Monday, January 23, 2012

Tahun Baru Cina - terbaik

wishing all my good friends, my bos and my ex bos happy new year
moga tahun naga ini semua org bertambah kaya
moga tahun ini semua org bertambah bahagia

cerita masa kecil kecil dulu,
masa di kg raja,
keluarga ITA WEE banyak membantu,

cerita masa mula mula kerja
masa di ERICSSON MOBILE COM
ex bosku mr TAN WEI HOW banyak mengajarku

dan

cerita masa kiniku
bersama di ELTEAN INC SB
bosku, mr NGOI THIAM LAI banyak meyokongku

HAPPY CHINESE NEW YEAR TO ALL

Sunday, January 15, 2012

Hilangkan kesakitan dan bengkak di Badan

Campurkan sedikit kapur sirih dengan parutan ibu kunyit dan air. Buatkan seperti krim. Bubuhkan di tempat yang terkena gigitan serangga serta tempat yang membengkak atau sakit sakit tanpa sebab dan biarkan kering. InsyaAllah kesakitan akan reda dan bengkak akan hilang.

pic dr uncle google

Saturday, January 14, 2012

Sabtu Yang Indah


pagi ini renyai renyai je tak macam semalam, lebat ke petang
mentari macam nak bersinar, tapi saat ampaian di tarik keluar, bertitisan semula, namun kecerahan itu mendamaikan

lewati semalam dengan dugaan hujan,
ku redah jln kuantan kemaman ke kelas baking dekat kedai kak fazlina
kedai kek fast buat kelas demo pau, potato bun, donut america dan muffin
dari kul 2.30pm - 5.30pm - rm50
lupa nak tnya saper nama chef. yg pasti chef berpengalaman 25 tahun dr bakels - uncle chinese
( x sempat snap satu pic pun sbb kelam kabut )
kepada sesiapa yg berada di kemaman yg berminat ambil baking class bole dptkan info di kedai fast bakeri sebelah restoran raihan di chukai tu....
best dan tambah ilmu

dan pagi ini lewati dengan ceria,
sebab badan rasa sihat setelah berbasikal sejam
dalam renyai2 ku redah jalanan
melawati jeram estate yang ada kolam jadian serta air terjun kecil yang menarik
tapi banyak anjing, asyik kena salak je
next week cycling sambil snaping la...kheee

Friday, January 13, 2012

AmalKan Ayat 4 surah Yusuf




Bermaksudnya:

Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,"Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."

AYAT PENGASIH

Caranya:
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami,bacalah kedua ayat ini.Untuk dapatkan kesan yang baik,hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya,Tidak perlu membaca dengan kuat,memadailah dengan hanya membaca di dalam hati.Selain itu agar dikasihi masyarakat,bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.
*Penting!Anda dilarang sama sekali menggunakan ayat ini dengan tujuan yang tidak baik.

Tuesday, January 10, 2012

Monday, January 9, 2012

Hari Ini ke kuala Berang

senin 9 jan, jadual keje is kuala berang
bandar yang pesat membangun
bandar kuala berang tu,
sebelum turun kerja, kita membebel dulu

kuala berang ada kfc,
tempat makan paling sesuai bila bergerak sendirian
kfc nya ok la, servis bagus
dari beli kopok and air jagung, nasi ayam kfc pengubat kelaparan, walau depan klinik sentosa ada kedai nasi ayam yang dikunjungi ramai namun ku segan untuk singgh makan berseorangan

pasar minggu hari sabtu dan rabu (rasanya)
macam macam ada, minyak sapi sebotol rm30
ada susu masam, ada lemang yang pelbagai pilihan

orang kuala berang memang kuat berniaga
tapi barang mahal jugak ooo...huhu..
berbalik kepada kemahalan ini,
teringat pada servis urutan bulan lepas, sejam urutan satu badan rm80...bagiku yang pertama kali mendapat kan servis ini, harganya ok la,
namun setelah di rayau rayau pula kat tempat lain,
di kemaman bandar minyak tu yang selalu ku makan nasi sepinggan hampir bernilai rm10 tu, urutan satu badan cuma rm60...huhu...
kola berang lagi mahal....tipah terkena

