Monday, April 30, 2012

No egg Punya Caramel

Hari tu kat spital, en asben belikan puding caramel tp yg nampak lubang2 yang maknanya di buat dari telur, terlupa sejenak pasal pantang, makan habis...

Hari ni teringin makan caramel dan yang pasti dia sukakan caramel, nak cuba buat la, sbb x pernah buat tapi nak yang tak guna telur sebab pernah tengok resepinya di blog sifu, dan macam senang je.....maka jadilah ia, namun air gula sedikit pekat, hangit kot sbb rasa pahit...kheee

layan je dr minum ptg smpai malam pun layan lagi, sedapnya....

resepi sini,

Kata Mat Kg Boy

kerja kerja negara akan selesai jika semua orang selesaikan kerja masing masing
- mat, the kg boys

Sunday, April 29, 2012

Menu Lunch Tadi

Pagi ni pergi pasar pagi stadium, kat tepi ECM tu....hari ni macam tak ramai orang, lorong pertama misi mencari lauk, ikan rm10, daging setengah kilo, tulang setengah kilo dan perut lembu rm7, ada orang ngidam nak makan perut lembu dengan air asam....

terus ke depan dapatkan benda wajib, cendawan goreng rm3 je la, lepas tu masuk lorong sayur, pucuk paku. cili, lengkuas, halia, kunyit, kobis, daun salad, santan, timun batang dan sayur turi kiriman bonda di KT, esok lusa nak blk KT

dan ke depan lagi, ke jalan pulang dah, beli la baja dr kacang soya, rm10 - 3 peket, mmg menjdi utk pokok berbunga, ros berputik putik, kakak tu sorang je jual kat sini, hari dia bwk pakcik, pakcik pesan pokok kena siram.....macam kita minum air juga katanya...

balik umah, lor kul sebelas lebih, adus...kul 12 mula operasi di dapur, macam mana nak buat dengan perut lembu ni, busuk, pelagi surf.....basuh ngan ngandum rupanya, sental punya la lama sbb dia x bersih habis, lepas tu rebus, operasi berakhir jam tiga.....penat, zohor punya la lambat

bos bangun kul tiga, sbb mlm td keje mlm dan mlm ni pun keje malam......sesudah kami solat zohor, ngadap la hidangan, bos tanya , kenapa air asam ni ada tomato?....jawab la dgn low tune, ubah sikit tiru dlm internet,.....bos punya dgn sinisnya bg sebijik, patut la makin hari masak tak sedap, tiru tenet.....adus......tapi nasi bertambah...haha

jom layan singgang tulangku yang teramat simple....

singgang tulang

tulang direbus sehingga empuk bersama sup bunjut
bila dah masak, masukkan;
bawang putih, lengkuas, ketumbar
kemudian garam secukup rasa
siap, mudah mudah je...


bercakap pasal minum air, menurut HARMONI (gambor ziana zain), minum dua liter air sehari buat tubuh kejang...????

FAKTANYA: Dr Parlindungan siregar, ketua kajian jabatan penyakit dalam, fakulti kedoktoran universiti Indonesia menyatakan amalan meminum air putih berlebihan setiap hari boleh mengurangkan kadar garam dalam tubuh. Kekurangan natrium dalam tubuh akan membuatkan individu mudah mengantuk, cepat rasa letih dan mengalami kekejangan tubuh.

makanya, individu berusia 65 tahun ke atas digalakkan utk meminum air tidak lebih 1.5liter sehari, hanya individu dewasa yang sihat dibolehkan minum 2liter. 2liter ini meliputi air dalam sup, buah, susu dan makanan lain yang mengadungi air bukan semata air putih atau air mineral saja.

maka itu fakta bykkn minum air ni mmg kena di teliti

dan niteline skrg ni menemubual Tok Guru Nik Aziz yang memberitahu bahawa dia bagi duit kepada rakyat rakyatnya utk ke KL semalam....baiknya tok guru.....

