Thursday, May 31, 2012

Puteri Ayu Strawberry


puteri ayu strawberry
resepi sini, sila KLIK


sedap ooo, first time wat kuih kukus kukus ni, jadi
dah lama plan baru ari ni jadi
tapi x cantik lagi, rasa walla
sebabnya kelapa tak pandai letak lagi....



Friday, May 25, 2012

Resepi Pilihan Jumaat

Resepi Penebus Dosa

Ambilkan akar pohon rasa fakir dan berhajat kepada Allah bersama akar kerendahan hati yang ikhlas kepada Allah

Jadikan taubat sebagai campurannya, lalu masukkannya wadah redha atas semua ketentuan dan takdir Allah.

Campurkan dengan campuran qana'ah iaitu rasa puas dengan apa yang Allah berikan kepada kita

Jadikan taubat sebagai campurannya

Masukkan dalam kuali takwa. Tuangkan ke dalamanyanair rasa malu. Lalu didihkan dengan api cinta.

Kemudian masukkan dalam adunan syukur.

Serta keringkan dengan kipasan harap

Lalu akhirnya minumlah dengan senduk pujian

jika saudara mampu lakukannya pasti saudara mampu mencegah penyakit dan pelbagai ujian sama ada di dunia dan akhirat.
selamat mencuba

Wednesday, May 23, 2012

Menu Dinner Malam Ni


pai ayam, nasi goreng, ikan saga bersambal

Ikan Saga Bersambal
sekeping ikan berisi putih
bawang merah, bawang putih, bawang besar
cili besar merah 7 biji di blend

ikan di sapu sedikit garam dan di goreng sekejap
lepas tu tumis bawang merah dan bawang putih dan kemudian masukkan cili blend, tumis hingga cili garing dan betul betul masak
masukkan bawang besar dan sedikit air
last, curahkan sambal di atas ikan

Pengat Duyan ber Oat


Dua Rejab ari ni tapi belum mampu lagi puasa sunat, sebab ada sakit puan, minggu depan kan ku cuba, kurang kurang tiga hari dalam bulan rejab ni kena posa, pesan nenek

Pagi ni alif azwa balik ganu, sorang sorang, tak pernah dia berani macam tu, katanya nak sambut besday MA....dia mau beli kek, tapi dia tahu ke nak beli kek kat mana kat KT tu, tahu ke belah mana secret recepi, kedai kek biasa lagi dia tak biasa, sebab dia memang biar papa asal bergaya, moga perjalanan pulang selamat, mungkin waktu sekarang ni dia dah kemaman.....bila anak bongsu kesayangan pulang, bonda tercinta menanti penuh harapan mengharap kesempatan tertunai impian....

Kerjaku, memutar baju dua bakul itu dan melayan vanila serta coklat sesambil bersih rumput2 menjalar sementara kul 10 nanti nak setart kerja , kerja online....haha..moga ada rejeki, moga ada kekuatan untuk bertindak di luar kebiasaan.....

doa mohon ilmu yang baik, rezeki dan kesihatan

"Ya Allah, aku memohon kepada Engkau ilmu yang berguna, rezeki yang luas dan kesembuhan dari segala rupa penyakit."


doa untuk rezeki yang halal


Maksudnya "Ya Allah, wahai Zat Yang Maha Kaya, wahai Zat Yang Maha Terpuji, wahai Zat Yang Memulai, wahai Zat Yang Mengembalikan, wahai Zat Yang Maha Penyayang, wahai Zat Yang Maha Pengasih. Cukupilah kami dengan kehalalan-Mu dari keharaman-Mu. Cukupilah kami dengan anugerah-Mu dari selain-Mu Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kesejahteraan atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat beliau."

Penjelasan :
Telah diceritakan bahawa sebahagian Ulama berkata: " Sesiapa yang membiasakan membaca doa tersebut sesudah solat fardu minimum satu kali, maka Allah menjadikan kaya kepadanya. Atau barangsiapa yang membaca doa tersebut sesudah solat Jumaat maka hutangnya akan lekas berbayar dan dirinya akan merasa kaya dari orang yang kaya lainnya. Sehingga dengan demikian hidupnya akan menjadi tenteram, mensyukuri apa yg diberikan Allah kepadanya.


amin

sarapan
(pg bila ntah - kheee, pengat duyan di makan dengan oat dan cornflakes -ada bran?)