namun itu, kredit tuk loyal customer ku,
klinik mamad, klinik sentosa, klinik yaani dan farmasi aiman,
good bussines lor

orang kola berang mmg kaya

tgk pasar baru dia ni;


ni masjid kola berang
besau dan lawa
tapi tak friendly user,
tempat ambil air sembahyang pompuan bole dinampaki
ruang solat perempuan di tingkat atas dan kena melalui bahagian terdedah tempat solat lelaki
moga satu hari nanti pihak pengurusan masjid akan mengubah tempat solat dan ambil air sembahyang pompuan lebih baik, friendly user, tak perlu dinampaki oleh kaum lelaki...

sekian dulu bebelan sebelum melangkah kaki ke kola berang dengan beratnya mengenangkan masjid nya namun mengenang pada jualannya, terkesima jugak la....

Sunday, January 8, 2012

Hari Ni Besday Sifu

8 jan, rupanya ari ni besday sifu masakan ku di dunia blog ini,
happy besday cmg, doaku
moga allah rahmati kamu
moga kamu sihat sejahtera sepanjang masamu
moga kamu terus maju

dan harapan ku, cmg terus rajin meng update blognya dgn pelbagai resepi yg simple dan menyelerakan itu, gambar yang cantik mengoda nafsu makanku
walau kadang2 macam ada salah eja namun makanannya lazat belaka...kheee

roti sayur adalah kenangan terhebat yg ku kutip dari tiffinbiru
terima kasih di atas perkongsian yg free je itu
ooo, sama besday stephen hawkings yg ke 70
dua insan glamer kongsi besday...
tahniah for both of u
dan dia idola ku,...


terima kasih pada semuaa...atas ucapan dan doa2 kalian...
www.tiffinbiru.com
Dunia masakan memang unik. Dari bahan - bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa..Itulah keajaibannya...Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya.... AMARAN KERAS!!!! DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI ...

Saturday, January 7, 2012

Amalkan La

kelebihan ayat 128, 129 surah at taubah:

Barangsiapa membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah :

1) Segala kelemahan bertukar kepada kekuatan
2) Kehinaan berganti dengan kemuliaan
3) Segala hutangnya dapat dijelaskan
4) Terhindar dari dukacita
5) Melimpah-limpah rezeki datang kepadanya

klik share dan like agar kita sama-sama dapat mengamalkannya dan perolehi manfaatnya.amin...

Friday, January 6, 2012

Impian Tahun Ini

sedar tak sedar sudah seminggu kita di tahun 2012
cepatnya masa berlalu,
ku tinggalkan tahun 2011 dengan sedikit rasa keciwa
kerna prestasi keje merosot
- 11% pergh banyak tu, sorry bos
bos kata, if you fail means dats its your fault
you create your own destiny
u know how u work...
yup bos, 2011 tahun sedikit kekalutan

tenggelam dalam emosi, keletihan dan kesuntukan peluang serta waktu
ia banyak mengganggu ruang kerja ku

dan masalah keluarga, terpaksa layan cara poyor je, flow with de wind, senyap, diam, bisu dan turut apa termampu buat ku makin digerami lagi...huhu...hehe...banyak hati yang perlu di jaga....dan anak...itu yang ku nanti waktu demi waktu....

dan begitu juga dengan kerja part time ku, tahun 2011 ku cuma create satu kes
sedihnya dengan usahaku, yup aku gagal

dan tahun ini impian ku,
akan ku usaha lagi, lagi dan lagi
achieve target dan create lagi banyak kes

baby

new jobs nearest to my hubby, im too tired now for the stupid travelling

hanya diriku jua yang tahu kesilapan diriku,
kata mr ngoi......
bos,

kerna rasa keciwa, kita lemah
kerna gagal kita sedih
namun life must go on
bangkit, buat, usaha
think dan plan
ikhlas dan jujur yang utama


namun itu mlm ini kita layan sup cendawan shitake....