dan nite time, bed time, sweet dreamzzzzzzzzzzzzz

Saturday, April 28, 2012

Bersih La Sangat

dikatakan hari ini ada BERSIH 3
lor, kuning tu bersih rupa...kereta ku sentiasa kuning,
penuh wall fb dgn image2 yg menarik
ku cilup sbg kenangan

org kuat ni

huh ramainya

kewajipan kepada ilahi
bersih ke jalan tu bang?

ni baru bersih sebersihnya

dalam pada itu jgn kita lupa,
kita perlu bantu keluarga nayati
adik kiut yg ilang ni
jgn sampai ia menyayat hati
manusia kini kejam dan tak berhati perut
moga Allah permudahkan percarian adik nayati

Sarapan Pagi Sabtu


kow teow goreng

bawang putih bawang merah
cili boh, sos tiram, kicap manis, sos tomato, sos cili
udang dan fish cake(goreng dulu)
tauge dan daun kucai
sebungkus kow teow serta segelas air

tumis bawang hingga garing kemudian masukkan cili boh,
biar cili hingga masak kemudian masukkan semua sos serta kicap,
lepas tu masukkan udang biar ia masak dan kemudian masukkan fish cake,
campakkan dua dua sayur dan basahkan dengan air, akhirnya sebatikan dengan kow teow......siap.

kow teow adalah faberetku, tak kira sup atau tomyam atau pe jua, antara mee, behon ku lebih selesa dgn kow teow, bila dah rasa tangan sihat ni, teringin makan kow teow dan goreng la sendiri setelah bahan di capai di cahaya mart dua hari lepas.

Makanan bergoreng paling selesa dengan tekak namun ia perlu di bilas dengan air limau bagi menghilangkan mendapan lemaknya.....sepinggan kow teow bersama teh lemon sejuk pembuka hari sabtu 7 jamadil akhir.....

pagi pagi lagi dah bagi vanila dan cokelat makan,

masa ni tumpangkan pok teh n mok teh sesangkar
cool je vanila dan coklat
wat dok tahu je ngan pok teh mok teh

sesekali nampak vanila ngusha pok teh mok teh
serasi bersama....
namun terpaksa keluarkan juga sebab abis makanan pok teh mok teh vanila ngan coklat kerjakan

inilah keje orang xde baby....huhu

Friday, April 27, 2012

Pesanan Lukmanul Hakim

- dirhammu untuk duniamu, agamamu untuk akhiratmu -
antara pesanan lukmanul hakim
di sebut oleh prof dr hayati


salam pagi jumaat 6 jamadil akhir 1433, mentari bersinar girang, hati kian tenang, sakit kian kurang, bengkak di tangan kian surut cuma rasa semut semut je, bekas jahitan yang ditetas doctor huzaimi perlu ditutup 3 hari maknanya esok baru buka dan cuci....moga parut nya pudar sepudar kenangan lalu.....kheee

jap lagi sidai kain dan layan vanila dgn coklat, bagi depa lompat lompat sejam dua, pahtu nak rehat la jap.....masa untuk memikirkan dan merancang untuk pencarian dirham seterusnya....tertutup satu pintu rezeki mu, akan terbuka luas lagi pintu rezeki yang lain selagi kamu mencarinya....sesungguhnya dhuna ini dhuhaMU....

Thursday, April 26, 2012

Kenangan Kenduri di Sauk


27 november 2011
sauk, perak

aliza dan muhamad ridzuan

seni perak

ayong dan mak jang


sesambil berehat di petang hari, layan apollo 13 dengan en asben yang cuti hari ini sebab membawa isterinya ke hospital sebab bukak jahitannya , belek belek koleksi pic nak kurangkan size memory nya maka keluarkan 3 pic di atas.....

gambar gambar berwarna purple di atas adalah gambar semasa kenduri aliza di sauk perak. Aliza anak sedara mak jang, mak jang merupakan kawan baik semasa kerja di Ericsson dulu. Masa dulu dulu selalu ikut mak jang balik kuala kangsar, ke kebun duriannya aliza, makanya aliza pun jadi friends....

moga perkahwinan aliza dan ridzuan bahagia ke akhir hayat

bercerita pasal keluarga mak jang, memang best. orang orang perak memang peramah, baru jumpa pun macam dah biasa, jadi macam sedara....ayong anak sulong mak jang, dah kawin dan mak jang tunggu cucu je tu....

