Monday, October 22, 2012

Minta Derma

Semalam di shell,

ada sorang kanak kanak perempuan (KKP), berpakaian kemas dan cantik memberi salam padaku, si

KKP : assalamualaikum cik, minta derma anak yatim
aku : anak yatim dari mana
KKP : kami dari kedah
aku : jauhnya dari kedah, tak bunyi slang utara pun
KKP : saya asal dari johor
aku : aik, kat johor dah xde umah anak yatim ke p duk kedah tu?
KKP : keluarga duk kedah sekarang
aku : dah berapa lama jadi anak yatim dik?
KKP : saya bukan anak yatim cik, saya tolong kutip derma je.... (lor pulak)
aku : maaf dik, achik bagi derma kat anak yatim je la....

KKP terus berlalu tanpa menoleh dan di tangan nya ku lihat ada sebuku receipt, sebotol sos dan sebekas minyak ubat.....mukanya muka kesian dan keletihan, kedah x sekolah ke hari ahad?

moral of the story, buat bual dulu dengan pengutip derma, jangan terus bagi, banyak rahsia akan terbongkar...kesian kat KKP jadi mangsa keadaan dan sindikit nak senang cara mudah....dah ada sos dengan ubat, buka payung niaga je la, orang akan beli kerna kesian orang akan beli kerna keperluan....kepada hamba allah yang ingin senang cara mudah, jangan exploitasi kanak kanak, bagi peluang mereka belajar, jangan bebankan kanak kanak yang belum habis belajar dengan masalah kewangan rumah anak anak yatim anda...anda yang tubuhkan anda la yang mencari dana......

nota hati : ku jua anak yatim dan minta sedekah bukan kerja ku, belajar setakat mampu namun belajar itu perlu....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...