- cendawan shitake
- kentang
- lobak merah
bawang putih
- fhucuk
- suun
- sebiji telur
- daun sup
- air secukupnya
- perasa @ garam

- tumis bawang putih, masukkan cendawan dan air, kemudian masukkan ubi kentang serta lobak merah,
- ubi kentang dah masak, masukkan pula suun serta fhucuk serta perasa dan akhiri dengan daun bawang

Thursday, January 5, 2012

suamiku...

Khas Untuk Suamiku

Suamiku,

Jemputlah aku ke dalam hatimu yang indah itu,

Yang penuh dengan muatan rindu,

Meski rindu ini tidak terarah sekarang sayang,

Jujur dan ikhlas dariku.

Aku inginkan dirimu, hatimu dan belaianmu,

Dan datanglah padaku,

Kan ku katakan betapa aku amat menyayangimu,

Kerana diriku..hatiku..,

Ku yakini dirimu akan terus menerus hadir dalam diriku,

Kerana diriku jua, hatiku mencari bayanganmu,

Menanti dengan kemesraanmu,

Aku ingin menepis semua rinduku,

Semua rindu kita bersama,

Menjalin benang-benang cinta di antara kita sayang,

Percayalah, aku terlalu merinduimu,

Percayalah aku sanggup menemanimu sehingga akhir hayatku……

P/s: Kongsilah ayat ini bersama suami atau isteri anda. Percayalah ia amat berkesan untuk meningkatkan hubungan mesra antara anda!

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan facebook anda.Sharing is Caring
~7Legendz~

Wednesday, January 4, 2012

Pagi la pagi dr FB

♥ Berterima kasihlah pada yang kalah, kerana mereka kita menjadi juara..
♥ Berterima kasihlah pada yang menegur, kerana mereka mungkin kita di syurga.
♥ Berterima kasihlah pada yang menyokong, kerana mereka kita punya sumber kekuatan.
♥ Berterima kasihlah pada yang memberi, kerana mereka kita menjadi seperti sekarang.
♥ Berterima kasihlah pada yang berjasa, kerana mereka kita merasa sebuah kehidupan.
♥ Berterima kasihlah pada Allah, kerana setiap ujian yang datang
menjadikan kita lebih baik!!

TIPS DR IK - menjadi sempurna

Artikel pilihan: Menjadi sempurna & perfect!
Oleh: Irfan Khairi

Mungkin anda mengenali seorang yang "perfectionist", iaitu, kalau nak melakukan apa-apa, perlu lakukannya 100% perfect. Mungkin juga anda adalah seorang perfectionist.

Masalahnya dengan perfectionist adalah, ianya akan mengambil masa yang lama untuk melakukan sesuatu, mungkin juga tak mulakan langsung. Kerana ingin menjadikannya 100% sempurna. All perfect.

perfect.jpg

Tidak salahnya menjadi perfectionist sekiranya terbukti ia telah banyak membantu anda. Tetapi, sekiranya menjadi seorang perfectionist hanya melewat-lewatkan sesuatu kerja, atau langsung tidak mulakan sesuatu perniagaan kerana nak pastikan semuanya PERFECT atau SEMPURNA, maka, di situ timbulnya masalah.

Saya ada mengenali seorang kawan saya ni, dari duluuuu lagi nak mulakan perniagaan. Tetapi, dari dulu sampai kini, masih mencari ilmu, masih research, masih survey... sampai makan masa bertahun-tahun tak mulakan perniagaan... sebab dengan alasan, tak cukup ilmu lagi untuk mulakan perniagaan. Dirinya inginkan ilmu sepenuhnya & sempurna sebelum mulakan perniagaan.

Pastinya itu adalah kesilapan yang besar, kerana ILMU tidak akan CUKUP. Kalau belajar ilmu baru, sudah tentunya ada lagi ilmu lain yang belum belajar.