ke sauk, macam satu percutian pakej homestay, lepak di bandar kuala kangsar, ke tasik raban, asyik asyik makan laksa.....rindunya dengan laksa mak jang....

moga mak jang bahagia dengan kehidupan sekarang.....miss u

Wednesday, April 25, 2012

Restoran Adik Manja



dapat dr email alif azwa
nanti nak ronda2 cari tp siang hari la
kabarnya jln gambang
seriau je rasa skrg ni
tgk takut, tgk takut

cerita kat email cam gini,

aku perhatikan...sbagai maklumat, restoran ni dibina awal tahun 90-an dulu..berlokasi di tepi Jalan Gambang (sebelah kiri) menghala ke bandar Kuantan. Dulu kalau tak salah, nama restoran ni lain sbelum dimiliki oleh owwer baru...tapi setelah baru jer beroperasi, atas sbb tertentu atau misteri, restoran ni ditinggalkan begitu sahaja hingga kini. Anehnya 'jiran' berdekatan amat rancak pembangunannya dan tidak mustahil restoran ni kurang sesuai berlokasi di situ dan yang paling misteri, sehingga kini juga masih tiada owner baru mengambilalih dan Restoran Adik Manja dibiarkan mereput dan berdiri sbgai sebuah entiti yang memiliki kemisterian tersendiri"...


Aku pernah ada pengalaman dengan kedai ni kira2 7 tahun lps. Van company yang aku bawak rosak berhampiran dengan kedai ni...kira2 300 meter je. time tu malam dlm pkul 9.00. Kawasan tu agak gelap jadi aku boleh nampak kedai tersebut terang benderang dan meriah, nampak mcm ramai orang berhenti. Aku ingat nak pegi kt kedai tu tapi tak berani nak tinggal van company sbb barang penuh. Aku tunggu kawan aku datang bawak van lain pastu punggah barang2 dan teruskn perjalanan. Masa lalu kat kedai tu dalam pkul 12mlm mmg nampak jelas orang ramai tengah makan. Aku pelik jugak sbb setahu aku kedai ni dah lama tak bukak. Mungkin owner baru kot..aku dgn kawan aku fikir. Esoknya aku datang balik waktu pagi sbb nak ambil van yang kitorang tggal kt tepi jalan malam tadi. Aku tengok kedai tu tutup, aku tak puas hati aku pergi singgah kt kedai tu, aku tengok langsung takde kerusi meja...dengan keadaan yang berhabuk macam dah lama tak berniaga dan tak ada langsung tanda2 macam orang berniaga malam tadi...aku pandang kawan aku..pastu kawan aku pandang aku...apa lagi terus cabut la...tunggu apa lagi...tapi yang peliknya..sape yang aku nampak ramai2 makan kt kedai tu malam tadi...mmg misteri gilerrr..
 
Anonymous said... 
Aku membesar dgn dulu ulang alik dari kerteh ke temerloh ikut jalan ni sebab highway x ada lgi. Pena dulu, adik aku nak terberak sgt dah, so kami terpaksa berhenti dkt sini. Sebab, kami semua nampak ada orang jaga kedai. Tengah bakar satey kt depan kedai tu. Tp, pelanggan x der. Ada pak cik tu sorang2 je. Mak aku mintak izin guna toilet dia. Dia bagi. Tapi, time aku duduk dlm kereta tu, mmg rasa x sedap hati. 

Tp nasib baik x jdi apa2 buruk. Sampai ke kg mlm tu, mak aku cerita kt parents n adik beradik dia, yg kami singgah di kedai ni. Semua org trkejut, senyap sunyi je. Tiba2 nenek ckp, kedai tu dah lama x brpenghuni. tp, x tau la kalau da bukak balik.

Bila kami otw nk balik smula ke kerteh, mmg kedai tu kosong. Usang, uzur. Seram je rasa. Tempat bakar satey yg meriah dgn lampu, khemah, tempat pembakar langsung x ada. Nasib baik x jdi benda2 buruk kt kami.

