Friday, June 29, 2012

Salam Jumaat 9 syaaban


nota hati : hari ni ayah su fly ke abu dhabi, naik kat airport kuantan, 10.45am dan KLIA - abu dhabi 8pm, semoga Allah permudahkan semua urusan dia, dan bermula la kehidupan ciksu dan anak anak di IM 15 -save tarikh

Thursday, June 28, 2012

Dari Dato Dr Maznah Hamid

ERTI SEBUAH PERKAHWINAN

Tertarik hati membaca 'Ungkapan Emas' Perkahwinan. Ingin saya kongsikan utk Renungan dan Perbandingan Anda.

Suami isteri adalah jenis sahabat yg. diikhtiraf masyarakat.

Berkahwin atau tidak Berkahwin, ramai juga yang menyesalinya.

Sebelum Kahwin , yang lelaki bercakap, dan yang perempuan Mendengar. Tetapi selepas berkahwin. Si isteri bercakap dan si Suami Mendengar. Kemudian lama kelamaan kedua duanya bercakap dan lawan bercakap dan jiran jiran mereka pula Mendengar.

Jika semua pasangan suami isteri mahukan keamanan dan kesejahteraan, salah seorang daripada mereka harus mengatakan ' Ya Sayang dan Maafkan Daku' semasa bertelingkah.

Perkahwinan pasti boleh bertahan lama kalau dua insan bersungguh2 mahu lìhat berapa lama mereka boleh tahan bersama dan tidak seorang pun daripada mereka akan mengaku kalah. 'Never, never give up'

Bagi Memelihara perkahwinan, supaya kekal Abadi, akuilah kesalahan yang dilakukan dan apabila anda betul pun, diam sajalah. Jangan panjang2 cerita.

Lelaki yang tidak ada Masalah, hanya akan menemui masalahnya sebaik sahaja dia 'Berkahwin'

Bagaimana dengan 'Perkahwinan' Anda ketika ini?!
Jika 'Dingin' berusahalah 'Panaskan'

(Ungkapan Emas , PPH)



Tuesday, June 26, 2012

must START work


Rest when you're weary. Refresh and renew yourself, your body, your mind, your spirit. Then get back to work   - ralph marston

Monday, June 25, 2012

Air Terjun Jeram Tanduk

air terjun jeram tanduk, 
ayer putih, kemaman

kalau dari kuantan ikut jabor, simpang masuk sebelah kiri di ayer putih
masuk ke dalam ada signboard
kena melalui jalan tak berturap sepuluh km
namun ia berbaloi, privacy dan bebas
 ramai kaki pancing

sesuai untuk orang kuantan datang lunch dan berendam
satu jam perjalanan

kawasan air terjun masih jauh kedalam,
ni belah belah tepi je









Petikan kata kata prof dr Muhaya


Salam sayang dan bahagia buat semua.
cuba kita tanya pada diri kita hari ini. Adakah kita sudah bersyukur dan berterima kasih dengan pemberian yang ALLAH beri? Cuba lihat di luar di sekeliling kita,siapa yang membekalkan udara? setiap helaian daun-daun yang kecil bernafas,setiap helaian daun ada berbilang urat yang diciptakan, bayangkan berapa ribu pohon yang ada di depan mata kita sekarang yang berkongsi dengan kita untuk bernafas. Tidak terjangkau dek akal. Bersyukurlah walau sekejap,nikmatnya hanya kita yang rasa.

payah memaafkan orang dan berkata orang itu tak pernah meminta maaf maka kita hidup dari luar ke dalam dimana kita memberi kuasa dan orang dan sekitar menentukan dunia dalaman atau jiwa kita. Ini tanda jiwa yang lemah dan tidak bergantungbpada Allah dan fokus kehidupan yang cetek. Mula cari ilmu ugama dan ingat persediaan akhirat dan jangan terlalu yakin dgn umur kita. Bayangkan rakan keluarga yang telah meninggal betapa menyesalnya mereka dialam kubur dan ketika sakratul maut kerana tidak memaafkan orangblain dan betapa kurang amalan baik kerana sibuk melihat keaiban orang dan kurang refleksi diri dan bertaubat. Banyakkan bertaubat setiap saat dan lihat bagaimana kemarahan kitabpada orang akan hilang dan bagaiman mudah memaafkan orang bila kita mengharap keampunan Allah.

Bila memaafkan sebenarnya ia untuk kita bukan utk orang. Setiap kali dibuang emosi marah, benci, dendam, maka kesihatan fizikal, mental dan rohani akan meningkat. Lihat bagaiamana hidup berubah

Semua masaalah berada dalam fikiran kita. Ubah cara fikir dan segala perkara akan berubah

Sunday, June 24, 2012

Saturday, June 23, 2012

Wednesday, June 20, 2012

Pergh Ramai nya

!    ✿LYSSA FAIZUREEN✿   !


