Friday, September 28, 2012

Hadis Pilihan Jumaat 12 Z'Qaida 1433


Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Jikalau tidaklah akan memberatkan umatku,
nescaya ku suruh mereka membersihkan gigi tiap-tiap akan solat".
(Hadis sahih riwayat Muslim)

Pada malam Nabi Muhammad S.A.W. diisra'kan, Baginda melewati Nabi Ibrahim A.S., lalu Nabi Ibrahim berkata, "Wahai Muhammad, perintahkan umatmu agar memperbanyakkan pohon-pohon syurga, (iaitu dengan menyebut), "La Hawla wala Quwwata illa BiLlah."
(Riwayat Ahmad, at-Tirmizi dan Ibnu Hibban)

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan”.
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, September 26, 2012

Tuesday, September 25, 2012

Ubat Kencing Manis

dikatakan jering baik untuk mengubati kencing manis
bagi yang tak suka makan jering, pilih la jering rebus
amalkan memakannya, sedap jugak
bole didapati di pasar tani

Monday, September 24, 2012

Monday Blues

salam pagi senin 6 zulkaedah 1433, panas je pagi ni, namun segelora mana hati anda, wat dek je,
selawat banyak2....moga hari ini cemerlang

layan dr fb ustaz Don

Sunday, September 23, 2012

Oliver Twist


semalam tv2 tayang cerita oliver twist ni
siapa oliver ni, macam glamer tapi tak ingat la
adakah ia kisah benar
dari movie , oliver ni anak yatim piatu yang tinggal di rumah buruh
merupakan buruh kanak kanak
dan cerita bermula bila dia melarikan diri dari rumah Tn Sowberry
dia ke London dan menjadi mangsa sendikit penyeluk saku
cerita adalah sekitar zaman kanak kanak nya saja
dengan happy ending apabila dia diselamatkan oleh Tn Brownlow
layan oliver twist sampai terlupa ulangan My Husband Got a family
ikhs rugi sbb last week dua2 hari x dpt tgk...huhu..
setelah di google, copy dr wikipedia :

Ringkasan plot

[sunting]Kerja pertama

Oliver Twist lahir dalam suasana yang serba kekurangan dan penuh musibah, dalam sebuah bengkel di sebuah pekan yang tidak bernama (meskipun pekan ini diberi nama Mudfog dan dikatakan terletak 75 batu di utara London, sewaktu diterbitkan dalam Bentley's Miscellany pada tahun 1837). Oliver yang kehilangan ibunya dari hembusan pertama tanpa diketahui bapanya di mana, mendapat perlindungan tak seberapa oleh Undang-undang Fakir, dan menghabiskan lapan tahun pertama hayatnya di bawah jagaan Puan Mann di pusat penjagaan kanak-kanak. Bersama kanak-kanak lain yang tertakluk pada undang-undang fakir, Oliver dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan.
Ketika mencecah usia sembilan tahun, Oliver dibawa keluar oleh pusat penjagaan oleh seorang mata-mata kariah bernama Encik Bumble untuk kerja mengutip tali pakal di bengkel sama di mana mendiang ibunya pernah bertugas sebelum meninggal dunia. Oliver terpaksa menahan kekurangan makanan di bengkel selama enam bulan, sehingga budak-budak yang makin kebulur di tempatnya hendak membuat cabutan, yang mana yang kalah mesti meminta lagi bubur. Oliver dicabar untuk melakukan demikian, maka dengan rasa gementar kata-kata berikut keluar dari mulutnya: "Please, sir, I want some more." (Minta lagi, tuan.)
Fail:Dickens oliver twist.gif
"Please, sir, I want some more."
Maka gemparlah satu bengkel. Lembaga pentadbiran bengkel yang cukup makan kerana menjamu selera sehebat raja, menawarkan ganjaran lima paun kepada sesiapa yang hendak menerima Oliver sebagai anak didik. Seorang pencuci serombong yang bengis tampil untuk menuntut Oliver, tetapi Oliver merayu agar tidak dibawa oleh "si teruk itu", maka seorang majistret tua yang baik hati enggan menandatangani indenturnya. Tak lama kemudian, pengurus mayat lantikan kariah bernama Encik Sowerberry mengambil Oliver dalam jagaannya. Bukan sahaja begitu bagus layanan Sowerberry terhadap Oliver, bahkan juga dijadikan peratap upahan di upacara pengebumian kanak-kanak kerana air mukanya yang muram. Sayangnya, perkahwinan Encik Sowerberry tidak begitu erat, apatah lagi isterinya tidak suka akan Oliver, kerana suaminya seolah-olah lebih menyayangi Oliver, tetapi terlepas juga peluang untuk menderanya. Dia juga menderita dari penindasan Noah Claypole, seorang lagi anak didik yang mencemburui pencapaian Oliver, dan juga Charlotte, suri rumah Sowerberry yang bercinta dengan Noah.
Pada satu hari, dalam cubaan mengumpan Oliver, Noah mencela mendiang ibu Oliver. Oliver naik berang lalu membelasah Noah yang lebih besar badannya. Puan Sowerberry menyebelahi Noah dan membantunya menumpaskan Oliver, plemudian memaksa suaminya dan Encik Bumble yang datang berikutan pergaduhan itu, agar menumbuk Oliver lagi. Sebaik sahaja dikurungkan dalam biliknya pada waktu malam, Oliver sebak dan menangis, tak pernah dilakukannya sejak bayi lagi. Maka itulah, Oliver akhirnya melarikan diri entah ke mana, sehingga sebuah batu penanda mengarahkan kaki-kakinya ke kota London.