Monday, April 23, 2012

Pisang Bakar

mlm ni 4 hari sudah keluar hospital 
tunggu 2 hari lagi nak bukak jahitan
nak habiskan antibiotik yg memeningkan
tape yang merimaskan
kesian en asben nak kena buat dressing 
huhu.... pening, mabuk, serabut,

ya tuhan ya rabbi ampunilah dosa dosa hambaMu ini

pisang bakar
pisang di belah dua
di panggang atas kuali non stick
angkat dan curahkan susu pekat manis

sarapan yang enak

Sunday, April 22, 2012




novel setebal 874 mukasurat sarat dengan ilmu agama yang cuba mengurai senyuman seorang anak, ibu bapa, isteri dan suami dan hasilnya semua kembali kepada Allah. Kisahnya bermula dengan ibu dhiya seorang isteri yang tinggi ilmu agama terpaksa menjadi tukang sapu di sebuah kolej swasta. Di situlah ibu dhiya didatangi pelbagai persoalan hati daripada pelajar kolej itu. Dengan penuh hikmah dan cara yang suci ibu dhiya cuba membantu dan akhirnya jadilah ia senyuman yang menyebarkan cinta

novel yang di selitkan dengan hukum hakam, sejarah, dan info fiqh

novel ni aima sempat habiskan sebelum sakit lagi, dah sakit ni baca sekali lagi...so tadi publishkan kat fb ulasan buku sebab dapat image dgn senang dekat blog penulisnya, ustz fatimah syarha, ustz mohon ambil picnya, ini link utsz,




Friday, April 20, 2012

Kesakitan Itu Satu Nikmat

17 april 2012
admitted kat KSH, kuantan
refer letter poliklinik ar razi ( dr Jun )

dari satu jerawat kecil atas belakang ia membengkak,
dr zuraidah kata infection, abiskan antibiotik, bengkak makin besar, ke klinik lagi and then dr jun kata kena operate sebab bengkak dah 5cm diamtr.....

4 ptg operation dilakukan oleh dr huzaimi
di bius oleh dr nordin
satu jam operasi mebuang nanah dan darah
bius satu badan, sedar2 tekak sakit, perit, pening pening, tido
rest not in peace sbb bed sebelah ramai pelawat n pasang tv kuat....huhu...

18 april 2012
subuh2 hari nurse dh masukkn dua antibiotik....sakitnya
pagi sarapan dengan bubur nasi dan teh tawar
pukul 10 dr huzaimi dtg, lepas tu dia buat dressing
sakitnya doc....pening lagi , tekanan darah tinggi
kejap2 nurse dtg periksa tekanan darah, 4 jam sekali masuk antibiotik
malam dinner dgn ni,

19 april 2012
11 pagi jahit semula , kali ni cuma doc bg ubat tido
15 min lepas tu sedar dan selesai
pukul 2 dr huzaimi dtg periksa lagi sekali dan waitin discharge
kul 7.30 bru dpt blk
sesampai di rumah, vanila dan coklat dh ngamuk2 ketuk sarang dia sebb kelaparan....kheee , kecian depa, satu hari x makan

20 april 2012
ubat ubat dan rest in peace at home
nenek pesan pantang makan, no ayam no ikan aya
so bekpest en asben beli nasi lauk daging
tempat jahitan pedih dan perit
bergerak pun sakit, menaip pun terasa
tapi perlu simpan cerita juga kat mingzhu

kesakitan itu nikmat
terasa diri dihargai
saat getir penuh wirid
pengalamn solat duduk
pengalaman operation
sakit penghapus dosa

tqs my luv, en mohd rozaman coz pamper me dis two week , moga terus sabar sehingga jahitan di buka, u doin such a great job....luv u.