Tuesday, May 22, 2012

Mei Yang Kian Penghujung

Kala malam ini menghampiri pagi, mataku masih mampu mengadap pc, maknanya masih cergas lagi untuk mencoret.......

Letih menunggu, tuan besar belum balik lagi, tadi kata kerja sampai kul 10pm tapi sekarang kul 11pm kenapa belum sampai rumah ni....kalau kena sabotaj pun takkan nak keje sampai 20 jam kot, esok masih kerja pagi....balik la....

Hari ni dah 22 mei, dan merupakan satu rejab, ramadhan kian dekat dan mei hampir ke penghujung nya.....bulan mei ada peristiwa besar, besday MA pd 20hrbln dan ulangtahun perkahwinan ku pd 27hrbln.....dua hari penting, 20 mei 2012, balik ganu ngan nenek, tak beli kek pun tapi beli minyak wangi sebagai present dengan gift box comel untuk MA... accepted.

Namun gitu, hari ini masih lagi leteran hebat yang mengiringi ku pulang ke kuantan....setiap kali ia akan begitu, kata2 hikmah pengungkitan pengorbanan seorang ibu tersebur laju, penuntutan pembalasan,....dalam letih undur kereta meluncur pulang jua.....tanpa senyuman tanpa lambaian...aku lali, aku kalih, aku terbiasa, untuk mengosongkan hati ....

Moga rejab ini dapat menguatkan ketabahan ku ....

Rejab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rejab merupakan bulan ke-7 di dalam kalendar Takwim Hijrah. Dalam bulan Rejab pula, berlaku peristiwa penting iaitu Isra' Mikraj yang dalam peristiwa tersebut Rasulullah S.A.W telah menerima kefarduan solat lima waktu terus dari Allah di Sidratul Muntaha. Sebelum itu, pada malam yang sama, baginda Rasulullah S.A.W telah diisra'kan dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin menunggang Buraq.



1. Kemuliaan bulan Rejab dengan adanya malam ISRAK MIKRAJ pd 27 rejab, Syaaban dengan malam NISFU SYAABAN dan Ramadan dengan LAILATUL QADAR.

2.Malam awal bulan Rejab adalah mustajab do'anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

3. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

4. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

5. Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

6. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.

7. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

8. Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

9. Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

10. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

11. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

12. Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim AS dan Nabi Adam AS

13.Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

14. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.

15. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

16. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

17. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah 1000 Dinar (4.25 kg emas), dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

18. Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.

19. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.

20. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

21. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

22. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: 'Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau'.(dari kitab Raudatul Ifkar)

23. Puasa pada 27 Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

24. Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

25. Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa 3,000 tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar
nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Friday, May 18, 2012

Satu Hadis di Jumaat

Rasullah bersabda bermaksud:
"Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh redha tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh redha tuhannya."
(hadis riwayat al-Hakim)

Thursday, May 17, 2012

Terima Kasih Cikgu

16 mei
hari guru, semalam ku terkedu
mengingati semua jasa jasa guruku
mendidik ku tanpa jemu
cukup membantu
baik dari moral serta ilmu
kau tetap sanjunganku

terima kasih cikgu,
guru guru SRTM, SMTM dan SMMT
pensyarah fakulti engineering UITM

mengenang zaman persekolahan, hadir ke SRTM dengan status anak yatim cukup memeritkan sebab nya kebanyakan pelajarnya adalah orang ada ada, sedangkan ku miskin hina, namun kawan2 cukup ,membahagiakan terutama, zee rawi.....susah payah ke sekolah namun guru guru cukup membantu, yuran sekolah dan buku buku dibantu guru terutama yang melekat di ingatan, MISS TEH, Cikgu Rohana dan Cikgu Mohd Rejab.....di manakah mereka semua, namun ku doakan kerahmatan buat mereka, jasamu tetap padu dan hanya mampu ku ucapkan , TERIMA KASIH disini

menginjak ke sekolah menengah, tingkatan satu di SMTM dan kemudian Cikgu Rahimah mencadangkan ku ke asrama perkaya, terima kasih cikgu dan maka bermula episod baru di SMMT, teringat ustaz mad, cikgu wan zuhaidi, cikgu zaida, cikgu jamilah dan cikgu sakinah, ramai nya cikgu ku lupa...TERIMA KASIH CIKGU

