Thursday, October 25, 2012

Salam Aidil Adha

buat semua
sama sama kita hayati pengorbanan nabi ibrahim kita
dan juga sama sama kita renungi pengorbanan kita
pada keluarga, negara dan agama

Wednesday, October 24, 2012

Hari Arafah


esok adalah 9 zulhijjah, hari arafah
di mana para jemaah haji akan berada di padang arafah untuk wukuf
sesiapa yang tidak berada di tanah haram di sunnahkan berpuasa
dan pada hari ini juga di sunatkan untuk mengumandangkan takbir

ahlan wasahlan aidiladha

Tuesday, October 23, 2012

sakit ni

rasa macam sakit je
badan rasa letih, otak macam berat
mata ngantuk je, perut tak sedap
kaki lenguh lenguh
tak rasa lapar tak rasa dahaga
sakit ni....apa ubatnya??






Monday, October 22, 2012

Minta Derma

Semalam di shell,

ada sorang kanak kanak perempuan (KKP), berpakaian kemas dan cantik memberi salam padaku, si

KKP : assalamualaikum cik, minta derma anak yatim
aku : anak yatim dari mana
KKP : kami dari kedah
aku : jauhnya dari kedah, tak bunyi slang utara pun
KKP : saya asal dari johor
aku : aik, kat johor dah xde umah anak yatim ke p duk kedah tu?
KKP : keluarga duk kedah sekarang
aku : dah berapa lama jadi anak yatim dik?
KKP : saya bukan anak yatim cik, saya tolong kutip derma je.... (lor pulak)
aku : maaf dik, achik bagi derma kat anak yatim je la....

KKP terus berlalu tanpa menoleh dan di tangan nya ku lihat ada sebuku receipt, sebotol sos dan sebekas minyak ubat.....mukanya muka kesian dan keletihan, kedah x sekolah ke hari ahad?

moral of the story, buat bual dulu dengan pengutip derma, jangan terus bagi, banyak rahsia akan terbongkar...kesian kat KKP jadi mangsa keadaan dan sindikit nak senang cara mudah....dah ada sos dengan ubat, buka payung niaga je la, orang akan beli kerna kesian orang akan beli kerna keperluan....kepada hamba allah yang ingin senang cara mudah, jangan exploitasi kanak kanak, bagi peluang mereka belajar, jangan bebankan kanak kanak yang belum habis belajar dengan masalah kewangan rumah anak anak yatim anda...anda yang tubuhkan anda la yang mencari dana......

nota hati : ku jua anak yatim dan minta sedekah bukan kerja ku, belajar setakat mampu namun belajar itu perlu....

Friday, October 19, 2012

Jumaat Yang Gerimis D Damansara


Dalam riwayat Ad-Daarimi, Rasulullah SAW bersabda:

"Tidak ada amalan yang lebih suci di sisi Allah Azza wa Jalla dan lebih agung pahalanya dari pada kebaikan yang dikerjakan pada 10 hari bulan qorban" (HR Al-Bukhari no 969, Abu Dawud no 2440, At-Thirmidzi no 757, Ibnu Maajah no 1727, Ad-Daarimi no 1773, 1774)

nota; petikan dr fb hadis hadis pilihan - save jurney, hari ni balik ganu 11am keluar bayar bil dulu kat megamall, singgah IM15, tenguk nenek lu, esok blk semula. - moga jumaat yg renyai renyai ini meyelesakan jurney ku dan moga Allah merahmati setiap langkahku. Amin

Thursday, October 18, 2012

Pancake Lembut

ini sarapan pagi semalam
pagi ni pun benda ni jugak tapi mini size
yang di makan begitu saja.....iklan gardenia

ni lempeng beroat yang cukup lembut sebab isinya....;

satu cawan tepung gandum,
satu sudu kecil baking powder,
satu cawan oat segera
satu cawan air dan sebiji telur
SERTA satu sachet susu kambing stevia
lepas tu kacau dan masakan dalam pan anda
manis stevia pencukup rasa, tekstur lembut sangat
makan ngan jem kegemaran dan nikmati dengan kopi kesukaan
tersenyum kekenyangan di pagi hari
pemudah hari walau belum tentu rejekinya
namun permulaan hari dengan ketenangan adalah pembuka pintu rejeki
nikmati ia dengan senang hati 

" belief in oneself is one of the most important bricks in building any successful venture 
- Lydia M.Child "

Tuesday, October 16, 2012

Qurban


Larangan memotong rambut dan kuku pada yang berhasrat untuk berkorban..

Nabi bersabda, “Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang dari kamu hendak berkorban, maka hendaklah dia menahan dirinya dari memotong rambut dan kukunya”. (HR Muslim)

Nabi bersabda, “Sesiapa yang memiliki sembelihan untuk disembelih, maka apabila masuk bulan Zulhijjah, maka janganlah sekali-kali dia memotong rambutnya dan kukunya sehingga dia berkorban”. (HR Muslim)

Menurut Imam Nawawi rahimahullah: “Maksudnya (dari larangan tersebut) ialah: Dilarang memotong kuku dengan gunting dan sebagainya. Dilarang menggunting (memotong) rambut sama ada membotakkan (mencukur), memendekkannya, mencabutnya, membakarnya atau selainnya. Termasuk dalam hal ini (dilarang) memotong bulu ketiak, misai, bulu kemaluan dan bulu yang ada di seluruh badan”. (Syarah Muslim 13/138)

Majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.