Thursday, April 12, 2012

Outing Ke Rompin

cuti pertabalan agung - 11/4/12
(knp agung x ambil 12/4/12 - kang comel tarikh tu)

en asben ajak p rompin, dia ngidam nak makan udang
kul 7 ptg 10/4/12 tolak dari kuantan dan sampai di bandar udang galah tersebut kul 9.30 mlm, dan sempat singgah kat PEKAN Bandar di raja, singgah petronas beli nescafe dan toilet time, adus kecewa sungguh, kotor teramat tandasnya, selama singgah petronas serata tempat, PETRONAS PEKAN BANDAR DI RAJA paling kotor

ronda2 cari tempat makan, banyak pilihan, banyak orang dan banyak anjing, so pergi jauh sikit lepas jambatan belah kiri nampak restoran nusantara, ramainya orang ada bus lagi, depan lagi belah kanan ada satu warung lagi ramai orang, kereta polis pun ada, siap tempat tunggu bus pun ada meja, tempat bakar satay sebelah tempat tunggu bus tu, pelagi kami u-turn dan masuk la, warung takde nama kedai tapi kat dalam warung ada la bannernya, namanya warung satay, menu macam kat banner bawah, ada satu lagi banner menu kat belah tepinya

tapi tak snapla, xmboh napok sungguh sgt...kheee, yang bestnya ada jemput ikan bilis, pelagi, order la.....sedap oooo, jeput bilis yang lembut di dalam dan rangup di luar, cukup rasa cicah smbal bilis, order satay jugak, kuah dia best, cuma sataynya terlebih hangus, rasa sedap.....

tu la citernya kawan2 ku, klu ke rompin atau mersing singgh la warung ni, - promosi sebagai bayaran snap pic chef cara curi2....warungnya belah kanan ke mersing, malam je kot sebab tengahharinya masih tutup lagi masa lalu blk dr pantai air papan esoknya

lepas makan check in Hotel seri malaysia, staff dia karoake sampai kul 1 pg, guest nak tido pun xleh....nasib baik esok pagi breakfastnya memuaskan, bread pudding n saladnya mmg ummph
ada sorang guest tu masuk2 makan terus ambil sepinggan puding roti tu, dan dia makan tu je...mesti dia dah biasa dan dia, memang suka puding roti seri malaysia rompin kot ni.....kita layan rompin sehari...

warung satay - chef dia tu

lepas sarapan kami ke pantai, singgah dulu kat surau kg sisik, ada emergency....kheee

Pantai Air Papan

pantai ok la namun tak sama jua dengan pantai ku, pantai pantai di TRG D. IMAN
Sekali masuk rm3 tu.....tobat dok g doh...motorsikal pun kena bayar ooo, padahal tol pun tak kena....patutnya Majlis Daerah Mersing mengkaji semula harga yang ditetapkan tu, tak munasabah, motor free dah ler....keter rm2 dah la, bus free la sebab datangnya mereka bawak rezeki kepada peniaga peniaga tu jugak.....

kul 12 check out, masuk bandar rompin, beli ubat surut bengkak kat farmasi as shifaa, rm3 je....murahnya, kat ganu rm5....memang kat pahang barang lebih murah dari ganu....

pusing satu bandar rompin xde tempat makan yang jual lauk udang, orang yang ngidam tu pusing2 jugakla, maka kami teruskan perjalanan ke tempat sepatutnya,.....belah kiri balik kuantan, tempat makan yang semuanya mensajikan udang galah, bole order panas....orang yang ngidam tu nak makan udang galah masak lomak cili api....rege udang rm50 sekilo....meja sebelah lapan orang, abg2 motor besau, selera pun besau, total regenya rm240....ok la, kami ambil 3 ekor udang dan lauk sotong serta sayur rm40....penama gerainya dah lupa lak namun begitu, masok lomaknya sedap ooo, walau pedas kuahnya ku hirup dua tiga sudu, pijar bibir....khee

apa nama tempatnya ntah, tak snap pic pun sbb mood sakit, makan je....ramai orangnya, bus, group motor besar dan ramai la org, replika udang kat depannya sebagai penanda aras, depannya hutan lipur kot....kul 2 tolak balik kuantan dan makanya sampai di damansara kul 3.30...cepat la pulok....

kita tak punya banyak peluang namun kita punya pilihan.....