Join this site
Members (51160More »
pergh ramai giler follower adik comel ni, tak pernah la pulok terdengar pasal blog ni tapi terjumpa masa bw td
caya lah.....mcm best....layan jap sini....sampai tulisan den jd kecik...cmno nak besarkan ni...HELP....

Sunday, June 17, 2012

Carrot kek









sempena besday abg chik
sedap gilos,
nenek x bole mkn sbb cream dia tu,
mmg la x sama ngan tekak dia
nak buat selalu la,
sbb en asben suka
resepi tentu la dr sifu cmg,

Israk Mikraj


Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 662 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Mekah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib bin Abdul Mutalib dan isterinyaSiti Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid bin Harisah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah .Peristiwa israk mikraj ini tercatat dalam surah al Isra ayat 1 (Al Quran:17:1). Surah al Najm ayat 60 juga menceritakan peristiwa ini .(al Quran:53:13-18)
Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar . Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa diJerusalem / Baitul Maqdis di Israel / Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitul Maqdis. Selepas peristiwa ini , arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid , buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di MadinahMadyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa , Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam , Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.
Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimatun Saadiah.
Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi IbrahimNabi Musa dan Nabi Isa.
Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam kalendar Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasuldan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tercantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'.

Beberapa peristiwa yang terjadi selama Isra' berlangsung memberikan hikmah dan pelajaran yang sangat mendalam bagi Nabi Muhammad s.a.w. serta menjadi cermin bagi umat yang menjadi pengikutnya.
  1. Nabi memperoleh pelajaran tentang keadaan masa lalu dan masa yang akan datang yakni saat Jibril menyuruh beliau melakukan solat di Kota Thaibah (Madinah) dimana kelak Nabi akan berhijrah ke kota ini, di Thur Saina (Bukit Thursina), tempat Allah berfirman kepada Nabi Musa, serta di Bethelehem, tempat lahirnya Nabi Isa putera Maryam (Mary).
  2. Jibril juga mengajar Nabi bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya dengan memberinya sebuah doa yang harus dibaca Nabi.
  3. Mengambil hikmah dari perjuangan seorang Muslimah sejati Masyitah dalam berjihad mempertahankan keyakinannya akan keesaan Allah.
  4. Mendapat pelajaran bagaimana akibatnya bagi orang-orang yang enggan solat, enggan berzakat, pemakan riba dan suka berbuat zina. Pengganggu jalan umum, pemimpin yang suka menumpuk-numpuk jabatan dan suka menjelek-jelekan orang lain.
  5. Gambaran umat yang terjebaknya dalam kemewahan dunia, perumpamaan umur dunia yang sudah tua, tamsil bermacam-macam minuman yang boleh dan tidak boleh (haram) diminum umat Nabi serta adanya pengakuan para nabi akan keberadaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin utama.

Dalam perjalanan Mikraj banyak pula hal yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu dari 50 kali menjadi 5 kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang harus dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman.

Jangan Mare





Wednesday, June 13, 2012

Coconut Shake Kuala Klebang



dalam perjalanan dari bandar melaka nak ke kuala linggi
ternampak kereta bersusun dan orang menanti
time balik nanti akan ku singgah di sini
apa gerangan hebat menanti

jeng kreng sampai traffic lite
ingat ada kenduri

esoknya dalam kul 10 pg

setelah penat merayap di muzium kapal selam melaka
perjalanan pulang ke bandar melaka bermula
dua tiga orang anak muda berniaga
rupanya ada shake kelapa



sedap tak terkira 
rasa ais krim vanila
rasa kelapa lemak
mewah dan dingin

Tuesday, June 12, 2012

TABIAT MENDISIPLIN DIRI


TABIAT MENDISIPLIN DIRI YANG MEMBEZAKAN ANTARA ‘YANG BERJAYA DAN GAGAL’

Baru-baru ini wartawan bertanya kepada saya mengenai tajuk di atas. Lalu teringat saya kata-kata mentor saya ketika saya belajar 'membuang' Perkara-perkara yang tidak patut ada pada seseorang yg. ingin mencipta 3 K.

Amat sukar bagi saya utk. menyerapkan ke dalam diri ini tabiat-tabiat dan amalan Disiplin diri. Minda. Rohani. Emosi dan tindak tanduk yg. wajib saya patuhi jika mahu jadi insan berbeza dan berjaya.