[sunting]Artful Dodger dan Fagin

Dalam perjalanan ke London, Oliver menemui Jack Dawkins, atau gelarannya "Artful Dodger". Dodger memberikan makanan percuma kepada Oliver serta menceritakan adanya seorang lelaki tua di London yang sanggup "menyediakan penginapan tanpa bayaran" kepadanya. Sebagai tanda bersyukur, Oliver mengikut Dodger ke rumah lelaki tua itu, yang rupa-rupanya merupakan seorang penjenayah Yahudi paling digeruni yang bernama Fagin. Oliver terpaksa bermalam bersama Fagin dan gerombolan penyeluk saku kanak-kanak jagaannya di Saffron Hill buat seketika, tanpa menyedari kegiatan mungkar mereka, sebaliknya percaya mereka membuat dompet dan sapu tangan.
Lambat-laun, Oliver keluar "membuat sapu tangan" kerana tiada wang, bersama Artful Dodger dan seorang budak lucu bernama Charley Bates yang juga suruhan Fagin. Akhirnya Oliver menyedari tujuan sebenar mereka adalah menyeluk saku. Dodger dan Charley mencuri sapu tangan milik orang tua bernama Encik Brownlow, dan terus cabut. Sebaik sahaja menyedari kehilangan sapu tangan, Encik Brownlow menoleh ke belakang, melihat Oliver, lalu mengejarnya. Dengan bantuan orang lain, Oliver ditangkap lalu dibawa menghadap majistret. Entah mengapa, Encik Brownlow tiba-tiba meragui Oliver ialah penyeluk sakunya. Akhirnya nama Oliver dibersihkan oleh seorang penjaga gerai buku yang menyaksikan jenayah yang dilakukan oleh Dodger, tetapi Oliver rebah di bilik mahkamah sebaik sahaja mendengar berita baik tadi. Encik Brownlow membawa Oliver pulang dan menjaganya bersama suri rumahnya Puan Bedwin.
Nasib Oliver akihirnya bertambah baik di bawah jagaan Encik Brownlow. Walaupun begitu, Fagin masih hendak memaksa Oliver kembali ke pangkuannya. Sewaktu Encik Brownlow memesan Oliver membayar untuk buku yang dibelinya, munculnya seorang gadis bernama Nancy, seorang ahli gerombolan penyeluk saku yang pernah ditemui oleh Oliver di rumah Fagin dahulu. Nancy dengan bantuan kawannya, seorang perompak kejam bernama Bill Sikes, mengheret Oliver balik ke markas Fagin. Para penjenayah cilik itu merampas duit lima paun yang diamanahkan oleh Brownlow, menanggalkan semua pakaian kemas yang dipakainya. Oliver sempat melarikan diri dan cuba mencari bantuan polis, tetapi diheret kembali oleh Dodger, Charley dan Fagin. Sungguhpun demikian, Nancy bersimpati terhadap Oliver dan menyelamatkannya dari dibelasah oleh Fagin dan Sikes.
Dalam cubaan terbaru menjebakkan Oliver dalam kancah jenayah, Fagin memaksanya menyertai kegiatan pecah rumah. Nancy dengan rasa berat hati membantu menyertakan Oliver dalam kegiatan tersebut, sambil meyakinkan Oliver bahawa dia berusaha sedaya upaya untuk membantunya. Sikes mengugut akan membunuh Oliver sekiranya tidak memberi kerjasama, dan memasukkan Oliver melalui tingkap kecil dan mengarahkannya membuka kunci pintu hadapan. Malangnya, cubaan pecah rumah tidak menjadi apabila Oliver ditembak. Setelah ditinggalkan oleh Sikes, Oliver yang cedera dijaga oleh penetap rumah yang dipecahnya itu, iaitu Rose Maylie, penjaganya Puan Maylie (ibu saudara angkat Rose), dan Harry Maylie (anak Puan Maylie yang mencintai Rose). Dengan rasa yakin akan kesucian hati Oliver, Rose menjaga budak itu hingga pulih pada tahun 1837.