Nasihat saya, tak perlu jadi seorang "perfectionist" sekiranya ia hanya melewatkan matlamat kita. Sesuatu yang sempurna bagi kita (contoh: produk) mungkin belum lagi sempurna untuk orang lain (contoh: pelanggan). Go ALL OUT sementara motivasi dan momentum anda miliki. Cari ilmu dan juga perbaiki perniagaan kita along the way.Tak perlu tunggu sampai segala-galanya 100% perfect!

Tuesday, January 3, 2012

Tip pilihan: dr IK - CARA MENCAPAT MATLAMAT 2012

Artikel pilihan: 11 Langkah Mencapai Apa Sahaja Matlama 2012 ANDA!
Bahagian I
Oleh: Irfan Khairi

1: Keinginan

Pertama sekali di dalam formula kejayaan adalah keinginan. Untuk mencapai apa jua matlamat yang anda impikan, anda perlu mempunyai keinginan untuk mencapai matlamat tersebut. Lagi mendalam keinginan anda, lagi mudah untuk anda mencapai matlamat tersebut.

Keinginan seumpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi hangat ia akan membakar keinginan jiwa anda dalam mencapai apa jua cita-cita yang anda letakkan untuk diri anda sendiri.

Punca utama seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya adalah takut kepada kegagalan. Sekiranya anda takut kepada kegagalan, maka, anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa jua matlamat. Keinginan akan membawa anda untuk mengambil langkah pertama tersebut.

Tanpa keinginan, matlamat tidak akan tercapai.



2: Keyakinan

Lagu yang sering bermain di kepala saya sejak dulu sehingga kini "Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usaha mu tidak menentu"

Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyi nya amat cliché, tetapi lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar!

Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda, anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai! Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi.

Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub... anda tidak perlu meyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai... anda perlu tunjuk bahawa cita-cita anda tercapai- itu sahaja yang akan meyakinkan orang ramai.

Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu realistik. Matlamat yang realistik akan membantu dan motivasikan anda untuk memberi keyakinan. Sebagai contoh, matlamat untuk mendapat kenaikan gaji 2 kali ganda dalam masa setahun mungkin tidak realistik. Tetapi, matlamat untuk menaikkan gaji anda sebanyak 20% dalam masa setahun adalah lebih realistik!

Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi diri anda apabila ianya tidak tercapai.


3: Tulis matlamat anda

Ini AMAT penting. Sejak saya menulis di ruang motivasi MASKULIN, entah berapa kali saya mengulangi petua ini. Di dunia, hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka tersendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya.

Menulis matlamat anda adalah seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat di fikiran anda dan sentiasa mengingati anda secara sedar, ataupun separa-sedar untuk anda mencapaikannya.

Matlamat yang tidak tertulis adalah seumpama angan-angan sahaja. Apabila anda menulis matlamat anda, ia menjadi sesuatu yang nyata- boleh di sentuh. Anda telah membawa matlamat di imaginasi kepada bentuk yang anda dapat mengenggamkannya!


4: Senaraikan kebaikan yang anda akan kecapi

Apa yang anda akan dapat sekiranya matlamat anda tercapai? Senaraikan segala-galanya. Lagi panjang senarai anda, lagi bagus. Ini adalah kerana anda menyenaraikan motivasi-motivasi yang akan mebakar semangat anda untuk terus berusaha dan mencapai kebaikan tersebut.

Manusia adalah insan yang beremosi. Dengan memikirkan kebaikan yang anda akan kecapi, ia akan memandukan anda ke arah mencapai matlamat tersebut. Berikan sebab-sebab mengapa anda mahukan matlamat anda tercapai, apakah pulangan yang anda akan terima, serta bagaimanakah tahap kepuasan anda sekiranya matlamat itu tercapai- ini akan menyemarakkan lagi semangat anda untuk mencapaikannya...


