Monday, July 30, 2012

Ubat Tido


 
nota hati : ada juga ke orang yang tak bole tido bulan pose ni?....namun diriku senang tido di bulan puasa....

Friday, July 27, 2012

Udang Tempoyak

Iftar hari ke 7, simple dan easy

udang gulai tempoyak

udang
bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan cili padi
(tumbuk sekali)
tempoyak
santan
garam

masukkan bahan tumbuk kedalam periuk kemudian masakkan bersama santan dan tempoyak
kuah dah mendidih masukkan udang
masakkan hingga udang bertukar warna
jangan lama sangat nanti udang kecut
x sedap la klu kecut

nota hati; hari ini hari membazirkan tenaga dan keletihan, kul 10am dah pusing pusing giant, penuh satu troli, konpem kena guna kad ni,...kul 12 baru siap mengambil barang, punya la banyak...fuhh...mmg totalnya banyak, hulur kad bank islam yg mmg dibekalkan untuk ku, "kak, x bole kad ni, ini kad suami akak ke? kami tak terima kad yg tiada tuannya, yg bukannya tuannya " pulak...haru, duit brp sen je dlm purse, rayu punya rayu, x jugak di terima, padahal sebelum elok je..haru, malu, sedih, sbb byk brg yg den berkenan tu, ingat nak masak ketam .......kalu dah x bole depa kena simpan sendiri la...nak gelak la jugak, unpack la semua wahai awek giant.....

singgah cahayamart beli udang gulai udang....semalam ayam goreng blackpepper ..simple je la, bos malas nok g bazar.....haru la ramadhan ini....



Wednesday, July 25, 2012

Menu Berbuka

Hari ini hari ke 5 kita berpuasa dan kepanasan melampau di kuantan betul betul menguji kesabaran, di KT kul 3 hujan, di besut pun sama, sejuk sikit alam sekeliling dan sejuk sikit badannya, hari pertama berbuka dengan air panas, teh o panas tak lalu nak minum air kelapa walau sejug dengan ais yang mengiurkan. Martabak dan nekbat menu kuih di hari pertama dengan nasi berlauk ikan tenggiri bakar dan sayur bayam goreng, dan hari kedua di besut dengan air kelapa susu dan kuih akok dan berlauk nasi kerabu terung la, daging bakar la, kerisik jantung pisang la...pergh kenyang. Kuih akok dan kerisik jantung pisang di dapati di bazar ramadhan kuala besut...memang bazar ramadhan kuala besut terbaik.....banyak pilihan dan harga berpatutan.

Balik kuantan hari ke 3 berpuasa, berbuka di IM 15 dengan nenek dan ciksu's family menunya bubur cacar dengan lauk ayam bakar serta kerabu daun cekur, air oren sanquik abg whatiq yg buat (9thun) ok la, wazien yg 4 tahun abis nasi sepinggan dengan penuh kerabu cekur gaulnya. Hari ke 4 berbuka sorang sorang dengan nasi berlauk ayam masak kicap dan kerabu pucuk paku, tak sempat buat kuih, en asben kata kat kilang ada sedia kuih,...fuhh selamat

Dan hari ini, macam nak buat onde onde la, godek blog sifu lg,

Bahan-Bahannya :-)
500 g tepung pulut
1 1/2 cawan air (kurang lebih)
1 camca teh pandan paste
Gula Melaka dipotong kiub, secukupnya
Kelapa kulit basah, diparut putih
Sedikit garam

Cara membuatnya :-)
  1. Masukkan tepung pulut dalam satu bekas, tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg tidak melekat di mangkuk adunan. Tambah pes pandan dan uli hingga rata.
  2. Ambil lebih kurang 1/2 camca besar doh. Isi kiub gula melaka, cantumkan dan bulat2 seperti guli. Buat hingga siap. Rebus dalam air mendidih hingga kuih timbul dan biar masak lagi selama 1 minit.
  3. Angkat dan toskan, golekkan dalam kelapa parut yang telah digaul sedikit garam. Buat hingga siap dan boleh dihidangkan...                                                                                                     
tepung akan dikurangkan menjadi separuh je, sebab makan berdua je, ok..settle kuih, lauk mungkin ayam masak merah dan sayurnya xde la pulak, kena p cahaya mart kejap nanti....cari kobis, wat acar je la...