[sunting]Misteri

Sementara itu, seorang lelaki misteri bernama Monks bersuhabat dengan Fagin untuk mencemar maruah Oliver sekali lagi. Nancy yang ketika ini serba salah kerana kehilangan Oliver sambil khuatir akan keselamatan budak itu, lekas berjumpa dengan Rose Maylie dan Encik Brownlow untuk mengingatkan mereka akan bahaya yang bakal menimpa Oliver. Nancy mengetahui cubaan Monks dan Fagin merampas kebali Oliver dan mengadakan perjumpaan rahsia bersama kenalan-kenalan Oliver yang baik belaka untuk membincangkan apa yang harus dilakukan untuk menyelamatkan budak malang itu.
Pada masa yang sama, Noah Claypole sudah merenggangkan hubungan dengan pengurus mayat bernama Encik Sowerberry itu, mencuri duitnya dan berpindah ke London bersama kekasihnya Charlotte. Dengan menyamar sebagai "Morris Bolter", Noah menyertai kumpulan Fagin untuk mendapatkan perlindungan. Ketika bermalam bersama Fagin, Artful Dodger ditangkap setelah mencuri kotak tembakau perak, dihukum dalam perbicaraan (yang agak mencuit hati) lalu dihantar ke Australia. Kemudian, Noah dihantar oleh Fagin untuk mengintip Nancy, lalu mengetahui rahsianya. Fagin naik angin lalu memutar-belitkan maklumat tersebut seolah-olah Nancy yang memberitahunya sendiri untuk disampaikan kepada Sikes (sebenarnya, Nancy sedang melindungi Sikes yang tercinta walaupun bengis). Sikes percaya Nancy menderhakai kumpulan Fagin lalu membunuhnya dengan rasa penuh kemarahan, tetapi tergantung diri hingga mati apabila melarikan diri di atas bumbung rumah sambil dikejar perusuh.

[sunting]Peleraian

Fagin dikurung.
Monks dipaksa oleh Encik Brownlow (kawan lama bapa Oliver) untuk mendedahkan rahsianya: nama sebenarnya ialah Edward Leeford, iaitu abang tiri Oliver yang berkongsi bapa, biarpun lahir dalam nikah, namun dia juga lahir kepada pasangan suami isteri yang saling tidak mencintai. Ibu Oliver, iaitu Agnes, ialah kekasih sebenar bapa Oliver dan Monkes. Encik Brownlow yang memiliki gambar Agnes, mula tertanya-tanya setelah mendapati adanya persamaan antara paras rupa Agnes dan Oliver. Sudah bertahun-tahun Monks mencari seorang lagi anak kepada bapanya, bukan untuk berbaik tetapi hendak menghancurkannya. Brownlow meminta Oliver agar menyerahkan separuh warisannya (yang tidak seberapa) kepada Monks kerana hendak memberinya peluang kedua; Oliver patuh kerana hendak mentaati Brownlow. Monks berpindah ke Amerika, di mana dia memboroskan duitnya, kembali ke kancah jenayah, lalu mati dalam penjara. Fagin ditahan lalu dihukum gantung hingga mati. Oliver mengunjungi Newgate Gaol untuk menjenguk Fagin buat kali terakhir pada hari sebelum penggantungannya (ketika ketakutan Fagin menyebabkan dirinya dijangkiti demam).
Rupa-rupanya Rose Maylie adalah adik kepada ibu Oliver; maka dia adalah ibu saudara kepada Oliver. Rose mengahwini kekasihnya Harry, sementara Oliver berbahagia bersama penyelamatnya, Encik Brownlow. Noah menjadi seorang pemberi maklumat separa profesional berbayar untuk pihak polis. Keluarga Bumble kehilangan pekerjaan mereka lalu jatuh papa kedana, lambat-laun terpaksa berpeluh dalam bengkel sama yang mereka pernah memperhambakan Oliver dan kanak-kanak lain; dan Charley Bates yang terperanjat oleh pembunuhan Nancy of Sikes, menjadi seorang warga yang berguna, berpindah ke luar bandar, dan berusaha hingga mengecapi kemakmuran.