5: Cermin kan diri sendiri
Di mana anda berada ketika ini? (bukan di bangku atau di sofa!). Pada ketika ini, apakah keadaan anda. Anda perlu ketahui di mana anda berada kini untuk mencapai matlamat yang anda telah tetapkan.
Pastikan anda ketahui di mana anda berada kini oleh kerana itu adalah titik permulaan perjalanan anda. Lebih jelas anda dapat fahami keadaan anda kini, lebih jelas anda dapat melihat jalan ke arah pencapaian matlamat.
Sebagai contoh, sekiranya anda inginkan bebas kewangan, duduk dan ambil masa untuk melihat keadaan kewangan anda kini secara jujur. Sekiranya matlamat anda adalah untuk menurunkan berat badan, anda perlu ketahui berat badan anda kini sebagai titik permulaan.

6: Tetapkan deadline
Matlamat tanpa deadline adalah tidak lengkap. Apa jua matlamat yang ditetapkan, tetapkan sama deadline untuk mencapainya. Bila kah deadline yang terbaik? 6 bulan? 1 tahun? 3 tahun? 5 tahun? Atau 10 tahun?
Kebanyakan orang tidak deadline untuk menetapkan matlamat oleh kerana takut, matlamat tersebut tidak dapat tercapai sebelum deadline! Sekiranya tidak tercapai, ia akan mengurangkan motivasi sendiri... oleh itu, mereka biarkan tarikh untuk mencapai matlamat tersebut terbuka- bila-bila masa sahaja!
Itu adalah pemikiran yang salah. Dengan menetapkan deadline untuk matlamat anda, anda memberi satu sasaran yang jitu. Apa akan terjadi sekiranya anda tidak berjaya mencapai matlamat sebelum tarikh deadline? Senang sahaja... berikan satu tarikh deadline yang baru! Ia hanya akan mengajar anda untuk lebih berusaha dan lebih realistik dalam mencapai matlamat.

7: Ketahui rintangan
Dalam mencapai apa jua yang berbaloi, sudah pasti akan terdapat rintangan di hadapan anda. Lagi besar matlamat anda, lagi besar rintangan yang anda perlu lalui. Ketahui rintangan-rintangan tersebut dan pelajari cara untuk menempuhinya terlebih dahulu.
Anggap usaha anda dalam mencapai matlamat adalah satu perjalanan mencari ilmu. Setiap rintangan yang anda temui walaupun sekecil manapun akan memperbaiki diri anda untuk rintangan-rintangan yang lebih besar di masa hadapan. Ini menjelaskan bahawa, mereka yang berjaya didunia adalah tergolong daripada mereka yang berpengalaman menghadapi rintangan-rintangan tersebut.
Kejayaan yang cemerlang akan hadir apabila anda berjaya menguasai segala rintangan. Oleh itu, lakukan perancangan terlebih dahulu. Senaraikan apakah rintangan-rintangan yang akan muncul.


8: Ilmu tambahan
Ketahui Ilmu tambahan yang perlu anda lengkapkan pada diri anda untuk mencapai cita-cita tersebut. Manusia diberi anugerah akal fikiran yang merupakan anugerah yang paling istemewa sekali.
Bina satu senarai- apakah ilmu tambahan yang anda perlu ketahui untuk mencapai matlamat anda? Apakah kebolehan tambahan yang anda perlukan? Apakah pengalaman yang anda perlukan? Bolehkah anda mendapat bantuan orang lain sekiranya anda tidak mempunyai sesuatu kebolehan itu? Apakah maklumat yang paling penting atau kebolehan yang paling penting untuk andapunyai dalam mencapai matlamat anda?
Tanggungjawab anda adalah untuk mempelajari apa jua yang anda perlu tahu dalam mencapai matlamat anda.

9: Perancangan
Kata pakar motivasi "Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal"
Jangan biarkan nasib menentukan arah tuju anda. Buat perancangan yang rapi- seperti kontraktor memerlukan plan untuk membina bangunan yang gagah berdiri. Anda juga perlu plan untuk mencapai menara gading.
Rancang langkah-langkah anda dengan terperinci- dalam masa 1 bulan, apa yang anda perlu buat? Sekiranya ia tidak menjadi, apakah alternatif yang lain?
Hukum alam mengatakan, apa yang anda beri dan taburkan, ianya akan menjadi hasil. Sekiranya anda merancang untuk taburkan sedikit usaha, maka, sedikitlah pulangan anda. Sekiranya anda merancang untuk menaburkan bergunung-gunung usaha, maka, hebatlah pulangan yang anda akan terima.
Anda tidak boleh melanggar hukum ini. Mereka yang melanggar hukum ini adalah mereka yang sering ditpu dengan skim-skim piramid, skim cepat kaya, SCAM dan pelaburan yang hanya akan meleburkan wang sendiri.