Sebenarnya tabiat Disiplin Diri ini dapat dibentuk dlm diri kita apabila tabiat disiplin diri ini kerap dilakukan . Dengan membuat perkara yg. sepatutnya, pada masa yg. sepatutnya. Samada kita suka atau tidak, ianya menjadi semakin melekat dlm jiwa.

Semakin lama, kita tidak membuat alasan lagi. Walaupun sukar, kita tetap melakukannya tanpa dolak-dalik lagi. Sebaliknya tabiat tidak baik mudah dibentuk tapi tidak memudahkan kehidupan kita pada jangka masa panjang. Seumur hidup.

Kalau mahu berjaya. Mari kita pupuk sikap berdisiplin. Pertama sekali . Mari kita membuat keputusan paling nekad dan memilih bagaimana diri kita berubah.

Kemudian tolak alasan-alasan yg. mungkin timbul, kerana kebanyakan alasan-alasan tadi kita sendiri yg. timbulkan.

Terus menolak segala jenis alasan selagi kita tidak berubah menjadi orang yang kita kehendaki!

Percayalah, lama kelamaan sikap itu menjadi mudah utk kita lakukan. Malah apabila kita tidak melakukannya, perasaan kita menjadi tidak selesa seolah-olah sebahagian badan kita tertanggal!

Sakit Hati Den


ikut rasa binasa, ikut hati mati
ikut wat dok tahu naik hantu

adus, soal hati x bisa untuk dihadapi
kadang kadang bila hati berbicara,
maksudnya tak kesampaian
buat sakit hati je....

bila ditanya, jawabnya endah tak endah
siap marah marah
lantak kau,
bila kita diam sibuk nak ngadu ngadu
hati kita dah tak hendak tahu
muka moyot tagih simpati
sekali dua kita peduli
klu doh sokmo
lantak kau la
hati ku beku

sekali cakap sekali ingat
lepas cakap tak beringat

sakit hati den

Monday, June 11, 2012

Ikan Singgang


ike singgang

ikan sekor
lengkuas, bawang putih, kunyit hidup
(dihiris nipis nipis)
asam keping, cili padi
kacang bendi
garam gula secukupnya atau nisse(gula melaka)
air secukupnya

di dalam periuk
satukan ikan bersama lengkuas, bawang putih, kunyit, asam keping dan perapkan seketika lebih kurang sepuluh minit kemudian masukkan air dan masak hingga ikan masak
masukkan pula bendi serta semua perasa.
SIAP


Saturday, June 9, 2012

Akhirnya Jumpa Jua








asyik tengok kat tv je, akhirnya dapat juga tengok benda alah ni di dunia nyata
tapi dah tak bernyawa kot, fresh lagi
tak bergerak, macam kereta kebal mau menembak....
go go go....

Friday, June 8, 2012

PENANGGUHAN HUTANG
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Baginda s.a.w. bersabda:

"Sesiapa yang menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya atau membebaskannya, pada hari kiamat kelak Allah s.w.t. akan menaunginya di bawah naungan Arasy, di mana pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali naunganNya."
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Kesimpulan Hadis:

1- Galakan supaya bertolak ansur dengan orang yang berhutang sama ada secara menangguhkan tempoh pembayaran hutang ataupun secara membebaskannya dari kesemua hutang atau sebahagiannya sahaja.

2- Kelebihan orang yang bertolak ansur dengan orang yang berhutang di mana dia akan mendapat ganjaran yang sangat besar dan mendapat balasan yang baik di akhirat kelak.

3- Kelebihan mempermudahkan kepentingan orang lain dan menghulurkan bantuan kepada mereka serta harus berurusan dengan cara hutang.


namun begitu, kepada penghutang penghutang ku, sila la bayar hutang hutangmu...banyak tu, bila mau abis kalau tak bayar sikit sikit macam janji janji mu..... Ya Allah buka kan la hati penghutang penghutang ku untuk membayar hutangku,.......amin.

kalau dah langsai takde la ku teringat ringat lagi......huhu

SETIAP UMAT ADA UJIANNYA
Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. " (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Kesimpulan Hadis:

Allah s.w.t menjadikan harta sebagai perhiasan kehidupan dunia dan menjadikan fitrah kejadian manusia lebih cenderung kepada harta dan suka mengumpul harta, oleh yang demikian umat Islam hendaklah berhati-hati di dalam mengumpulkan harta di mana dia hendaklah mengumpulkan harta yang halal dan menjauhkan diri dari mengumpulkan harta yang haram.
Photo: SETIAP UMAT ADA UJIANNYA Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:   "Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. " (Hadis riwayat Imam Tirmizi).    Kesimpulan Hadis:    Allah s.w.t menjadikan harta sebagai perhiasan kehidupan dunia dan menjadikan fitrah kejadian manusia lebih cenderung kepada harta dan suka mengumpul harta, oleh yang demikian umat Islam hendaklah berhati-hati di dalam mengumpulkan harta di mana dia hendaklah mengumpulkan harta yang halal dan menjauhkan diri dari mengumpulkan harta yang haram.