Saturday, September 22, 2012

Inspirasi Laman

 santai ptg

deruan dan lenggok menawan

hijau dan merah mendamaikan

nota : ini laman umah ayah din dan che ra di puncak saujana, kajang (my BIL) , santik kang....teringin jua di aplikasikan di damansara kuantan, ......tenang dan menyejukkan, deruan air dan ikan berenang cukup cukup ,menyamankan tekanan darah.....

Friday, September 21, 2012

Purple

Jumaat d Damansara

5 zulkaedah 1433
sinar mentari di kuantan
mendebarkan dada sebab tekanan air rendah
nasib baik semalam dah mendobi semua
jumaat ini hangat
sehangat image api neraka di bawah..

selawat ke atas nabi kami
muhamad saw
Ya Allah ampunilah dosa hambaMu ini,
baik dosa lampau atau dosa depan
ampunilah dosa suamiku, ibu dan ayahku
ampunilah dosa sedara marakau
ampunilah dosa guru guruku, jiran jiranku, kawan kawanku
dan ampunilah dosa mereka mereka yang berbuat baik padaku
hanya padaMU kami berserah dan berharap
rahmatilah perjalanan hidup kami
permudahkan laluan siratul mustaqim kami
amin ya rabbal alamin

image di bwh dr fb , Amalan Pemakanan Sunnah(minsyam)


hadis pilihan,
Pada malam Nabi Muhammad S.A.W. diisra'kan, Baginda melewati Nabi Ibrahim A.S., lalu Nabi Ibrahim berkata, "Wahai Muhammad, perintahkan umatmu agar memperbanyakkan pohon-pohon syurga, (iaitu dengan menyebut), "La Hawla wala Quwwata illa BiLlah."

(Riwayat Ahmad, at-Tirmizi dan Ibnu Hibban)

Tuesday, September 18, 2012

Free Je


every free things are best

Thursday, September 13, 2012

Bosan, Frust, Letih dan kecewa

Rasa menyampah pun ada...bosan la selalu macam ni, selfish, ....lama2 naik nyampah la, dosa tu mudah je nak dapat tapi org yg bagi dosa tu pe hal,....takkan kita je nak bersabar, muka manis je, dalam hati sedih kecewa dan terkilan.....

Selama mana sabar ni mampu bertahan......semua yg tak baik tu dtg dr diri sendiri tapi takkan selalu nya kita jahat, takkan selalu salah kita...sabar dengan kerenah orang tapi orang tak pernah sabar dengan kerenah kita

Selama mana kita nak faham dan selama mana orang tak nak faham kita

salah lagi, asyik asyik salah je.....xde kebetulan ke?

dalam seminggu jika di hitung xde hari xde rasa kecewa dan terkilan...namun bertahan kerna sabar...sabar kah pertahanan ini, jangan la sensitif sangat, sabar la...sabar la sabar la...kenapa nama ku tidak sabariah....

Z tu berat nak kendung....syirik kalau percaya tapi makin hari makin ada benarnya....

letinya, hari2 nak kena bersabar, nak kena hadapi kegagalan, kesalahan dan keterlewatan.....


frust betul....akhirnya lena dalam kecewa......macam nak g ngadu ngan coklat dan vanila je...dlm mimpi ek...
xde mood sehari dah....

Wednesday, September 12, 2012

Dato Abu Hassan Din Alhafiz


dato abu hassan din alhafiz hari ini mengutarakan persoalan nafsu

nafsu perlu dikawal dengan akal dan iman
jangan biar dikuasai syaitan

nafsu itu adalah baik tapi jangan biar syaitan megawalnya
bentuklah nafsu kita menjadi nafsu mutmainnah

dan wahai kawan kawan
tiada nafsu itu bahaya
iaitu bagi orang yang putus cinta

cerita pasal Dato,

nota hati ; jenuh mensearch biodata dan profil dato tapi xde....cari lagi, cukup tuk hari ini dulu,  i like dato