ok settle.....esok lusa kita buat gulai ketam yang macam shiha masak dalam ketuk ketuk ramadhan tadi, simple je....
ketam gulai nenas madu
bawang merah dan bawang putih secukupnya
rempah kari
buah nenas
susu sejat dairy champ
ketam 4 ekor di belah dua
sedikit air dan garam

1. bawang merah dan putih dikisar dengan rempah kari
2. masuk rempah yang dikisar dalam peruk, masak tanpa perlu di tumis dgn minyak
3. kemudian masukkan sedikit air dan ketam
4. letak nenas dan gaul rata
5. akhirnya masukkn susu sejat dan garam

nota hati ; hari ni ari pertama kami berbuka bersama kat rumah tahun ni......dan tahun ni baru sekali jelajah bazar ...dan image di bawah untuk peringatan diri sendiri je.....moga aku makin hari makin sedar makin hari makin bertanggung jawab makin hari makin menjadi isteri yang baik







Tuesday, July 24, 2012

Google Best


  1. malam ni nak test resepi maruku kacang peas, resepinya kendian la ya.....lor, den xde acuan maruku, kena la gotel gotel macam cendol....maka goreng la...namun bencana menimpa, meletup letup pulak dia..adus, putus asa ni, baru nak plan something big, but then small challenge  mematahkan semangat ku....huh, jap kita google la camno nak kembalikan semangat yang baru berputik dan dipatah kan oleh letupan yang menakutkan ini...maka pencarian bermula, ku taip kat google search dan kuar macam ni,
    bagaimana mengelak kuih tepung pulut dari meletup bila di goreng
    lor keluar la resultnya , 
  2. KUIH BOM PULUT HITAM | Bila Chah Ke Dapur

    bilachahkedapur.blogspot.com/2012/03/kuih-bom-pulut-hitam.html
    17 Mac 2012 – Perjalanan pergi balik dari hantar Ariff ke sekolah, yang pasti saya akan menempuh jalan yang di kiri kanan banyak pokok ... 3 sudu tepung pulut hitam ...Rehatkan kira-kira 20 minit untuk mengelakkan kuih meletup semasa digoreng....Kek Coklat 5 Pintu, Dan Bagaimana Turut Serta Kuiz Terkumpul ...
  3. Blog Tak De Tajuk: Kuih Getas

    princesseryna.blogspot.com/2011/08/kuih-getas.html
    2 Ogos 2011 – Satukan tepung puluttepung gandum dan kelapa parut. ... Itu sebenarnya nak mengelakkan daripada meletup-letup bila digoreng dalam kuali ...
    Anda telah melawat halaman ini 2 kali. Lawatan terakhir: 24/07/2012


    dua dua blog ku buka dan cara nya merehatkan doh itu, esok la sambung goreng....
    semua ada kat google....

    nota hati : setiap masalah ada jalan penyelesaiannya cuma jangan putus asa je.....ya allah ku syukuri nikmatMU....selesaikan keje rumah layan tv dan kendian tido.....esok bangun pagi pagi....

Resepi Sahur


kurma juga bagus untuk sahur
lebih baik ia dijadikan sebagai minuman sahur
dengan cara merendamnya ke dalam
sebelum tidur kita rendam la 3 biji untuk segelas air
minum la sebelum menjamah nasi
kerna nasi adalah makanan terbaik untuk sahur
pembekal tenaga sepanjang hari

sambal bilis bersama tempe
resepi pembangkit selera sahur
dari sifu CMG,

BAHAN-BAHANNNYA :-)
4 keping tempe (mat guna jenis yang bungkus dengan daun)
1 genggam ikan bilis, cuci dan toskan
1 genggam kacang tanah
1 cawan cili kisar
2 ulas bawang putih
1/4 cawan jus asam jawa @ 3 camca besar cuka makan
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
Tempe dihiris nipis, gaul dengan sedikit garam dan goreng hingga garing. Angkat dan toskan. Begitu juga ikan bilis dan kacang tanah tadi, digoreng garing. Ketepikan.
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, tuang jus asam jawa atau cuka. Tambah sedikit garam dan gula secukup rasa (gula lebih sikit).
  2. Bila pekat, masukkan tempe, ikan bilis dan kacang tanah tadi, gaul hingga rata. Biar kering sekejap dan boleh matikan api. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...


nota hati : sekarang ni tengah layan QARI junior tv3, anak kak engku ada...huhu...good boy....juri qariah kita, sharifah...comel je dia...

