Monday, December 31, 2012

SuP Ikan kerapu

malam ni pun masih hujan, sekejap lebat sekejap renyai renyai...berwaspada la wahai kawan kawan yang berkemungkinan menjadi mangsa...bersabar dan bersedia

malam ni panaskan badan dengan sup ikan, semalam lagi masak tapi malam ni baru makan....resepi setelah google, lupa dengan resepi MA , lain rasa dengan yang MA buat....janji tertunai hajat.


sup ikan kerapu
dua ekor ikan kerapu bersaiz M
dua batang serai - ketuk
bawang merah dan bawang putih - mayang
halia dan lengkuas - mayang
jus lemon/limau nipis
sedikit daun bawang dan tomato

bersihkan ikan dan perapkan dengan jus leman
satukan semua bahan dalam periuk dengan air secukupnya
masak hingga mendidih dan jangan terlalu lama sebb ikan mudah masak
daun bawang serta tomato letak last setelah ikan dah masak

nota hati : esok dah 2013, bertambah setahun lagi usia kita, maka sepatutnya bertambah la lagi keadaan kita, moganya semua bertambah baik. Selamat Tahun Baru 2013 buat semua.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...