Thursday, December 20, 2012

Syair Rindu

Rindu
pada masa sihat ku
pada masa rajin ku
pada masa harum dapur ku
pada masa lewat dalam giant
pada masa lewat dalam ECM
pada masa lewat dalam megamall
pada masa laratku ronda ronda

rindu pada keadaan normal
rindu pada perancanganku

ya tuhan aku rindu pada masa laluku
gagah dan sihat
melewati tiap tiap liku
senyum pada kegagalan
senyum pada kejayaan

ya tuhan aku rindu pada masa laluku
kuat dan tabah
menghadapi ujian dan dugaan
senyum pada leteran
senyum pada cerita ceritanya

rinduku penuh syahdu
mengharap rahmat MU


aiman, 20.12.2012
kesihatan adalah kekayaan yang tiada nilai -  prof hamka



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...