Friday, July 20, 2012

Hadis Hadis Pilihan


Thursday, July 19, 2012

Salam Ramadhan 1433

esok kita pose esok kita pose
mungkin la, keputusan malam ni

moga ramadhan kali lebih baik lagi

selamat menyambut ramadhan buat rakan taulan

Wednesday, July 18, 2012

DaTo Fazley Juara Masterchef Celebrity



juara masterchef selebriti di umumkan isnin malam
tapi hari ini baru berkesempatan untuk menempelkan gambar si juara
buat simpanan dan koleksi saje.....sekadar mengikuti arus
itu pun setelah puas di godek, akhirnya jumpa kat blog kak jee
dan gambar di atas paling menarik,
manis je datin nya....

dia,  Dato Ahmad fazley yaakob, DOB : 18 april 1978
isteri dia, Datin Azrene

selayaknya dia menjadi juara
itiknya puffnya menjadi,
namun kadang kadang dia banyak komplen
kesabaran dia nampak sangat masa periuk nasi terjatuh...
haha, siapa punya angkara tu?

nota hati : kerja ku sekarang menonton tv ajer, korea , afc, hbo...bla2 bla....td tgk SAGAI UNITED, cerita thai, best sangat, org asli main bola...fuhh, mcm jackie chan....mata dah ngantukl sbb mata dah letih, asyik layan tv je, bukan lg fb....khee

Dato Maznah


Tuesday, July 17, 2012

Himpunan Kata Orang2 Hebat Hari ini


Hadis 'rezeki' pagi ini: Ya Allah, berkatilah umatku pada waktu pagi hari mereka (bangun fajar). (HR. Ahmad)

Mengadu nasib pada Allah jauh lebih baik dr mengadu pada kekasih .. Pahala pon dpt ..

Selagi kita tidak mengubah tabiat kita, tidak ada sebab mengapa kehidupan kita akan berubah. Cuba lihat apa tabiat yg menglalang kita dari bahagia dan berjaya.

Orang berjaya melihat & fokus kepada matlamat di hadapan; tetapi orang gagal terus "tersangkut" dijaring masa silam! - AzizanOsman-

Orang yang sentiasa tidak bernasib baik sebenarnya tidak bernasib baik kerana dia pilih untuk berfikiran sebagai orang yang "tidak bernasib baik"! Sedangkan Tuhan lahirkan seluruh manusia dalam keadaan bernasib baik serta sebaik-baik kejadian! Fikir dan rasa yang kita sentiasa bernaib baik! -AzizanOsman-

Bahasa nafsu adalah melulu! Bahasa Akal adalah tersalah tafsir dan membuat andaian! Bahasa hati adalah bahasa yang hakiki bila ianya suci dan menyucikan! Bersedia utk berpuasa 5-hari lagi! -AzizanOsman-



Sunday, July 15, 2012

Hoki Sukma - TERENGGANU NELANG

Edisi membebel sebab excited....

dari kul sembilan tadi selang seli masterchef selebriti dengan hoki sukma, kipas tak pasang bagi acara hangat,

mula mula masterchef selebriti, tarik nafas dalam dalam berdebor menunggu keputusan siapa ke final, tekaan ku tentu la JA dan Dato, sebab depa dua ni je yang terer, namu keputusan luar jangka, waima kita hebat mana masak kalu dah bukan rejeki kita tersingkir jua, dan ke final adalah angah bersama dato.....macam mana angah yang bterpilih...huhu..dah rejeki...tunggu malam esok...rejeki siapa

selang seli dgn hoki final sukma, mula mula 3-1, kemudian 3-2 dan kemudian seri sampai dua kali golden time masih seri, last penalti pe nama ntah, tak penah dengar, penyerang dengan penjaga gol je, debor, macam berlari lawan 100meter...peluh nitik....tunggu, mula mula 1-0 lepas tu seri lepas tu seri lagi lepas tu WP x gol, terengganu gol dan last WP x gol juga, trg menang...yuhoo....TAHNIAH ganu...mana muhd firhan bwh ni....