Tuesday, September 11, 2012

Sebelas September dan Sejarah Dunia

ni menu sarapan pagi ni 11/9

nasi goreng kuning
dua mangkuk nasi semalam
seulas bawang putih, dua ulas bawang merah
separuh bawang besar
7 biji cili padi
semangkuk isi ayam atau hati ayam atau pedal ayam
sedikt sayur sawi dan cendawan butang
separuh kiub maggi ayam

ayam di gaul garam kunyit
semua bawang dan cili dimayang dan di tumis
kemudian masukkan ayam selepas sayur
last masukkan nasi dan kiub maggi
siap.


apa yang kita lakukan hari ini adalah benih untuk hari esok

pada tahun 2001 pada tarikh ini, tumbangnya menara kembar WTC  dan menurut kwn kat fb hari ni hari lahir osama bin laden...ye ke? pe pe pun sebelas september penuh sejarah.

Monday, September 10, 2012

"Curi-Curi Suka" Giveaway!


ini abg Eq, semer orang dah kenal rasanya
sebab bro kita ni mmg femes, masuk majalah, masuk newspaper
masa aima follow blog abg eq dulu yg ke 400++
tapi sekarang follower dia dah 6300++
meraikan follower dia yang beriban itu, 
dia mengadakan giveway lagi,
bro kita ni mmg selalu ada giveaway
sebb dia mmg baik hati
hadiahnya buku di bawah dan EZ fridge magnet
mau mau mau,
sini,



Honda Stream RSZ


mcm comel je,
nak nak lagi belakangnya
tengok je la sbb,
dgn deposit rm15k with 3% for 7yrs
monthly nya 
rm 2061.27




Specifications
1.8 i-VTEC
from RM158,995.30
Engine
Engine Type4 Cylinders, 16 Valve, SOHC i-VTEC
Fuel Supply SystemPGM-FI (Programmed Fuel Injection)
Bore & Stroke (mm)81.0 x 87.3
Displacement (cc)1,799
Compression Ratio10.5 : 1
Maximum Power [PS(kW)/rpm]140 (103)@6,300
Maximum Torque [Nm(kg-m)/rpm]174 (17.7)@4,300
Drive-by-Wire (DBW)
TransmissionTop ↑
Transmission Type5 Speed Automatic with Paddle Shift
Automatic ClutchTorque Converter
Drive WheelsFront
Steering SystemTop ↑
Steering TypeRack and Pinion with Electric Power Assist (Electric PowerSteering)
Overall Steering Ratio14.23
Turning Radius (Wheel center) (m)5.8
Turns, Lock to Lock2.7
Braking SystemTop ↑
FrontVentilated Disc
RearDrum in Disc
Parking BrakeFoot Brake
Brake CircuitDiagonal
Suspension SystemTop ↑
FrontMcPherson Strut
RearReactive Link Double Wishbone
DimensionsTop ↑
Overall Length (mm)4,570
Overall Width (mm)1,695
Overall Height (mm)1,545
Wheelbase (mm)2,740
Thread Front (mm)1,470
Thread Rear (mm)1,470
Curb Weight (kg)1,385
Ground Clearance (mm)150
Fuel Tank Capacity (Litre)55
Seating Capacity7
TyresTop ↑
Tyre Size205/55 R 17
Wheel Size17 x 6JJ

Saturday, September 8, 2012

Segmen Up Follower & Tambah Kenalan Part 3

join jugak
miss Z berceloteh


saya berasal dari TERENGGANU DARUL IMAN
follower ada 424
(cantik no ni)
dan menjadi follower miss Z yg ke 1937
(salam lebaran dan salam perkenalan miss Z)

nota hati : miss Z mengadakan segmen tambah kenalan dan tambah follower, be follow if nice...ye tak kawan2?...khee, follower ku tak ramai namun ku syg semer, ku berblog untuk simpan segala benda benda yang nice serta untuk meluahkan perasaan, siapa suka sila la selalu berkunjung dan siapa tak suka jangan la kutuk2 kerna, kita bebas berkarya dan menyimpan data di alam maya tanpa perlu menyinggung sesiapa

segmen missZ ni dapat dr cik dayah yg bella stella

Thursday, September 6, 2012

kematian, keuzuran dan keletihan

Semalam, 18 syawal 1433 tok Ngah, meninggal di felda bukit tajau jam 12 am dan kami sempat menziarah jenazahnya pada jam 8.30 pg. Tok ngah merupakan kakak ipar nenek, tok sedara kami yang berasal dan tinggal di Seberang Takir, Trg namun hayat dan ajal dia tiada siapa yang tahu, dia meninggal di rumah anaknya di pahang dan di tanam la di pahang. Maka kini adik beradik sebelah nenek cuma tinggal nenek sorang je lagi.

