadaan itu tidak kembali sekali lagi, cukupla hari hari yang lalu....

subuh tadi guruh berdentum, lewat subuh kesejukan, dan kala pagi menjelma, lagi sekali dentuman dan kala itu taska kat depan baru je beroperasi maknya baby baby baru ditinggalkan ibu masing masing dan tangisan ketakutan kedengaran, ya allah redakan keadaan....agar mereka berehat dengan aman

pulang en asben kebasahan tepat lapan setengah, dia keje malam, kesian, demam balik la dia tu, Ya allah berikan kami kesihatan yang baik..agar dapat beribadat padaMU dengan sempurna

hujan kian reda, renyai renyai pada sepuluh am, Ya Allah sempurnakan hari kami dengan rahmatMU.

Eagle

17 nov 2012





Saturday, December 29, 2012

Empat Empat Empat


dah 444 eh....

Join this site
Members (444More »
Already a member? Sign in

   

sedar tak sedar followerku dah 444, dah nak 3 tahun blog ini wujud namun kejap ok kejap tak ok, entah kenapa kewujudanya tak jelas, asalnya nak save all my copy, kadang rasa nak meniaga tapi tak ada barang namun mingzhu bermula dengan jual koyok kaki, yang buang toksin tu, sempat la jual beberapa dozen secara online namun terpaksa la di stopkan setelah permintaan dan tak menggalakkan serta suppky takde sebab supplier dan berhijrah....maka blog ni jadi tempat mencoret dan juga tempat paste segala yang menarik perhatian dan tempat simpan kenangan.

kadang kadang pamer makanan, kadang kadang ahli keluarga, kadang kadang tempat lawatan namun aktiviti tak boleh di over acting sebab tuan besar tak berapa bagi kebenaran padahal penting kalau save kat sini sebabnya segala kenangan tak lagi di albumkan secara fizikal, dah tak cuci gambar...huhu

kadang kadang macam nak bagi gift kat spesel follower berdasarkan nos spesel namun asyik terlupa, kali ni nos menarik adalah 444, so perhargaan tuk follower spesel ni kita promosikan link dia.... 

http://syahsibudakmerah.blogspot.com/

MRS.SUPER DOTDOT

My Photo
kota tinggi, johor, Malaysia
SIMPLE PERSON .. STUDIED AT SMKBM . ANAK CIK NASHA N CIK DIN

blog student, simple, kreatip dan menarik......cuma akak nak komen pasal salji tu mcm mengganggu sikit...but then keep update.









Lomang dan Nasi Lemak dan Rendang Ayam

genap sudah tiga bulan ku jaga makan
buah, roti, sup sayur, ikan bakar
tahap kesihatan cuma pulih 20%
macam mana nak normalkan tekanan darah ni?
bacaan kolestrol juga
aduh, doktar kata sebelum ni aku tak kontrol makan
opss sorry doktor, i makan ikut time dan tak overeating
sekali sekala je makan nasi lemak
lemang pulak time raya je
begitu juga rendang ayam
rindu nya pada sambal sotong
tiga bulan dah tak makan nasi lemak
argh rindunya ....


Friday, December 28, 2012

Mentari Jumaat

jumaat 15 safar 1433
mentari bersinar riang, terang dhuha
harapnya panas ke petang moga reda banjir banjir
moga segala urusan di permudahkan Allah dan sempurna

lor, tiba tiba gelap....jap
mentari hilang 9.29am
jangan hujan lagi

Ya Allah , ya rahman ya rahim
jadikan hari ini penuh rahmat
ampunilah dosa dosa ku
dosa dosa keluargaku, guru guruku
jiran jiranku dan sekelian umatMU yang berbuat baik pdku
rahmatilah hidup kami, murahkan rezeki kami
berilah kami kesihatan yang baik
selawat ke atas nabi kami


Sedang Nabi melewati anaknya Fatimah RA yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda :

“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (Diriwayatkan al-Baihaqi)

nota hati : 9.40am mentari kembali bersinar, sidai baju la....moga kawan kawan di kemaman yang manjadi victim, hari ni dah bole basuh rumah.

lagi 3 hari nak tahun baru, 31 dec kena muazakarah ni dengan en asben, plan dan plan dan AZAM.



Thursday, December 27, 2012

Wednesday, December 26, 2012

YOGA 4YOU

8.00 am
YOGA 4YOU
yoga time di ZEE
just simple latihan senaman
regangan perut, teknik pernafasan 
pengaliran darah dan meditasi

http://thefitnessworkout.com/basics-of-yoga-sun-salutation-surya-namaskar
surya namaskar - sesi pemanasan

Ujjayi Pranayamam

http://www.ithappensinindia.com/women/yogasanas-avoiding-cold-supta-vajrasana-controls-sinusitis-cold-migraine
surkhasaan
sesi relex dan kendurkan otat

http://www.atma-charity.org/page13.htm
shavasaan

and do n remember dis
   
http://www.ithappensinindia.com/women/yoga-diabetes-ardha-matsyendrasana-controls-diabetes

breath in breath out
time is life, wasting time wasting life
ambil yang halal buang yang haram

Tuesday, December 25, 2012

Banjir Banjir 2012

kuantan, 24 dec 2012
dari FB, http://www.facebook.com/pages/KUANTAN/111405245561075

trafic lite shahputra, nak masuk umah ciksu, IM15
naza bole je lalu, jangan merayap ye ciksu ku
walau naza mu gagah namun nnti terperangkap dlm kesesakan

depan shahputra
camner geng keje celcom?


depan celcom bandar
longkang punya besar, air banyaknya
jatuh terus lenyap

depan cowboy
xde urusan jangan ke bandar ye

depan stesen bus, terminal makmur
rosak la kete kete depa

kenangan tahun ini dan sampai pagi ni hujan masih lagi lebat
damansara ktn bergelap semalaman
lampu jalan mati ooo subuh batu nyala
nasib baik damansara macam naik bukit sikit, begitu juga IM15, ciksu selamat la hendaknya
cuma nenek di taman tas mesti umah naik air

dan ini di kg ku
ambil dari sini,
http://kingofgoblok.blogspot.com/2012/12/pantai-timur-mula-dilanda-musim-air-bah.html

kelmarin lupa nak snap, banyak sangat kereta sebabnya, duk sibuk ninjau-ninjau,
sesak dari depan restoran asyikin pdg nenas smpai hock kee seng GB
pergh, kalau tahun tahun lepas camgini, lambat la den p keje
tahun ni terkena sebb balik kg, camner la keadaan wakaf tengah sekrg
ma duk dalam umoh tak keluar la, biasa je ngarung air dulu dulu...
moga sehari dua je, moga cepat pulih ganu begitu juga kuantan

so, sesiapa yang berhajat nak buat urusan atau berkonvoi ke TRG dan KUANTAN,
tangguhkan sekejap kerna sampai saat, 8.30pg 25 dec 2012 ini hujan masih lebat dan keadaan di atas belum tentu pulih, 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...