Hoki Sukma: Terengganu turun sebagai ‘underdog’ malam ini
pic sinar harian

kalau kat stadium kan best, mesti serak tekak la baliknya....esok last sukma, sempat tengok satu acara je kat balok, PETANQUE tapi tak faham la apa ke mainnya....cu kita google jap

Pétanque (diucapkan [pe.tɑ̃ːk] dalam bahasa Perancis) adalah suatu bentuk permainan boules yang tujuannya melempar bola besi sedekat mungkin dengan bola kayu yang disebut cochonnet atau jack dan kaki harus berada di lingkaran kecil. Permainan ini biasa dimainkan di tanah keras atau minyak, tapi juga dapat dimainkan di rerumputan, pasir atau permukaan tanah lain. Permainan sejenis adalah bocce dan bowls.

jack(ijau) dan boules(bola besi)
A successful pétanque team has players who are skilled at shooting as well as players who only point. For obvious reasons, the pointer or pointers play first – the shooter or shooters are held in reserve in case the opponents place well. In placing, a boule in front of the jack has much higher value than one at the same distance behind the jack, because intentional or accidental pushing of a front boule generally improves its position. At every play after the very first boule has been placed, the team whose turn it is must decide whether to point or shoot. Factors that count in that decision include:
  1. How close to the jack the opponents' best boule is,
  2. The state of the terrain (an expert pointer can practically guarantee to place within about 15 cm if the terrain is well tended, not so if it's rocky or uneven), and
  3. How many boules each team has yet to play.
A team captain, in an idealized game, requires his pointer to place a boule reasonably close in approach to the jack (paradoxically, in competition, the first pointer sometimes aims not to get so close to the jack that the opponents will inevitably shoot their boule immediately). They then visualize an imaginary circle with the jack as its centre and the jack-boule distance as radius and defend that circle by any legitimate means.

nota hati ; sumber wikipedia.....macam faham la sikit2, patut la adik2 tu duk ngukur jarak je


    

Saturday, July 14, 2012

Melaka

jalan jalan ke melaka
bandar bersejarah penuh makna
singgah sehari menjamu mata
kembali lagi suatu masa

kerna masih banyak kawasan yang belum sempat di terokai.....huhu
walau dulu dulu dah biasa ke melaka tapi
melaka kini macam macam ada....




menara taming sari
snap separuh separuh...khee


dan bermalam di sini



 tenang dan nostalgia

ada kolam




nota hati ; tak tahu nak p mana pd satu hari itu, ingin ke PD mcm tak best, terlajak ke melaka dan teringat satu tpt yg penah muncul pd satu blog kak cik rasanya, desa balqis, search dan cal, lucky ada rumah kosong, stay satu malam dan pagi nya ada sarapan nasi lemak best yang di sedia kan oleh IBU.....sesuatu untuk outing sekeluarga, kawasan bersih yang luas.....

Friday, July 13, 2012

Hadis Pilihan


Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini – sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali - Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya. (Imam Nawawi) 

nota hati : dr FB


plan hari ni : cuci cuci tandas

menu hari ni : udang

masa kerja : 10 am


Doa Pg jumaat

Wednesday, July 11, 2012

Tuesday, July 10, 2012

Kenangan AGM Eltean terakhir













JujuR La Dalam Berniaga

Kenapa orang berniaga? jwpnnya ; mata pencarian atau punca rezeki dan hobi serta minat

kenapa barang jadi mahal sedangkan barang banyak dan ramai peniaga ? jwpnnya ; tidak jujur



Monday, July 9, 2012

Merawat Rabun


nota hati ; terjumpa kat fb, dan sememangnya lobak merah mampu menurun power kanta anda, jika makan kat luar pesan la carrot jus....