Sesiapa yang tidak megerjakan haji tapi berhasrat untuk melakukan ibadah korban, disunnahkan agar tidak menggunting rambut dan memotong kukunya setelah masuk 1 Zulhijjah hingga ke hari dia berkorban.


nota hati: petikan dari fb cik lor, copy paste sesuai utk esok....ilmu baru...







Sunday, October 14, 2012

Sabtu di PWTC

sabtu 13 oct 2012, 27 zulkaedah
intai peluang halal food
halal tudung dan baju yang banyak
tak macam dulu dulu, mcm mcm bole rasa
bermacam kopi serta koko la yang banyaknya
banyak juga air sarang burung
peluang bagus, nikmati la
hari ni last....jom halfest






 hasilnya

Friday, October 12, 2012

Lewat malam Jumaat

Hadis Pilihan Jumaat 26 zulkaedah 1433


Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” Muslim

 dr fb http://www.facebook.com/pages/Hadis-hadis-pilihan

layan mata dengan bakawali , kembang mewangi di WT....


Thursday, October 11, 2012

Menu Sehari

menu bekpest


menu lunch

  
menu hi tea

menu dinner

hidup ini hanya sekali
nikmati ia sebelum kita di panggil pergi

jaga perut jaga hati terjaga diri
penentu peribadi hanya Ilahi


Tuesday, October 9, 2012

Amalan Sebelum Tidur

sebelum tidur
istigfar, selawat
bismillah 21 kali
3 kul 3 kali
AYAT KURSI
dan

Menu Hari Ini


nota : untuk santapan rohani petikan dari http://www.facebook.com/UstazDonDaniyalDonBiyajid

Wednesday, October 3, 2012

Menu Campak Campak

 satu lauk je
kambing berbendi
dua keping daging kambing (giant brnd)
tiga batang bendi besar (potong serong serong)
bawang putih, bawang besar cili padi (dihiris halus)
sos barbeque, kicap dan lada hitam (perapan daging)

tumis bahan hiris hingga garing kemudia masukkan daging serta sedikit air
masak hingga empuk, daging jenis giant ni cepat empuk
kemudian masukkan bendi yang dipotong awal sebab nak lendir dia
ia akan memekatkan kuah, perasakan secukupnya


pemanis mulut yang di idamkan
bubur sagu bercendol

sagu di basuh dan di masakkan hingga hilang putihnya dan kemudian disejukkan ke dalam mangkuk

cendolnya dihasilkan dari beras pulut yang di adun bersama air serta pewarna hijau dan kemudian di celur ke dlm air mendidih sehingga timbul dan di angkat ke dalam air sejuk

kemudian masakkan santan bersama gula melaka (nise) dan sedikit garam dan di curahkan ke atas sagu serta cendol kita.....sejukkan seketika bagi nikmat yang nyata...



Tuesday, October 2, 2012

Kelahiran Arnab

Kelahiran pertama in Ogos
4 ekor semua gemuk gemuk

 setelah dua minggu, comel comel

 dan akhirnya, tinggal sekor je
dua mati satu kena kidnap
kelabu bersama ibu setelah dua bulan

kelahiran kedua, hari ini jam 2 ptg
 dua ekor, kecik je, macam tak berapa sihat je

si ibu, vanila merehatkan diri selepas melahirkan
merah lagi , dah x putih bersih lagi dah

Monday, October 1, 2012

Hujung Minggu D Taman Negara

 kerna family day la di sini sampainya
29 sept 12 - 30 sept 12


 pi rapid shooting, basoh jeruk sorang sorang

he not a story teller, he is silent mover
when the things happen, he more worst
no words no answer 
when he plan and then not working
without discussion
im the victim

 mat saleh mandi selamber je

 baju sama tu, romantik kan

inspirasi laman, nak cari cendawan



check out awal no canopy walk hah
tak seronok la, serba serbi x kena
bila kita terkena
rasa rugi maka rugi
rasa happy maka rejeki

Ke Kg Teluk Sentang, Temerloh

rien dan naza
(pic dr fb angah)

rien atau angah yang ku kenali di alamak.com
congrats angah, moga bahgia ke akhir hayat

orang temerloh ramah tamah



koi ke kg teluk sentang , temerloh 
29 september 2012 bersamaan 13 zulkaedah 1433
menghadiri majlis perkahwinan kawan alam maya
masuk kot simpang kanan lepas jkr temerloh
jauh masuk ke dalam, menyusuri sungai temerloh
nampak gerai gerai menjual patin

betul la kata orang, jauh berjalan luas pengalaman 
kawan jangan berbatas tambah keriangan



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...