namun kembali semula ke SMTM pd tahun SPM ku, kutitip kenangan sebagai pelajar nakal sebab selalu ponteng sekolah, padahal ku tak mampu nak kesekolah setiap hari sebab tak cukup duit tambang bus...huhu, tapi jasa Cikgu Math Mod, buat aku gigih belajar sendiri dan SPM ku 1, math mod 1 tapi add math spek mata...haha....cikgu sibuk kempen politik masa tu...haha...salahkan sikit cikgu sbb cikgu tak maksum....haha....walau guru kelas ku meletakkan ku ke program pelajar bermasalah... lupa la nama cikgu kesayangan ku itu, yg ku ingat dia ia lah isteri kepada Dr Hasbullah di klinik hasbullah jertih....TERIMA KASIH CIKGU

memasuki alam pengajian tinggi, baru ku kenal erti belajar dan faham apa yang ku pelajari..lain la cara cikgu dengan cara pensyarah ni.....walau x dapat 4 flat tapi above 3...ku ingat sorang je, PN Aisyah....TERIMA KASIH CIKGU

dan hingga kini ku tetap mencari CIKGU...TERIMA KASIH PD Pemberi ILMU...

Ikan Saga

Ikan Saga, pertama kali ku dengar dan ku dapati, pemberian seorang kawan en asben hasil dari memancing di pulau ular, (pulau ular ni di area sg ular, kuantan )....ikan saga ni macam ikan cermin, nipis dan lebar namun yg kami dapat ni tebal isinya sebab ikannya agak besar, menurut kata tuan punyanya, ia sedap di masak kari atau asam pedas.....tapi setelah di google, terjumpa words ikan saga tapi resepi nya ikan tenggiri masak halia, copy ke dapur la....

rezeki mereka agaknya, ikan saga dia dapat 2 ekor dan ikan muduk seekor dengan saiz yang agak besar, dan lagi bertambah rezekinya sotong jarum yg agak besar, kami dapat sotong tiga ekor....siang2 dapat sotong luarbiasa sikit tapi sekarangkan musim sotong

malam tadi lepas hadir penerangan promotion pakej check up full body kat KSH, kami p ambil ikan dan sotong free di sg karang dan hari ni menjadi lauk tengah hari yg cukup enak sebab semua fresh



menu lunch tadi
ikan saga goreng halia, sotong goreng kunyit dan sayur kobis masak lemak

ikan saga goreng halia
sekeping ikan saga di sapu sedikit garam dan goreng
bawang merah, bawang putih, cili padi, halia serta bawang besar di mayang
sos tiram, air dan sedikit tepung jagung

bahan yang di mayang di tumis sehingga naik bau, masukkan sos tiram, air dan sedikit gula dan kemudia masukkan tepung jagung yg telah dibancuh dgn sedikit air, dan lastnya masukkan ikan...sedap.....

Thursday, May 10, 2012

Kata kata Prof Muhaya

everybody is perfect. Say daily I accept myself and my imperfections and I embrace all things outside my control . All imperfections are illusion. See perfection within us. Our spiritual DNA is perfect. Every cell of our being is perfect. Look at how our body and mind work, Look at the genius in us. Focus on our genius. Extend to everything we do today. Declare I am perfect and express perfection in all I do today

Bila bertaubat hati akan bersih dan akan suka pada kebaikan. Lihat diri kita suka pada kebaikan atau kejahatan. Taubat adalah wajib- Imam Nawawi. Kita mesti sentiasa bertaubat

Write our our own principles of health and wealth and read it daily. Think of what changes we can make to make future brighter




sarapan pg ni
ni roti canai along
kedai sebelah balai polis balok, KTN
crispy dan nipis
sambal mmg umph

Wednesday, May 9, 2012

Menu Hari Ini

sarapan - lempeng dengan baked bean cheese
nampak sifu, cmg pun sarapan ngan lempeng pg ni tapi dgn kari
kenapa cmg jadi my sifu, ???
sebab, mula mula belajar buat muffin tgk blog cmg
dan satu lagi, buat roti pun tgk cmg
dan semua memang menjadi dan sejak itu hari hari bukak blog sifu


minum petang - pulut duyan
balik dari nyetel kan bil dan terminate streamyx (asyik hang jo, tiap mggu cal customer servis, dan technician dio pun dah datang dua tiga kali, problem sama, tak lembap tapi hang jo, sangkut2, google chrome x bole buka lgsg, mozila @ godzilla je buleh tu pun slow, kdg2 laju, dlm smggu bole bilang brp hari oknya) singgah beli duyan, beras pulut dah beli kat pasar payang bulan lepas, nise pun stock dr pasor bt 6, santan beli kat cahaya mart maka berpeluh peluh menyediakan menu minum petang ....yummy