10: Bina gambaran
"A picture paints a thousand words". Beri gambaran yang jelas di fikiran anda bahawa matlamat anda telah tercapai. Gambarkan diri anda 1 tahun dari sekarang. Atau, 10 tahun dari sekarang.
Dengan berimiginasi gambaran anda berjaya di masa hadapan, ia juga akan membakar semangat anda untuk mencapai gambaran tersebut. Fikiran manusia dipenuhi dengan gambaran-gambaran dan bukannya perkataan. Penuhi fikiran anda dengan gambaran kejayaan anda di masa hadapan.
Berhati-hati, terlalu banyak mimpi di siang hari tanpa usaha dan perancangan, anda tidak jauh berbeza dengan angan-angan Mat Jenin!

11: Janji pada diri sendiri...
Janji pada diri anda sendiri, tidak kira apa rintangan yang akan datang. Tidak kira apa jua kegagalan yang anda hadapi, jangan- JANGAN- JANGAN sekali-kali putus asa! Sekrianya anda terjumpa dengan sahabat karib kejayaan, iaitu kegagalan- usah risau. Kejayaan adalah perintis untuk mencapai apa jua kejayaan- oleh sebab itulah saya gelarkannya sahabat karib.
Amat jarang sekali sesuatu kejayaan di capai tanpa kegagalan. Lagi banyak kegagalan anda temui, ianya bermaksud lagi hampir kejayaan kepada anda. Jangan putus asa oleh kerana kejayaan mungkin sedang menunggu disebalik kegagalan itu.
Berita baiknya adalah, menempuhi kegagalan adalah menambahkan pengalaman sendiri. Lebih banyak kegagalan yang anda jumpai, maka, lebih banyak anda dapat pelajari. Anda akan mempelajari lebih banyak dari sesuatu kegagalan. Sekiranya anda menjumpai kegagalan, ubah cara anda- jangan pula ikut cara yang sama oleh kerana cara yang sama akan membawa kegagalan seterusnya!

Kesimpulan
Kesemua formula kejayaan ini perlu di implementasikan setiap satu. Ini adalah "blue print" orang-orang yang berjaya di dunia. Ia menjadi formula kejayaan saya sendiri sehingga hari ini. Tiap-tiap kali saya mempunyai matlamat baru, saya akan rujuk kembali formula ini untuk memastikan matlamat saya tercapai.

Sunday, January 1, 2012

Telur Asin Goreng di Tahun Baru

tahun baru
bukak planner baru
masa berlalu, moga tahun ini lebih baik dari tahun lepas
tahun berganti, moga rezeki bertambah baik dari tahun lepas

melalui hari bersama pengalaman hidup,
mensyukuri nikmat yang esa,
cabaran dan tuntutan
buat fikiran bertambah matang dan perlukan pilihan yang tepat

moga ilhamMU memberkati hidupku,
antara kerja dan berhenti kerja.....huhu

suamiku,

KERJA ADALAH IBADAT DAN MASA ADALAH AMANAH DARIPADA ALLAH

WAJIB KERJA - jika tidak bekerja menyebabkan keluarga tidak dapat meneruskan kehidupan (tonggak keluarga)

suamiku,
berilah daku masa secukupnya, menentukan pilihan terbaik buat kita bila ilhamNYA sampai

dan tahun lepas,
semua yg ku impikan sudah sedikit tercapai
dan tahun ini
ku impikan semua hutang berkurang....


petang ni goreng telur asin berlimau


- goreng telur masin
- tumiskan bawang dan cili, taburkan atas telur
- perah limau nipis atasnya....

yumm yumm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...