Friday, December 28, 2012

Mentari Jumaat

jumaat 15 safar 1433
mentari bersinar riang, terang dhuha
harapnya panas ke petang moga reda banjir banjir
moga segala urusan di permudahkan Allah dan sempurna

lor, tiba tiba gelap....jap
mentari hilang 9.29am
jangan hujan lagi

Ya Allah , ya rahman ya rahim
jadikan hari ini penuh rahmat
ampunilah dosa dosa ku
dosa dosa keluargaku, guru guruku
jiran jiranku dan sekelian umatMU yang berbuat baik pdku
rahmatilah hidup kami, murahkan rezeki kami
berilah kami kesihatan yang baik
selawat ke atas nabi kami


Sedang Nabi melewati anaknya Fatimah RA yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda :

“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (Diriwayatkan al-Baihaqi)

nota hati : 9.40am mentari kembali bersinar, sidai baju la....moga kawan kawan di kemaman yang manjadi victim, hari ni dah bole basuh rumah.

lagi 3 hari nak tahun baru, 31 dec kena muazakarah ni dengan en asben, plan dan plan dan AZAM.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...