kami pakai yes 4G sekarang, laju dan kurang bermasalah lagi setakat ini



nota hati; sejak s3100 sudah pulih, mudah pula nak snap makanan, baru tahu teknik pencahayaan dan menu(bukan makanan eh) yang patut di pilih, sama ada party, beach, atau food dll dan sejak duk umah tak buat apa2 selain masak masak masak maka banyak la gambor makanan.....semasa kesempatan ada ini, ku masukkan semua kat mingzhu-collection. Ngantuk....zzzzzz.....sweet dream 2 all....

Khasiat kacang bendi

Khasiat Kacang Bendi

Orang Utara sebut kacang lendiaq. Orang putih kata lady fingers. Juga disebut sebagai okra. Orang India sebut venddi Kai. Kalau tak silap di kalangan orang tionghua dipanggil Yeong Kok Tau. Nama saintifiknya pula ialah abelmoschus esculentus. Asal usul kononnya dari Ethiopia.
Buah muda tentu sekali sedap dibuat sayur serta kari. Daun yang muda (pucuk tu boleh juga dimakan atau dijadikan sebagai makanan haiwan. Buahnya memang berkhasiat kerana ia dapat membantu menguatkasn otak serta menambah daya ingatan serta kecerdasan. Biji, akar serta bunganya kalau direbus boleh membantu melawas pembuangan air kecil serta mengurangkan bengkask atau radang. Ada orang kata ia juga dapat mengurangkan masalah sukar bersalin. Air rebusan biji,akar, serta bunganya jika disapu pada pelbagai kudis dan bisul, mujarab juga. Air rebusan buahnya kalau dicampur dengan gula memang sesuai dijadikan sebagai sirap ubat batuk atau merawat sakit kerongkong. Lendir yang terdapat dalambuahnya boleh dijadikan krim penyejuk serta melembutkan kulit. Pernha juga digunakan sebagai ubat gonorea dan siflis. Air rebusan buahnya boleh juga digunakan untuk meredakan bengkak saluran kerongkong dan hidung.Ada di setengah-tengahj tempat, bijinya menggantikan biji kopi.
Kabarnya kacang bendi baik amat untuk rawatan penyakit kencing manis (dipetik dari web SDARA). Caranya ialah dengan mengambil 2 biji kacang bendi. Potong kedua hujungnya. Turis bahagian tengahnya. Rendam dalam segelas air semalaman. (tutup gelas). Keesokannya, keluarkan kacang bendi tu dan terus minum airnya. Lakukan selama dua minggu. Lihat kesannya. Kalau berkesan bagi tau kat kawan/kawang2.
Di sebelah negara Barat, diyakini bahawa kacang bendi dapat membantu,i) mencuci hatiii) menstabil kandungan gula dalam darahiii) membantu melincinkan bahagian dalam usus besariv) membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.v) ia juga membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus vi) ada juga pendapat yang mengatakan kecang bendi adalah sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan atau rasa tidak selesa/sihat.vii) ia juga boleh membantu merawat ulcer dan mengurangkan kekejangan pada sendiviii) sifatnya yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekali gus dapat membantu mengurangkan masalah penghadamanix) juga ia dapat membantu radang paru-paru, sakit kerongkong.
-f.e-

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bendi
Bendi yang baru tumbuh
Bendi yang baru tumbuh
Pengelasan saintifik
Alam:Tumbuhan
Divisi:Magnoliophyta
Kelas:Magnoliopsida
Order:Malvales
Keluarga:Malvaceae
Genus:Abelmoschus
Spesies:A. esculentus
Nama binomial
Abelmoschus esculentus
(L.) Moench

Bendi merupakan sejenis buah yang dimakan sebagai sayuran yang banyak ditanam di negara-negara ASEAN yang beriklim panas lembap. Bendi yang ada di Malaysia kini dipercayai berasal dari Afrika Tengah dan banyak di tanam di negeri Johor, Perak, Kelantan serta Pulau Pinang. Di Johor sahaja seluas 390 hektar di tanam pada tahun 2008 iaitu daripada jumlah tersebut seluas 90 hektar ditanam di daerah Muar dengan pengeluaran sebanyak 1,620 metrik tan setahun. Bendi banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Ia berasal dari sebuah tempat yang kini termasuk dalamHabsyah. Sebelum ini, bendi dikelaskan dalam genus Hibiscus, tapi kini telah ditukar kepada Abelmoschus.