Alhamdullillah


FORMULA PENYELESAIAN MASALAH

Jangan Biarkan Masalah Anda Menjadi Masalah. Selesaikan!

Ikuti Teknik Menyelesaikan Masalah.

# MASA:
Luangkan masa anda bagi mencari punca Masalah.

# PENDEDAHAN:
Perhatikan Cara penyelesaian yang sudah dilakukan oleh orang lain.

# BANTUAN:
Minta pakar. Ahli kumpulan yg. berpengalaman anda bersama memikirkan masalah ini.

# KREATIVITI:
Bincang pelbagai cara-cara Penyelesaian. Pelan A.B. C. Lihat 3 pilihan yg. berbeza.

# LAKSANAKAN:
Pilih penyelesaian terbaik dan laksanakannya. Berikhtiar secara kreatif.

Kita lakukan segala yang terbaik, dan yang lainnya kita serahkan kepada Tuhan.

Berusaha dan Berdoa. Ya Allah. Hamba Mu telah berusaha sedaya upaya. Rasanya tiada apa lagi yang dapat hamba Mu lakukan.

Berilah Petunjuk Mu Ya Allah!

JIKA INI TERJADI PADA ANDA,
APAKAH YANG PERLU ANDA LAKUKAN?!

JIKA SUAMI ANDA MEMBISU
Mungkin dia sedang menghadapi masalah atau merajuk dengan anda. Cuba anda dekati. Dengari. Duduk bersama2 mencari jalan penyelesaian.

Kalau dia merajuk , pujuklah dia dengan penuh kasih sayang. Ceriakan suasana supaya dia bercakap dan mendekati anda. Doakan suami anda.

JIKA ANAK ANDA BERMENUNG
Pastikan dia tidak menghadapi masalah yang menekan mental dan emosinya. Dekati dia . Peluk dan bertanya samada dia menghadapi masalah dan memerlukan bantuan moral, sokongan rohani. Simpati. Jangan sekali2 biarkan dia bersendirian dalam Kemurungan. Temani dia. Isikan kekosongan hati dan jiwanya.

JIKA ANDA SEDANG MENCARI KERJA
Carilah kerja yang sesuai dgn. Minat. Kecenderungan. Kelayakan anda. Jangan fikir soal gaji dulu. Yang penting , tunjukkan kebolehan dan kesungguhan bekerja dan daya kepimpinan, pengurusan anda pada majikan.

Jika anda inginkan kepuasan diri. Cubalah bekerja sendiri dan kemudian jadikan diri anda seorang Usahawan yang Kreatif. Inovatif dan Cemerlang. Tulis dan tandatangan sendiri Cek Gaji anda!

JIKA ANDA DIMARAHI MAJIKAN, KETUA, BOS
Usah Melawan. Terima lah sikap majikan anda itu sebagai suatu pengajaran, dan petunjuk akan perkara2 yang tidak disukainya. Jangan ulangi perbuatan atau kecuaian yang boleh menyebabkan Bos anda memberi amaran terakhir. Pohon maaf. Muhasabah Diri. Jika tidak, elok berundur. Cari kerja baru yg. sesuai atau Bekerja Sendiri. Berniaga.

JIKA ANDA SEDANG BERCINTA
Pastikan individu itu benar2 menyintai anda 100%. Menerima anda seadanya. Jujur. Setia. Bebas dadah. Jenayah. Berkeupayaan menyara. Keperibadian mulia. Terpuji. Berketurunan baik2. Taat agama. Sesuai dan serasi dgn. anda.

Walauapapun Terjadi, jangan sekali kali 'Give Up' Menyerah pada Keadaan. Takdir dan Nasib yang menentukannya. Kerana Anda Bertanggungjawab Sepenuhnya di atas kebahagiaan. Kejayaan maupun Kegagalan dan Kesusahan Hidup Anda.

Wednesday, July 4, 2012

Balik KT


Alhamdullillah , pagi ini kita masih di bagi peluang bernafas di bumi YG ESA ini, sihat walafiat dan senyumla...kepada yang tak berapa sihat, senyum la dan doakan kesihatanmu....

