Monday, March 26, 2012

Rahasia Rambut Cantik

Bagi mencantikkn rambut, daun limau purut diramas bersama bunga raya dan sedikit air dan tapis airnya lalu dilumurkan pada rambut.

manakala untuk mengelakkan rambut gugur, rendamkan tiga sudu teh dlm air panas dan kemudian campur dgn inai dan sebiji telur putih, kemudian sapu di kepala dan biarkan tiga jam, lepas tu shampoo serta keringkan.

santan juga adalah baik untuk mencantikkan rambut, santan dicampur dengan asam jawa dan bbrp kuntum bunga wangi dan kemudian basuhkan rambut dgnnya.

limau nipis juga baik untuk rambut, lumurkan limau nipis di atas kepala selepas bersyampu dan biarkan 15 min kemudian cuci dengan air bersih, ia dpt melembutkan rambut serta bg bersinar.

bagi rambut berbuah, gunakan daun pisang yang diramas sedikit garam kasar dan air, sapukan pd rambut , biar 30 min dan bilas dgn air bersih, lakukan 2 minggu sekali.

- kak yah kedah (MIDI 1 mac 12)

Sunday, March 25, 2012

Jaga waktu solatmu

orang yang dapat menjaga waktu solatnya dengan tepat, akan menjadi orang yang bijak menguruskan waktunya dalam apa jua kerjayanya nanti


Saturday, March 24, 2012

Koleksi Kenangan - amir dan ibunya



setiap orang ada ceritanya
jangan kita cepat menghukum
jangan kita cepat melatah
kerna janji Allah
hambanya di uji berkadar dengan kemampuannya

Monday, March 19, 2012

Akhirnya Pagi Ini


akhirnya pagi ini, ku tekan butang send kepada eltean@eltean.com, surat perletakan jawatan berkuatkuasa 15 mar dan berakhir 14 april

dan sekarang berat nya rasa kepala ini, mcm mau tido saje

antara dua pilihan,
pujukan sang suami
dan
amarah sang ibu
nekad ku,
surat hantar dulu
plan a - sambung belajar
plan b - fokus insuran
plan c - cari kerja kat kuantan

dan sampai masanya kini ku turut kata hati

ya allah, tiada hari tanpa ketentuan Mu

Saturday, March 17, 2012

Vanila dan Cokelat

sabtu yang bosan,
keluar sarapan,
x sempat layan vanila dan cokelat dulu
singgh umah nenek
nenek cerita dapurnya hampir terbakar
sebab dapur gas nya tak berfungsi dengan betul
dia nak goreng ikan petang khamis,
minyak dalam kuali,
ketap ketap pusing tombol dapur tapi tak nyala,
lama kemudian, pop, api besar naik
minyak dalam kuali menyala
hinggap dinding, terbakar kain bawah dapur
terketar2 dia sampai malam.....

adus, tu la.....dia kata dia sorang xde saper masa tu....memang la dia sorang sebab dia nak duk sorang, ....

balik umah nenek g atar kasut mokgie

balik umh kul satu, singgh mencerut rumput israel tuk vanilla dan cokelat...

ptg2 layan vanila, snap satu tp bukan dengan nikon, tu yg huduh tu.....mulut vanila comot sbb makan carrot banyak sgt

Friday, March 16, 2012

Kek oren Blend


percubaan kali ke 2 menjadi,
biar la gambar x jadi ...
haha...
kek oren blend jo,
senang bangat,

bhnnya
sebiji oren
3 biji telur
secawan gula
secawan minyak
sesudu esen vanila
2 cawan tepung
sesudu kecil baking powder

cara caranya
ayat tepung dgn baking powder
panaskan oven 180'c
potong oren dan campurkan dengan telur, gula dan minyak dalam blender, dan ON kan dia
masukkan esen dan ON lagi
masukkn dalam bekas lain dan masukkan tepung sikit demi sedikit hingga sebati dan bakau.....
40 min dah ok, awal sikit pun bole kalu dah check ia dah masak.....
sedap ooo


Jumaat Yang Damai




Monday, March 12, 2012

Motivasi Pagi bersama Prof Dr Muhaya

Prof Dr Muhaya
Jika kita sentiasa katakan sepatutnya orang itu kena buat itu orang itu kena buat ini orang itu kena jadi macam itu kena jadi macam ini. Cuba renungkan bagaimana tenaga umur Allah beri kita gunakan untuk memperbaiki diri dan Mencari redha Allah. jadikan semua perangai orang dan semua situasi guru kita. Kita boleh Pilih utk jadi blamer or learner

Semakin kita mencari penghargaan manusia semakin egoistic dan semakin jauh dari Allah dan semakin tertekan kita rasa. Jom cari redha Allah dan bebaskan diri dari mencari penghargaan manusia

Semakin kecil minda seseorang semakin materialistik diri mereka. Mereka menggunakan Mata fisikal bukan Mata hati Mereka. Jom audit diri kita.

Sunday, March 11, 2012

Urat Tangan

Allah Majikan Tertinggi

Kadangkala kita berasa penat dan bosan dengan kerja kita sekarang, mahu saja letak jawatan dan goyang kaki di rumah, namun bila terkenangkan wang ringgit yang amat diperlukan untuk kehidupan seharian maka kita terpaksa kuatkan semangat melangkah ke tempat kerja.

kalau tak kerja macam mana nak hidup

Sedar tak sedar perhambaan diri kepada kerja malampaui tuntutan rohani, bangun tidur sebab nak pergi kerja, tiada yang lain terlintas di hati selain dari mencari rezeki....

walhal kita adalah hambaNYA, tercipta sebagai khalifah, menghambakan diri pada ilahi , tuntutan ibadah adalah utama

sepatutnya kita bangun pagi kerna ingin solat subuh, mengingati DIA di setiap nafas adalah semangat yang perlu ada di setiap hari yang kita lalui....

hidup dan mati tentuan Ilahi maka DIA la majikan kita yang tertinggi kerna dia la pemberi rezeki...

kerja adalah ibadat dan masa adalah amanah daripada Allah

Ya allah ampuni la dosa dosaku atas kelalaian waktu ku....

Tuesday, March 6, 2012

Manfaat Langsat

Langsat merupakan buah buahan tropika yang kaya khasiat zat besi, mineral dan kalori langsat juga lebih tinggi daripada epal dan limau manis.

Ia juga kaya dengan serat yang amat bermanfaat untuk melancarkan pencernaan, mencegah kanser kolon dan membebaskan tubuh dari radikal bebas penyebab kanser.

Kulit dan bijinya juga dapat mengubati cirit birit, malaria dan menurunkan panas badan akibat demam. Kulitnya jika dibakar baik untuk menghalau nyamuk.

nota hati ; sumber majalah harmoni

Sunday, March 4, 2012

Ceria Pagi - mulakan dengan dhuha



mulakan pencarian rejeki dengan solat dhuha dua rakaat , mengharapkan keberkatan dan kerahmatan ya Allah dengan limpahkan rezeki

Ya allah , jika jauh dekatkan la....

kebaikan dhuha, http://www.hafizfirdaus.com/ebook/Solat%20sunat/12.htm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...