Bendi sesuai ditanam sebagai komoditi komersial dan tanaman keliling rumah dalam pasu atau polibeg sebagai satu program Bumi Hijau.

Bendi dipercayai berasal dari kawasan Asia Tenggara dan telah ditanam merata dunia termasuk Afrika, India dan Brazil. Kebanyakan bendi diguna segar sebagai sayuran (segar mentah, rebus atau goreng) dan dibuat jeruk. Biji bendi boleh di buat serbuk kopi sementara daunnya untuk makanan ruminan dan batangnya diproses jadi serat.


Penanaman

Bendi yang dtanam atas tanah mineral yang subur akan memberikan hasil yang tinggi dengan Amalan Pertanian Baik (APB). Kawasan tanaman perlu dibajak 2 minggu sebelum menanam dan dinaikkan batas-batas menggunakan trektor atau manual. Bubuh kapur sebanyak 2 mt/ha ditabur dan kemudian dibubuh baja organik (tahi ayam) dengan kadar 3-5 mt/ha sebelum ditutup dengan plastik perak dengan anggaran keperluan sebanyak 20 gulung sehektar. Plastik perak ini dapat membantu menjaga kelembapan tanah, meningkatkan kehilangan baja, mengawal serangga perosak dan mengawal rumpai.

Penanaman bendi dibuat dengan membubuh 2 biji/lubang dengan jarak tanaman 1 meter secara 3 segi dalam 2 barisan di atas batas. Keperluan benih sebanyak 1 kg/ha atau kepadatan pokok sebanyak 8,000 pokok/ha dan tinggalkan satu pokok setiap lubang penaman dengan membuat penjarangan. Benih kacang bendi mudah didapati daripada pemilihan pokok yang terpilih dengan membiarkan buahnya matang dan kering pada pokok. Penanaman bendi perlukan sistem pengairan yang sesuai sama adapengairan Titis atau pengairan renjis. Pokok bendi cepat membesar dengan adanya sistem pengairan yang sempurna.

Pembajaan pertama sebanyak 160 kg/ha (20 gm/pk) dijalankan selepas 2 minggu penanaman dengan NPK 12:12:17.2+TE dan buat penyiraman ikut keperluan. Kawalan rumpai perlu dibuat secara kimia atau manual. Pembajaan seterusnya menggunakan baja buah sebanyak 400 kg/ha (50 gm/pk) sehinggan 6 bulan.

nota hati : ladyfinger atau kacang bendi mmg faveretku, goreng dgn lauk, goreng nasi , kari dan singgang, rebus cicah budu....semua cara la, memang membuka selera ....lendirnya pergh...

Monday, May 7, 2012

Sotong Goreng Ngan Bendi

Lauk Dinner - sutun goreng bendi
sotong digaul garam kunyit
bendi
cili padi
capsicum
serai di racik
bawang putih, bawang merah
kicap