Kul sebelas kekgi nak balik KT, jenguk ma, tengok2 dapur ma. Balik sorang sorang, layan LPT masuk kut dungun exit gemuruh, masuk belakang Hock kee seng....moga allah permudahkan segalanya

bangun pg2 mari kita amalkan doa ini,

Tuesday, July 3, 2012

Cara Mudah Untuk Khatam Quran Sebulan




nota hati ; copy dr fb ustaz don

Ciptaan Yang Maha Esa




Uploaded by  on Dec 8, 2011
Aogashima is a volcanic Japanese island in the Philippine Sea, administered by Tokyo and located approximately 358 kilometres south of Tokyo and 64 kilometres south of Hachijō-jima. It is the southernmost and most isolated inhabited island of the Izu archipelago.
The village of Aogashima administers the island under Hachijō Subprefecture of Tokyo Metropolis. As of 2009, the island's population was 205. Aogashima is also within the boundaries of the Fuji-Hakone-Izu National Park.
Aogashima is a complex Quaternary volcanic island 3.5 km in length with a maximum width of 2.5 km, formed by the overlapping remnants of at least four submarine calderas. The island is surrounded by very steep rugged cliffs of layered volcanic deposits. The southern coast also rises to a sharp ridge forming one edge of a caldera named Ikenosawa with a diameter of 1.5 km. The caldera dominates the island, with one point on its southern ridge, Otonbu with a height of 423 meters, as the island's highest point. The caldera is occupied by a secondary cone named Maruyama Still considered a Class-C active volcano by the Japan Meteorological Agency, the last eruption of Aogashima was during a four year period from 1781-1785.

Monday, July 2, 2012

Aku Suri Rumah

 

Dah dua bulan den jadi suri rumah sepenuh masa, bosan ada, buntu ada tapi masa berlalu terlalu pantas, rumah macam tak bersuri juga...kheeee

Pencarian kerja tak semudah time muda muda dulu, lagipun apply tru jobstreet je, mana nak 90% peluangnya, search sana sini online je, kenkadang THE STAR, tu pun ari sabtu je....ni bukan KL ya, ni kuantan, tak banyak kerja tapi banyak orang .....apa kepakaran yang kita ada untuk setiap tawaran...fuhh...rasanya betul la kata ustaz Don

Jumaat 29 aribulan ari tu, kat airport kuantan nampak ustaz don, baru sampai dgn flight pg dan di jemput pak polisi, kemana agaknya...senyum manis je ustaz don....alif sempat snap satu pic ustaz don dlm waja polisi tu tapi masih dalam kamera ciksu.....

Nak teruskan posisi sebagai surirumah tak mampu rasanya sebab poket sendiri tak berisi, takkan nak menadah selalu, tak best nak jalan2 ecm cam gtu......

Niat di hati nak teruskan keje muliaku , ejen takaful, tapi mulut ku masih belum mahu berniaga lagi ni...terasa kegagalan dalam menguruskan masa , mendisiplinkan diri dan bertindak....

Ya Allah, ya tuhanku yang maha penyayang dan mengasihani, berikan hambaMu ini kekuatan untuk bertindak, untuk berjuang dan untuk tidak bermalas malasan...amin 

Sunday, July 1, 2012

BH


Berita Harian berwajah baru, kalau dulu dari besar ke kecil sekarang dari tulisan penuh ke singkatan, makin lama makin mengecil nampaknya...namun apa apa pun tahniah buat nstp untuk setiap perubahan dan semoga usaha jaya.

Dek kerana tv9 pagi tadi melaporkan tentang BH wajah baru maka hari ni MM di tukar ke BH ahad, jika sebelum ni BH adalah pilihan akhir namun pagi ni tukar ke BH, apa yang berubah?

Peubahan ketara adalah kepadatan tulisannya, BH wajah baru dah tak penuh tulisannya, ada nampak banyak perenggan, penuh dengan gambar...ok la, namun gaya tulisan masih sama.

Iklan dah di kecilkan, bagus untuk pembaca sebab kita beli akhbar untuk bahan baca bukan bahan tontonan iklan....iklan bagus tapi biarla setempat duduknya bukan di setiap mukasuratnya.

BH online comel tak sesak

nota hati : Minggu depan MM masih lagi pilihan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...