Doa Liat solat

doa untuk anak/isteri/suami liat solat

di baca 3x dan dihembuskan pada anak/isteri/suami di hidung nya ketika dia sedang tidur nyenyak dan waktu nafas di tarik masuk kedalam

Tuesday, April 10, 2012

Tips Pembuka Rezeki

Bersyukur

Bersolat dan menunaikan ibadah yang lainnya kepada Allah

Memperbanyakkan istighfar

Tinggalkan perbuatan dosa

Berzikir dan sentiasa ingat Allah

Berbakti dan dan mendoakan ibu bapa

Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Tunaikan hajat orang lain

Berbanyakkan selawat dan bersedekah

Menjalin silaturrahim

Bangun awal pagi

Buat amal kebajikan sebanyak mungkin

Solat Dhuha

Monday, April 9, 2012

eqbalzack.com Fan Page Celebration Giveaway [2]

Ini GA fan page abg eq yang kedua, nampak je update blog abg eq tadi terus post sebab yang pertama dah termiss dek kerna sikap yang tertangguh.....harap ada rezeki, ... Ya Allah murahkan rezeki hambamu ini, lembutkan hati abg eq untuk memberi peluang padaku...amin...x dpt dkny dapat cd maher zain pun ok...wish to see how luck am i......

fan page dah LIKE, so copy rules untuk wat entry....haha...copy punya pasal hitam jadinya....


dan ill vote abg eq kat DG award tu...wish u win...Ya Allah bagila peluang abg eq menang...aminj
d2
How to enter this giveaway?
Please read carefully as I reserve the right to disqualify any incomplete entries!
  1. "LIKE" my Facebook Fan-Page/be my follower.
  2. Blog about this giveaway on your blog with a link back to this post.
  3. Come back and leave me a COMMENT with a URL link to your blog post. I will pick the BEST entry! **If your comment doesn’t show up right away, don’t worry I may have to approve it first.
  4. This contest runs from today until midnight, 11 April 2012 (Wednesday)
  5. So keep a look out to see if I pick you! Good Luck!

Saturday, April 7, 2012

Sarapan Pagi Sabtu

lempeng strawberry coklat

2 cawan tepung
satu sudu teh baking powder
dua sudu besau jus strwberry
2 sudu besau susu tepung
segelas air
segenggam coklat chips

campur semua, kacau dengan whisk dan goreng dengan planta.

alhamdullilah di pagi 15 jamadil awal ni, kedamaian masih milikku
lepas solat subuh kacau air utk org yang bekerje dan buat lempeng la alas perut, nasib baik tepung masih ada barang secawan dua tapi telur takde, maka jadi la lempeng tanpa telur tapi lembut jugak sebab susu tepung dutch lady honey.....layan pagi sabtu .

DON'T AIM FOR SUCCESS IF YOU WANT IT, JUST DO WHAT DO YOU LOVE AND BELIEVE IN, AND IT WILL COME NATURALLY. - David Frost

Friday, April 6, 2012

Keseimbangan Waktu

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.

Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abdi.

Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.

Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah hak istimewa yang diberikan tuhan.

dan

Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagian.

Tuesday, April 3, 2012

Rindu Kat Vanila

rindu nya kat vanila, tiga hari tinggal dia,
jumpa kejap ptg sabtu dan tinggal lagi....
terbau2 dia....huhu...pg ahad sempat main2 kejap sesambil sidai baju,
dah blk KT keje, tak sempat nak bersihkan sisa dia.....si coklat tu nampak je tuan dia mengetuk ngetuk sarangnya minta di lepaskan....bunyinya xde....vanila nakalnya amat, ngacah je x bg dekat tp coklat makin jinak, main kat kaki je.....apa arnab xde bunyi ke?
and i miss my asben too...miss u so much

Tahniah mr Ben dan mrs Ben

alhamdullillah pada rezeki dan peluang yang Allah bg
pg ni buka fb tgk2 pic baby comel ni
new born of mr Ben
comel ngat, tahniah mr ben dan mrs ben
excited sgt, cilup dr fb mr ben(jgn mare boh) nak wat kenangan
dan juga tatapan moga2 berjangkit pd ku

rambut lebat, dagu comel, bulat molek, putih seput ni....kita tunggu nama dia lak...

ya Allah, kurniakan la hambaMu ini zuriat ku, zuriat yang soleh dan sihat, secepat mungkin.
amin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...