tumis bawang dan cili padi serta serai
masukkan sotong dan sedikit air, masak sehingga sutun masak
kemudian sudahkan dengan bendi dan capsicum serta sedikit kicap
~~~~~~~~~~~~~~

and my daily life nowdays.....

ari ini mula la kehidupan yang borin setelah jobless....plannin, plannin....konon nak teruskan hidup sebagai ejen insurans takaful tapi tak tahu lak kat mana nak start sebab dah dua tahun meninggalkan, nasib baik lesen tak mati,


namun kul 9 dah terpacak kat meja kerja, layan fb je tpnya...buka planner, bukak beg takaful....first day, list prospek, 100 name...yes, more than that.....study product....lunch.....solat, nasib baik tv membosankan, tapi kul 11.30 am sempat jeling jeling kat 5 RENCAH 5 RASA, mlm ni ada lagi.....satu ilmu baru, utk cupcake coklat, susu di campur apple cider vinegar.

susun semua.....esok start wat cal....do im goods in sales, lately im doin sales....such lots of experience dari cosmopoint dan eltean, telemarketing dan visiting...sepatutnya cukup pengalaman to get appointment. Dirham perlu dicari untuk dunia, taat setia pahala akhirat, tapi poket kena isi, nak menadah belum tentu dapat semaunya, maka jobstreet dan takaful tumpuan utama, end of may kena ada income, by june dah recover balik acct bank.....mana larat nak duk umah, kembang setaman dah la pesen terperap dlm umah je, nasib baik vanila coklat mengetuk ketuk sangkarnya dengan kuat, keluar la juga klu tak mau power mata ni bertambah duk online je, ni pun kapala suda rasa fenin2....

nasib baik citer baru korea ptg ni mcm x best, siapkan kerja till asar, solat dan masak dinner sesambil layan vanila dan coklat yg sedang sibuk bercinta dengan kucing kelabu ni...




love is not a feeling, it is ability.

Dari FB Prof Muhaya pg senin

Prof Dr Muhaya
19 minutes ago
Lihat pada kerja kita setiap hari. Adakan menigkkatkan nilai kehidupan kita dan orang lain atau sebaiknya. Renung dan fikir dan niat buat perubahan

KAlau kita terlalu sensitif dan cepat kecil hati selalunya kita kurang yakin diri dan tiada fokus tepat dalam hidup. mereka yg kuat fokusnya tidak akan di kacau oleh benda remeh yang melambatkan pencapaian apa yg difokus. Jgn sedih kerana cemuhan manusia. Ini amalan sia sia. CAri ALlah di mana kita berada dan apa kita buat. Lihat orang dgn penuh kasih sayang itu kita akan dapat.

The power of God is with you depending on what you give. The best thing to give your enemy is forgiveness, to your opponents tolerance, to your friends your heart, to your children a good example, to your father deference, to your mother behaviours that her proud of you. to yourself respect, to all mankind charity - credit to Prof Dr Muhaya

Sunday, May 6, 2012

Penkek Whipped Potato

ni sarapan semalam

penkek kentang lecek kfc

sebekas kecik whipped potato kfc
secawan tepung naik sendiri
sebiji telur
sedikit air

kacau semua dan masukkan ke dlm pan
jdla penkek tiga biji je


ni sarapan pagi ni, ahd 15 j/akhir 1433
pulut lepa n kuih sagu,
kopi kacip patimah


hujan bercucuran di hangat dgn kopi, sejuk la vanila ngan coklat

malam td,
bulan mengambang, besar dan penuh, langit nan cerah
pagi ni,
hujan selebat lebatnya.............apa kaitannya

dikatakan semalam adalah bulan akan membesar ....ia membesar di mlm bulan mengambang...huhu, mmg nampak lain dan besar, cerah bumi damansara la semalam....jalan luar yg tak dipasang lampu bole nampak pokok pokok nya la, sebelum ni tak nampak, gelita je...




kejadian bulan
bulan mempunyai garis-garis pusat 3480km, iaitu satu perempat saiz bumi

ia berputar mengelilingi bumi dari jarak kejauhan 384 000km atas paksi yang condong sedikit berbanding Dataran ekliptik.

sambil mengelilingi bumi, bulan berputar atas paksinya sendiri dengan kelajuan yang sama, iaitu 360 darjah dalam masa lebih sedikit dari 27 hari.

ini menyebabkan permukaan bulan yang sama menghadap bumi

persamaan masa putaran bulan atas paksinya dan masa yang diambilnya mengelilingi bumi adalah disebabkan oleh bentuk bulan yang tidak begitu bulat dan juga memanjang

Saturday, May 5, 2012

Pesan prof Muhaya pg ni


Everyday we ask ourself
1. How much am I living in accord with my deepest, truest self?
2. How much connection do I co-create with other people?
3. How much positive impact do I have in my world?
Audit diri kita dan lihat apa respon kita bila sesuatu usaha dilakukan seseorang. Jika kita melihat pada yang negatif bererti banyak negatif dalam diri kita. Jika positif bererti banyak positif. CAra melihat sesuatu menetukan kehidupan kita

FOKUS PD KESYUKURAN BKN PD KESUKARAN^^

3 perkara payah buat : (1) baik pada org tak baik pada kita (2) jaga nama orang sedang diumpat (3) akui kesilapan kita
Ibu bapa harus jadi contoh pada anak remaja. Tengok cara kita bercakap dgn anak remaja. Buang sifat ego kita. Kesilapan kita ialah kita hanya beritahu apa kita mahu tanpa mendengar luahan hati mereka.

Decide what you love to do and do it whole heartedly focusing on the value you can add to the world and see how your passion lead your life

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...