Thursday, June 7, 2012

Tuesday, June 5, 2012

7 Prinsip Utama menjalankan Perniagaan

PERTAMA usahawan digalakkan untuk tidak memilih bidang perniagaan tertentu hanya kerana
melihat orang lain berjaya mengusahakannya, tanpa mengetahui selok-belok perniagaan tersebut.
Pemilihan secara membuta tuli amat merbahaya kerana tidak dibuat berasaskan penilaian yang wajar.

KEDUA, usahawan perlu mengelakkan melakukan tindakan mencampur-aduk urusan wang syarikat
dengan urusan wang sendiri. Ramai usahawan gagal mengawal disiplin diri dalam aspek ini,
dimana mereka menggunakan wang perniagaan bagi tujuan sendiri. Ini menyebabkan perniagaan
menghadapi masalah aliran tunai yang seterusnya menyebabkan perniagaan gagal. Usahawan perlu
faham konsep 'entiti berasingan' antara dirinya dengan perniagaannya dan menghormati
perniagaannya sebagai satu entiti lain.

KETIGA ialah jangan mengamalkan penipuan dalam perniagaan. Ini adalah tuntutan bukan sahaja
amalam perniagaan yang baik malahan juga diwajibkan dalam agama dimana peniaga dilarang menipu
dalam timbangan, sukatan dan maklumat mengenai produk. Ada peniaga yang sanggup menipu bukan
sahaja pelanggan, malah juga kerajaan dari segi pembayaran cukai dan sebagainya. Elakkan menipu
dalam semua hal kerana lambat laun akan diketahui orang. Penipuan akan menghilangkan 'barakah'
dalam urusan perniagaan kita.

KEEMPAT, usahawan yang ingin berjaya harus mengelakkan diri daripada bersifat tamak. Ramai usahawan
menjadi tamak dan cuba membuat terlalu banyak perkara dalam masa yang sama. Ini menyebabkan mereka
hilang fokus. Orang tua-tua sudah berpesan, orang tamak selalu rugi. Nanti yang dikejar tak dapat,
yang dikendong berciciran. Ingat juga kata orang putih, "Rome was not built in a day".

KELIMA pula ialah elakkan meminjam wang jika tidak perlu. Apabila usahawan meminjam wang, tujuannya
haruslah untuk membantu menyelesaikan masalah perniagaan, bukannya untuk menjadi masalah kepada dirinya.
Oleh itu pinjam hanya apabila perlu dan yakin ia akan membantu perniagaan dan boleh dibayar balik.
Tujuan pinjaman hendaklah dilaksanakan.

KEENAM ialah jangan mudah percaya kepada semua maklumat yang diterima, lebih-lebih lagi jika sumber
maklumat itu kabur. Dalam perniagaan, maklumat yang betul sangat penting supaya keputusan yang tepat
dapat dibuat. Oleh itu pastikan setiap maklumat disahkan secara teratur. Jika usahawan tidak mengesahkan
maklumat yang diterima, dia terdedah kepada risiko membuat keputusan yang salah.

KETUJUH dan terakhir ialah jangan mempunyai perasaan dengki kepada usahawan lain. Ini satu kelemahan
usahawan yang agak ketara. Sebaiknya, jadikan usahawan yang lebih berjaya sebagai penanda aras dan
cabaran persaingan. Dalam perniagaan, jaringan amat penting untuk berjaya. Oleh itu kita seharusnya
bekerjasama membantu satu sama lain dalam satu jaringan yang melahirkan sinergi, bukan menyimpan rasa
dengki yang berhasrat memusnahkan.

Salam sukses!
Fadzil Amri
fadzil.amri@gmail.com
http://blog.bisnesinternet.ws

Friday, June 1, 2012

Kesihatan Menurut Islam

Islam satu agama yang merangkumi semua aspek kehidupan, termasukla dalam penjagaan kesihatan yang mana islam amat menitikberatkan aspek kesejahteraan tubuh badan sebagaimana islam menjaga jiwa dan akal.

Maka itu kita amat dituntut supaya menjaga kesihatan kerna ia merupakan anugerah berharga seperti mana Sabda rasullah s.a.w yang bermaksud,

" sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu". (hadis riwayat Bukhari)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...