Dan nenek sekarang dalam keuzuran, minor strok, rabu 29 ogos 2012 telah dikejarkan ke wad 7c HTAA dan berada di sana selama 4 hari, hari sabtu balik ke IM15...bermula la kehidupan baru nenek yang penuh keuzuran, mandi dan ke tandas berpapah, makan bersuap dan katil la tempat terbaik. 3 hari berurut berjaya memulihkan sedikit keuzuran dia, dan kini meniti hari dengan bantuan sepenuhnya

Dan kami, keletihan beraya, keletihan melihat nenek serta keletihan menahan kaki yang terseliuh (lg sekali di kaki kiri akibat terjatuh di depan tandas baru hentian bukit besi highway baru LPT...-tahun lepas dan kena sekali, kat kinrara), hantar ma blk KT, hari hantar ma lagi, ...letih kerna tiada hari duk rileks dumoh, kerja yang ada belum lagi selesai...dan yang paling letih ciksu siti sebb nenek berada di rumahnya, makan minum nenek, bersih diri nenek, anak 4 kesekolah dan kenakalan.....moga allah bagi kekuatan pada dia, jangan bagi darah dia naik....huhu...ya allah permudahkan urusan ciksu siti.

dan aku keletihan, ulang alik KT, IM15 dan sikap pak sedara lelaki yang cool dan lepas tangan, dgn masa yagn dikorbankan belum cukup untuk memberitahu yang kau sedang melaksanakan tanggung jawab, duit dan tenaga juga penting. kalau lahir sebagai melayu ortodoks macam ni la, g surau hari2 pun xde makna kalau fikir diri sendri je betul serta tak bole terima sikap org lain seperti mana orang lain terima dia seadanya dan merasa cukup dengan apa yang ada tanpa perlu kerja keras...lelaki maa

kalau orang lain berasa diri betul dan sentiasa nak betul tanpa menjejaskan diri kita tanapa merugikan kita apa perlu kita buang dan tidak bertegur sapa dengan orang itu kalau orang itu sedara sendri

ma memang garang ma memang nak betul je, namun hati dia tetap terbaik, baik sokmo walau mulut tak berapa baik tapi perlu kah ma di abaikan,..siapa buang ma, aku jua buang org itu.

DEN CUKUP PANTANG KALU LELAKI NAK GADUH DENGAN POMPUAN TAMBAH LAGI SEDARA SENDIRI, KAKAK SENDIRI, MCM BAPOK JE,

Monday, September 3, 2012

16 syawal dan biskut raya

sesudah dua minggu lebih beraya, kini biskut raya dah menyusut.......nak kena buat baru nampaknya..ikhs, popia simpul paling laku, almond london dah kurang glamer.....snow flake juga yang terbaik. Tahun lepas biskut macam tak laku, tahun ni tuan rumah pun layan semekut sampai kelek balang merata2 terpaksa la buat tambahan ni, idea dari 5 rencah 5 rasa tadi ok gak, biskut peanut butter....jom, p kedai cari peanut butter...

raya kali ni rabbies tu yang jadi perhatian, dari 4 tinggal 2, kelabu dan itam, kerjanya duk dalam bekas makanan, dan pandai minum kat bottle, makan makan makan....jangan obes sudah, budak budak datang beraya menyinggah banyak kali pulak, semata nak tengok itam dan kelabu...ibu dan paknya orang dah tak layan....pagi ni coklat banyak kali mencakar tangan sebab lambat bagi makan...sabau je la

ni je tinggal

rabbies yang survive, itam dan kelabu

Saturday, September 1, 2012

Janji Di tepati

Dear Aima
UNICEF Malaysia
Unicef - Unite for children
55 Years of Independence with continuous peace and unity
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan - With sincere thanks for your continuous generosity in donating to UNICEF.
United Nations Children's Fund - Wisma UN, Block C, 2nd Floor, Kompleks Pejabat Damansara, Jalan Dungun, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur, Malaysia.

nota hati : PM kata semua K telah ditepati...tinggal satu K lagi....kemenangan....semoga sempena kemerdekaan ke 55 semua orang beroleh kemenangan.....jika gagal kedepan lagi....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...